The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikepojan, 2020-04-09 01:18:54

KOLEKSI LATIH TUBI TATABAHASA BM

LATIH TUBI TATABAHASA BM

1

TOPIK TATABAHASA ISI KANDUNGAN MS

ANTONIM MS TOPIK TATABAHASA

3 KATA PENGUAT 166

AYAT SAMA MAKSUD 23 KATA SENDI 178

KATA ADJEKTIF 42 KATA SERU 201

KATA BANTU 57 KATA TEPAT 214

KATA BANYAK MAKNA 78 PENANDA WACANA 226

KATA BILANGAN 97 KTA GANDA 241

KATA HUBUNG 103 PENGIMBUHAN 254

KATA KERJA 116 PENJODOH BILANGAN 269

KATA NAMA 140 PERIBAHASA 281

KATA PEMERI 155 SINONIM 2

295

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

Antonim ialah perkataan berlawanan erti

Pilih perkataan berlawanan erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di
bawah ini.

1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
A. kabur
B. pudar
C. terang
D. senang

2 ìKevin sering datang ke rumah saya,î kata Muniandy.
A jarang-jarang
B kadangkala
C selalu
D kerap

3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
A. sokongan
B. galakan
C. sindiran
D. cacian

4 Orang yang berbaju merah itu gila.
A. baik
B. waras
C. berguna
D. sempurna

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 33

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM 44

5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.
A. diserahkan
B. dirampas
C. dipinjam
D. diterima

6 Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.
A. longgar
B. lembut
C. kendur
D. ringan

7 Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .
A. renggang
B. lama
C. jauh
D. baik

8 Vellu meluahkan makanan yang sudah basi.
A. menghabiskan
B. mengunyah
C. menyimpan
D. menelan

9 Cuaca malam ini panas.
A. hangat
B. sejuk
C. suam
D. merah

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

10 Ceramah yang disampaikannya agak hambar .

A. elok
B. lucu
C. tepat
D. menarik

11 Aqila tidak suka menonton filem jenaka.

A. sedih
B. lasak
C. ganas
D. rencana

12 Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak
berkuasa.
A. diabaikan
B. diteruskan
C. ditundakan
D. diselesaikan

13 Budak lelaki yang diculik itu telah dikurung olehpenculiknya.

A. dilepaskan
B. dipenjara
C. dibunuh
D. diperap

14 Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.
A tertangguh
B separuh
C selesa
D siap

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 55

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

15 Hasil tenunan kain sutera itu sangat halus.

A. kasar
B. Kesat
C. keras
D. ketat

16 Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu..
A. akrab
B. baik
C. putus
D. mesra

17 Saya meluat akan sikapnya yang mengada-ngada.

A. suka
B. benci
C. terpesona
D. menyampah

18 Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di hadapan pusat beli belah.

A. gila
B. waras
C. mabuk
D. terencat

19 Anis mempelawa bapa saudaranya yang baru tiba dari Ipoh.
A. mempersilakan
B. mengundang
C. menjemput
D. menghalau

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 66

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

20 Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang
dalam perlawanan itu.
A. tulus
B. setuju
C. sangsi
D. berharap

21 Pisau yang tajam itu diasah oleh datuk.

A. tebal
B. karat
C. rosak
D. tumpul

22 Lee Lian berasa amat gembira setelah mendengar keputusan yang diumumkan
oleh juruacara.
A. seronok
B. marah
C. sedih
D. ceria

23 Kapal terbang itu akan mendarat dua jam lagi.

A. tiba
B. sampai
C. berlepas
D. bergerak

24 Rumah mereka berdekatan dengan sekolah.

A. berjauhan
B. berhampiran
C. bersebelahan
D. bertentangan

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 77

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

25 Baju-baju yang basah itu dimasukkan ke dalam baldi oleh Amira.

A. kuat
B. tebal
C. kering
D. lembap
26 Saya tidak suka memakai baju yang tebal.

A. nipis
B. lebat
C. padat
D. sendat

27 Helmi merupakan murid yang paling pandai di dalam kelasnya.
A. bijak
B. bodoh
C. cerdik
D. pintar

Soalan 28 berdasarkan gambar 1

Gambar 1 88
28 Pilih kata lawan bagi keadaan bunga di atas.

A mekar
B kuncup
C kempis
D kembung

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

29 Mei Lan gemar akan durian.

A. suka
B. duka
C. Benci
D. sayang

30 Rumah saya terletak di belakang pasar raya.

A. kiri
B. sisi
C. tepi
D. hadapan

31 Rapi sungguh rambut budak berbaju biru itu.

A. kusut
B. buruk
C. hodoh
D. kemas
32 ìPujian itu khusus untuk murid-murid Tahun Enam Mawar, îkata guru besar.

A. khas
B. biasa
C. umum
D. tertentu
33 Biskut yang baru dibelinya lemau .
A. garing
B. keras
C. rapuh
D. rangup

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 99

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM 110
0
34 Pokok sentul di hujung kampung itu condong.
A. tegak
B. lurus
C. senget
D. tumbang

