KEGUNAAN PECAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
1 ) Dalam kehidupan seharian , operasi pecahan dapat dilihat contohnya semasa sambutan hari jadi,
ada sepotong kek. Dan kek tersebut perlu dibahagikan kepada semua tetamu. Oleh itu kek perlu
dibahagikan dan dipotong sama rata kepada semua orang. Pembahagian kek tersebut melibatkan
operasi pecahan.
2 ) Selain itu, operasi pecahan turut diaplikasikan sewaktu di sekolah. Pelajar sekolah yang ramai perlu
dibahagikan atau dipecahkan kepada kelompok yang kecil. Sebagai contoh, 100 orang pelajar
dipecahkan kepada 10 kumpulan. Oleh itu, 1 kumpulan mempunyai 10 orang pelajar kerana 100 / 10
bersamaan 10.
PERPULUHAN
KONSEP DAN DEFINISI PERPULUHAN
Nombor perpuluhan ialah suatu bentuk khas yang mewakili pecahan yang penyebutnya ialah kuasa 10.
Contohnya : 7 / 10 = 0.7 12 / 100 = 0.12
Nombor perpuluhan boleh ditukarkan kepada pecahan.
Contohnya : 1.23 = 1 + 2 / 10 + 3 / 100 = 1 + 23 / 100 = 1( 23 / 100)
Letakkan titik perpuluhan dalam satu baris tegak