The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izazinur14, 2021-12-06 22:58:16

E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN

MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

TAJUK TUGASAN :
KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

NAMA PENSYARAH :
MOHD SAAD BIN SAID

AHLI KUMPULAN

NUR IZAZI HUSNA HAYATI
BINTI BINTI

SHAIFUL SHUKRI MOHD ZAMRI
(03DKA21F1040) (03DKA21F1077)

UMI TASNIMAMANI NAJAH AQILAH
BINTI BINTI
SAID
AB DULLAH
(03DKA21F1015) (03DKA21F1091)

ISI KANDUNGAN

UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 1
2 PENGENALAN 2
3 OBJEKTIF 3
4 DEFINISI KEBUDAYAAN 4
5 KEBUDAYAAN & ADAT RESAM 5-7
MENGIKUT KAUM DI MALAYSIA
6 MAKANAN TRADISIONAL YANG 8-9
POPULAR DI MALAYSIA
7 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK 10
PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN
8 KEPENTINGAN KEBUDAYAAN 11
9 PERPADUAN MASYARAKAT 12
MALAYSIA
10 13
PERTAHANKAN PERPADUAN DALAM
11 KEPELBAGAIAN 14
KESIMPULAN

1.0) PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Tuan Mohd Saad bin
Said, Pensyarah mata pelajaran penghayatan Etika dan peradaban
(MPU21032).Selain itu,Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang
memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang
penghasilan tugasan ini .Akhir kata ,kami juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasi tugasan ini berjalan .pelbagai ilmu yang
dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama
yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan
kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.Tanpa bantuan dari semua pihak,tidak
mugkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

2.0) PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup dalam
keadaan aman dan hormoni. Terdapat tiga kaum utama yang berada di
Malaysia ialah Melaya,India,dan Cina.Kaum Melayu merupakan kaum yang
terbesar di Malaysia yang membentuk 54% daripada penduduk Malaysia.Kaum
Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam,Bahasa Melayu juga
merupakan bahasa utama. Di malaysia juga kita perlu hidup dalam keadaan
yang bersatu padu. Contohnya,saling hormat menghormati.Kita juga perlu
mewujudkan sifat perpaduan antara satu sama lain supaya negarakita hidup
dalam keadaan aman. Malaysia juga terdapat pelbagai jenis budaya.
Contohnya dari segi pakaian pada Hari Raya ,kaum Melayu memakai Baju
Kurung atau Baju Melayu manakala kaum Cina memakai Cheongsam dan kaum
india memakai Sari.Di sini terdapat pelbagai budaya yang boleh kita ikuti.

3.O) OBJEKTIF KAJIAN

Tugasan E-folio ini bertujuan untuk menilai pelajar dalam mencari dan mengumpul maklumat mengenai
kebudayaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menilai keupayaan pelajar dalam mengelas, menganalisis dan merumuskan maklumat secara rasional
mengenai budaya dan perpaduan.

Di samping itu, kajian ini juga bertujuan supaya pelajar lebih mengenali tentang maksud budaya dan
perpaduan, masalah awal perpaduan kaum-kaum di Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi
kebudayaan dan perpaduan serta dapat menkumpul keseluruhan maklumat yang telah dibuat.

Melalui kajian ini juga, membolehkan pelajar lebih mengenali mengenai adat budaya yang ada serta dapat
mengetahui cara-cara untuk menerapkan semangat perpaduan antara kaum yang berada di malaysia ini.
Semangat berkerjasama antara ahli pasukan juga dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar dan dapat
melaksanakan tugasan ini dengan baik dan dapat dihantar pada masa yang telah ditetapkan.

4. 0) DEFINISI KEBUDAYAAN

Pada umumnya,istilah ‘kebudayaan’sukar diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan itu sendiri
merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh dikatakan hampir setiap pengkaji cuba
memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing.perkataan ‘budaya’ berasal
daripada bahasa sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi
yang membawa maksud budi dan akal.

Perkataan culture dalam bahasa inggeris diambil daripada bahasa latin,colore yang bererti
mengolah dan mengerjakan.berpandukan dua definisi ini mungkin dirasakan belum memadai
untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud ‘kebudayaan’.

Dalam pengertian umum ‘kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh
aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi
yang lain melalui proses pembelajaran.mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’
membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.