35 Bunga itu layu di bawah terik cahaya matahari.
A. kembang
B. cantik
C. mekar
D. subur

36 Pada hari tertentu, semua ibu bapa dipelawa hadir ke sekolah.
A. diajak
B. ditegah
C. diherdik
D. dijemput

37 Murid kelas Enam Jaya sungguh biadap.
A. patuh
B. lemah
C. sopan
D. gemalai

38 Kapal yang sedang belayar itu milik Syarikat Teguh.
A mendarat
B berlabuh
C berhenti
D bergerak

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

39 Sejak akhir-akhir ini, perniagaannya mengalami kerugian.

A. kekayaan
B. kemajuan
C. kemewahan
D. keuntungan

40 Rumah sementara dibina bagi menempatkan penduduk setinggan di Johor.

A. lama
B. kekal
C. sekejap
D. sekarang

41 Anak warganegara asing itu berpakaian selekeh.

A. kotor
B. harum
C. comot
D. kemas

42 Masalah itu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

A. sukar
B. payah
C. susah
D. senang

43 Siti agak cuak untuk menyaksikan pameran hantu di ekspo itu.
A kuat
B cemas
C berani
D gementar

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 11
1

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

44 Pengawal keselamatan melarang Rashid memasuki pejabat itu.

A. membenarkan
B. menghalau
C. menegah
D. memberi

45 Kamal tergesa-gesa mengenakan pakaian untuk menghadiri temu duga.
A. tergopoh ñgapah
B. kelam-kabut
C. senang
D. tenang

46 Fikiran Mak Senah semakin kusut sejak akhir-akhir ini.
A. tenteram
B. serabut
C. bahagia
D. risau

47 Akhirnya pemuda itu mengaku bahawa dia yang mencuri motosikal itu.

A. membangkang
B. membenar
C. menyetujui
D. menafikan

48 Faisal sebenarnya berpura-pura sakit perut pagi tadi.
A. olok-olok
B. main-main
C. betul-betul
D. diam-diam

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 12

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

49 Penerangan penceramah agak kabur dalam sesi motivasi itu.
A. samar
B. keliru
C. ceria
D. jelas

50 Bilik yang disewa itu agak luas.

A. kecil
B. lebar
C. selesa
D. sempit

51 Ibu menanam pokok bunga ros di halaman rumah.

A. menyemai
B. mencabut
C. membaja
D. menjirus

52 Perniagaan Encik Sham semakin merosot sejak sebulan yang lalu.

A. mengecil
B. meningkat
C. membesar
D. meluas

53 Dia kelihatan resah apabila menerima berita sedih itu.

A. tenang
B. gelisah
C. bimbang
D. dukacita

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 13

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Soalan 54 berdasarkan gambar 2

Gambar 2
54 Pilih perkataan berlawanan yang sesuai dengan jenis haiwan tersebut.

A. liar
B. buas
C. jinak
D. ganas

55 Hujan lebat telah turun tidak berhenti-henti sejak malam tadi.
A. banyak
B. gerimis
C. sedikit
D. deras

56 Air sungai itu menjadi tohor pada waktu-waktu tertentu.
A. banyak
B. sedikit
C. dalam
D. cetek

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 14

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

57 Shamini membangkang cadangan abangnya untuk makan angin ke Melaka.

A. menolak
B. membantah
C. menyokong
D. membidas

58 Kakaknya gemar memakai pakaian yang berwarna gelap.
A. putih
B. pudar
C. cerah
D. terang

59 Pencemaran sungai tersebut berpunca daripada kilang yang beroperasi di hulu
sungai tersebut.
A. hilir
B. muara
C. hujung
D. tebing

60 Ibu menegah abang mandi pada waktu pagi untuk menjaga kesihatannya.

A. melarang
B. mendorong
C. menghalang
D. menyuruh

61 Pada musim ini pokok buah-buahan di dusun Pak Ali melawas.

A. menjadi
B. berlambak
C. menimbun
D. berkurangan

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 15

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

62 Mei Ling berasa dukacita apabila mengetahui bahawa dia gagal dalam
peperiksaan itu.
A. riangÖlulus
B. sedihÖberjaya
C. sukacitaÖkalah
D. gembiraÖtumpas

63 Kata-kata yang diucapkan oleh Abang Shazni benar-benar mengecewakan
Ai Ling.
A mendamaikan
B menambahkan
C menyenangkan
D menggembirakan

64 Aminah kecundang dalam pertandingan itu.

A. gagal
B. tewas
C. berjaya
D. meningkat

65 Banyak manfaat jika kita melibatkan diri dalam kegiatan itu.

A. sia-sia
B. keburukan
C. kerosakan
D. kesilapan

66 Suzana amat kagum melihat suasana perkampungan tradisional di Kampung
Chendering,Terengganu.
A. klasik
B. moden
C. dinamik
D. kontemporari

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 16

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

67 Seramai 51 orang telah terperangkap dalam operasi yang dijalankan semalam.

A. sekat
B. timpa
C. bebas
D. kurung

68 Cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat dibantah oleh penduduk kampung.

A. disukai
B. dihalang
C. disenangi
D. dipersetujui

69 Shafiq bercadang untuk melipatgandakan aktiviti berpersatuan.

A. meredakan
B. menurunkan
C. menyingkatkan
D. mengurangkan

70 Semakin hari semakin maju perniagaannya.

A. mundur
B. lembap
C. malas
D. lesu

71 Ezad berhasrat berhenti menjadi kelasi kapal kerana tidak sanggup berpisah
begitu lama dengan keluarganya.
A. anak kapal
B. awak-awak
C. jurumudi
D. nakhoda

