The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyrafsafiyya, 2023-05-04 02:53:52

Minit Mesyuarat Jabatan Bil 1_2022

Minit Mesyuarat Jabatan Bil 1_2022

MINIT MESYUARAT JABATAN MATEMATIK DAN STATISTIK, KOLEJ PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN, INFORMATIK DAN MEDIA UiTM CAWANGAN PAHANG, KAMPUS RAUB. BIL 1/2022 TARIKH: 3 MAC 2022 MASA: 10.00 PAGI TEMPAT: SECARA ATAS TALIAN KEHADIRAN: HADIR: 1. EN SAHARANI BIN ABDUL RASHID 2. EN MOHD RIZAL BIN RAZAK 3. PUAN MAZURA BINTI MOKHTAR (Koordinator Kursus Matematik dan Statistik) 4. PUAN SITI NOORUL AIN BINTI NOR AZEMI 5. PUAN AZIMAH BINTI SUPARLAN 6. PUAN NUR DALILA BINTI NORSHAHIDI 7. PUAN SYAZWANI BINTI ZAINAL ABIDIN 8. CIK ASZILA BINTI ASMAT 9. CIK NOOR HALIMATUS SA’DIAH BINTI ISMAIL 10. CIK NUR FATIHAH BINTI HARON TIDAK HADIR: 1. CIK FAIRUZ BINTI SHOHAIMAY (CUTI BELAJAR) 2. CIK SURIYATI BINTI UJANG PERKARA/PERBINCANGAN/KEPUTUSAN 1. UCAPAN PENGERUSI Mesyuarat di mulakan pada jam 10.00 pagi dengan kata – kata aluan dan di pengerusikan oleh Puan Mazura Mokhtar selaku Koordinator Kursus Matematik dan Statistik. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada mantan koordinator, Puan Siti Noorul Ain binti Nor Azemi. 2. AGENDA 2.1 Pelantikan Ahli JawatanKuasa Jabatan Matematik dan Statistik 2.1.1 Agenda di mulakan dengan pelantikan setiausaha jabatan bagi menggantikan Puan Azimah yang telah tamat tempoh pelantikan pada 31 Disember 2021. Puan Siti Noorul Ain secara sukarela menerima jawatan sebagai setiausaha dan di sokong oleh ahli mesyuarat. 2.1.2 Pengerusi memohon untuk membuat lantikan jawatankuasa untuk tempoh 2 tahun, bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2023. 2.1.3 Cik Aszila dilantik sebagai AJK PDCA, bersama-sama Cik Halimatus Sa’diah. Manakala Encik Saharani dilantik sebagai AJK perancangan strategik. Puan Azimah pula dilantik sebagai AJK keceriaan dan keraian. Bagi jawatan – jawatan lain, adalah dikekalkan seperti sebelum ini.