5.0) KEBUDAYAAN & ADAT RESAM MENGIKUT

BHVKAUM DI MALAYSIA

BAHASA TARIAN/MUZIK

-Bahasa melayu -Tarian zapin
-Makyung
ADAT RESAM -Wayang kulit

-Mengamalkan adat temenggung PERAYAAN
dan adat berpatih
-Hari raya aidilfitri
JENIS PAKAIAN -Hari raya aidiladha

-Baju melayu
-Baju kurung
-Baju kebaya
-kain pelikat

BAHASA TARIAN

-Bahasa cina -Tarian kipas
-Tarian singa
ADAT RESAM
PERAYAAN
-Upacara pengebumian
-Tahun baru cina
JENIS PAKAIAN -Perayaan hantu lapar
-Cheongsam -Perayaan kuih bulan
-Samfu
-Han fu

BAHASA PERAYAAN

-Bahasa tamil -Deepavali
-Thaipusam
TARIAN -thai Ponggal

-Tarian Kathak JENIS PAKAIAN

-Sari
-Panjabi
-Dhoti

Negara malaysia terkenal dengan pelbagai kaum, bangsa, agama serta budaya. Terdapat
kaum Melayu, Cina,dan India di Malaysia dan setiap kaum ini mengamalkan budaya
masing-masing asalkan budayanya itu tidak melanggar undang-undang serta peraturan
negara. Pelbagai hidangan yang menarik daripada berlainan bangsa. Antara hidangan-
hidangan yang popular dan menarik yang ada di negara Malaysia ialah :

1)NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan hidangan yang berasal daripada

semenanjung Malaysia.

Ia merupakan hidangan kaum melayu dan menjadi

makanan rutin harian rakyat Malaysia tidak kiralah

dihidangkan pada waktu siang ataupun malam.

2)ROTI CANAI 3) ASAM LAKSA

Roti canai ialah hidangan yang diperkenalkan Hidangan Asam laksa ini merupakan
oleh masyarakat India. Ia merupakan roti yang makanan tradisi masyarakat Baba dan
lemper. Hidangan ini dibawah pihak imigran Nyonya. Baba dan Nyonya ini merupakan
Tamil muslim, iaitu penduduk yang menetap di keturunan yang pada asalnya imigran cina
malaysia juga. Roti canai ini juga dikenali yang datang ke Tanah Melayu. Mereka
sebagai roti ‘terbang’ kerana proses telah berkerjasama mengambungkan
pembuatannya itu dengan cara budaya melayu ini untuk diterapkan di
lemparan,terbalikkan serta pusingkan roti itu dalam kehidupan seharian dan setelah
sebelum ia dimasak. digabungkan unsur dua budaya ini maka
terhasilnya hidangan Asam Laksa ini.

4)LOK LOK

Hidangan ini merupakan steamboat versi cina.
Makanan ini dicucuk dengan lidi dan kemudiannya
direndam ke dalam air yang mendidih ataupun sup
yang panas sehingga menjadi masak dan hidangan ini
juga boleh dimakan dengan pelbagai jenis sos cili.

5)MEE KARI

Mee kari merupakan hidangan yang
unik kerana hasilnya daripada
gabungan hidangan masyarakat Cina
dan India serta hidangan ini penuh
dengan beperisa. Makanan ini
digemari ramai tidak mengira bangsa
atau agama dan kuah karinya itu
sedap dan enak dimakan bersama
dengan mee, kuetiaw ataupun bihun
serta boleh dimakan dengan cili asam
atau cili jeruk.

7.0) LANGKAH – LANGKAH MEMUPUK
PERPADUAN & KEBUDAYAAN

Rakyat malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan
yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Contohnya,
meraikan hari perayaan bersama-sama seperti kunjung
mengujungi, mengeratkan silaturahim, memahami perayaan
dan budaya antara kaum, dan menghormati antara satu sama
lain. Selain itu, masyarakat perlu memastikan ikatan
persaudaraan terus berkekalan dan tidak menjadikan
perbezaan sebagai penghalang sebaliknya sebagai kekayaan
tradisi yang unik. Bagaimanapun, perpaduan tidak akan
tercapai sekiranya masih ada sifat rasis dan kecenderungan
mementingkan diri.

8.0) KEPENTINGAN KEBUDAYAAN

Melambangkan identiti sebuah negara, contohnya amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya ,keunikan pakaian tradisional
pelbagai,kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian yang berwarna-warni.

