The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikepojan, 2022-02-22 09:58:50

RAHSIA NOMBOR DAN IMEJ

RAHSIA NOMBOR

RAHSIA DI SEBALIK TUBUH MANUSIA

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah
mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di
sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan
hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia
yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah
sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui
segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol
dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama
Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam
padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa
batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah?
Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan
berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua
sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri
manusia yang jarang disedari.

Peringatan: Ini bukan berdasarkan kepada dalil al-
Quran dan al-Hadits, tetapi sekadar penemuan
berdasarkan kaedah-kaedah saintifik dan persamaan.
Bukan suatu PEMBAHARUAN (Bid'ah) di dalam agama,
cuma memberitahu persamaan-persamaan yang dapat
dilihat dengan nyata. Wallahu a'lam.

Nama Allah pada 5 jari tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha
Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya
melalui penciptaan lima jari manusia, yang
melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam,
Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam
perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di
bawah.

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah
simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti
tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri
dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan

Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke
telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang
akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab.
Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di
telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor
tersebut, jumlahnya ialah 99.

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99
nama Allah yang disebut di dalam Al-Quran, yang
dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang
baik).

Saluran udara pada paru-paru membentuk
kalimah Tauhid

Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara
di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah 'La
ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam
tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran
udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah
simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif ( ,)‫ا‬
ruku' melambangkan huruf Ha ( ,)‫ح‬sujud melambangkan
huruf Mim ( ,)‫م‬dan duduk melambangkan huruf Dal ( .)‫د‬Ia
akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan
Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian
Terakhir.



= ‫ د‬+ ‫ م‬+ ‫ ح‬+ ‫احمد = ا‬Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain
bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah,
ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan
nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib
memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di
dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang
Terpuji'.

"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai
bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah
kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu
Taurat dan memberi khabar gembira dengan
(datangnya) seorang Rasul yang akan datang
sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" ......
" (Surah As-Shaaf : Ayat 6)

Perbuatan berdiri juga boleh disimbolkan sebagai
sifat api iaitu tegak berdiri. Ruku' sebagai
sifat angin iaitu bertiup ke sisi. Duduk sebagai
sifat tanah yang tetap di bumi. Sujud sebagai
sifat air yang menurun ke bumi.

Otak manusia dalam keadaan seperti orang sujud
dalam solat

Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan
teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang
sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam
tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi
apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah,
menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan
kita. Maka mengapa masih ada manusia yang
sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada
Tuhan yang mencipta kita?

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-
tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri
mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa
Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup
(bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan
segala sesuatu?" (Surah Fusshilat : Ayat 53)

Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk
tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat
kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah
syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan
yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di
bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk
kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.

"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan
kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha
Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu
menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan
(susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja
yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al
Infithaar : Ayat 6-8)

Ada keseimbangan (balance) pada perkataan Allah
dan Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga
dengan kalimah Tauhid. Sila lihat di bawah;

‫الله‬
4 =huruf, iaitu Alif lam lam ha'

‫محمد‬
4 =huruf , mim haa' mim dal

‫لا إله إلا الله‬
12 =huruf

‫محمد رسول الله‬
12 =huruf

12 + 12 = 24 , dalam sehari ada 24 jam.

Wallahu a'lam .......

RAHSIA KALIMAH TAUHID DAN KESEIMBANGAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Dalam kalimah Tauhid iaitu La Ilaha Ilallah
mempunyai dua bahagian iaitu Nafi dan Itsbat.
Nafi / An-Nafyu (penafian) - La Ilaha , tiada Tuhan yang
selayaknya disembah, iaitu menafikan tuhan yang lain.
Itsbat (menetapkan) - Illa-Allah , melainkan Allah. Iaitu
menetapkan hanya Allah lah satu-satunya Tuhan.
Kaitan kalimah Allah, Muhammad, dan Tauhid di bawah
tiada disebut dalam nas-nas AlQuran atau AlHadits. Dan
ianya tidak semestinya betul, cuma kaitannya ada
dengan sains dan matematik.
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-
makhluk semuanya berpasangan, sama ada daripada
yang ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka
ataupun daripada apa yang mereka tidak
mengetahuinya.” [Surah Ya Sin, 36 : Ayat 36]

Ayat tentangBERPASANGANatau KESEIMBANGAN dalam
Surah Yasin di atas pun sudah menunjukkan
keseimbangan pada surahnya yang ke 36 dan
menyebutnya pada ayat yang 36.

Ada keseimbangan (balance) pada
perkataan Allah dan Muhammad dalam Bahasa Arab.
Begitu juga dengan kalimah Tauhid yang penuh. Sila lihat
di bawah;

‫الله‬
4 =huruf, iaitu Alif lam lam ha'

‫محمد‬

4 =huruf , mim haa' mim dal

‫لا إله إلا الله‬
12 =huruf
‫محمد رسول الله‬
12 =huruf

Nama Nabi Muhammad S.a.w juga disebut dalam Bible,
iaitu dalam Perjanjian Lama, Surah Kidung Agung (Song of
Solomon), bahagian 5 ayat 16. Di situ nama Muhammad

dieja dalam bahasa Ibrani (Hebrew) , ‫ ַמ ֲח ַמ ד‬yang
sebutannya lebih kurang "Mahmad", juga ada 4 huruf.
Cuma dalam ayat itu disebut Mahmaddim iaitu ‫ַמ ֲח ַמ ִּד‬

, ‫ים‬dalam konteks jama' / plural bagi penghormatan.

