The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikepojan, 2020-05-06 20:25:32

NOTA DAN LATIHAN TATABAHASA BM TAHUN 2

NOTA LATIHAN PDP PKP BM T2

NOTA DAN LATIHAN
TATABAHASA

1

Baca Nota Tatabahasa di bawah kemudian jawab soalan.

1. Kata Nama Am - kata yang digunakan untuk menjelaskan nama
sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya
secara umum. Contoh, ayah, itik, buaya, televisyen, jalanraya, dan
sebagainya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua
iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu
yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula
ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua
kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata
terbitan. Contoh: buai -> buaian. Kata nama am mestilah
menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

2. Kata Nama Khas - kata nama yang secara khususnya digunakan
untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa
dan yang tidak bernyawa. Seperti nama manusia/binatang, nama
tempat/judul buku, dan sebagainya.Perkataan Nama Khas digunakan
bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh-
contoh perkataan; Inspektor Azman, Volvo, Sang kancil, Kuala Lumpur
dan sebagainya. Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini
hendaklah ditulis dengan huruf besar.

3. Kata Ganti Nama Diri - terbahagi kepada tiga:

 diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
 diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
 diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

4. Kata Ganti Tunjuk - digunakan untuk menunjukkan tempat atau
cara. Contoh: ini, itu, begini, dan begitu.

5. Kata Ganti Tempat - digunakan untuk menggantikan nama sesuatu
tempat. Contoh: sana, sini, dan situ.

6. Kata Adjektif - menerangkan sifat orang, benda, dan sebagainya.
Contoh, mahal, pendek, layu dan lain-lain.

7. Kata Arah - menunjukkan suatu arah. Contoh, atas, bawah, dalam.

2

8. Kata Kerja - kata yang menunjukkan perbuatan. Contohnya,
berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
Kata kerja terbahagi kepada 2:

 kata kerja transitif (kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu
kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif
menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper,
memper...i, dan memper...kan)

 kata kerja tak transitif (segala perbuatan yang dilakukan oleh
pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada
benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut)

9. Kata Sendi Nama - perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata

nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:

Di Dari

Ke Daripada

Kepada Seperti

Pada Dengan

10. Kata Bilangan - digunakan untuk membilang sesuatu/menyatakan
jumlah benda. Contoh, satu, dua, tiga dan sebagainya.

11. Kata Hubung - perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:

 perkataan dengan perkataan;
 rangkai kata dengan rangkai kata; dan
 ayat dengan ayat

Contoh: dan, atau, lalu

12. Penjodoh Bilangan - digunakan bersama-sama dengan kata
bilangan. Contoh, buah, biji, ketul.

13. Imbuhan - ditambah samada pada awal, akhir atau serentak pada
kata. Contohnya, men-, pen-, di-

14. Kata Ganda - kata yang terbentuk daripada kata yang
digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya. Terdiri daripada:

 Kata Ganda Seluruh - kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata
dasarnya boleh mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja,
atau kata keterangan. Kata ganda seluruh digabungkan dengan tanda
sempang (-).

3

Gandaan Kata Nama Gandaan Kata Kerja Gandaan Kata Adjektif

buku-buku baring-baring awal-awal
kereta-kereta jalan-jalan bulat-bulat
pagi-pagi pandang-pandang manis-manis

 Kata Ganda Separa - terbentuk apabila sebahagian daripada kata
saja yang digandakan. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata
nama, khususnya yang memberi maksud kepada benda atau konsep
yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar. Misalnya:
cecair (mana-manan bahan yang berada dalam keadaan cair, seperti
air atau bendalir), kekunci (butang untuk menaip dari komputer,
diilhamkan dari perkataan Inggeris key yang juga bermaksud kunci),
lelangit ("langit" atau daerah teratas dalam rongga mulut).

 Kata Ganda Bersajak atau Berima - kata ganda yang mengalami
persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau
seluruhnya apabila digandakan. Contohnya: Sayur-mayur, kuih-muih.

 Kata Ganda Berimbuhan - terhasil dengan membubuh imbuhan di
mana-mana tempat dalam kata ganda. Contoh: berbual-bual, berlari-
lari.

15. Kata Tanya - digunakan untuk membentuk ayat tanya (bertanya
atau menyoal sesuatu). Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau
di tengah ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa,
mana, bagaimana, siapa dan berapa.

16. Kata Seru - digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan,
seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan
sebagainya. Contoh: oh, nah, wah.

17. Kata Perintah - digunakan untuk membuat ayat perintah, bagi
memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua)
sebagai larangan, silaan dan permintaan. Contohnya: tolong, sila,
jemput.

18. Kata Majmuk - terbentuk daripada 2 patah kata dengan makna
yang baru. Contoh: ibu jari, beg tangan.

19. Tanda Baca - ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan
struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi
(turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca
dengan suara yang lantang. Antaranya Titik/Noktah (.), Koma (,),
Sempang (-), Tanda Petik (` '/" "), Koma Bertitik (;), Titik Bertindih (:),

4

Tanda Tanya (?), Tanda Seru (!).

20. Ayat Penyata - digunakan untuk menyatakan sesuatu. Contoh:
Puan Murni seorang guru.

21. Sinonim - kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud.
Contoh: masa = waktu.

22. Antonim - kata yang berlawanan maksudnya. Contohnya:

 lelaki - perempuan
 bersih - kotor
 muda - tua.
 pandai - bodoh

23. Simpulan Bahasa - terbentuk daripada 2 perkataan yang
mempunyai maksud tertentu. Ia digunakan untuk menjelaskan lagi
maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam.
Sebagai contoh; ada hati yang bermaksud ada
kemahuan, alas perut pula bermaksud makanan yang dimakan sedikit
supaya tidak lapar.

