MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADAPAN
TAJUK TUGASAN:
KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
NAMA PENSYARAH
MOHD SAAD BIN SAID
NAMA PELAJAR
NAMA NO MATRIK
UMI TASNIMAMANI BINTI SAID 03DKA21F1015
NUR IZAZI BINTI SHAIFUL SHUKRI 03DKA21F1040
HUSNA HAYATI BINTI MOHD ZAMRI 03DKA21F1077
NAJAH AQILAH BINTI ABDULLAH 03DKA21F1091
ISI KANDUNGAN
UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 1
2.0 PENGHARGAAN 2
3.0 3
4.0 PENGENALAN 4
5.0 5-7
OBJEKTIF
6.0 8-9
DEFINISI KEBUDAYAAN
7.0 10
KEBUDAYAAN & ADAT RESAM MENGIKUT
8.0 KAUM DI MALAYSIA 11
9.0 MAKANAN TRADISIONAL YANG POPULAR 12
9.1 DI MALAYSIA 13
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK
9.2 PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN 14
KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA
PERTAHANKAN PERPADUAN DALAM
KEPELBAGAIAN
KESIMPULAN
1.0 PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Tuan Mohd Saad bin
Said, Pensyarah mata pelajaran penghayatan Etika dan peradaban
(MPU21032).Selain itu,Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang
memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang
penghasilan tugasan ini .Akhir kata ,kami juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasi tugasan ini berjalan .pelbagai ilmu yang
dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama
yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan
kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.Tanpa bantuan dari semua
pihak,tidak mugkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
1
2.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup dalam
keadaan aman dan hormoni. Terdapat tiga kaum utama yang berada di Malaysia
ialah Melaya,India,dan Cina.Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar di
Malaysia yang membentuk 54% daripada penduduk Malaysia.Kaum Melayu
adalah satu kaum yang beragama islam,bahasa melayu juga merupakan bahasa
utama.Di malaysia juga kita perlu hidup dalam keadaan yang bersatu
padu.contohnya,saling hormat menghormati.kita juga perlu mewujudkan sifat
perpaduan antara satu sama lain supaya negarakita hidup dalam keadaan
aman.Malaysia juga terdapat pelbagai jenis budaya.contohnya dari segi pakaian
pada hari raya ,kaum Melayu memakai baju kurung atau baju melayu manakala
kaum Cina memakai cheongsam dan kaum india memakai sari.Di sini terdapat
pelbagai budaya yang boleh kita ikuti.
2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tugasan E-folio ini bertujuan untuk menilai pelajar dalam mencari dan
mengumpul maklumat mengenai kebudayaan dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat di malaysia.Selain itu,ia juga bertujuan untuk menilai keupayaan
pelajar dalam mengelas,menganalisis dan merumuskan maklumat secara
rasional mengenai budaya dan perpaduan.
Di samping itu,kajian ini juga bertujuan supaya pelajar lebih mengenali
tentang maksud budaya dan perpaduan,masalah awal perpaduan kaum-kaum
di malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi kebudayaan dan perpaduan
serta dapat menkumpul keseluruhan maklumat yang telah dibuat.
Melalui kajian ini juga, membolehkan pelajar lebih mengenali mengenai adat
budaya yang ada serta dapat mengetahui cara-cara untuk menerapkan
semangat perpaduan antara kaum yang berada di malaysia ini.Semangat
berkerjasama antara ahli pasukan juga dapat diterapkan dalam diri setiap
pelajar dan dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik dan dapat dihantar
pada masa yang telah ditetapkan.
3
4.0 DEFINISI KEBUDAYAAN
Pada umumnya,istilah ‘kebudayaan’sukar diberi takrif yang tepat kerana
kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas.Malahan boleh
dikatakan hampir setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mwngikut
tafsiran masing-masing.perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa
sanskrit,buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi
yang membawa maksud budi dan akal.
Perkataan culture dalam bahasa inggeris diambil daripada bahasa latin,colore
yang bererti mengolah dan mengerjakan.berpandukan dua definisi ini mungkin
dirasakan belum memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud
‘kebudayaan’
Dalam pengertian umum ‘kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup
masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang
diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses
pembelajaran.mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa
maksud cara hidup sebuah masyarakat,tamadun,peradaban dan kemajuan.
