Cara Tuntut Pampasan LPPSA, Insurans &
PBT Jika Rumah Anda Rosak Sebab Banjir!
Banjir adalah bencana alam atau disebabkan perbuatan manusia
yang Malaysia memang tak boleh lari.
Setiap kali hujan turun kita akan dengar ada je kawasan dilanda
banjir kilat, apatah lagi bila musim tengkujuh, kawasan yang selalu
banjir memang akan banjir.
Banjir ni musim wabak COVID-19 pun ia mengganas, seperti mana
berlaku pada Januari 2021 lalu di Johor, Pahang, Kelantan,
Terengganu dan Selangor. Malah di Johor, kerugian dianggar
mencecah RM63.1 juta!
Bukan saja nyawa melayang dan terancam, harta benda pun habis
dirosakkan. Jangan tak tahu ada mangsa yang tak tahu sebenarnya
mereka boleh menuntut pampasan jika memenuhi syarat tertentu
tau!
Tidak mengapa! Pepatah ada sebut ‘Kalau pandai meniti buih,
selamat badan sampai ke seberang’. Jom kami tunjukkan proses
yang betul nak tuntut pampasan akibat banjir!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menuntut Pampasan?
Setiap rumah ada perlindungan tersendiri. Berikut adalah
perlindungan asas yang kebiasannya ditawarkan oleh panel insurans
sedia ada di Malaysia:
• Kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling
dan sebagainya akibat bencana seperti kebakaran atau banjir.
• Kecurian atau cubaan untuk mencuri dengan menggunakan
kekerasan atau keganasan untuk memecah rumah.
• Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip.
• Kecederaan anggota badan atau kerosakan harta benda
kepada pihak ketiga akibat kecacatan bangunan tersebut.
AWAS! Tak semua panel insurans melindungi bencana banjir ya.
Sebab itulah kena baca dan faham betul-betul apa yang terkandung
dalam polisi perlindungan yang anda ambil itu.
Kali ini kami akan kongsikan cara menuntut pampasan akibat banjir
dengan 3 pihak iaitu LPPSA, insurans dan PBT. Mana tahu ada yang
berkaitan dengan anda…
Langkah Tuntutan Pampasan Banjir Daripada LPPSA
Khas untuk penjawat awam yang membeli rumah melalui Lembaga
Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)!
Untuk pengetahuan anda, LPPSA mempunyai perlindungan
daripada Perlindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang
(LTHO) oleh panel insurans yang dilantik sebaik sahaja pinjaman
anda diluluskan seperti Etiqa, Takaful Ikhlas, Zurich Takaful serta
Takaful Malaysia.
Ada 7 jenis perlindungan di bawah LTHO dan ianya termasuk bencana banjir.
Boleh claim terus dari pihak LPPSA ke? TIDAK!
Anda perlu membuat tuntuan insurans/takaful secara langsung kepada panel
insurans yang telah dipilih oleh LPPSA sendiri. Bagaimana?
1. Semak status dan kandungan polisi perlindungan dahulu dengan panel
insurans/takaful/pembiayaan anda melalui:
o Hubungi pihak LPPSA di talian 03-8880 1600 atau melalui
perkhidmatan atas talian etiket.
o Salurkan pertanyaan melalui emel di insuransbanjir@lppsa.gov.my
2. Jika status boleh dituntut, terus hubungi panel insurans/takaful
untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai proses
tuntutan seperti berikut:
o Berikan maklumat kad pengenalan, nombor polisi dan
alamat kawasan banjir kepada panel insurans/takaful.
o Panel insurans/takaful akan memberikan beberapa talian
tuntutan banjir mengikut kawasan untuk anda hubungi.
o Berikan maklumat di (a) serta beberapa keping gambar
kerosakan rumah sebagai bukti kepada talian anda
hubungi.
o Pihak insurans/takaful akan menghantar adjuster ke
rumah anda membuat penilaian dan laporan.
o Pembayaran akan dibuat selepas laporan diluluskan.
o Pembayaran akan dibuat terus kepada pemilik polisi jika
jumlah pampasan adalah RM10,000 ke bawah. Sekiranya
lebih, ia akan dibayar kepada pihak LPPSA.
o Sediakan beberapa dokumen yang diperlukan
untuk proses tuntutan dari LPPSA seperti di
bawah :Salinan Kad Pengenalan
▪ Laporan Polis
▪ Laporan Bomba
▪ Sebut harga baikpulih
▪ Borang tuntutan pampasan (muat turun di sini)
3. Pecahan tuntutan oleh LPPSA adalah seperti berikut:
80% tuntutan Untuk baiki kediaman
dibayar
20% tuntutan Selepas JPPH menerima laporan pembaikian
dibayar siap dilakukan
NANTI DULU! Hanya Takaful Malaysia sahaja yang menerima
tuntutan perlindungan banjir bagi pembiayaan LPPSA yang
bermula 1 Mac 2020.