4+4=8
Firman Allah S.w.t dalam Surah ar-Ra'd ayat 8 yang
bermaksud; "....... dan segala sesuatu pada sisi-Nya

ada ukurannya."

12 + 12 = 24

Dalam sehari ada 24 jam. 24/8 = 3. Islam terbahagi
kepada 3 cabang besar iaitu Aqidah (Tauhid /
Usuluddin), Fiqh (Syariah) dan Akhlak (Ehsan /
Tasawwuf). 3 ilmu tersebut ialah Ilmu Fardhu 'Ain yang
wajib ke atas setiap Muslim mempelajarinya.

Dalam setahun ada 12 bulan kesemuanya, dan 4 bulan
Haram iaitu Dzulqa'idah, Dzulhijjah, Muharram dan

Rajab.

"Satu tahun itu ada 12 bulan. Di antaranya ada 4
bulan haram, iaitu 3 bulan berturut-turut,
Dzulqa'idah, Dzulhijjah, dan Muharram serta Rajab
yang berada di antara bulan jumada dan
sya'ban." [Hadits Riwayat Bukhari no 2958]

Al-Imam Abu al-Faraj Ibnu al-Jauzi rahimahullah

menyebut di dalam Bustanul Waai'dzin: "Perumpamaan

12 bulan dalam setahun adalah seumpama 12 orang

anak Nabi Allah Yaaqub alaihi al-salam, sepertimana

Nabi Allah Yusuf adalah anak kesayangan Nabi Allah

Yaaqub, begitu juga Ramadhan yang merupakan bulan

kesayangan Allah taala. Diampunkan kesalahan 12 orang

anak Nabi Yaaqub adalah berkat Nabi Allah Yusuf alaihi

al-Salam. Begitu juga diberikan rahmat dan

pengampunan kepada 12 bulan adalah disebabkan

berkat Ramadhan." [Ustaz Nazrul Nasir]

Nabi Muhammad S.a.w lahir pada 12 Rabi'ul Awwal dan
wafat juga pada 12 Rabi'ul awwal.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam karyanya
dengan sanad daripada Jabir dan Ibnu Abbas,
sesungguhnya baginda S.a.w telah dilahirkan pada
tahun gajah hari Isnin, 12 Rabiulawal, padanya (12
Rabiulawal), aku diangkat ke langit (mi'raj), dan padanya
berlaku hijrah, dan padanya juga wafat. (Ibn Katsir, al-
Sirah al-Nabawiyyah, dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut,
cet:1, 2005, hlm: 35)

Nabi Musa a.s pernah memukul batu dengan
tongkatnya hingga terpancarlah 12 mata air. "Dan
(ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya,
maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat
kamu’. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata
air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui
tempat minumnya." [Surah Baqarah, ayat 60]

Imam As-Syafi’e rahimahullah, dan juga sebahagian
besar para ‘ulama mengatakan bahawa perkataan Allah
itu tiada kata asalnya, dan tiada sebarang perkataan lain
yang terbit dari perkataan Allah. Nama itu merupakan
namanya yang agung, sebagaimana Dia
memperkenalkan diriNya kepada Adam.

Walaubagaimana pun ada juga pendapat yang
mengatakan kalimah ‫محمد‬itu ada 5 huruf, kerana ada
satu huruf "mim" rahsia yang ditasydidkan. Cuma kita
ambil sekarang ini kalimah ‫محمد‬yang nampak jelas dan
biasa digunakan sahaja.

Kedua-dua nama Allah dan nama Adam bermula
dengan huruf Alif ( .)‫ا‬Dan nama lain bagi Muhammad
juga bermula dengan huruf Alif iaitu "Ahmad".

Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, "Sebaik-baik
zikir adalah La Ilaha Illa-Allah, dan sebaik-baik doa
ialah Alhamdulillah." [Hadits Riwayat Bukhari]

Sedikit berkenaan lafaz "alhamdulillah", Imam Fakhrul
Razi di dalam kitab tafsirnya berkata bahawa perkataan
Alhamdulillah ada 8 huruf dan pintu-pintu syurga juga
ada 8, maka barangsiapa yang mengucapkan perkataan
Alhamdulillah dengan keikhlasan dan kebersihan
hatinya maka dia layak memasuki kelapan-lapan pintu
syurga di akhirat nanti.

Beliau juga berkata bahawa kalimah pertama yang
diucapkan oleh Nabi Adam a.s ialah Alhamdulillah
apabila roh sampai ke pusatnya.

