The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kelly Hesley. B, 2019-06-30 11:42:29

BULETIN APRIL - JUN

BULETIN APRIL - JUN

Muka Depan

Syikin



1

1

Mahasiswa Bersama Masyarakat
(MESRA 2.0)

Oleh: Kelly Hesley Bonny

Tanjung Malim, 21 Jun 2019 – Majlis Mahasiswa
Luar Kampus (MMLK) dengan kerjasama kolej-
kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) telah menganjurkan Program
Mahasiswa bersama Masyarakat (MESRA 2.0),
peringkat antarabangsa yang bertemakan
‘International Volunteer Programe’ yang
bertempat di Chenderiang, Tapah pada 5 April
lalu.

Seramai 143 orang pelajar yang
terdiri daripada pelajar antarabangsa dari IPS,
UPSI dan Universiti Fatoni, Thailand telah
terlibat dengan program ini . Matlamat
penganjuran program MESRA 2.0 adalah bagi
mengeratkan hubungan silaturahim antara
mahasiswa dan penduduk sekitar Chenderiang
serta mewujudkan semangat kasih sayang dan
hormat menghormati dalam kalangan peserta.

Majlis ini telah dihadiri oleh wakil
Menteri Besar Perak Asmuni Awi, Adun
Behrang, Aminuddin Zulkipli, Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEPA) dan
Alumni UPSI, Dekan Fakulti Pendidikan
Universiti Fatoni, Thailand, Pegawai Daerah
Batang Padang, Penghulu Daerah Batang
Padang, Pengerusi-Pengerusi Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung (MPKK), Pengetua-Pengetua
Kolej Kediaman UPSI, dan penduduk kampung.

2

Oleh: Athirah Alias

Tanjung Malim, 21 Jun 2019- Majlis
Mahasiswa Luar Kampus (MMLK) di bawah
Exco Publisiti dan Informasi telah
menganjurkan sebuah program media khas iaitu
‘Mahasiswa dalam Media’ selama tiga hari dua
malam bertempat di Teratak Riverview untuk
pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI).

Program ini dianjurkan untuk
mengukuhkan kemahiran asas teknikal
penggunaan media dalam kalangan pelajar
UPSI. Selain itu, program ini juga bertujuan
melahirkan graduan berkualiti keluaran UPSI
terutamanya dalam pengurusan media yang
menjadi platform komunikasi utama dunia kini.

Pelbagai slot telah dilaksanakan
seperti teknik asas fotografi, teknik menulis
buletin dan beberapa aktiviti luar seperti flying
fox, abseiling dan tubing. Turut hadir Pengetua
UKLK T.s Dr. Che Ghani bin Che Kob,
Penasihat Exco Publisiti dan Informasi UKLK
Encik Raizol bin Ramli, Felo UKLK Encik
Mohd Fairus bin Mislan, Cik Anis Fatiha binti
Ahmad Sahimi @ Shuhaimi, dan Puan Najah
Saghirah binti Haroman bagi menyerikan lagi
program ini.

3

Oleh: Athirah Alias

Tanjung Malim, 21 Jun 2019- Majlis Mahasiswa
Luar Kampus (MMLK) telah menjalankan
program Glow Run 2.0 bertempat di Kampus
Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini
berlangsung selama sehari iaitu pada 27 April
2019 dari jam 9.00 malam dan berakhir pada
jam 11.00 malam.

Program ini bertujuan
menggalakkan mahasiswa/I untuk bergiat aktif
dalam bidang sukan dan menjadikan acara ini
sebagai permulaan kepada mahasiswa/i UPSI
yang ingin menjalani gaya hidup sihat di
samping menjalinkan hubungan silaturahim
yang baik diantara warga UPSI dan masyarakat
setempat.

Program ini telah mendapat
sambutan yang meriah daripada kalangan
mahasiswa/i UPSI dan masyarakat setempat
yang berjumlah 263 peserta telah mengambil
bahagian dalam Glow Run 2.0.

Sebelum peserta berlari, mereka
melakukan 'zumba' untuk memanaskan badan.
Kemudian, peserta-peserta Glow Run 2.0
dilepaskan oleh Pengetua UKLK T.s Dr. Che
Ghani bin Che Kob di tempat permulaan.
Mereka perlu melalui empat checkpoint yang
melibatkan kawasan Tanjung Malim dan Daerah
Hulu Bernam.