4
5.0 KEBUDAYAAN & ADAT RESAM MENGIKUT KAUM DI MALAYSIA
KAUM MELAYU
BAHASA JENIS PAKAIAN
-Baju melayu
-Bahasa melayu -Baju kurung
-Baju kebaya
ADAT RESAM -kain pelikat
-Mengamalkan adat temenggung dan
adat berpatih
TARIAN/MUZIK perayaan
-Tarian zapin -Hari raya aidilfitri
-Hari raya aidiladha
-makyung
-wayang kulit
5
KAUM CINA PERAYAAN
-Tahun baru cina
BAHASA -perayaan hantu lapar
-Bahasa cina perayaan kuih bulan
ADAT RESAM
-Upacara pengebumian TARIAN
-Tarian kipas
JENIS PAKAIAN -Tarian singa
-Chongsam
-Samfu
-Han fu
6
KAUM INDIA PERAYAAN
-Deepavali
BAHASA -Thaipusam
-Bahasa tamil -thai Ponggal
TARIAN JENIS PAKAIAN
-Tarian Kathak -Sari
-Panjabi
-Dhoti
7
6.0 MAKANAN TRADISIONAL YANG POPULAR DI
MALAYSIA
Negara malaysia terkenal dengan pelbagai kaum,bangsa,agama serta budaya.Terdapat
kaum Melayu,Cina,dan Idia di malaysia,dan setiap kaum inimengamalkanbudaya masing-
masing asalkan budayanya itu tidak melanggar undang-undang serta peraturan
negara.Pelbagai hidangan yang menarik daripada berlainan bangsa.Antara hidangan-
hidangan yang popular dan menarik yang ada di negara Malaysia ialah;
1)NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan hidangan yang berasal daripada semenanjung Malaysia.Ia
merupakan hidangan kaum melayu dan menjadi makanan rutin harian rakyat Malaysia tidak
kiralah dihidangkan pada waktu siang ataupun malam.Nasi lemak ini juga dikategorikan
sebagai juadah kebangsaan di Malaysia dan juga popular di pelosok setiap negara.
2)ROTI CANAI
Roti canai ialah hidangan yang diperkenalkan oleh masyarakat India.Ia merupakan roti yang
lemper.Hidangan ini dibawah pihak imigran Tamil muslim,iaitu penduduk yang menetap di
malaysia juga.Roti canai ini juga dikenali sebagai roti ‘terbang’ kerana proses pembuatannya
itu dengan cara lemparan,terbalikkan serta pusingkan roti itu sebelum is dimasak.
3) ASAM LAKSA
Hidangan Asam laksa ini merupakan makanan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya.Baba
dan Nyonya ini merupakan keturunan yang pada asalnya imigran cina yang datang ke Tanah
Melayu.Mereka telah berkerjasama mengambungkan budaya melayu ini untuk diterapkan
di dalam kehidupan seharian dan setelah digabungkan unsur dua budaya ini maka
terhasilnya hidangan Asam Laksa ini.
8
4)LOK LOK
Hidangan ini merupakan steamboat versi cina.Makanan ini dicucuk dengan lidi dan
kemudiannya direndam ke dalam air yang mendidih ataupun sup yang panas sehingga
menjadi masak dan hidangan ini juga boleh dimakan dengan pelbagai jenis sos cili.
5)MEE KARI
Mee kari merupakan hidangan yang unik kerana hasilnya daripada gabungan hidangan
masyarakat Cina dan India serta hidangan ini penuh dengan beperisa.Makanan ini digemari
ramai tidak mengira bangsa atau agama dan kuah karinya itu sedap dan enak dimakan
bersama dengan mee,kuetiaw ataupun bihun serta boleh dimakan dengan cili asam atau cili
jeruk.
9
7.0 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK
PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN
➢ Rakyat malaysia seharusnya menhindari sebarang tindakan yang boleh
mencetuskan provokasi kaum.Meraikan hari perayaan bersama-sama
seperti kunjung mengujungi,mengeratkan silaturahim,memahami
perayaan dan budaya antara kaum,dan menghormati antara satu sama
lain.
➢ Masyarakat perlu memastikan ikatan persaudaraan terus berkekalan
dan tidak menjadikan perbezaan sebagai penghalang sebaliknya sebagai
kekayaan tradisi yang unik.Bagaimanapun,perpaduan tidak akan tercapai
sekiranya masih ada sifat rasis dan kecenderungan mementingkan diri.
10
8.0 KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
Melambangkan identiti sebuah negara:contohnya amalan budaya tradisional
kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.Misalnya ,keunikan pakaian
tradisional pelbagai,kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian
yang berwarna-warni
Memupuk perpaduan negara:contohnya rakyat majmuk kita kaya dengan nilai
tradisional yang murni.Misalnya,kunjung-mengunjungi dan mengadakan
rumah terbuka pada hari kebesaran.Rakyat kita tidak kira keturunan,agama
dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama.