2.1.4 Perincian jawatankuasa Jabatan Matematik dan Statistik adalah seperti berikut: Bil Jawatan Nama 1 Setiausaha Puan Siti Noorul Ain bt Nor Azemi 2 Bendahari Puan Syazwani bt Zainal Abidin 3 Potfolio Pengajaran dan Fail Kursus Matematik: Cik Nur Fatihah bt Haron Statistik : Cik Suriyati bt Ujang 4 Kebajikan Encik Mohd Rizal Razak 5 Pembangunan pensyarah Puan Nur Dalila bt Norshahidi 6 Pembangunan pelajar Encik Mohd Rizal Razak Cik Suriyati bt Ujang 7 PDCA Cik Halimatus Sa’diah bt Ismail Cik Aszila bt Asmat 8 Perancangan strategik Encik Saharani Abdul Rashid 9 Keceriaan & keraian Puan Azimah bt Suparlan Catatan: Makluman dan tindakan semua pensyarah 2.2 Perancangan Aktiviti dan Program Pensyarah 2.2.1 Pengerusi mencadangkan agar Bengkel Latex (Siri 2) dan Bengkel SPSS (Siri 2) diadakan sebelum kemasukan pelajar pada 28 Mac 2022. Walaubagaimanapun, Puan Siti Noorul Ain meminta agar program Bengkel Latex ini di tunda pada bulan April 2022. Encik Saharani mencadangkan agar proposal Bengkel Latex dihantar terlebih dahulu bagi mendapat kelulusan mesyuarat. 2.2.2 Encik Rizal akan menghantar proposal Bengkel SPSS mengikut tarikh yang dicadangkan bagi mendapat kelulusan mesyuarat dahulu. Jika terdapat sebarang perubahan, boleh di bincangkan kemudian. Encik Rizal juga mencadangkan agar bengkel ini di adakan secara bersemuka. Bengkel ini akan ditawarkan kepada semua peserta dari UiTM Pahang Kampus Raub. 2.2.3 Pengerusi meminta Puan Siti Noorul Ain untuk mengesahkan dengan pihak yang bertanggungjawab sekiranya boleh untuk menukar tarikh jika kelulusan telah di berikan pada sesuatu aktivit/program. 2.2.4 Bagi program FSKM CSR PERWEIRA, akan bekerjasama dengan GESUMA, di ketuai oleh Cik Halimatus Sa’diah dan Puan Syazwani. Pengerusi meminta agar kertas kerja dihantar segera bagi mendapat kelulusan. Pengerusi bertanya cadangan bagaimana hendak melaksanakan program ini. Cik Halimatus Sa’diah mencadangkan agar dapat melawat ke tempat PERWEIRA. Pengerusi meminta agar dapat mengesahkan bagaimana tatacara untuk melawat penghuni PERWEIRA kerana kekangan SOP Covid. 2.2.5 Encik Saharani mencadangkan program Marhaban Ya Ramadan di adakan pada bulan April sempena menyambut bulan Ramadan. Cadangan diberi untuk menjemput Ustaz Syafawi atau Ustaz Syafiq untuk memberi tazkirah persediaan menyambut Ramadhan.


2.2.6 Bagi program Ramadhan Talk, Encik Saharani mencadangkan untuk menjemput penceramah dari ACIS, seperti Dr Ramlan bagi memberi perkongsian amalan atau pengisian sepanjang bulan Ramadhan. Encik Saharani menyarankan agar kedua – dua program ini diadakan sebelum Hari Raya Aidilfitri. 2.2.7 Pengerusi meminta Encik Saharani menjadi Person in Charge bagi kedua – dua program Marhaban Ya Ramadhan dan Ramadhan Talk dan menghantar kertas kerja dengan segera. 2.2.8 Bengkel Latex (Siri 3) di cadangkan pada bulan Ogos 2022 dan Bengkel RProgramming (Siri 2) di cadangkan pada bulan September 2022. 2.2.9 Perancangan aktiviti dan program pensyarah bagi Jabatan Matematik dan Statistik 2022 adalah seperti berikut: Bil Aktiviti Tarikh Person in Charge 1 Bengkel Latex Hands-On (Siri 2) April 2022 Puan Siti Noorul Ain 2 Bengkel SPSS (Siri 2) April 2022 Encik Rizal Razak 3 Marhaban Ya Ramadhan April 2022 Encik Saharani 4 Ramadhan Talk April 2022 Encik Saharani 5 FSKM CSR PERWEIRA April 2022 Cik Halimatus Sa’diah 6 Bengkel Latex Hands-On (Siri 3) Ogos 2022 Puan Siti Noorul Ain 7 Bengkel R-Programming (Siri 2) September 2022 Cik Aszila Catatan: Makluman dan tindakan pensyarah terlibat 2.3 Perancangan Aktiviti dan Program Pelajar (I-Techqs) 2.3.1 Pengerusi memaklumkan terdapat beberapa aktiviti/program pelajar akan dilaksanakan pada tahun 2022. Perancangan aktiviti dan program pelajar bagi tahun 2022 adalah seperti berikut: Bil Aktiviti Tarikh Person in Charge 1 Inbound & Outbound (Leeds Trinity University) Mac 2022 FSKM 2 One Day with PA April 2022 I-Techqs 3 Varsity Math I (Math Competition) Mei 2022 I-Techqs 4 Malam Kecemerlangan Akademik Jun 2022 I-Techqs 5 Chilling while Learning (Vitual Tuition) Jun 2022 I-Techqs 6 Varsity Math II (Math Competition) November 2022 I-Techqs 7 Career Talk Disember 2022 I-Techqs


