The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurashikin1981, 2021-07-02 11:15:55

Sukan Bola Tampar

Sukan Bola Tampar

SUKAN
BOLA
TAMPAR

NAMA : NURNAJLA ZARIFAH BINTI AKHBAR ZAHIM
TINGKATA : 1RKA
SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULAIMAN

ISI KANDUNGAN

BILANGAN TAJUK

1 PENGHARGAAN

2 LATAR BELAKANG SUKAN

3 SEJARAH BOLA TAMPAR

4 PENGERTIAN BOLA TAMPAR

5 PERATURAN SUKAN BOLA TAMPAR

6 PERATURAN SUKAN
• GELANGGANG
• BOLA
• KIRAAN MATA

7 JENIS-JENIS TEKNIK
• TEKNIK MENYANGGA
• TEKNIK SERVIS
• TEKNIK MENGUMPAN
• TEKNIK MEREJAM
• TEKNIK MENGADANG

8 ZON DAN KAWASAN

PENGHARGAAN

Syukur alhamdullillah kepada Allah kerana atas izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Kelab Bola
Tampar 2021 dengan jayanya. Insya Allah tugasan sukan ini akan memberikan manfaat kepada saya dari
segi pengetahuan dan kemahiran yang terdapat dalam sukan bola tampar.

Saya Nurnajla Zarifah binti Akhbar Zahim ingin mengucapkan terima kasih kepada guru
penasihat iaitu Puan Norulhuda, Puan Aina, Encik Nazri dan Puan Lim kerana guru-guru ini telah memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya.

Saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu ibu kesayangan saya Nurashikin
binti. Abu Bakar dan ayah yang tercinta Akhbar Zahim bin Said kerana sentiasa memberi dorongan,
sokongan dan idea untuk membuat tugasan ini.

Akhir kata,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat
secara langsung menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian.

Sekian, terima kasih.

LATAR BELAKANG SUKAN

• Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 – 1942) pada 9 Februari,
1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat.
Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola keranjang (bola) dan beliau
menamakan permainan baru ini sebagai ”Mintonette”.

• Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah cadangan dibuat oleh
Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam persidangan. Pada tahun 1952,
Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah memutuskan supaya
nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan, “Volleyball”.

• Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB) telah
ditubuhkan pada tahun 1947.

LATAR BELAKANG SUKAN

• Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun
1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris
pada tahun 1951.

• Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan Olimpik dan
kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun
1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam
acara wanita.

• Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan antarabangsa yang
terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari
Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan
12 dari Amerika Selatan, telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di
dunia.

SEJARAH BOLA TAMPAR

• Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh
pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanghai sebelum berkembang
di Selangor dan negeri-negeri lain.

• Ia permainan yang amat terkenal bagi golongan lelaki mahupun wanita. Dimainkan Di England dan
merupakan permainan orang luar satu ketika dahulu sebelum diperkenalkan ke Tanah Melayu.

PENGERTIAN BOLA TAMPAR

• Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan oleh banyak serangan memerlukan pemain
menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini.

• Bola tampar merupakan satu Sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring
tinggi menggunakan tangan atau jarang bahagian badan lain untuk memukul atau menampar
sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan . Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan
memukul bola tersebut tiga kali berturut- turut.

• Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan
gagal mengembalikan bola dengan betul.

PERATURAN SUKAN BOLA
TAMPAR

• Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Gelanggang

permainan adalah satu segi empat yang berukuran 18m x 9m dikelilingi oleh satu zon bebas
yang berukuran minimum 3m lebarnya dari tepi gelanggang permainan dan 7m tinggi dari
permukaan permainan.

• Garisan gelanggang permainan ditandakan oleh garisan yang lebarnya 5sm. Garisan ini
ditandakan oleh dua garisan tepi dan dua garisan hujung. Kesemua garisan ini termasuk
dalam ukuran gelanggang permainan. Dua garisan yang lain ialah garisan tengah dan garisan
serangan. Garisan tengah berukuran 9m panjangnya dan terletak tepat di bawah jaring
manakala garisan serangan dilukis 3m dari paksi garisan tengah menandakan zon depan.

PERATURAN SUKAN

1. Gelanggang
2. Bola
3. Kiraan Mata

GELANGGANG

• Sebuah gelanggang bola tampar berkeluasan 9 x 18 meter yang dibahagikan suatu jaring
kepada dua segi empat sama yang lebarnya 1 meter.