Jika pinjaman LPPSA aktif sebelumnya, anda boleh rujuk senarai
panel insurans/takaful yang ada.
Pantang Larang Tuntutan Pampasan LPPSA!
• Tukar panel insurans /takaful selepas kelulusan pembiayaan dibuat.
• Memilih perlindungan insurans konvensional sekiranya telah mengambil Skim
Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Islam (SPPSAi).
• Mengambil produk perlindungan insurans /takaful di luar selain daripada produk
yang ditawarkan LPPSA.
Langkah Tuntutan Pampasan Banjir Dari Syarikat Insurans
Ada juga orang yang mengambil perlindungan perumahan daripada syarikat insurans
luar yang tidak terikat dengan mana-mana pembiayaan perumahan seperti LPPSA.
Sama ke proses dengan LPPSA? Jom tengok 2 contoh kami jumpa ni!
1. Pelan Takaful myHome
Takaful myHome adalah salah satu produk perlindungan di bawah Takaful Malaysia.
Ia menawarkan perlindungan rumah secara menyeluruh daripada kebakaran, kilat,
letupan, kecurian, taufan, gempa bumi, banjir dan tangki / paip air yang pecah.
Kesemua 6 pelan ditawarkan dengan harga yang berbeza bermula dari RM30,000
sehingga RM200,000. Jadi, semak polisi yang anda dahulu sebelum membuat
tuntutan pampasan banjir mengikut langkah berikut:
1. Ambil gambar kerosakan rumah akibat banjir sebagai bukti untuk dinilai oleh
2. Maklumkan pada ejen/broker/bank mengenai tuntutan anda melalui:
o Portal myTakaful Customer
o Portal myTakaful Corporate Agent. Ejen akan memaklumkan tuntutan
tersebut bagi pihak anda setelah mendapat maklumat.
o Hubungi atau emel pihak Takaful Malaysia menyatakan butiran & situasi
kerugian di talian 1300 88 252 385 atau csu@takaful-malaysia.com.my
3. Pihak Takaful akan menghantar adjuster untuk menilai keadaan kerosakan dan
menganggarkan kerugian.
4. Hantar dokumen yang diperlukan seperti di bawah dengan lengkap kepada adjuster,
ejen, broker, syarikat takaful, bank atau secara online di myTakaful Customer.
o Borang tuntutan pampasan
o Salinan sebut harga pembaikan kontraktor
o Gambar kerosakan rumah (berwarna)
o Senarai barang/bahagian yang mengalami kerosakan (jika perlu)
o Invois /resit pembelian awal (jika perlu)
o Penggantian sebut harga /invois /resit (jika perlu)
5. Pembayaran pampasan akan dibuat dalam masa 7 hari setelah tuntutan pampasan
dibuat.Adjuster ialah ejen tuntutan insurans. Mereka bertanggungjawab menilai tuntutan
insuran bagi menentukan kebertanggungjawab syarikat insurans berdasarkan terma
dalam polisi insurans anda.
PropertyGuru Tip
Adjuster ialah ejen tuntutan insurans. Mereka bertanggungjawab
menilai tuntutan insuran bagi menentukan kebertanggungjawab
syarikat insurans berdasarkan terma dalam polisi insurans anda
2. AXA SmartHome Optimum (Enhanced)
Sama seperti produk insurans rumah yang lain di luar sana. Bezanya,
anda akan dapat beberapa manfaat percuma di bawah pelan
insurans AXA ini! Dengan syarat, itu adalah rumah kediaman peribadi
sendiri.
Bagi yang sudah ada pelan rumah SmartHome Optimum tetapi
masih blur apa perlu buat selepas ditimpa bencana, jangan risau! Ikut
saja langkah-langkah yang kami kongsikan ini.
1. Hubungi dan maklumkan kejadian kepada pihak AXA dengan
segera di talian banjir 03-7989 0310.
2. Sediakan beberapa dokumen berikut:
o Borang tuntutan pampasan
o Gambar kerosakan
o Resit pembelian barang yang rosak (Jika ada)
o Pengesahan bertulis dari kontraktor untuk mengesahkan
punca kerosakan.
o Penggantian invois/sebut Harga.
Hantar borang yang lengkap dengan dokumen yang diperlukan
dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian secara langsung atau
melalui portal MyAXA Login serta emel ke claims@axa.com.my.
AXA akan hubungi anda tentang status kelulusan tuntutan setelah
menerima dokumen lengkap termasuk laporan siasatan.
Pembayaran e-tuntutan akan dibuat dalam masa 7 hari bekerja dari
tarikh kelulusan tuntutan anda.
Hm. . . Asyik sembang pasal kerosakan rumah saja. Macam mana
pula dengan kenderaan yang mengalami kerugian disebabkan banjir?