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 17

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM 18

72 Mangsa kemalangan itu mengalami kecederaan serius.
A. Biasa
B. Parah
C. ringan
D. Berat

73 Pintu kereta itu kelihatan rapat.
A. kuat
B. Ketat
C. Kejap
D. renggang

74 Ketika kami sampai, kapal tangki itu sedang berlabuh
A. belayar
B. bergerak
C. mendarat
D. bertambat

75 Pihak pembangkang memenangi pertandingan perbahasan itu.
A. pencadang
B. penyokong
C. pembahas
D. penonton

76 Nadirah makan dengan sopan sekali.
A lahap
B bising
C gemuruh
D rakus

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM 19

77 Anak pasangan itu sering mengingati jasa ibu bapanya.
A. mengeji
B. melupai
C. menolak
D. membiarkan

78 Persengketaan antara negara itu terus berpanjangan.
A. Permusuhan
B. Persahabatan
C. Perundingan
D. Perdamaian

79 John fasih berbahasa Melayu.
A. petah
B. gugup
C. gagap
D. lancar

80 Wajah Noni kelihatan berseri apabila menerima berita itu.
A. muram
B. suram
C. masam
D. ceria

81 Pihak polis berjaya membongkar kes pembunuhan itu.
A menyembunyikan
B mengeluarkan
C membuka
D menutup

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

82 Penyerahan kuasa tersebut akan dijalankan pada petang ini di Dewan Orang
Ramai Kampung Sentosa.
A. Penutupan
B. Pengambilan
C. Penyampaian
D. Penganugerahan

83 Mangsa bot karam yang terapung di laut sejak semalam telah diselamatkan.

A. tenggelam
B. hilang
C. hanyut
D. timbul

84 Pertelagahan antara kedua-dua pihak itu telah lama berlaku.

A. Pergaduhan
B. Perdamaian
C. Permusuhan
D. Pertengkaran

85 Saya amat jahil dalam bidang astronomi.

A. prihatin
B. pintar
C. asing
D. arif

86 Kebanyakan penduduk kampung itu amat daif kehidupannya.

A. fakir
B. mewah
C. melarat
D. merempat

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 20

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

87 Adik menyedut air dengan penyedut minuman.

A. menghembus
B. membuang
C. menghisap
D. meniup
88 Helmi mendongak apabila terdengar deruman kapal terbang.

A. mengangguk
B. menggeleng
C. menunduk
D. memaling
89 Pemuda itu meluahkan hasrat hatinya untuk memperisteri gadis yang cantik itu.

A. mengumumkan
B. memberitahu
C. memendam
D. merendam

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 21

LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

ANTONIM 2A 3D 4B 5A
1A 7A 8D 9B 10 D
6B 12 B 13 A 14 D 15 A
17 A 18 B 19 D 20 C
11 A 22 C 23 C 24 A 25 C
16 A 27 B 28 B 29 C 30 D
21 D 32 C 33 D 34 A 35 C
26 A 37 C 38 B 39 D 40 B
31 A 42 D 43 C 44 A 45 D
36 B 47 D 48 C 49 D 50 D
41 D 52 B 53 A 54 C 55 B
46 A 57 C 58 C 59 A 60 B
51 B 62 A 63 D 64 C 65 A
56 C 67 C 68 D 69 D 70 A
61 A 72 C 73 D 74 A 75 A
66 B 77 B 78 D 79 C 80 A
71 D 82 B 83 A 84 B 85 D
76 A 87 A 88 C 89 C
81 D
86 B

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 22

23

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

Info Ayat Sama Maksud

Menentukan ayat yang sama maksud merupakan satu daripada aspek
penggunaan bahasa atau tatabahasa yang disoal dalam UPSR.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1 Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah
jam sahaja.

A Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah
disiapkan oleh Diana.

B. Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang
diarahkan oleh Cikgu Ali.

C. Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat
disiapkan oleh Diana.

D. Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan
oleh Diana.

2 Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

A Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

B Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

C Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

3 Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh
harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.

A. Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan
cabaran dalam kehidupan.

B. Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam
tempoh kehidupan alam remaja.

C. Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam
kehidupan.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

24

2
4

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

D Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang
menyebabkan kerungsingan.

4 Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.

A Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .
B Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
C Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
D Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.

5 Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut
ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.

A Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
B Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan

perubahan teknologi.
C Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang

banyak.
D Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu

pengetahuan.

6 Sungaiñsungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang
tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.

A. Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar
sentiasa bersih.

B. Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar.
C. Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar

telah menyebabkan sungaiñsungai sentiasa tercemar.
D. Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia

sekarang sehingga tercemar.

7. Berkotakñkotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.

A. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu
dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.

B. Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
ke kawasan pedalaman Sabah.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

25

2
5

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD 26

C. Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman dengan kapal terbang.

D. Dengan menaiki kapal terbang, kotakñkotak ubat itu dihantar ke
pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

8. Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.

A Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula
dalam masa lima minit.

B. Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun
tiba .

C. Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit
lagi.

D. Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula
lima minit lagi.

9 Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.

A îAku pasti akan membeli rumah itu, Azhar,î kata Idham.
B ìSuatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu,î kata Idham kepada Azhar.
C ìAku berhajat untuk memiliki rumah itu,î kata Idham kepada Azhar.
D ìRumah itu sudah menjadi milikku,î tegas Idham kepada Azhar.

10 ìMendermalah kepada fakir miskin ,î kata Ustaz Faizul kepada Izhar.

A Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir
miskin.

B Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada
golongan miskin.

C Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada
fakir miskin.

D Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir
miskin.

11 Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar merupakan daya penarik
kepada pelancong ke Taman Negara.

A Kecantikan flora dan fauna menjadi faktor penarik kunjungan pelawat ke
Taman Negara.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

2
6

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

B Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan
flora dan fauna yang belum terusik.

