The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikepojan, 2022-01-12 04:22:01

MAKHLUK BERNAMA MALAIKAT

MALAIKAT

“IA MAKHLUK YANG MEMILIKI 600 SAYAP. SATU
SAYAPNYA MAMPU MENUTUP SELURUH BUMI”

Rasulullah s.a.w.

Beriman kepada malaikat adalah salah satu
rukun iman. Iman seseorang tidak dianggap
sah selagi ia tidak beriman kepada malaikat.
Beriman kepada malaikat disebut di dalam
firman Allah surah al-Baqarah: 285,
“Rasulullah telah beriman kepada apa yang
diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan
juga orang-orang yang beriman semuanya
beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikat-
Nya, dan kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-
Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak
membezakan antara seorang dengan yang

lain dari rasul-rasulnya.” Mereka berkata lagi,
“Kami dengar dan kami taat. (Kami
pohonkan ) keampunan Mu wahai Tuhan
kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali”

Percaya kepada malaikat adalah percaya
kepada benda ghaib kerana malaikat itu
adalah ghaib dan mempunyai alam
tersendiri. Seperti yang dijelaskan di dalam
surah Al- Baqarah: 2-3,

“Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak
padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-
orang yang beriman kepada perkara-perkara
yang ghaib dan mendirikan sembahyang
serta membelanjakan sebahagian dari rezeki
yang Kami berikan kepada mereka.”

Bagaimana untuk beriman kepada malaikat?
beriman kepada malaikat adalah
membenarkan dan meyakini keberadaannya.
Malaikat juga makhluk Allah sama seperti
manusia dan jin tapi mereka adalah makhluk
yang taat dan tidak pernah membuat
kesilapan.

Malaikat juga akan mati suatu hari nanti tapi
mereka adalah antara makhluk yang
ditangguhkan oleh Allah ajalnya. Kita juga

perlu mengakui bahawa malaikat ada tugas-
tugasnya yang tertentu.

Ada yang ditugaskan untuk menjaga Arsy,
berdiri berbaris, menjaga syurga dan neraka,
mencatat amal dan ada juga yang
ditugaskan untuk mengiringi awan. Itu
tandanya kita percaya kepada malaikat.

Bentuk asal malaikat

Apabila disebut malaikat itu adalah perkara
yang ghaib maka kebolehan manusia untuk
melihatnya di dalam bentuk asalnya tidak
mungkin terjadi. Kecuali setelah ia menjelma
di dalam bentuk manusia. Tidak ada seorang
manusia pun yang pernah melihat malaikat
di dalam bentuk asalnya kecuali Rasulullah
s.a.w.

Baginda bertemu malaikat Jibril di dalam
bentuk asalnya sebanyak dua kali sahaja
seperti yang disebutkan di dalam surat At
Takwir ayat 23 kemudian sekali lagi di sebut
di dalam surah An Najm 13-16.

“Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat
Jibril di ufuk yang terang.”

Menurut tafsir Ibnu Katsir, Nabi Muhammad
s.a.w. telah melihat Jibril dengan nyata buat
kali pertamanya di al-Bath-ha. Ini didasarkan
kepada bahawa surah At-Takwir adalah
surah yang turun sebelum malam Israk.

Nabi s.a.w. melihat bentuk asal malaikat
ketika naik ke langit
Ada pun kali kedua Nabi s.a.w melihatnya
adalah di Sidratul Muntaha seperti yang
disebut di dalam surah an-Najm 13-16,
“Sesungguhnya Muhammad telah melihat
Jibril itu (dalam rupanya yang asal) pada
waktu lain iaitu di Sidratil Muntaha. Yang di
sisinya terletak Syurga Janntul-Ma’wa. (Nabi
Muhammad melihat jibril dalam bentuk
rupanya yang asal pada kali ini ialah )

semasa Sidratul-Muntaha itu diliputi oleh
makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib yang
tidak terhingga”

Peristiwa itu terjadi ketika Rasulullah s.a.w.
sedang melakukan mikraj. Ia secara jelasnya
disebut di dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim, Aisyah pernah bertanya
kepada Rasulullah tentang dua ayat yang
disebut di atas tadi. Lalu Rasulullah
menjawab,

“Dia adalah malaikat Jibril di mana saya
belum pernah melihatnya dalam bentuk asal
sesuai rupa yang diciptakan oleh Allah
kecuali pada dua kesempatan tersebut. Saya
melihatnya saat di Sidratul Muntaha ia turun
dari langit. Kerana bentuk fizikalnya yang
besar maka antara langit dan bumi tertutup.”

Kemudian terdapat lagi satu hadis dari Imam
Ahmad dari Abdullah bin Mas’ud katanya,

“Rasulullah pernah melihat malaikat Jibril
dalam bentuk asalnya dengan memiliki enam
ratus sayap. Setiap sayapnya memenuhi
ruang angkasa langit dan berjatuhan dari
sayapnya warna-warni intan dan mutiara

Sebelum itu Rasulullah juga pernah melihat
Malaikat Jibril ketika wahyu terhenti
beberapa ketika. Setelah itu Jibril datang
membawa wahyu dari Allah iaitu Surah al-
Muddatstsir ayat 1-5.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Salmah
berkata Jabir bin Abdillah mengkhabarkan
kepadaku bahawa dia mendengar Rasulullah
bercerita tentang terputusnya wahyu.
Baginda bersabda,

“Ketika sedang berjalan tiba-tiba aku
mendengar suara dari langit maka aku pun
mengalihkan pandangan ke langit ternyata
Malaikat yang mendatangiku di gua Hira
sedang duduk di atas kerusi yang
mengambang di antara langit dan bumi. Aku
terkejut melihatnya kerana takut hingga
terduduk ke tanah. Aku pun kembali ke
rumah dan mengatakan, “Selimuti aku,
selimuti aku, selimuti aku!” maka Allah pun
turunkan ayat 1-5 surah al-Muddatstsir.