4

Pertandingan Selfie
Ramadhan UKLK

Oleh: Suinah Gimir

Tanjung Malim – Majlis Mahasiswa Kediaman luar Kampus (MMKLK) di
bawah Exco Perumahan dan keselamatan telah menganjurkan program
Pertandingan Selfie Ramadhan UKLK sempena sambutan hari raya
sepanjang 6-15 Mei yang lalu. Program yang dijalankan bertujuan
untuk meningkatkan jumlah pengunjung dan ‘like’ sedia ada dalam
platform facebook UKLK dan Instagram yang seterusnya meningkatkan
minat pelajar terhadap platform tersebut. Sebanyak enam zon yang
terlibat dalam menyertai pertandingan selfie Ramadhan UKLK tersebut.

Pengarah program, Mohd Aspawie berkata bahawa program
yang dijalankan adalah untuk menarik pelajar luar kampus agar sentiasa
menyokong aktiviti yang dijalankan. Pengetua UKLK Ts. Dr Che Ghani Che
Kob berkata, program seperti ini memberikan kesan yang positif daripada
pihak mahasiswa.

Pemenang-pemenang
Pertandingan Selfie
Ramadhan

5

Pertandingan Rumah
Terbersih UKLK

Oleh: Suinah Gimir

Tanjung Malim – Majlis Mahasiswa Kediaman luar Kampus (MMKLK) di
bawah Exco Perumahan dan keselamatan telah menganjurkan program
Pertandingan Rumah Terbersih UKLK pada 11 Mei yang lalu.

Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk menziarahi
rumah-rumah pelajar UPSI sekitar Tanjong malim dan memastikan
persekitaran rumah pelajar UKLK sentiasa dalam keadaan bersih.

Penilaian bagi Pertandingan Rumah Terbersih UKLK yang dinilai
oleh Felo Encik Fairus Bin Mislan, Pengarah Program Chin Teck Kiong dan
Nur Liyana Binti Che Ghani. Sebanyak enam zon yang terlibat dalam
menyertai program Pertandingan Rumah Terbersih ini. Program
seumpama ini dapat mewujudkan persekitaran yan bersih dan selamat
daripada wabak penyakit berjangkit.

Penilaian Pertandingan Rumah
Terbersih bersama Encik Fairus

6

Bazar
Ramadan UKLK

Oleh: Rafizah Aziz

Tanjung Malim, 21 Jun 2019 - Mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli
aneka jenis juadah sebagai persediaan untuk berbuka puasa merupakan suatu
kelaziman bagi setiap individu. Dengan itu, kewujudan bazar Ramadan UKLK
yang terdapat 10 buah gerai jualan sudah menjadi tumpuan mahasiswa yang
tinggal di luar kampus, kakitangan UPSI dan masyarakat setempat.

Program yang dianjurkan oleh Exco Ekonomi dan Keusahawanan,
sepanjang bulan ramadan ini telah dapat membantu mahasiswa dan peniaga
tempatan untuk menjana pendapatan seterusnya menaikkan nama dan
sumbangan UKLK di peringkat lebih tinggi.

Suasana sekitar bazar Ramadan UKLK

Prof Datuk Dr Mohammad Pelbagai jenis gerai jualan
Shatar Sabran turut
mengunjungi bazar 7
Ramadan UKLK

Ekspresi Ramadan
UKLK

Oleh: Rafizah Aziz

Tanjung Malim, 21 Jun 2019 - Menyambut kedatangan Ramadan yang agung
tentu persiapan yang dilakukan mempunyai peningkatan dari tahun-tahun yang
telah berlalu. Apabila tiba sahaja Ramadan, Unit Kediaman Luar Kampus dibawah
Exco Kebajikan dan Kerohanian telah menganjurkan Program Ekspresi Ramadan
UKLK.

