The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO KANIMOLLI BHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Maru Mathi, 2024-04-16 22:53:07

FOLIO BICARA BUKU

FOLIO KANIMOLLI BHASA MELAYU

PERTANDINGAN BICARA BUKU 2024 KANIMOLLI A/P MAHESWARAN SJKT TELUK MERBAU / BBD9460 DAERAH SEPANG KATEGORI BM LETAK FOTO


BORANG PENYERTAAN


PROFIL MURID .


NAMA : Kanimolli A/p Mageshwaran UMUR : 12 tahun TAHUN : 6 Cholan NAMA BAPA :P.Mageshwaran NAMA IBU :S.Manggayakarasi NAMA SEKOLAH : SJKT TELUK MERBAU CITA - CITA : Doktor HOBI: bermain badminton BIODATA


MY KID


PENCAPAIAN SAYA


AKTIVITI KOKURIKULUM • PERTANDINGAN MERUMUS CERITA • PERTANDINGAN MELUKIS POSTER COVID-19 • PERTANDINGAN KUIZ KEMERDEKAAN • KUIZ SENI BUDAYA • INTERNATIONAL DAY OF YOGA • KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEPANG • KATNIVAL BAHASA TAMIL • PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA PERINGKAT DAERAH ANJURAN MGBT SEPANG • KUIZ SENI BUDAYA


AKTIVITTI KURIKULUM • KARNIVAL SAINS PERINGKAT SEKOLAH • PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING • KANGAROO MATHS COMPETITION • 4 TH URESIAN SPELLING BEE


AKTIVITI NILAM • PERTANDINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH • PERTANDINGAN BERCERITA ONLINE PERINGKAT KEBANGSAAN


HEM • PENGAWAS SEKOLAH • KEHADIRAN PENUH 100%


SALINAN SIJIL


REKOD BACAAN NILAM


BM BT BI 145 200 125 REKOD BACAAN NILAM SAYA


BUKU PILIHAN UNTUK BICARA BUKU SESI 2024


RUMUSAN RINGKAS BUKU Jangan sesekali patah semangat dan mudah putus asa.Usaha yang berterusan serta keazaman untuk mencapai cita-cita pasti akan membuahkan hasil. Pohon papaya tidak berduri Tumbuh bersama bunga melati Izinkan saya memperkenalkan diri Moga-moga menyentuh hati Salam sejahtera dan salam Nadi Ilmu Amalan Membaca.Kanimoli Mageswaran nama diberi.Pelajar tahun 6 dari SJK(T) Teluk Merbau.Kod sekolah BBD 9460. Hari ini saya akan mengulas sebuah buku cerita bertajuk mekar di kelopak lain.Buku ini hasil karya penulis bernama Sabar Bohari dan diterbitkan pada tahun 1980. Buku ini telah saya pinjam dari perpustakaan sekolah saya memandangkan saya gemar membaca buku cerita terutama cerita – cerita yang berkisarkan kehidupan manusia yang mencabar.Buku ini mengandungi 125 muka surat dan terbahagi kepada 17 bab yang telah diberikan tajuk untuk kita meneka jalan ceritanya.Saya tidak sabar-sabar untuk membaca buku ini kerana pada awal permulaan ceritanya amat menyedihkan hati saya namun penyudahannya menggembirakan hati saya.


Cerita mekar di kelopak lain mengisahkan kehidupan seorang budak kampung bernama Munir.Munir merupakan anak seorang petani dan kehidupan mereka sekeluarga bagai kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Bapanya terpaksa berhenti mengusahakan bendang sawah padi dan mula bekerja sebagai tukang bina rumah.Ibunya pula mencari rezeki dengan menganyam tikar.Munir ialah anak sulung dan mempunyai 3 orang adik.Disebabkan kemiskinan ayahnya berhasrat untuk menghentikan Munir dari melangkah ke sekolah menengah. Keinginan bapanya membuatkan hati Munir bagai berkecai.Satu – satunya tempat Munir meluahkan isi hatinya ialah kawan karibnya Osman.Namun demikian kawannya Osman lagi terseksa kehidupannya apabila dia hidup bersendirian dan ditinggalkan oleh bapa kandungnya.Mereka berdua mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan masing- masing agar masa depan mereka cerah.Osman telah mula bekerja di sebuah restoran manakala Munir menjadi peon di pejabat sekolah menengah yang sepatutnya dia belajar.Munir belajar sendiri pada waktu malam dan Berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.Osman pula menyertai latihan askar. Kini Munir Berjaya menjadi seorang guru terlatih.Osman pula menjadi seorang askar.Hasil usaha mereka tidak sia- sia dan dibanggakan. Teladan yang saya dapat menerusi cerita ini ialah, Jangan sesekali patah semangt dan mudah putus asa. Usaha yang berterusan serta keazaman untuk mencapai cita-cita pasti akan membuahkan kejayaan.


Cerita ini menggambarkan bertapa susahnya kehidupan jika tiada pendapatan yang tetap dan keluarga yang bahagia.Kehidupan anak - anak akan musnah jika tiada kasih sayang yang diinginkan.Penulis cerita ini benar- benar menggambarkan kehidupan kampung yang tidak dialami oleh kanak-kanak zaman sekarang.Saya bersyukur kanak- kanak sekarang sangat beruntung dan dapat meneruskan pelajaran mereka. Cadangan saya kepada penulis ialah cerita ini ada sedikit unsur negatif contohnya Munir ada perasaan balas dendam dengan kawannya di sekolah dan tidak mendengar teguran bapanya.Penulis boleh mengubah sedikit perkara ini agar kanak-kanak peka dengan kepentingan menjaga tutur kata dan hormat kepada ibu- bapa. Baiklah kawan-kawan, saya harap anda terhibur dengan cerita yang telah saya sampaikan sebentar tadi. Jumpa lagi. Terima kasih.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version