Habislah kalau insurans tak cover! Sabar dulu.
Anda tahu tak yang sebenarnya anda boleh membuat tuntutan
pampasan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika kenderaan
rosak akibat banjir? Ha ni kami nak beritahu!
Langkah Tuntutan Pampasan Banjir Daripada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT)
Kalau anda nak tahu, kebanyakan bencana banjir ini berpunca dari
sistem pemparitan yang tidak diselenggara. Itulah penyumbang
terbesar banjir!
Sistem pemparitan kebiasaannya diselenggara sama ada oleh
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) atau
PBT. Jadi, sebab itulah anda boleh tuntut pampasan dari PBT.
Apa tunggu lagi, jom tengok cara-caranya!
1. Ambil gambar kerosakan kenderaan.
2. Buat laporan polis secepat mungkin.
3. Upah adjuster bertauliah untuk menilai kerosakan dan
dapatkan sebut harga.
4. Hubungi pihak PBT untuk pastikan sistem saliran dan
pemparitan di kawasan banjir tersebut adalah di bawah
tanggungjawab PBT.
5. Pergi ke jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Landskap
Majlis Perbandaran.
6. Isi borang tuntutan pampasan kerana bencana alam.
7. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :-
o Laporan polis asal.
o Surat rasmi permohonan tuntutan pampasan.
o Gambar kerosakan kenderaan di lokasi banjir.
o Salinan sebut harga dari adjuster
o Salinan penyata bank untuk tujuan pembayaran
pampasan.
o Hantar borang dan dokumen lengkap kepada jabatan
berkaitan.
Proses pembayaran pampasan mungkin akan mengambil masa
sedikit. Tak kisahlah, asalkan dapat! Betul tak?
Sejauh Manakah Anda Bersedia?
Faham-faham sajalah, syarikat insurans pun sebuah entiti
perniagaan. Jadi, rajin-rajin membaca dan tilik satu per satu setiap
polisi perlindungan yang anda ambil.
Kadang-kadang bayar insurans mahal-mahal tapi banyak yang
tak cover terutamanya kes bencana alam. Kan dah rugi! Masih belum
terlambat jika anda ingin membuat penambahan perlindungan.
Apa salahnya sediakan payung sebelum hujan?
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang
Insurans Rumah?
Rumah adalah antara barangan termahal kita beli. Kalau barang mahal,
perlulah ada insurans kan? Jom baca pengenalan padat dan ringkas
insurans rumah yang kami sediakan ini!
Beli rumah adalah suatu pelaburan yang besar dan mahal. Sama
seperti barangan berharga yang lain, pastinya anda ingin
melindunginya dengan insurans yang bersesuaian.
Bagi kebanyakan kita, rumah adalah barangan termahal kita beli. Ye
lah, bukan tiap hari beli kan? Dan kalau barangan mahal, kenalah ada
insurans, betul tak?
Insurans rumah dirangka untuk memberikan jaringan keselamatan
kewangan sekiranya berlaku situasi tak diingini yang menyebabkan
kerugian atau kerosakan hartanah anda.
Rasa-rasanya, apakah jenis polisi yang boleh anda ambil untuk
melindungi hartanah anda? Kami sediakan pengenalan ringkas
pelbagai jenis insurans rumah di Malaysia untuk anda, teruskan
membaca!
➢ Tiga Jenis Utama Insurans Rumah
Ada tiga jenis insurans isi rumah yang anda perlu dipertimbangkan.
Tiga insurans ini menawarkan tahap perlindungan dan kos yang
berbeza.
Polisi tersebut disediakan oleh institusi kewangan terkemuka seperti:
• Allianz
• Takaful Malaysia
• AIG
• AXA
• Bank Negara
• CIMB
• Pelbagai penyedia lain
Oleh itu, pastikan anda periksa dan bandingkan perlindungan
insurans yang sesuai dengan keperluan anda!1) Polisi Kebakaran Asas
Polisi kebakaran asas ialah polisi paling ringkas yang melindungi
kediaman anda.
1) Polisi Kebakaran Asas
Polisi kebakaran asas ialah polisi paling ringkas yang melindungi
kediaman anda.
Polisi jenis ini hanya melindungi nilai bangunan itu sendiri dan
bukan isi rumah jika berlaku kerugian akibat kerosakan yang
disebabkan oleh kebakaran atau kilat.
Polisi kebakaran boleh diperluas untuk merangkumi rangkaian
perlindungan tambahan seperti kerosakan akibat ribut, banjir,
pemendapan (dalam kata lain, “tanah tenggelam”!).
Pendek kata, segala macam kejadian buruk yang boleh
mengakibatkan kerugian atau kerosakan nilai hartanah boleh
dilindungi polisi ini.