LATIHAN TATABAHASA BM TAHUN 2

A LATIHAN KATA HUBUNG
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
i. Monyet itu melompat _________________________ makan sesikat

pisang. ( sambil, tetapi, jika )
ii. Zarina __________________ Latifah akan pergi ke sekolah. ( lalu,

dan, kerana )
iii. Adik Ah Seng menangis ___________________ tersepak

batu.( walaupun, tetapi, kerana )
iv. Dia tergelincir _______________________ jatuh ke dalam sungai.

( lalu, supaya, jika )
v. Puan Gan sangat gemuk ______________________ adiknya kurus.

( sambil, tetapi, dan )

5

B LATIHAN PENJODOH BILANGAN
6

C LATIHAN SIMPULAN BAHASA

Isikan tempat-tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

berkaki ayam makan angin alas perut

buah tangan baik hati ambil berat ringan tulang

i. Ramai orang pergi ______________________________ ke tepi pantai.

ii. Kaki Zulha tertusuk duri kerana dia _____________________.

iii. Nora selalu menolong emaknya membuat kerja. Dia seorang yang ______________________.

iv. Pak Kasran ________________________________. Dia suka menolong orang dalam kesusahan.

v. Mak Timah tidak meng________________________tentang pelajaran anaknya.

vi. Siva dan Lim membawa ___________________________ ketika melawat Rizal di hospital.

vii. Sebelum pergi ke kelas tambahan, Jamal makan dua keping roti
sebagai_________________________

E LATIHAN KATA GANDA

Isikan tempat kosong dengan kata ganda separa yang sesuai.

tetamu pepohon cecair lelabah jejari

i. __________________________ itu dimasukkan ke dalam botol.

ii. __________________________ roda basikalnya telah berkarat.

iii. Puan Hamidah sedang melayan ________________________nya.

iv. _________________________ di tepi jalan itu sungguh rendang.

v. _________________________ sedang membuat sarang.

G LATIHAN SINONIM
Pilih dan tulis erti perkataan yang sesuai di bawah.

Berjumpa membetulkan berpeluang bekerja askar
menolong kebenaran

i. membaiki = ________________________
ii. tentera = ________________________
iii. bertugas = ________________________
iv. bertemu = ________________________
v. sempat = ________________________

7

H LATIHAN PKJR

Tandakan ( / ) pada pernyataan yang benar dan ( x ) pada pernyataan yang tidak benar.

i. Kita berhenti bila lampu isyarat berwarna merah. ()

ii. Tengok ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan. ()

iii. Kita boleh naik basikal ke tengah-tengah jalan raya. ()

iv. Lampu isyarat ada tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. ()

v. Bila kita naik basikal pada waktu malam kita tidak perlu pasang lampu. ()

I LATIHAN PENULISAN (Membina Ayat)
A Salin ayat-ayat ini semula dengan menggunakan tanda baca yang betul.
1. rozana dan ibunya pergi bercuti ke kota kinabalu

_________________________________________________
2. sate adalah makanan kegemarannya

_________________________________________________
3. bapa saudara noni tinggal di alor setar

_________________________________________________
4. emak siti sedang dirawat di rumah sakit

_________________________________________________
5. tukang kebun sekolah kami bernama latif

_________________________________________________
B Susun perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul.
1. landasan kereta api bergerak di atas.

_________________________________________________
2. nakal Ahmad ialah yang seorang budak.

_________________________________________________
3. anak patung yang Salmah ada cantik.

_________________________________________________
4. dan buah-buahan menjual minuman gerai itu.

_________________________________________________
5. badminton di dalam dewan Samad bermain.

8

_________________________________________________

J LATIHAN PEMAHAMAN
Baca Petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut:

Iskandar tinggal di Kampung Rendah. Rumahnya terletak di tepi sungai.
Nama sungai itu Sungai Layang.

Pada suatu pagi, Iskandar berjalan-jalan di tepi sungai itu. Arus sungai
lebih deras daripada biasa kerana hujan lebat pagi tadi. Tiba-tiba Iskandar
terdengar orang menjerit. Tolong! Tolong! Iskandar terperanjat. Seorang
budak sedang dihanyutkan oleh air yang deras itu. Iskandar ternampak
sebatang galah yang tersandar di pohon rambutan. Dia pun mengambil galah
tersebut dan menghulurkannya kepada budak itu. Budak itu berjaya
memegang galah tersebut. Iskandar pun segera menarik galah itu. Akhirnya
budak itu tiba ke tepi sungai dan dapat diselamatkan.

1. Di manakah Iskandar tinggal ?
____________________________________________________

2. Apakah nama sungai yang mengalir dekat dengan rumah Iskandar ?
____________________________________________________

3. Mengapakah arus sungai itu lebih deras daripada biasa ?
____________________________________________________

4. Apakah didengari oleh Iskandar?
____________________________________________________

5. Di manakah kedudukan batang galah itu tersandar ?

___________________________________________________________________

9

K LATIHAN KATA NAMA

Senaraikan kata nama mengikut kumpulannya berdasarkan jawapan yang
disediakan di bawah.

1. 1. 1. 1.

2. 2. 2. 2.

3. 3. 3. 3.

4. 4. 4. 4.

5. 5. 5 5.

6. 6. 6. 6.

10

L LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)

Tuliskan kata ganti nama diri di atas mengikut jenisnya.

KGND PERTAMA KGND KEDUA KGND KETIGA

11

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

12

13


Click to View FlipBook Version