The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AL-QURAN DAN AL-HADIS YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA PUNCA KEROSAKAN ADALAH DISEBABKAN OLEH MANUSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izazinur14, 2022-05-12 11:26:39

E-FOLIO STKI

AL-QURAN DAN AL-HADIS YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA PUNCA KEROSAKAN ADALAH DISEBABKAN OLEH MANUSIA

MPU23052
SAINS, TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK TUGASAN :

AL-QURAN & AL-HADIS YANG
MEMBUKTIKAN BAHAWA PUNCA

KEROSAKAN ALAM ADALAH
DISEBABKAN OLEH MANUSIA

NAMA PENSYARAH : PUAN ROHANI BINTI ABU BAKAR

AHLI KUMPULAN

NUR IZAZI BINTI NUR NASUHA IZZATI
SHAIFUL SHUKRI BINTI ZULKIFLI
(03DKA21F1040) (03DKA21F1056)

UMI 01
TASNIMAMANNI
02
BINTI SAID
(03DKA21F1015) DINIE SYAHIERAH 03
BINTI D SHAMSURI 04
05
(03DKA21F1099)

06

PENGENALAN

Sudah sekian lama Allah swt menciptakan alam semesta termasuklah bumi ini yang di

diami oleh pelbagai makhluk.Allah memberi satu kelebihan kepada manusia iaitu akal

fikiran untuk memikirkan antara yang benar dan salah.Namun demikian,ada di antara

manusia yang tidak menggunakan akal fikiranya dengan betul. Mereka dengan

sengajanya menganiayai alam ini tanpa rasa segan silu. Oleh itu, kita sebagai khalifah

di muka bumi ini perlu mengetahui bagaimana punca-punca kerosakan alam yang

berlaku oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Sesiapa sahaja pasti tidak 01
akan selesa berada di persekitaran yang dicemari dengan pelbagai bahan toksik

sehingga menjejaskan kegiatanharian anda.Persekitaran yang dahulunya menghijau 02
dengan aliran sungai yang jernih,udara yang segar, permukaan tanah yang cantik kini

hampir hancur dek kerana perbuatan dan sikap kita sendiri. Justeru,jangan marahkan 03

alam jika berlaku kejadian seperti tanah runtuh, sungai tercemar, banjir lumpur ,banjir 04

kilat dan lain2 yang kesemuanya berpunca daripada perbuatan kita yang tidak

menghiraukan alam sekitar.Justeru, mulakan langkah dan usaha dari sekarang dan 05
tidak perlulah menunggu tibanya sesuatu kempen untuk kembali bersemangat

memulihara alam sekitar. 06

DALIL-DALIL NAKLI & AKLI MENGENAI KEROSAKAN ALAM

‫َظ َه َر ٱ ْلفَ َسا ُد ِفى ٱ ْلبَ ِر َوٱ ْلبَ ْح ِر ِب َما َك َسبَ ْت أَ ْي ِدى ٱل ّنَا ِس ِليُ ِذيقَ ُهم بَ ْع َض ٱ ّلَ ِذى َع ِملُو۟ا لَ َع َلّ ُه ْم يَ ْر ِجعُو َن‬

Ertinya :Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya
yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya
mereka kembali insaf dan bertaubat.

‫قُ ْل ِسي ُرو۟ا ِفى ٱ ْْلَ ْر ِض فَٱن ُظ ُرو۟ا َك ْي َف َكا َن ََٰع ِق َبةُ ٱلَّ ِذي َن ِمن قَ ْب ُل ۚ َكا َن أَ ْكثَ ُر ُهم ُّم ْش ِر ِكي َن‬

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah
bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan);
kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".

Ayat Ar-rum 41-42

CONTOH AYAT AL-QURAN DAN AL-HADIS YANG MEMBUKTIKAN
BAHAWA PUNCA-PUNCA KEROSAKAN ALAM ADALAH BERPUNCA
DARIPADA MANUSIA

Jika dilihat kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, dunia Islam sepatutnya mengaplikasi isu-
isu kemanusiaan dan alam. Malangnya, kita bukan sahaja tidak mengepalai, bahkan kita dituduh
tidak prihatin dalam beberapa isu dunia. Sebahagian tuduhan itu pula benar. Ambil sahaja soal
penjagaan alam sekitar. Dunia Islam tidak mengepalainya. Lebih memalukan apabila negara-
negara umat Islam sendiri tidak mengambil berat soal penjagaan alam sekitar. Bahkan ada
negara umat Islam yang begitu kotor. Lebih memalukan jika kawasan masjid dan tandasnya
menjijikkan. Sedangkan dalam masa yang sama kita berceramah soal taharah, kebersihan
pakaian ketika solat, jenis-jenis air yang boleh diambil wuduk dan berbagai lagi. Bahkan
sebahagian perbincangan dalam masalah fekah bersuci kita begitu sempit dan jumud. Sehingga
kecenderungan sesetengah tok guru ke arah membatalkan ibadah lebih besar dari
menghukumnya sebagai sah. Namun tinggal sekadar berlegar dalam bab wuduk dan
sembahyang semata. Tidak mampu membawa kepada kebersihan dan kebajikan alam sekitar.