2.3.2 Pengerusi mencadangkan kepada penasihat kelab I-Techqs untuk menganjurkan program motivasi kepada pelajar – pelajar , seperti program menangani stress, memandangkan kes berkaitan kesihatan mental (depresi) di kalangan pelajar semakin meningkat. Pengerusi mencadangkan untuk menjemput kaunselor, Puan Rosfarhani. Encik Rizal mencadangkan untuk mengadakan program sebegini di awal semester dan akan berbincang dengan Presiden Kelab I-Techqs. 2.3.3 Pengerusi bertanyakan tentang tarikh program Career Talk yang akan di adakan pada Disember 2022. Encik Rizal menjelaskan pelajar semester 5 akan tamat pada Mac 2023. Jadi pelajar – pelajar ini memerlukan maklumat tentang kerjaya atau apa pilihan yang pelajar ada samaada sambung belajar atau terus bekerja. Maklumat penceramah masih dalam pencarian. 2.3.4 Pengerusi bertanya sekiranya ada yang berminat untuk mengadakan Kolokium bagi mencapai PI jabatan. Puan Siti Noorul Ain mencadangkan program ini diletakkan di bawah program fakulti. Pengerusi mengalu-alukan sekiranya ada pensyarah yang berminat untuk membuat perkongsian secara santai. Catatan: Makluman dan tindakan pensyarah terlibat 2.4 Hal – hal lain 2.4.1 MyATP 2.4.1.1 Pengerusi membincangkan mengenai perkara 1.2 di dalam MyATP (bagi trek pengajaran), iaitu berkaitan tahap penglibatan yang berkaitan dalam pembangunan program akademik. Pengerusi memaklumkan telah berbincang dengan Puan Marina. PM Dr Hajah Nazirah menyatakan pensyarah boleh melihat daripada laporan CDLCQI bagi mengenalpasti permasalahan. Contohnya, sekiranya di dapati CGPA adalah POOR, pensyarah boleh mengadakan program PDCA seperti Klinik Matematik dengan penglibatan pelajar – pelajar yang lemah. Namun harus dipastikan semua hasil kerja adalah di dokumenkan. 2.4.1.2 Cik Halimatus memberitahu telah menjalankan program seumpama pada semester sebelum ini, yang diberi nama Math Warmup. Program ini mendapat perhatian dari Dekan semasa perjumpaan bersama Dekan. Cik Halimatus juga telah menghantar kertas kerja kepada Dr Sumarni. 2.4.1.3 Pengerusi meminta pelajar –pelajar yang terpilih untuk program ini di pantau bermula dari Ujian Diagnostik, kemudian Assessment pertama. Sekiranya dilihat tiada peningkatan dalam Assessment pertama, pelajar perlu kekal di dalam program. Begitu juga bagi pelajar yang pada awalnya tiada masalah, namun sekiranya prestasi dalam Assessment pertama lemah, pelajar ini juga perlu mengikuti program PDCA. Pengerusi meminta agar semua yang berkaitan di dokumenkan dengan lengkap berserta Carta Alir.


