The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikepojan, 2021-12-28 02:13:22

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

WANITA SOLEHAH

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Wanita solehah. Siapakah mereka? Ada tak ciri-ciri tersebut
dalam diri ANDA ?
1- Wanita solehah dirinya susah nak dikenali malah ada yang

tak dikenali.
2- Wanita solehah susah dicari kerana dia tidak menonjolkan

diri.

3- Wanita solehah auratnya dan kehormatan dirinya
terpelihara kerana dia tahu diri dia hanyalah untuk
suaminya.

4- Wanita solehah jalannya diam, tak berbunyi. Datang dan
pergi seperti angin yang bertiup.

5- Wanita solehah akhlaknya mulia, kerana dia sentiasa
mendahulukan agamanya.

6- Wanita solehah ibarat permata di celah-celah kaca. Hanya
orang-orang tertentu yang dapat memetiknya.

7- Malunya berbalut takwa, sejuknya menenteramkan jiwa,
terbingkai pada dirinya seorang solehah

8- Sebelum dirinya berjumpa yang selayaknya, cintanya
hanyalah untuk Yang Maha Esa. Itulah wanita solehah.

9- Wanita solehah sentiasa menjaga setiap tutur kata, setiap
perbuatannya kerana dia tahu, wanita itu fitnah dunia.

10- Wanita solehah penemannya Allah, tempat luahannya
Allah, buah hatinya Allah, segala-galanya ada Allah dalam
dirinya.

11- Wanita solehah tak semestinya yang berniqab / berpurdah.
Kerana keimanan seseorang bukan dinilai dari
pemakaiannya.

12- Wanita solehah dirinya tidak menjadi rebutan para lelaki
biasa. Kerana dirinya hanya untuk lelaki yang luar biasa.

13- Dirinya seperti pokok semalu. Bila dengan ajnabi dirinya
akan menguncup malu. Durinya sebagai pertahanan. Itulah
wanita solehah.

14- Jalannya tunduk, jalannya tak mendahului lelaki ajnabi,
kakinya tak dihentak dengan kuat bila berjalan. Itulah
cara wanita solehah berjalan.

15- Wanita solehah tak banyak mengeluh, tak banyak bicara.

16- Wanita kamu digelar penyeri dunia. Jadilah kamu penyeri
pada suamimu, bukannya penyeri kepada lelaki selain
suamimu.

17- Wanita solehah tak akan mengaku dirinya solehah.

18- Ingatlah wanita kelembutan fizikalmu bukan tandanya itu
kelemahanmu. Bukan juga penghinaan dari Tuhan, tapi ia
sebagai hiasan kecantikanmu.

19- Wanita hiasan dunia. Dan seindah hiasan itu adalah
WANITA SOLEHAH.

20- Isteri yang solehah? Isteri solehah ibarat tongkat bagi si
buta. Yang melengkapkan hidup suaminya.

Ikhlas Daripada Saudara.Fauzan….


Click to View FlipBook Version