Memupuk perpaduan negara contohnya, rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang
murni. Misalnya,kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran.
Rakyat kita tidak kira keturunan,agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama.

Menarik minat pelancong luar contohnya, salah satu tarikan pelancong ialah keunikan budaya
tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan
tarian seperti kuda kepang dan gawai.Banyak pelancong mengujungi malaysia kerana ingin
mendekati corak hidup dan kebudayaan kita.

Mengekalkan kesinambungan tamadun contohya, melalui budaya tradisional,kita mengetahui
asal usul kita dengan ini kita tidak lupa daratan, sebaliknya kita akan sedar tentang kesulitan
hidup nenek moyang kita dan dari sini kita akan mendapat iktibar.

9.0)PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang
dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia
merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.Istilah
ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam
masyarakat ringkas atau biasa ia mugkin berdasarkan hubungan
kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi
masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan
faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

PERTAHANKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Menghargai kepelbagaian budaya dan saling menghormati perbezaan agama ialah dua perkara yang sangat
penting dalam mencapai kehormonian hidup dalam bermasyarakat. Hal ini demikian kerana menghormati
budaya dan perbezaan agama merupakan kunci utama ke arah melahirkan masyarakat malaysia yang
hormoni dan bersatu padu.

Kepelbagaian rakyat Malaysia dari segi budaya dan agama telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang sangat unik. Rakyat diberikan kebebasan mutlak dalam mengamalkan ajaran agama dan
kepercayaan masing-masing tanpa sebarang kekangan ,batasan mahupun halangan walaupun agama islam
diisytiharkan agama rasmi negara kita. Hak dan kebebasan ini turut termaktub dalam perlambagaan dan
menjadi asas untuk memelihara perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Selain itu, perayaan setiap agama juga disambut secara besar-besaran. Malah ada negara yang membarikan
cuti umum untuk menyambut perayaan-perayaan tersebut.Hal ini jelas membuktikan masyarakat malaysia
telah hidup dalam keadaan yang hormoni dengan berpegang kuat kepada sifat toleransi yang tinggi dan
setiap kaum juga menunjukkan sikap saling menghormati antara satu sama lain. Sifat terpuji sebeginila yang
telah menjadi tunjang kepada kemajuan kita sebagai sebuah bangsa yang berjaya.

Disamping itu, pemimpin luar turut mengakui dan mengiktiraf keunikan yang ada pada
Malaysia sehingga melabel Malaysia sebagai model negara membangun. Pengiktirafan ini
adalah berdasarkan penilaian mereka terhadap tiga perkara asas dan utama yang dimiliki
oleh Malaysia iaitu kesuburan sistem demokrasi, mempunyai kerajaan yang efektif dan
pembangunan ekonomi yang baik. Tiga-tiga perkara ini perlu dimantapkan supaya sejajar
dengan kehendak rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan.

Oleh itu,bukan mudah untuk mempertahankan warisan turun temurun ini. Malah terlalu
banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa kita harungi dalam mempertahankan
perpaduan dan kehormonian kaum tersebut. Justeru,adalah menjadi tanggungjawab kita
termasuklah generasi hari ini untuk mempertahankan keunikan tersebut dengan terus
menyumburkan rasa saling menghormati dan memahami budaya kan kepercayaan
semua kaum di Malaysia.

10) KESIMPULAN

Kesimpulannya, perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak negara di
dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Kita
sering kali melihat atau mendengar melalui media massa sama ada media cetak atau media
elektronik mengenai pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa yang
tidak berdosa seperti warga tua dan kanak-kanak. Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana
masyarakat kita saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, saya menyeru supaya
kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi
negara maju dapat direalisasikan. Selain itu, persefahaman dan sikap hormat-menghormati
antara kaum juga menjadi pemangkin utama dalam pencetusan perpaduan kaum. Konklusinya,
rakyat perlulah mempunyai semangat kekitaan agar rakyat tidak berpecah belah . Marilah kita
bersama-sama bersinergi dalam mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dengan tidak menjadi seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Jika
semua rakyat bersatu padu dengan mengetepikan perbezaan,tentulah perpaduan dan
pemuafakatan dapat dikecapi.

SUMBER RUJUKAN

❖ https://fliphtml5.com
❖ https://anyflip.com
❖ https://info bybadgeniusgirls.blogspot.com

TERIMA KASIH

CREDITS: This presentation
template was created by Slidesgo,

including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik.


Click to View FlipBook Version