The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikepojan, 2020-04-10 10:48:17

ENGLISH GRAMMAR

PANDUAN BI

Panduan Belajar Grammar Bahasa
Inggeris Dengan Mudah dan Pantas

Mengatakan “I eat fish” adalah tidak sama dengan
berkata “I am eating fish.”

Tapi apakah perbezaannya?

Bagi memahami mengapa dua penyataan ini
berbeza, anda perlu memahami tenses Bahasa
Inggeris terlebih dahulu.
Tenses memberitahu anda bilakah sesuatu
perkara berlaku. Sekiranya tenses di dalam ayat
anda salah, ia akan menyebabkan kekeliruan dan
juga salah faham.
Proses belajar grammar dan tenses ini adalah
sukar pada mulanya, namun apa yang anda
sebenarnya perlukan adalah untuk mengingati
beberapa struktur ayat, dan belajar beberapa
peraturan ringkas.
Mulakan dengan membahagikan maklumat-
maklumat yang ada kepada kumpulan-kumpulan
kecil yang lebih mudah untuk difahami. Jom! Kita
mula dengan perkara-perkara yang asas:
Went, Going, Gone!

Hanya terdapat tiga tenses yang asas di dalam
Bahasa Inggeris; past, present, dan future.
 Past tense digunakan untuk apa sahaja yang telah
berlaku sebelum masa sekarang.
 Present tense digunakan untuk apa sahaja yang
sedang berlaku ataupun untuk penyataan am.
 Future tense digunakan untuk apa sahaja yang
akan berlaku pada masa akan datang.
(Terdapat juga perfect tense, tetapi artikel ini
hanya akan menumpukan perhatian kepada
tiga tenses asas dan ringkas seperti yang
dinyatakan di atas sahaja.)

Tetapi, sudah tentu, jika ianya seringkas itu, anda
mungkin tidak membaca artikel sebegini bukan?

Tenses ini mempunyai beberapa variasi yang
membuatkan mereka menjadi lebih spesifik.

Kesemua variasi ini memperkatakan tentang masa
yang tepat semasa sesuatu perkara itu terjadi.

Selain itu, ketiga-tiga tenses ini mempunya dua
jenis variasi yang utama: simple dan continuous.

 Continuous tenses digunakan apabila sesuatu
perbuatan itu berlaku berulang kali untuk sesuatu
jangka masa.

 Simple tenses pula untuk segala keadaan selain
daripada itu!

Anda akan dapat mengetahui secara tepatnya,
bilakah saatnya anda perlu menggunakan sesuatu
jenis tense, semuanya ada pada panduan seperti di
bawah.

Oleh kerana past dan present tenses mempunyai

hubungan yang sangat rapat, adalah lebih baik

untuk mempelajarinya bersama-sama.

Manakala future tense akan dibincangkan pada

bahagian akhir artikel ini.

Inilah panduan pembelajaran Bahasa Inggeris yang

paling ulung, malahan, satu-satunya panduan yang

anda perlukan untuk mula belajar grammar dan

untuk mula memahami asas-asas

penggunaan tenses.

Panduan Buat Beginner yang Mahu

Belajar Grammar dan Tenses Bahasa Inggeris

Simple Tenses

Melihat kembali kepada contoh pertama yang
digunakan dalam atikel ini; “I eat fish.” Ayat ini
menggunakan simple present tense.
Simple Present
Simple present tense kebiasaannya digunakan
untuk tiga perkara:

1. Untuk menerangkan perkara-perkara yang kekal
dan tidak berubah.

2. Untuk menerangkan kekerapan berlakunya
sesuatu perkara.

3. Untuk memperkatakan tentang acara-acara
yang telah dijadualkan.

Penggunaan tense ini adalah sangat mudah. Anda
hanya perlu menambah -s pada hujung kata kerja
(verb) apabila “he” atau “she” adalah orang yang
melakukan perbuatan itu (he speaks, she eats).
Manakala, gunakan verb yang tidak berubah
keadaannya apabila subjek lain yang melakukan
perbuatan (we speak, I eat).

Jadi, anda perlu menggunakan tense ini jika anda
mahu memberitahu seseorang perkara tentang diri

anda seperti hobi, prinsip atau nilai yang anda
rasakan betul, ataupun bertanyakan tentang
sesuatu perkara.