C Faktor flora dan fauna di Taman Negara yang belum tercemar menjadi
daya penarik kunjungan pelancong.

D Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong.

12 ìKetupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah ini enak sungguh,î
kata Aznita kepada Amira.

A. Aznita dan Amira memuji keenakan ketupat palas dan rendang yang dibuat
oleh Nenek Tijah.

B. Aznita dan Amira diberitahu tentang kepandaian Nenek Tijah membuat
ketupat palas dan rendang tok yang enak.

C Nenek Tijah memberitahu Aznita dan Amira tentang keenakan ketupat
palas dan rendang tok yang dimasaknya.

D Aznita telah memberitahu Amira tentang keenakan ketupat palas dan
rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah.

13 Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.

A. Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.
B. Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan

terang.
C Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.
D Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.

14 Pihak Kementerian Pendidikan telah merangka satu program khas untuk
murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR.

A Satu program khas selepas menduduki peperiksaan UPSR telah
dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk murid-murid tahun
enam.

B Murid-murid tahun enam merangka satu program khas untuk
Kementarian Pendidikan selepas menduduki peperiksaan UPSR.

C Satu program untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki
peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan.

D Selepas menduduki peperiksaan UPSR, pihak Kementerian Pendidikan
dan murid-murid tahun enam akan merangka satu program khas.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

27

2
7

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

15 Encik Faizul mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Muzamil yang
telah dinaikkan pangkat.

A. Kata Encik Muzamil,ìTahniah, Faizul kerana telah dinaikkan pangkat.î
B. Kata Encik Faizul,ìTahniah Muzamil kerana telah dinaikkan pangkat dan

selamat maju jaya.î
C Kata Encik Faizul ,îUcapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada

Muzamil yang telah dinaikkan pangkatî.
D Kata Encik Faizul,îMuzamil telah dinaikkan pangkat. Ucapkan tahniah

kepada beliau.î

16 ìKalau bercuti di Terengganu ,jangan lupa singgah di rumah saya di Marang,î
kata Fauziah kepada Ayu.

A. Ayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Marang sekiranya saya
bercuti di Terengganu.

B. Ayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Marang jika bercuti di
Terengganu.

C Fauziah mengingatkan saya dan Ayu agar singgah di rumahnya di Marang
sekiranya bercuti di Terengganu.

D Fauziah mengajak Ayu singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia
bercuti ke Terengganu.

17 Kata Cikgu Siti kepada Ros,îSuruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan.î

A. Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan.
B. Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan.
C. Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan.
D. Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di

perpustakaan.

18 Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan.

A Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau.
B Buah Limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan.
C Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C.
D Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.

19 Hassan yang minum kopi di dalam gelas itu.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

28

2
8

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

A Gelas yang berisi kopi itu diminum oleh Hassan.
B Di dalam gelas itu ada kopi yang diminum oleh Hassan.
C Kopi di dalam gelas itu diminum oleh Hassan.
D Kopi diminum oleh Hassan di dalam gelas itu.

20 îAyah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini,î kata Hakim
kepada Faizul.

A Hakim dan Faizul memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan menunaikan
haji di Mekah pada tahun ini.

B Hakim dan Faizul diberitahu bahawa ayah ibu saya akan menunaikan haji
di Mekah pada tahun itu.

C. Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan ibu saya akan menunaikan haji
di Mekah pada tahun itu.

D. Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji
di Mekah pada tahun ini.

21 Kedatangan sahabat lamanya itu disambut oleh Puan Sofea dengan tangan
terbuka.

A. Sahabat lamanya itu menyambut kedatangan Puan Sofea dengan tangan
terbuka.

B. Puan Sofea menyambut kedatangan sahabat lamanya itu dengan tangan
terbuka.

C Kedatangan sahabat Puan Sofea itu lama disambut olehnya dengan
tangan terbuka.

D Kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka disambut oleh sahabat
lamanya itu.

22 Penggambaran filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu diadakan di
Taman Negara.

A Taman Negara telah menjadi lokasi penggambaran sebuah filem
dokumentari.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

29

2
9

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

B Taman Negara menjadi tempat penggambaran filem dokumentari tentang
hutan hujan tropika itu.

C Tayangan filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu dilakukan di
Taman Negara.

D Taman Negara yang terkenal dengan hutan hujan tropika selalu dijadikan
tempat penggambaran filem.

23. Harliza mengajak Maria menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di
Istana Budaya pada malam itu.

A ìMarilah kita pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di
Istana Budaya pada malam ini,î kata Harliza kepada Maria.

B. ìKamu hendak pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di
Istana Budaya pada malam ini?î tanya Harliza kepada Maria.

C. ìPada malam esok apa kata kalau kita pergi menonton persembahan
Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya?î kata Harliza kepada Maria.

D. ìHarliza, malam ini apa kata kita menyaksikan persembahan Orkestra
Simfoni Muda di Istana Budaya?î tanya Maria.

24 Kain songket yang diperagakan oleh peragawati itu ditenun oleh Mek Su,
penenun yang terkenal di pantai timur.

A Kain songket yang diperagakan oleh Mek Su itu ditenun oleh seorang
peragawati yang terkenal di pantai timur.

B Seorang penenun yang terkenal di pantai timur telah memperagakan kain
songket itu.