Firman ALLAH :

Maksudnya:Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan
kerana perbuatan tangan manusia. Allah menghendaki agar mereka
merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka
kembali (ke jalan yang benar).

PERANAN MASYARAKAT ISLAM MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR

Terdapat pelbagai unsur yang menjadikan pencemaran sungai semakin berleluasa
iaitu najis dan bahan kumbangan serta baja yang mengandungi galian nitrat.
Pencemaran juga berlaku disebabkan penghasilan kelodak dan bahan-bahan lain
berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan daripada kawasan pembinaan
serta kawasan perbandaran dan juga disebabkan oleh hakisan tebing sungai
apabila berlakunya hujan lebat.

Peranan dalam menyelamatkan alam sekitar iaitu mendesak para pemaju dan
penjaja supaya lebih mesra alam dalam menjalankan perniagaan mereka. Sebagai
contoh pengunaan plastik dilarang pada hari Sabtu di kawasan negeri Selangor
dapat menyelematkan alam sekitar kita. Maka diperkenalan `recycle bag’ yang
boleh digunakan berulang kali mampu mengurangkan penggunaan plastik yang
meluas di negara kita. Pasaraya juga mengenakan bayaran 20 sen kepada
pelanggan yang ingin menggunakan beg plastik di pasaraya berkenaan.

Bagi menjadikan persekitaran yang lebih bersih serta selamat, orang awam perlu
mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di negara kita. Setiap
anggota mesti mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menyelamatkan alam sekitar.
Sebagai contoh, tidak sesuka hati membuang sampah ke longkang kerana akan
menyebabkan sistem saliran tersumbat dan boleh menyebabkan banjir dan sebagainya.
Sebagai contoh, banjir besar yang berlaku di Johor menyebabkan kerajaan
mengeluarkan kos RM 1 billion bagi memperbaiki kemudahan-kemudahan yang rosak
akibat banjir.

Proses pembaikan dalam senario pemuliharaan harus dijalankan di negara kita.
Langkah yang berkesan perlu diambil bagi memastikan mesej yang jelas mengenai
unsur-unsur pemuliharaan alam sekitar dapat disampaikan kepada setiap anggota
masyarakat di Negara Malaysia. Ini kerana dapat menjamin kebersihan alam sekitar
akan terpelihara bagi generasi yang akan datang. Setiap anggota masyarakat juga perlu
sedar bahawa usaha pemuliharaan patut dijadikan teras dalam diri masing-masing.

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan
di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia
akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu
persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari
semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan
buruk.

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-
tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga
cara iaitu Nekrosis (Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan
perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara
tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur
dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami
kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan
bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada
penduduk di bumi juga terganggu.

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang
melampau.Pencemaran akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat
bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain
terganggu.Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang
lebih senyap dan nyaman.Hal ini akan menyebabkan ketidak seimbangan
ekosistem. Dan kesan yang lain-lain.

KESIMPULAN

Persekitaran adalah ruang yang penting kepada kehidupan manusia dan
komuniti. Ruang fizikal ini mempengaruhi pembangunan dan menyokong
pertumbuhan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Justeru, alam sekitar
perlu berada dalam keadaan yang amat memuaskan untuk menampung
kualiti kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keadaan alam
sekitar yang amat memuaskan adalah bebas daripada ancaman
pencemaran. Dapatan tinjauan dan pemerhatian yang telah dijalankan
memberitahu kita bahawa masih berlaku pencemaran alam sekitar di
beberapa lokasi di wilayah Iskandar. Di beberapa lokasi berkenaan, tumpuan
perlu diberikan untuk langkah-langkah pemeliharaan alam sekitar
dilaksanakan. Masalah alam sekitar ini perlu ditangani dengan menggunakan
pendekatan 3E iaitu penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk
mencegah pencemaran air, udara dan tanah; penggunaan kaedah mendidik
melalui kempen dan program promosi untuk mendidik komuniti tentang impak
pencemaran alam dan menarik minat mereka untuk sama-sama mengambil
bahagian menjaga kebersihan.

PENUTUP

Di Akhir Perbincangan Ini, Dapat Kita Simpulkan Bahawa Allah Dan
Rasulullah Telah Membuktikan Melalui Al Quran Dan Al Hadis

Mengenai Kerosakan Alam Di Sebabkan Manusia-manusia Yang
Tidak Bertamadun.Tambahan,allah Murka Terhadap Manusia Yang

Melakukan Kezaliman Ke Atas Alam Ini.

RUJUKAN

1. https://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/17/langkah-
mengatasi-masalah-pencemaran-alam-sekitar/

2. https://www.academia.edu/5805007/Kesan_Pencemaran_Alam_S
ekitar_1

3. https://harakahdaily.net/index.php/2019/08/13/islam-dan-isu-
pencemaran-alam-sekitar/


Click to View FlipBook Version