‫ا ْل َح ْم ُدلّ هل‬
8 =huruf

Maka, perkataan Alhamdulillah berkait dengan Nama
Allah dan Muhammad. Iaitu 4 huruf + 4 huruf = 8 huruf.

Alhamdulillah ( )‫ا ْل َح ْم ُدلّله‬bermaksud - "Segala puji bagi
Allah"
Muhammad ( )‫محمد‬bermaksud - "Yang terpuji"

Alhamdu dan Muhammad kedua-duanya berasal dari
perkataan "hamida" ( )‫ َح هم َد‬yang bermaksud "memuji".

Perkataan ‘Al-Hubb’ iaitu kasih sayang / cinta disebut
sebanyak 88 kali di dalam AlQuran. Hanya sekali
disebut cinta yang merujuk kepada cinta antara lelaki
dan wanita, iaitu dalam Surah Yusuf, ayat 30.

Arsy terdiri dari 4 tiang yang dijunjung oleh 4 malaikat.
Dan pada Hari Kiamat nanti ia akan dijunjung
oleh 8 malaikat.

"Dan pada hari itu (Hari Kiamat) lapan
malaikat menjunjung (memikul) ‘Arsy Tuhan-mu di atas
(kepala) mereka." [Surah Al-Haaqqoh : 17]
Rasulullah S.a.w diangkat menjadi Rasul pada
usia 40 tahun.

Sumber hukum (perundangan) dalam Islam ada 4, iaitu
AlQuran, AlHadits, Ijma' Ulama dan Qias.

Nombor 4 juga ada kaitan dengan Khulafa' Ar-Rasyidin
iaitu 4 khalifah utama selepas wafatnya Nabi
Muhammad S.a.w.
Anggota WAJIB Wudhu' juga ada 4 iaitu muka,
sebahagian kepala, kedua tangan hingga siku, dan
kedua kaki hingga buku lali.

Roh melalui 4 alam iaitu Alam Roh, Alam Dunia, Alam
Barzakh dan Alam Akhirat.

Arah ada 4 iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat.

AlQuran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.a.w di
zaman masyarakat jahiliyyah yang mengagungkan
sastera dan bahasa-bahasa indah. Dan sekarang adalah
zaman sains dan teknologi, tetapi AlQuran tetap
bersinar dengan rahsia-rahsia menariknya yang
menunjukkan ia adalah mukjizat yang dikurniakan
kepada Nabi Muhammad S.a.w dari Yang Maha
Mencipta lagi Maha Bijaksana, subhanAllah,
alhamdulillah, Allahu akbar!.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-
tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri
mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa
Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup
(bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan
segala sesuatu?" [Surah Fushshilat : Ayat 53]

"Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut
disebabkan kerana perbuatan tangan manusia;
Allah menghendaki agar mereka merasakan
sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar
mereka kembali (ke jalan yang benar)." [Surah Ar-
Ruum : ayat 41]

Alam dan muka bumi ciptaan Allah S.w.t ini asalnya
seimbang (balance), tetapi manusia lah yang telah
mencemarkan dan merosakkannya. Ditambah lagi
dengan perkara-perkara maksiat, mungkar dan
sebagainya yang mengundang bala dari Allah S.w.t.

Cara pemakanan pun Nabi S.a.w ajar kita agar
makan seimbang antara yang panas (bukan panas
akibat dimasak, tetapi panas natural) dan sejuk. Begitu
juga kalau minum air, yang beralkali itu bagus untuk
meneutralkan (menyeimbangkan) asid dalam tubuh
kita.

Wallahu a'lam ..



Firman Allah dalam Al-Quran yang
bermaksud, "Kami akan memperlihatkan
kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan)
Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka
sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka
bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah
Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa
sesungguhnya Dia menyaksikan segala
sesuatu?" (Surah Fusshilat : Ayat 53)

Gambar buah kelapa yang ditemui

AWAN MEMBENTUK SEPERTI NAMA ALLAH DI SEBELAH KIRI

NAMA ALLAH PADA AKAR POKOK

BATU PERMATA TIGER EYE DENGAN
KALIMAH ALLAH YANG TERSEMBUNYI

BATU PERMATA AKIK HITAM DENGAN KALIMAH ALLAH

KALIMAH ALLAH PADA SARANG LABAH-LABAH



WATERMELON

TEMBIKAI DENGAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH

ANT HOUSE

NAME OF ALLAH IN ARABIC LANGUAGE FOUND IN A
CANTALOUPE FRUIT BY CHANCE

Brinjal







APPLE

EGG









ALLAH'S NAME WRITTEN BY THE BEES



IMAGE FROM OUTER SPACE (TAKEN BY NASA) ,
ALLAH'S NAME AS A WAVE IN A SEA

ALLAH'S NAME IN BEAN











Pokok seperti orang ruku' dalam solat

Batu seperti orang sedang sujud (dalam solat)

ANGKAT JARI TELUNJUK PADA DUDUK TASYAHHUD (DALAM SOLAT)

SESUNGGUHNYA ALLAH
MAHA MENGETAHUI .......

Tanda lahir ayat Quran
pada budak yang

berubah 2 kali seminggu


Click to View FlipBook Version