C. Peragawati itu telah memperagakan kain songket yang ditenun oleh
Mek Su, penenun yang terkenal di pantai timur.

D. Peragawati itu dan Mek Su penenun yang terkenal di pantai timur telah
memperagakan kain songket.

25 Cikgu Nadia menasihati murid-muridnya supaya banyak membaca majalah
untuk menambahkan ilmu pengetahuan .

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

30

3
0

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

A ìKita perlu membaca banyak majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan,î jelas Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

B ìKamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan,î kata Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

C ìSaya dan kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan
ilmu pengetahuan,î ujar Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

D ìMereka perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan,î nasihat Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

26 ìZainab, ambilkan saya pinggan itu,î kata Wati.

A Zainab menyuruh Wati mengambil pinggan itu untuknya.
B Pinggan itu diambil oleh Wati dan diberikan kepada Zainab.
C Zainab diminta oleh Wati supaya meletakkan pinggan yang diberinya itu.
D Wati meminta Zainab mengambil pinggan itu untuknya.

27 ìSaya hendak berjumpa dengan awak esok,î kata Encik Rizal kepada Zaki.

A. Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengan saya
pada hari esok.

B. Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengannya
pada keesokan harinya.

C. Encik Rizal mengingatkan saya dan Zaki supaya berjumpa dengannya
pada keesokan harinya.

D Encik Rizal mengingatkan Zaki supaya berjumpa dengannya pada
keesokan harinya.

28 Para pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah.

A. Di sekolah pelajar akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dengan aktif.
B. Kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah perlulah aktif supaya

pelajar dapat melibatkan diri.
C Pelajar perlu aktif untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
D Pelajar perlu bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

29 ìMin, tolong berikan kad ucapan hari jadi ini kepada Moon,î kata Salmi.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

31

3
1

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

A Min berharap agar Moon dapat memberikan kad ucapan hari jadi kepada
Salmi.

B Salmi meminta pertolongan Min supaya menghantar kad ucapan hari jadi
kepada Moon.

C Salmi meminta agar Min dapat menyampaikan ucapan hari jadi kepada
Moon.

D Salmi menyampaikan agar Min meminta ucapan hari jadi kepada Moon.

30 ìBelajarlah sungguh-sungguh, jangan sia-siakan usia mudamu,î kata abang
kepada saya.

A. Abang menasihati saya supaya jangan mensia-siakan masa muda dan
belajar dengan sungguh-sungguh.

B. Abang memberitahu saya supaya rajin belajar dan jangan mensia-siakan
usianya yang muda.

C Abang memberitahu saya supaya rajin belajar dan jangan mensia-siakan
usianya yang muda.

D Abang menyuruh saya belajar supaya tidak mensia-siakan usia yang
muda.

31 Aziz meminta Hafiz menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sebelum
keadaan menjadi lebih serius.

A. Jika keadaan menjadi lebih serius, Aziz meminta Hafiz menjalani
pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh.

B. Aziz menggalakkan Hafiz menjalani pemeriksaan yang lebih serius di
Hospital Besar Ipoh.

C. Hafiz akan menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sekiranya Aziz
menyuruhnya berbuat demikian.

D. Hafiz diminta oleh Aziz agar menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh
sebelum keadaan menjadi lebih serius.

32 Shila gembira mengikut Puteri pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang
merasai cara hidup kaum nelayan.

A Cara hidup kaum nelayan membuatkan Shila dan Puteri gembira berada di
kampungnya.

B Shila gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

32

3
2

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

mengikuti Puteri pulang ke kampungnya.
C. Puteri berasa gembira pulang ke kampung Shila dan berpeluang merasai

cara hidup kaum nelayan.
D. Kaum nelayan berasa gembira mengikuti Shila dan Puteri pulang ke

kampungnya.

33 ìBersiap sedialah kamu menghadapi ujian awal tahun nanti,î kata Cikgu Ali
kepada murid-muridnya.

A Cikgu Ali berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian awal tahun.
B Murid-murid meminta Cikgu Ali mengadakan ujian pada awal tahun.
C Murid-murd diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Ali pada awal tahun

ini.
D Cikgu Ali meminta murid-muridnya bersedia untuk menghadapi ujian awal

tahun yang akan datang.

34 Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat
permainan video.

A. Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah
di pusat permainan video.

B. Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat
permainan video.

C. Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat
permainan video oleh guru disiplin.

D Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat
permainan video kerana tidak berdisiplin.

35 Kami tidak kering gusi mendengar ceritanya yang lucu itu.

A Gusi kami senantiasa basah kerana geli hati mendengar ceritanya.
B Ceritanya yang lucu itu mencuit hati kami.
C Kami tidak henti-henti ketawa mendengar ceritanya yang lucu itu.
D Ceritanya yang lucu itu membuatkan kami ketawa sepanjang masa.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

33

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

36 Adik tidak gemar akan sayur kerana rasanya pahit.

A Adik tidak suka sayur yang pahit.
B Adik tidak gemar akan makanan yang pahit seperti sayur.
C Rasa pahit yang menyebabkan adik tidak suka akan sayur.
D Menurut adik, dia tidak gemar akan rasa pahit pada sayur.

37 ìSila beratur dalam dua barisan, murid-murid,î kata Cikgu Ahmad.

A Cikgu Ahmad mempersilakan murid-murid beratur dalam dua barisan.
B Cikgu Ahmad meminta murid-murid supaya beratur dalam dua barisan.
C Murid-murid yang beratur dalam dua barisan mempersilakan Cikgu Ahmad.
D Murid-murid Cikgu Ahmad diminta beratur dalam dua barisan.

38 Kami membawa mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.

A. Mangsa yang membuat laporan di balai polis itu kami bantu.
B. Mangsa rompakan balai polis yang membuat laporan itu kami bantu.
C. Kami dibantu oleh mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.
D. Mangsa rompakan itu kami bawa ke balai polis untuk membuat laporan.