Menarik minat pelancong luar:contohnya,salah satu tarikan pelancong ialah
keunikan budaya tradisional kita,misalnya persembahan teater tradisional
seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan
gawai.Banyak pelancong mengujungi malaysia kerana ingin mendekati corak
hidup dan kebudayaan kita.
Mengekalkan kesinambungan tamadun:contohya melalui budaya
tradisional,kita mengetahui asal usul kita dengan ini kita tidak lupa daratan,
sebaliknya kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita dan dari
sini kita akan mendapat iktibar.
11
9.0 PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA
➢ Perpaduan ialah penyatuan,dan darjah serta jenis penyatuan yang
dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran
mereka .ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang
mengaitkan manusia.Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang
sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
➢ Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza.Dalam
masyarakat ringkas atau biasa ia mugkin berdasarkan hubungan
kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.Bagi
masyarakat yang lebih kompleks pula,terdapat beberapa teori
berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial
ataupun masyarakat.
12
9.1 PERTAHANKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
Menghargai kepelbagaian budaya dan saling menghormati perbezaan agama ialah dua
perkara yang sangat penting dalam mencapai kehormonian hidup dalam bermasyarakat.Hal
ini demikian kerana menghormati budaya dan perbezaan agama merupakan kunci utama ke
arah melahirkan masyarakat malaysia yang hormoni dan bersatu padu.
Kepelbagaian rakyat Malaysia dari segi budaya dab agama telah menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang sangat unik.Rakyat diberikan kebebasan mutlak dalam
mengamalkan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing tanpa sebarang kekangan
,batasan mahupun halangan walaupun agama islam diisytiharkan agama rasmi negara kita
.Hak dan kebebasan ini turut termaktub dalam perlambagaan dan menjadi asas untuk
memelihara perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.
Selain itu,perayaan setiap agama juga disambut secara besar-besaran.Malah ada negara
yang membarikan cuti umum untuk menyambut perayaan-perayaan tersebut.Hal ini jelas
membuktikan masyarakat malaysia telah hidup dalam keadaan yang hormoni dengan
berpegang kuat kepada sifat toleransi yang tinggi dan setiap kaum juga menunjukkan sikap
saling menghormati antara satu sama lain.Sifat terpuji sebeginila yang telah menjadi tunjang
kepada kemajuan kita sebagai sebuah bangsa yang berjaya.
Disamping itu,pemimpin luar turut mengakui dan mengiktiraf keunikan yang ada pada
Malaysia sehingga melabel Malaysia sebagai model negara membangun.Pengiktirafan ini
adalah berdasarkan penilaian mereka terhadap tiga perkara asas dan utama yang dimiliki oleh
Malaysia iaitu kesuburan sistem demokrasi,mempunyai kerajaan yang efektif dan
pembangunan ekonomi yang baik.Tiga-tiga perkara ini perlu dimantapkan supaya sejajar
dengan kehendak rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan.
Oleh itu,bukan mudah untuk mempertahankan warisan turun temurun ini.Malah terlalu
banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa kita harungi dalam mempertahankan perpaduan
dan kehormonian kaum tersebut.Justeru,adalah menjadi tanggungjawab kita termasuklah
generasi hari ini untuk mempertahankan keunikan tersebut dengan terus menyumburkan
rasa saling menghormati dan memahami budaya kan kepercayaan semua kaum di malaysia.
13
KESIMPULAN
Kesimpulannya,perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya.Banyak
negara di dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis antara
masyarakat.Kita sering kali melihat atau mendengar melalui media massa sama ada media
cetak atau media elektronik mengenai pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan
banyak nyawa yang tidak berdosa seperti warga tua dan kanak-kanak.Keadaan ini tidak
berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling menghormati antara satu sama lain.Oleh
itu saya menyeru supaya kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar aspirasi
kepimpinan negara untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan.Selain itu,persefahaman
dan sikap hormat-menghormati antara kaum juga menjadi pemangkin utama dalam
pencetusan perpaduan kaum.Konklusinya,rakyat perlulah mempunyai semangat kekitaan
agar rakyat tidak berpecah belah .Marilah kita bersama-sama bersinergi dalam mengekalkan
perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan tidak menjadi seperti enau dalam
belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.Jika semua rakyat bersatu padu dengan
mengetepikan perbezaan,tentulah perpaduan dan pemuafakatan dapat dikecapi.
14