2.4.1.4 Pengerusi memaklumkan pada semester hadapan, terdapat 2 kelas pelajar mengulang akan di buka iaitu MAT133 dan MAT210. Pengerusi meminta Puan Azimah dan Cik Halimatus untuk memikirkan program PDCA yang sesuai untuk pelajar – pelajar ini. 2.4.1.5 Begitu juga untuk subjek Statistik, pengerusi meminta agar program PDCA di adakan bagi kursus STA210 untuk pelajar mengulang. Cik Aszila dan Puan Siti Noorul Ain mencadangkan agar kursus STA150 diberi perhatian kerana kursus ini adalah prasyarat kepada kursus STA210, dengan kegagalan kursus sebanyak 33% (11 orang). Pengerusi memaklumkan pihak PU telah bertanya mengenai perkara ini, jadi kemungkinan pihak mereka akan melihat apa tindakan dari pihak pensyarah bagi mengatasi masalah ini. Pengerusi meminta Cik Aszila untuk berbincang dengan pensyarah yang lain bagaimana program PDCA bagi kursus STA150 boleh di jalankan. 2.4.1.6 Pengerusi meminta penglibatan semua pensyarah kerana ini adalah penting bagi memenuhi kriteria 1.2 di dalam MyATP. 2.4.2 Pengesahan minit mesyuarat Bil 2/2021 2.4.2.1 Pengerusi meminta pensyarah memaklumkan sekiranya terdapat sebarang kesilapan di dalam minit mesyuarat yang lepas. Beberapa kesilapan di kenalpasti dan akan diperbetulkan oleh Puan Azimah. 2.4.2.2 Encik Rizal bertanya mengenai kursus STA104/QMT181 yang akan di ambil oleh pelajar Pengurusan Perniagaan pada semester hadapan. Pengerusi memaklumkan bahawa pada semester hadapan, pelajar BA111 dan BA119 semester 2 akan mengambil kursus STA104 (mengikut pelan pengajian yang baru), manakala pelajar semester 3 akan mengambil kursus QMT181 (mengikut pelan pengajian lama). 2.4.2.3 Pengerusi meminta Penasihat Akademik kepada Owen Dino dan Aiman Haziq untuk memantau pelajar ini. 2.4.2.4 Pengerusi meminta pensyarah menyemak dahulu silibus terbaru sebelum memulakan semester. Puan Dalila memaklumkan pada Mac 2022, akan bermula semakan kurikulum yang baru pagi pelajar semester pertama. Kurikulum yang baru ini akan di laksanakan bermula Mac 2022. 2.4.2.5 Pengerusi bertanya mengenai program kata – kata ucapan dari ALUMNI UiTM yang di cadangkan oleh Cik Suriyati. Cik Nur Fatihah memaklumkan hanya terdapat respon dari 3 orang sahaja setakat ini. Cik Nur Fatihah juga mencadangkan agar di beri 1 template kursus kepada ALUMNI agar maklumat yang berikan adalah seragam. Pengerusi meminta program ini diteruskan dengan bantuan rakan – rakan pensyarah. 2.4.2.6 Minit mesyuarat disahkan oleh Encik Saharani dan disokong oleh Puan Nur Dalila.


2.4.3 Hal – hal berbangkit 2.4.3.1 Cik Nur Fatihah bertanya kepada pengerusi mengenai pelajar bernama Nur Munaizah (semester 3) yang ingin cuti khas pada semester hadapan. Pelajar ini gagal 3 kursus pada semester ini. Pelajar ini juga berkerja sambil belajar dan menyatakan beliau mempunyai banyak masalah. Cik Nur Fatihah meminta pendapat dari semua pensyarah. Encik Rizal memberi cadangan agar pelajar ini di rujuk kepada kaunselor. Cadangan ini di sokong oleh Encik Saharani. Encik Saharani juga meminta pelajar ini mengambilkira faktor ketiadaan pelajar dan cuti khas hanya boleh di ambil 2 kali sahaja. Cik Aszila menyatakan bahawa cuti khas hanya boleh di ambil sekiranya pelajar tersebut sakit. Pelajar ini di cadangkan untuk membuat penangguhan, bukan cuti khas. 2.4.3.2 Pengerusi mencadangkan bagi pelajar – pelajar yang telah di kenalpasti bermasalah, nama – nama mereka di beri kepada Cik Rosfarhani dari awal semester. Ini bertujuan memudahkan pensyarah untuk membuat pelaporan mengenai pelajar ini kerana rekod telah ada. 2.4.3.3 Encik Rizal juga memberi cadangan sekiranya pensyarah atau penasihat akademik dapat melawat/berjumpa keluarga pelajar yang bermasalah ini bagi mengenalpasti punca masalah mereka. 2.4.3.4 Bagi pelajar yang bercadang untuk berhenti belajar, Pengerusi mengingatkan penasihat akademik untuk memastikan pelajar ini telah mengisi borang berhenti dan mengesahkan dengan pihak HEA. 2.4.3.5 Encik Sahahari bertanya mengenai kemasukan pelajar CS111 ke kolej pada semester hadapan. Pengerusi memaklumkan bahawa Encik Norafizal meminta semua pelajar semester 4 untuk kembali ke kolej. Pengerusi juga mencadangkan agar pelajar semester 2 juga kembali ke kolej memandangkan bilangan pelajar CS111 tidak ramai. Catatan: Makluman dan tindakan pensyarah terlibat. 3. PENANGGUHAN MESYUARAT Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 11.40 pagi. Disediakan oleh: Disahkan oleh: Puan Siti Noorul Ain Binti Nor Azemi Setiausaha, Jabatan Matematik dan Statistik, KPPIM UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub Puan Mazura Mokhtar, Koordinator, Kursus Matematik dan Statistik, KPPIM UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub


Click to View FlipBook Version