39 ìSaya memilih majalah Pelita Bahasa kerana isi kandungannya menarik,î kata
Rizal.

A. Rizal menjelaskan bahawa majalah Pelita Bahasa menjadi pilihannya kerana
isi kandungannya menarik.

B. Kerana tertarik oleh isi kandungannya, maka Rizal membeli majalah Pelita
Bahasa.

C. Isi kandungan Pelita Bahasa telah menarik perhatian Rizal untuk membelinya.
D. Rizal mencadangkan agar majalah Pelita Bahasa dipilih kerana isi

kandungannya menarik.

40 ìJangan sekali-kali membantah arahan guru,î pesan ayah kepada adik.

A Ayah memarahi adik kerana membantah arahan guru.
B Adik dinasihati oleh ayah agar tidak menurut pesanan guru.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

34

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

C Ayah mengingatkan adik agar jangan sekali-kali membantah arahan guru.
D Adik dilarang membantah arahan guru lebih daripada sekali.

41 Buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat diagihkan kepada
kakitangannya.

A. Pengurus syarikat buah mempelam memberikan hadiah kepada
kakitangannya.

B. Pengurus syarikat menghadiahkan buah mempelam lalu diagihkan kepada
kakitangannya.

C. Kakitangan syarikat mengagihkan buah mempelam kepada pengurus
syarikat.

D. Kakitangan syarikat mendapat buah mempelam yang dihadiahkan oleh
pengurus syarikat.

42 ìMi rebus ini sedap tetapi agak pedas,î kata Rita kepada Melati.

A Rita memberitahu Melati bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas. B
Melati memberitahu Rita bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas. C
Rita dan Melati diberitahu bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
D Rita dan Melati memaklumkan bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.

43 Lantai itu bersih kerana baru disapu oleh ibu.

A Ibu baru saja menyapu lantai yang bersih itu.
B Lantai yang baru disapu oleh ibu itu bersih.
C Lantai baru yang bersih itu telah disapu oleh ibu.
D Ibu menyapu lantai baru itu sehingga bersih.

44 Potret yang cantik itu dilukis oleh seorang pelukis yang terkenal.

A Pelukis yang terkenal telah menghasilkan potret yang cantik itu.
B Pelukis yang termasyhur telah mengeluarkan kecantikan potret itu.
C Potret yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pelukis yang cantik itu.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

35

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

D Kecantikan potret yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pelukis
yang terkenal.

45 Maria mengucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam
pertandingan bercerita itu.

A. Kata Maria,ì Dia memberikan tahniah kepada Syazana yang berjaya dalam
pertandingan bercerita itu.î

B. Kata Maria, ìSyazana telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu, beri
tahniah.î

C. Kata Maria, ìUcapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya
dalam pertandingan bercerita itu.î

D. Kata Maria, ìTahniah, Syazana kerana kamu telah berjaya dalam
pertandingan bercerita itu.î

46 Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat ke kiri dan ke kanan
terlebih dahulu sebelum melintas jalan.

A Sebelum melintas jalan, Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya
melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu.

B Murid-murid dinasihati oleh Cikgu Normah supaya melihat ke kiri dan ke
kanan terlebih dahulu sebelum melintas jalan.

C Murid-murid yang hendak melintas jalan Cikgu Normah dinasihati supaya
melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu.

D Terlebih dahulu Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat
ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.

47 ìDatuk perlu kita bawa ke hospital untuk diubati penyakitnya,î kata Latif kepada
adik-adiknya.

A Latif menyuruh adik-adiknya membawa datuknya yang sakit itu ke hospital
untuk diubati.

B Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital sebelum
penyakitnya melarat.

C Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital untuk
dirawat.

D Latif dan adik-adiknya disuruh membawa datuk mereka ke hospital untuk
diubati penyakitnya.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

36

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

48 Karim menasihati Siva supaya mematuhi peraturan jalan raya.

A Karim mematuhi peraturan jalan raya setelah menasihati Siva.
B Sivalah yang menasihati Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya.
C Siva dinasihati oleh Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya.
D Siva mematuhi peraturan jalan raya setelah dinasihati oleh Karim.

49 ìCeritakanlah masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Liana,î
kata Sarina.

A. Sarina meminta Liana menolongnya menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.

B. Sarina meminta Liana menceritakan masalah yang dialaminya
mudah-mudahan dia dapat membantu Liana.

C. Sarina memaksa Liana menceritakan masalah yang dihadapinya kerana
dia hendak menolong Liana.

D Sarina menasihati Liana agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

50 Kamalia menasihati adiknya supaya berhati-hati memilih kawan kerana
sebarang kesilapan akan merugikannya.

A. Jangan memilih kawan yang merugikan kamu,î kata Kamalia.
B. ìAdik saya sentiasa berhati-hati memilih kawan supaya tidak merugikan

dirinya,î kata Kamalia.
C. ìAdik, kakak cadangkan agar berhati-hati memilih kawan supaya diri kamu

tidak rugi,î kata Kamalia.
D. ìBerhati-hati semasa memilih kawan agar tidak merugikan kamu,î kata

Kamalia kepada adiknya.