Berikut adalah beberapa contoh:

Jika hobi anda adalah bermain viola, anda boleh
berkata; “I play the violin.” Dan oleh kerana ia
hanyalah sekadar hobi, anda boleh menambah:
“I am not a professional violinist.”
Anda mungkin berasa bimbang tentang rakan anda
jika mendapati dia menggigit kuku, kerana;
“he bites his nails when he’s nervous.”
Manakala, jika anda dijemput menghadiri suatu parti
hari jadi anjuran seorang rakan, anda mungkin
perlu bersiap dengan segera kerana; “the
party starts in an hour.”
Mungkin juga, anda patut mengingatkan rakan anda
yang lain supaya membawa hadiah kerana; “he
never remembers birthdays.”
Simple Past
Penggunaan simple past adalah lebih kurang sama
dengan simple present.
Kata kerja bagi simple past menggunakan
penambahan -ed (I walked, he smiled). Namun begitu,

harus diingat bahawa terdapat banyak irregular
verbs yang tidak menggunakan tambahan -ed ini, di
mana anda perlu mempelajarinya secara
berasingan (I spoke, he ate).
Berbeza dengan present tense yang menerangkan
tentang masa sekarang, tense ini mengatakan
tentang sesuatu yang telah pun berlaku ataupun
mengenai fakta yang tidak lagi benar.
Gunakan simple past jika anda mahu menerangkan
sesuatu perkara yang sudahpun selesai atau telah
berlaku.
Perhatikan penerangan tentang satu perjalanan
yang menggunakan simple past tense: “Last year
I visited New York. I lived in a hotel for a month.
I rode the train, took many pictures and walked all
around Central Park.” Apakah persamaannya? Ya,
kesemua kata kerja yang digunakan menggunakan
format yang telah lengkap; sudah selesai. Maka,
kesemuanya menggunakan simple past tense.
Anda juga boleh menggunakan tense ini untuk
sebab yang sama seperti simple present. Ia juga
boleh digunakan untuk menerangkan tentang
sesuatu hobi atau tabiat yang anda pernah

ada pada masa lepas, ataupun sesuatu perkara

yang anda pernah percaya akan kebenarannya.

Tambahan lagi, perkataan-perkataan seperti “used

to” selalu digunakan untuk menerangkan tense ini.

Anda boleh mengatakan; “I used to play the violin

when I was young” yang juga membunyai maksud

yang sama seperti “I played the violin when I was

young.”

Continuous Tenses

Perkataan continuous itu sendiri bermaksud

sesuatu yang sedang berlaku, yang masih berlaku

pada saat ini.

Continuous tense ini menggunakan pengakhiran -

ing pada hujung kata kerjanya (eating, speaking)

bagi kedua-dua present dan juga past.

Tapi, tunggu sebentar! Bagaimana kiranya sesuatu

itu boleh menggunakan past continuous tense jika

ia sedang berlaku pada “saat ini”? Teruskan

membaca untuk mengetahui penjelasannya.

Present Continuous

Anda boleh menggunakan present

continuous untuk bercakap tentang sesuatu yang

sedang berlaku sekarang sehingga kemudiannya.

Sebagai contoh, buat masa sekarang; you
are reading this article. Atau mungkin;
you’re drinking some coffee or taking a break from
work.
Persamaan kesemua contoh ini adalah pada kata
kerjanya yang menunjukkan kesemua perbuatan
tersebut masih lagi terjadi pada masa perkataan
tersebut diungkapkan.
Selain itu, dengan menambah perkataan-perkataan
seperti “always” atau “constantly” anda dapat
menunjukkan kekerapan sesuatu perkara itu
berlaku. Sebagai contoh: “My mother-in-law
is always complaining,” atau “that child
is constantly crying.” Sungguhpun kesemua
perkataan ini bukanlah sesuatu perkara yang
bagus, sekurang kurangnya, grammar dan tense
yang digunakannya, betul!
Past Continuous
Tense ini digunakan untuk menerangkan sesuatu
perbuatan yang diganggu atau terganggu
disebabkan sesuatu. Contohnya, jika anda
menerima panggilan telefon pada lewat malam,
anda boleh berkata “I was sleeping last night when
I got the call.”