2) Polisi Pemilik Rumah
Polisi pemilik rumah pula memberikan jaringan perlindungan
tambahan untuk hartanah anda selain polisi kebakaran standard.
Ia memberikan perlindungan kepada struktur fizikal hartanah anda
seperti dinding, bumbung, lekapan dan lengkapan bangunan, struktur
luar, dan sebagainya.
Polisi ini juga meliputi kerosakan yang disebabkan oleh cuaca buruk,
banjir, kebakaran, paip pecah, dan pelbagai kejadian buruk lain yang
boleh menjejaskan kediaman anda.
3) Polisi Isi Rumah
Polisi isi rumah dirancang untuk memberikan perlindungan
tambahan kepada barangan dan peralatan dalam rumah anda.
Maksudnya, jika berlaku kejadian yang boleh diinsuranskan seperti
kerosakan kerana kebakaran, kilat, banjir, paip pecah dan sebagainya,
polisi ini boleh melindungi barangan dan peralatan dalam rumah
anda dan ganti rugi boleh dituntut.
Polisi ini juga boleh memberikan perlindungan tambahan kepada
pemilik kediaman individu yang berdaftar sekiranya berlaku
kecederaan maut.
Dua Jenis Pampasan
Polisi insurans rumah akan menentukan tahap dan jenis pampasan
yang anda akan terima.
Langkah pertama adalah dengan memastikan bahawa nilai polisi
anda yang diinsuranskan merangkumi jumlah kos pembinaan
semula hartanah atau penggantian isi rumah.
Jika berlaku kerosakan atau kerugian kerana kejadian yang
diinsuranskan itu, ada dua asas pembayaran yang boleh digunakan.
1) Asas pemulihan
Asas pemulihan bermaksud sekiranya berlaku kejadian yang
diinsuranskan, pemilik polisi akan menerima pampasan nilai penuh
barangan yang rosak atau hilang.
2) Asas ganti rugi
Asas ganti rugi bermaksud pemilik polisi akan mendapat ganti rugi
daripada nilai barang yang hilang dengan mengambil
kira penyusutan nilai semasa berbanding nilai asal semasa
pembelian.
Sekilas Pandang Perlindungan Tambahan Dan Tokokan!
Insurans hartanah boleh disesuaikan untuk menyediakan
perlindungan lebih fleksibel yang bersesuaian dengan keperluan
anda.
Dalam hal ini, terdapat banyak polisi pelengkap dan perlindungan
tambahan yang boleh digunakan bagi memastikan perlindungan
yang lebih menyeluruh dan mendalam untuk anda dan kediaman.
Berikut adalah beberapa elemen utama perlindungan tambahan
yang boleh anda pertimbangkan:
1) Insurans pinjaman gadai janji
Insurans pinjaman gadai janji menawarkan perlindungan tambahan
untuk pembayaran pinjaman rumah anda sekiranya kejadian tak
diingini yang diinsuranskan berlaku.
Maksudnya, pembiayaan pinjaman rumah anda akan dilindungi jika
anda terpaksa meninggalkan rumah kerana kejadian buruk atau
terlibat kemalangan sehingga anda tak boleh bekerja.
2) Insurans tuan tanah
Sekiranya anda mempunyai hartanah yang disewa, ada kemungkinan
bayaran sewa tersebut adalah antara sumber utama kewangan anda.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan sekiranya penyewa cabut keluar
tanpa bayar sewa atau merosakkan hartanah dan meninggalkan
sejumlah bil yang perlu anda tanggung?
Perlindungan insurans sewa atau tuan tanah menyediakan polisi
yang melindungi anda selaku pemilik daripada kerugian pendapatan
disebabkan oleh kejadian buruk seperti ini.
3) Perlindungan penyelenggaraan rumah
Seperti namanya, polisi jenis ini menyediakan perlindungan insurans
untuk penyelesaian masalah yang disebabkan oleh
penyelenggaraan rumah yang teruk.
Maksudnya, jika timbul masalah bekalan elektrik kerana soket dan
palam rosak atau gangguan air kerana masalah paip sehingga anda
kena panggil tukang baiki profesional, insurans akan tanggung
kosnya!
4) Insurans rumah kampung
Jika anda mempunyai rumah kampung, jangan terkejut jika kami
beritahu sebenarnya ada polisi insurans yang direka khusus untuk
pemilikan hartanah ini.
Perlindungan rumah kampung ialah polisi insurans berpatutan yang
memberikan perlindungan daripada kerosakan akibat kebakaran
dan kilat.
Kebiasaannya, ia merangkumi unsur-unsur seperti bayaran
pampasan sekali gus jika anda mengalami kerugian, berlaku
kemalangan diri, kematian akibat kemalangan, dan kos
pengebumian.
Pendek kata, menginsuranskan rumah anda adalah keputusan BIJAK.