• Jaring gelanggang berketinggian 2.43 meter dari kawasan tengah gelanggang bagi
peringkat lelaki dan 2.24 meter bagi peringkat perempuan.

• Kelegaan tinggi (height clearance) minimum untuk gelanggang jenis tertutup yang
dicadangkan ialah sebanyak 7 meter namun ketinggian melebihi 8 meter juga disyorkan.

GELANGGANG BOLA TAMPAR

BOLA

Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Fédération Internationale de Volleyball, FIVB)
menetapkan bahawa bola yang digunakan harus:
• berbentuk sfera,
• diperbuat daripada kulit haiwan semulajadi atau sintetik
• berukur lilit sebanyak 65–67 sentimeter
• mempunyai berat sebanyak 260–280 gram
• mempunyai tekanan dalaman antara 0.30–0.325 kg/sm2

KIRAAN MATA

• Apabila bola menyentuh lantai dalam lingkungan gelanggang atau silap servis dibuat, pasukan
yang berlawanan diberikan satu mata sama ada mereka membuat servis atau sebaliknya.

• Bola dikira masuk jika ia menyentuh garisan. Pasukan yang memenangi satu mata selepas
membuat servis dapat membuat servis pembuka pada pusingan seterusnya.

• Jika pasukan yang memenangi mata tidak membuat servis pada mata yang sebelumnya, maka
pasukan yang menservis akan menukar kedudukan mereka mengikut arah jam.

• Permainan akan berterusan sehingga mana-mana pasukan meraih 25 mata dahulu seterusnya
memenangi set. Perlawanan mempunyai lima set di mana set terakhir dimainkan sehingga 15 mata
diraih dahulu dari mana-mana pasukan.

JENIS-JENIS TEKNIK

A. Teknik menyangga (digging)
B. Teknik servis

- Servis bawah
- Servis atas
C. Teknik mengumpan (setting full)
D. Teknik merejam (spike)
E. Teknik mengadang (block)

TEKNIK MENYANGGA

1. Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

2. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.

3. Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke
hadapan.

4. Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan
untuk menerima hantaran.

5. Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum
bermain bola.

TEKNIK MENYANGGA

6. Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
7. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
8. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
9. Kendurkan bahagian atas tubuh
10. Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh

ahli pasukan yang lain.

GAMBAR TEKNIK MENYANGGA

TEKNIK SERVIS

SERVIS BAWAH
1. Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk kuda -

kuda dengan badan agak condong ke depan.

2. Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang satu
lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan mengepal
atau menggenggam.

3. Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul di bahagian
bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.

TEKNIK SERVIS

SERVIS ATAS
1. Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola.
2. Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.
3. Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
4. Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau

beralun.

GAMBAR TEKNIK SERVIS

TEKNIK MENGUMPAN

1. Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar.
2. Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang kuat.
3. Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat

rejaman.

GAMBAR TEKNIK MENGUMPAN

TEKNIK MEREJAM

1. Sama ada run-up atau berdiri setempat
2. Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.
3. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.
4. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola.
5. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan

tangan.
6. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.
7. Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring dan mengambil tiga langkah.
8. Langkah kedua akan membawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir

bersama

GAMBAR TEKNIK MEREJAM

TEKNIK MENGADANG

1. Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
2. Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
3. Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
4. Jarakkan jari-jari tangan.
5. Mata pandang arah pergerakan bola.
6. Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

GAMBAR TEKNIK MENGADANG

ZON DAN KAWASAN

Zon Depan
• Zon ini dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serangan. Zon depan dianggap

sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga zon bebas.
Zon Belakang
• Zon belakang pula dihadkan dari belakang garisan serangan (tidak termasuk garisan serangan)

hingga ke belakang garisan hujung.
Zon Servis
• Zon servis ialah kawasan yang lebarnya 9m di belakang garisan hujung. Zon servis dihadkan oleh 2

garisan pendek setiap satu 15sm panjang dan dilukis 20sm ke belakang garisan hujung sebagai
pemanjangan garisan tepi.

ZON DAN KAWASAN

Kawasan Penalti
• Berukuran 1m x 1m dengan sebuah kerusi terletak di kawasan kawalan di luar garisan

hujung.
Zon Penggantian
• Zon ini dihadkan antara garisan serangan dengan meja pencatat skor.
Kawasan Memanaskan Badan
• Berukuran 3m x 3m terletak pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon

bebas.


Click to View FlipBook Version