Berbentuk manusia

Selain itu, malaikat dilihat di dalam bentuk
manusia ketika menyampaikan wahyu pada
Rasulullah mahupun nabi-nabi yang

terdahulu. Di dalam Sahih Bukhari dan
Muslim disebutkan juga Ibnu Umar berkata,

“Ketika kami sedang duduk di sisi
Rasulullah tiba-tiba datang kepada kami
seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya,
sangat hitam rambutnya dan tidak nampak
pada dirinya bekas-bekas perjalanan.

Di antara kami tidak ada yang
mengenalinya. Kemudian dia duduk di sisi
Rasulullah dengan menyandarkan ke dua
lututnya kepada lutut Rasulullah dan
meletakan tapak tangannya di atas paha
Rasulullah. Seraya berkat,

“Wahai Muhammad beritahuku tentang
Islam.” Di dalam hadis tersebut lelaki tu juga
menanyakan tentang iman, ihsan, hari
kiamat dan tanda-tandanya.” Setelah lelaki
itu pergi Rasulullah memberitahu kami
bahawa lelaki itu adalah Jibril.”

Di dalam situasi yang lain pula, Aisyah
pernah melihat Rasulullah meletakkan
tangannya pada kuda Dihyah al-Kalby sambil
berbicara. Ketika ditanyakan tentang hal itu,
Rasulullah menjawab,

“Itu adalah malaikat Jibril dan dia
menyampaikan salam kepadamu.”

Di dalam hadis riwayat Imam Muslim dari
Jabir bahawa Rasulullah bersabda,

“Nabi-nabi terdahulu telah diperlihatkan
kepada ku. Ternyata aku melihat Nabi Musa
seorang yang berperwatakan mirip dengan
kebanyakan lelaki suku Syanuah. Dan Isa
Ibnu Maryam ku lihat mirip dengan Urwah
bin Mas’ud dan Ibrahim a.s. mirip dengan
sahabatmu ini iaitu diri nabi s.a.w. sendiri.

Kepadaku diperlihatkan juga Jibril. Ketika itu
dia kulihat mirip dengan Dihyah (Ibnu
Khalifah)”

Sifat fizikal malaikat

Malaikat ini satu makhluk yang besar tapi ia
tidak pernah derhaka kepada Allah. Ia jauh
bezanya dengan manusia yang dijadikan
Allah tidaklah besar mana. Malaikat itu
adalah makhluk yang besar dan bersayap

Secara jelas Allah menyebut hal itu di dalam
surah Faatir ayat 1,

“Segala puji bagi Allah yang menciptakan
langit dan bumi, yang menjadikan malaikat
utusan-utusan yang bersayap dua, tiga dan
empat. Dia menambah pada bentuk kejadian
makhluk yang diciptakan-Nya apa jua yang
dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha
Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Walaupun begitu jangan digambarkan
sayap malaikat itu bagaimana kerana itu
adalah rahsia Allah. Di dalam al-Quran dan
hadis pun tidak ada diperjelaskan bentuknya
bagaimana?

Mungkinkah kilauan cahaya dilangit adalah
sayap para malaikat?

Namun Nabi s.a.w. ada menjelaskan
tentang besarnya sayap itu seperti hadis
yang menyebut tentang sayap Jibril. Iaitu
Jibril memiliki 600 sayap, satu sayapnya
apabila dilebarkan ia akan menutupi bumi ini.

Dengan sayap itulah mereka terbang
untuk menyampaikan apa yang
diperintahkan oleh Allah dengan pantas. Ada
di antara mereka memiliki dua, tiga dan
empat sayap dan ada juga yang memiliki
lebih daripada jumlah itu. Imam Ahmad
meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, ia berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Aku melihat Jibril, ia memiliki enam
ratus sayap dari bulunya berhamburan
titisan permata dan mutiara.”

Firman Allah dalam surah At-Takwir: 18-19,

“Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar
firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang
mulia yang mempunyai kekuatan yang
mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah
yang mempunyai Arsy, yang ditaati di
sana(di alam malaikat) lagi dipercayai.”

Untuk menjelaskan hal itu Ibnu Katsir
mengumpulkan pendapat beberapa ulama
Ibnu Abbas, Asy-Sya’bi, Maimun Mihran, al-
Hasan, Qatadah, ar-Rabi bin Anas dan Adh-
Bhahhak.

Mereka menggambarkan Jibril malaikat
yang mulia, rupawan lagi tampan, kuat,
mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi
Allah, dihormati serta dipatuhi di kalangan
malaikat.

Manakala Qatadah pula mengatakan
bahawa Jibril itu bukan malaikat biasa, ia
adalah yang paling tinggi di dalam dunia
malaikat dan diberi tanggung jawab
menyampaikan risalah Allah. Wallahu a’lam.


Click to View FlipBook Version