51 Ketua Polis berharap agar orang ramai menghubungi pihaknya dengan segera
sekiranya mereka menyaksikan kemalangan itu.

A. Orang ramai yang melihat kemalangan itu diminta ke balai polis secepat
mungkin.

B. Orang ramai yang melihat kemalangan itu diminta oleh Ketua Polis supaya
menghubungi pihaknya dengan segera.

C. Ketua Polis diminta menghubungi orang ramai yang melihat kemalangan
itu dengan segera.

D. Orang ramai yang ingin mengetahui berita kemalangan itu diarahkan
menghubungi Ketua Polis secepat mungkin.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

37

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

52 Saya akan menyelesaikan masalah kewangan syarikat itu.

A Segala masalah kewangan syarikat ini akan saya selesaikan.
B Segala masalah kewangan yang dihadapi diselesaikan oleh syarikat saya.
C Selesaikan segala masalah kewangan syarikat saya ini.
D Masalah kewangan syarikat ini sudah saya selesaikan.

53 Pemain-pemain itu giat menjalani latihan untuk membina kecergasan.

A Kecergasan untuk pemain-pemain perlu dijalankan secara giat.
B Latihan yang giat dapat menjamin pemain-pemain membina kecergasan.
C Pemain-pemain perlu giat membina kecergasan melalui latihan.
D Untuk membina kecergasan, pemain-pemain itu giat melakukan latihan.

54 Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan akan disaman oleh pihak
berkuasa.

A Pihak berkuasa akan disaman oleh pengguna jalan raya yang tidak
mematuhi peraturan.

B Pengguna jalan raya akan disaman oleh pihak berkuasa yang tidak
mematuhi peraturan.

C Pihak berkuasa akan menyaman pengguna jalan raya yang tidak
mematuhi peraturan.

D Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan pihak berkuasa akan
disaman.

55 Pesawat itu akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja menerima arahan
daripada pengawal trafik udara.

A. Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum
berlepas ke Australia.

B. Pengawal trafik udara akan memberikan arahan kepada pesawat yang
akan bertolak ke Australia.

C. Sebaik-baik sahaja arahan diberikan oleh pengawal trafik udara, pesawat
itu akan berlepas ke Australia.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

38

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

D Pengawal trafik udara akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja
mendapat arahan daripada pesawat itu.

56 Cerita rakyat merupakan satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui
dan dihayati oleh kanak-kanak.

A. Satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui dan
dihayati oleh kanak-kanak.

B. Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional
sebagai satu cabang cerita rakyat.

C. Sastera tradisional dan cerita rakyat perlu diketahui dan dihayati oleh
kanak-kanak daripada satu cabang.

D. Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu
daripada cabang sastera tradisional.

57 ìSaya berharap agar murid-murid sentiasa menjaga nama baik sekolah ini dan
belajar bersungguh-sungguh,î kata Encik Sulaiman dalam ucapannya.

A Encik Sulaiman yang menyampaikan ucapan berharap agar murid-murid
dapat mengharumkan nama sekolah melalui kesungguhan belajar.

B Semasa berucap, Encik Sulaiman mendesak murid-murid supaya dapat
memelihara nama baik sekolah ini dan belajar bersungguh-sungguh.

C Dalam ucapannya, Encik Sulaiman mengharapkan murid-murid agar
sentiasa menjaga nama baik sekolah itu dan belajar bersungguh-sungguh.

D Encik Sulaiman berharap agar murid-murid yang menjaga nama baik
sekolah itu dapat belajar bersungguh-sungguh.

58 Danial dan Luqman akan singgah di rumah Ikram dalam perjalanan pulang dari
sekolah nanti.

A. ìSaya akan singgah di rumah kamu dalam perjalanan pulang dari sekolah
nanti,î kata Danial kepada Luqman dan Ikram.

B. ìDalam perjalanan pulang dari rumah Ikram, kami akan singgah di rumah
kamu, Luqman,î kata Danial.

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

39

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

C. ìSinggahlah di rumah saya semasa kamu pulang dari sekolah nanti,î kata
Ikram kepada Danial dan Luqman.

D. ìKami akan singgah di rumah Ikram semasa pulang dari sekolah nanti,î
kata Danial dan Luqman.

59 Oleh sebab cuaca panas, mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan
itu.

A. Mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan tersebut jikalau cuaca
panas.

B. Kerja menyiapkan jambatan itu ditangguhkan berikutan cuaca panas.
C. Dalam keadaan yang panas itu, mereka memberhentikan kerja

menyiapkan jambatan.
D Kerja menyiapkan jambatan itu ditunda dalam keadaan cuaca panas.

60 Perpustakaan awam perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang
berilmu.

A. Perpustakaan awam tidak perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi
yang berilmu.

B. Perpustakaan awam ialah gedung ilmu terkini.
C. Perpustakaan awam perlu dibina untuk dimanfaatkan.
D. Bagi melahirkan generasi yang berilmu, perpustakaan awam perlu

dimanfaatkan.