Anda juga boleh menggunakan tense ini untuk
mengatakan sesuatu perbuataan yang berlaku
pada masa lepas, contohnya;
“I was already writing at 6 in the morning,” atau
“yesterday in the evening I was eating dinner.”
Melihat ke masa hadapan

Ringkasnya, future tense memperkatakan tentang
apa jua perkara yang masih belum terjadi lagi. Ia
boleh berlaku beberapa saat mahupun tahun dari
sekarang.
Simple Future
Secara jujurnya, memperkatakan perkara yang
akan datang adalah sangat mudah; hanya
tambahkan perkataan “will” atau “is going to”
sebelum sesuatu verb yang tidak perlu diubah
bentuknya.
Jadi, persoalannya, bagaimana anda membezakan
bilakah masanya anda perlu menggunakan “will”
dan bila masanya perlu menggunakan “is going to”?
Jangan terlalu bimbang tentangnya—gunakan
sahaja salah satu daripadanya! Anda boleh berkata;
“I will call you later,” atau “I am going to call you
later.” Kedua-duanya betul.

Hanya terdapat sedikit sahaja perbezaan dari segi
makna; “going to” biasanya digunakan untuk
sesuatu perkara yang telah dirancang. Jadi, bagi
contoh di atas, ayat yang pertama menunjukkan
sesuatu yang lebih spontan (tanpa perlu berfikir
terlalu banyak), sebaliknya ayat yang kedua
berbunyi lebih kepada anda pasti akan
menelefonnya semula.
Perbezaanya hanyalah sedikit sahaja dan anda
boleh menggunakannya tanpa ada masalah.
Namun, perlu diingat yang “will” digunakan lebih
kerap dalam konteks membuat apa-apa janji dan
pekara yang anda pilih, sebaliknya “going to”
digunakan untuk sesuatu yang dirancang.
Kedua-duanya juga boleh digunakan untuk
membuat jangkaan, atau sesuatu yang anda fikir
akan berlaku. Anda boleh berkata; “the world will
end in ten years,” ataupun “the world is going to
end in ten years.” Kedua-duanya betul—tetapi
harapnya jangkaan tersebut adalah tidak benar!

Future Continuous
Ini adalah cara yang terakhir untuk mengatakan
tentang sesuatu perkara yang akan berlaku di
masa hadapan. Ia juga mempunyai persamaan
seperti past continuous.

Anda perlu menggunakan tense ini untuk
mengatakan tentang sesuatu perkara yang mugkin
akan terganggu atau terjejas pada masa hadapan.
Ia juga digunakan untuk mengatakan tentang
sesuatu yang akan berlaku secara tepat pada
masa akan datang.

Hanya tambahkan -ing pada hujung kata kerja
selepas perkataan “will be.”
Contohnya, anda tahu yang rakan anda akan
melawat pada esok hari, maka anda boleh
memberitahunya untuk datang sebelum pukul 7
kerana; “we will be eating dinner at 7.” Anda juga
boleh memberitahu rakan anda; “I will be waiting for
you at the train station.”

Rangkuman Ringkas Tentang Tenses Dalam
Bahasa Inggeris

Berikut adalah kesemua perkara yang telah kita
bincangkan di dalam artikel ini, dirangkumkan ke
dalam satu senarai ringkas;

 Simple present
 Sesuatu yang tidak berubah, bersifat umum, telah

dijadualkan atau sesuatu yang berlaku pada
sesuatu masa.
 Format: “verb + -s.”
 Present continuous
 Sesuatu yang berlaku pada masa sekarang atau
akan berlaku dalam masa terdekat.
 Format: “Is + verb + -ing.”
 Simple past
 Sesuatu yang telahpun berlaku sebelum ini.
 Format: “Verb + -ed.”
 Past continuous
 Sesuatu perkara yang telah terganggu disebabkan
oleh apa jua perkara atau masa.
 Format: “Was + verb + -ing.”
 Simple future

 Sesuatu perkara yang akan berlaku pada sesuatu
tahap di masa akan datang.

 Format: “Will + verb.” / “Is going to” + verb.”
 Future continuous
 Sesuatu perkara yang akan terganggu disebabkan

sesuatu perkara atau masa.
 Format: “Will + verb + -ing.” / “Is going to” + verb + -

ing.”

Fuhh! Tarik nafas dalam-dalam. Anda sudahpun
belajar banyak perkara setakat ini!

Tumpukan perhatian kepada perkara yang berlaku
di dalam ayat tersebut dan juga pada kata kerjanya.
Pelajari kesemua peraturan grammar berlatih
bercakap dengan betul, dan percakapan anda juga
tidak akan disalah erti lagi hanya kerana
menggunakan tense yang salah lagi!


Click to View FlipBook Version