JAWAPAN AYAT SAMA MAKSUD
MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

40

LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD

1 C 31 D
2 D 32 B
3 B 33 D
4 A 34 C
5 B 35 C
6 C 36 C
7 C 37 B
8 D 38 D
9 C 39 A
10 A 40 C
11 C 41 B
12 D 42 A
13 B 43 B
14 A 44 A
15 B 45 D
16 D 46 B
17 D 47 C
18 B 48 C
19 C 49 B
20 D 50 D
21 B 51 B
22 B 52 A
23 A 53 D
24 C 54 C
25 B 55 C
26 D 56 D
27 B 57 C
28 D 58 D
29 C 59 B
30 A 60 D

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN

41

42

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

9 _ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A. Indah
B. Muram
C. Kelam
D. Sayup

10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat dan hormat kepada guru-guru
mereka.
A. baik
B. malu
C. takut
D. patuh

11 Marsya berasa _semasa meraikan hari jadinya.
A. pilu
B. mahu
C. cemas
D. gembira

12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang

A. tinggi
B. besar
C. kontot
D. panjang

13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau ikan
air tawar.
A. hapak
B. hanyir
C. tengik
D. hancing

14 Penyanyi yang mempunyai suara itu mendapat tepukan gemuruh
daripada penonton.
A. serak
B. garau
C. merdu
D. nyaring

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 43

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A. sombong
B. senang
C. ramah
D. kasar

16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam_ _ pagi
tanpa berputus asa.
A. kegelapan
B. kedinginan
C. kemalapan
D. kepanasan

17 Dahi adik kelihatan _ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A. bengkok
B. bengkak
C. botak
D. lekuk

18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi apabila menjelang Hari
Raya Aidil Fitri.
A. lengang
B. senyap
C. muram
D. suram

19 Mata Aminah _ kerana terkena air sabun.
A. pedas
B. lebam
C. pedih
D. panas

20 Jambatan yang _ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk
Kampung Semangat.
A. luas
B. sempit
C. senang
D. besar

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 44

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

21 Tapak tangan Pak Abu selepas mencangkul tanah di kebunnya
petang tadi.
A. menggelupas
B. menggerutu
C. melecur
D. melecet

22 Nana berasa apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.
A. geli
B. haru
C. kelam
D. gundah

23 Itik itu mempunyai bulu yang air menyebabkan bulunya sentiasa

kering walaupun berada lama di dalam air.

A. kesat

B. telap

C. telus

D. kalis

24 Pak Tamin begitu memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah

lagi hari sudah larut malam .

A. terkilan

B. runsing

C. murung

D. sengsara

25 Keadaan menjadi semakin _ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu
mengalah .
A. pelik
B. gawat
C. runsing
D. rencam

26 Bau pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak

wangi yang itu .

A. busuk Ötengik

B. hanyirÖ wangi

C. hapak Ö harum

D. hancing Ömersik

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 45

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

27 Cik Loh sangat mendengar lagu yang dinyanyikan
oleh biduanita itu .
A. ghairah
B. asyik
C. tekun
D. leka

28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang _ itu .
A. becak
B. lembik
C. lembap
D. bengkok

29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu _ selepas berlakunya gegaran.
A. serong
B. bengkok
C. bongkok
D. condong

30 Motosikal yang dipandu laju itu melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .

A. jauh
B. cepat
C. dekat
D. nyaris

31 Micheal Lim mengalirkan air matakerana terlalu mendengar berita tentang
kemalangan itu.

A. sedih
B. hairan
C. terkejut
D. gembira

32 ìBuah duku langsat itu sangat manis sekali dan pula rasanya,î kata Ghani.
A. lazat
B. busuk
C. kelat
D. harum

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 46

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Soalan 33 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat .

A. pantas
B. cepat
C. deras
D. kencang

34 Kerjanya yang _ _, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
A. teliti
B. lemah
C. sopan
D. lembut

35 Bangunan yang itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam

kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

A. baru

B. antik

C. retak

D. runtuh

36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh dan tenang.
A. sibuk
B. damai
C. serabut
D. gembira

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 47

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang
A. hapak
B. tengik
C. hamis
D. haring

38 Amirul berjalan dengan _ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
A. tertib
B. gopoh
C. pantas
D. cermat

39 Nur Hayati berasa untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
A. pilu
B. gusar
C. geram
D. marah

Soalan 40 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada _ pemandunya.

A. kelajuan
B. kelalaian
C. keberanian
D. kesibukan

41 Seluar itu tidak _ untuk abang kerana pinggangnya besar.
A. masuk
B. muat
C. muak
D. mual

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 48

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

42 Dia berazam untuk badannya seperti dua tahun lalu.
A. menjadikan
B. mengecilkan
C. mengecutkan
D. menguruskan

43 Kucing hitam itu mencuri ikan yang digoreng oleh kakak.
A. baru
B. lama
C. segar
D. layu

44 Ayah sedang mengasah parang yang itu
A. tumpul
B. tajam
C. tebal
D. nipis

45 Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia_ _bercakap.
A. laju
B. petah
C. bising
D. pandai

46 Wajah Azril _apabila disindir oleh rakan-rakannya.
A. masam
B. masin
C. manis
D. manja

47 Hujan telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.
A. kuat
B. lebat
C. hebat
D. renyai

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 49

49

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

48 Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu _.
A. laju
B. tajam
C. cepat
D. lambat

49 Pemerintah negara itu sangat kerana telah menindas rakyatnya.
A. baik
B. keras
C. kejam
D. waras

50 Encik Haziq memandu van nya itu dengan berhati-hati.
A. kecil
B. baharu
C. usang
D. elok

51 Air kopi itu _ _ kerana langsung tidak dimasukkan gula.
A. pahit
B. masin
C. manis
D. masam

52 Lalu-lintas di situ kembali _ _ setelah kenderaan yang terlibat dalam
kemalangan itu dialih ke tepi.
A. tegang
B. gelap
C. pulih
D. pilu

53 Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu menggunakan
komputer.
A. geliga
B. cekap
C. petah
D. fasih

MODUL LATIH TUBI BAHASA MALAYSIA DARIPADA CIKGU MIKE POJAN 50

50


Click to View FlipBook Version