Program ini telah menyediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala
yang istimewa kepada mahasiswa Upsi khususnya mahasiswa yang menetap di
luar kampus, antaranya ialah Solat Sunat Terawih sepanjang bulan ramadan,
Khidmat Komuniti dan singgah Iftar di Institut Tahfiz Saba (ITS), Kerling pada 18
Mei 2019 serta Iftar Perdana UKLK yang merupakan aktiviti kemuncak ekspresi
ramadan pada 25 Mei 2019.

Solat sunat terawih
di surau Seri
Bestari, Taman
Bahtera.

Bacaan tahlil diketuai oleh Gambar kenang-kenangan
Ustaz Muhammad Safwan bersama pelajar Tahfiz Saba, Kerling

Iftar Perdana 8
UKLK

Perkasa Komunikasi dan Bijak Bertindak
Warnai Pasukan Baharu Majlis

Mahasiswa Kediaman Luar Kampus

Oleh: Athirah Alias

Tanjung Malim 27 April- Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK) UPSI telah menganjurkan satu
Kursus Pengurusan Organisasi, Majlis Mahasiswa
Luar Kampus (MMKLK) 2019/2020 dan Rakan Exco
di Kem Herba, Hulu Langat, Selangor. Kursus ini
telah dijalankan selama tiga hari iaitu pada 23
hingga 25 Jun 2019. Tujuan kursus ini dijalankan
adalah untuk memantapkan lagi organisasi
MMKLK supaya dapat bersaing serta setaraf
dengan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) yang lain.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah
seperti Ice Breaking, Komunikasi Berkesan dan
Kenali Potensi Diri. Pada hari terakhir kursus ini,
slot Pelantikan dan Ikrar MMKLK dan Rakan Exco
2019/2020 juga turut diadakan bagi menunjukkan
kesungguhan mereka untuk menggalas
tanggungjawab yang telah diamanahkan. Akktiviti
kembara iaitu berjalan dan memanjat bukit
selama empat jam perjalanan untuk ke kawasan
air terjun juga dilakukan.

Pengetua UKLK, Ts Dr Che Ghani Che Kob berkata, “Setiap organisasi
baharu yang dibentuk sangat signifikan bagi melahirkan kumpulan yang bersatu padu
dan jelas akan hala tuju. Setiap modul yang dirangka telah menepati objektif dan
diharapkan mereka dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.”Menurut Yang
Dipertua MMKLK 19/20, Muhammad Afif bin Azman, “Pemimpin yang baik ialah
pemimpin yang sentiasa berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan
dan mampu mengawal komunikasi secara efektif dengan orang lain”.

9

Oleh: Nur Ain Mustapa

Telah rapuh tulang keringatmu,
Telah kelihatan raut wajah penatmu,
Melawan arus bagi mendewasakanku,
Mendidik serta membesarkanku,
Itu pengorbananmu,
Tidak pernah mengeluh dan tidak kenal apa itu Lelah.

Ayah,

Jasamu bergitu bermakna buatku,

Menyara hidupku dan memberikanku ilmu,

Menghantarku serta mengambilku di sekolah,

Untuk menjadi insan yang berguna,

Saat aku menyatakan kau idolaku,

Kau menidakannya, Ibu,
Anakku usah kau menjadi sepertiku, Kau menjagaku,
Yang miskin dan di pandang hina, Dari sebesar zarah hinggalah aku dewasa ini,
Ayahmu ini insan yang lemah, Kau ratu buatku,
Tidak berilmu, Kau membelai dan menyayangi tanpa jemu,
Tapi kehadiranmu sangat bermakna. Kau tempat aku mengadu kasih,

Kau tempatku membuai sayang,

Kau kekuatan yang sangat kuat untukku,

Andai aku mampu membawamu ke alam semesta,

Tidak akan mampu lagi aku membalas jasamu,

Pengorbananmu terlalu besar bagiku,

Kasih sayangmu yang tulus tidak pernah berbagi dua.

Wahai ayah dan ibuku,
Andainya kau tahu aku merinduimu,
Aku sangat inginkan kau ada disisiku,
Pengorbananmu sungguh besar buatku,
Tidak mampu aku membalasnya,
Setiap pahir getir yang kau lalui,
Akanku balas satu hari nanti,
Akan jua ku balas dengan kudratku ini,
Hanya untukmu ayah
Hanya untukmu ibu.

10

MAJLIS MAHASISWA KEDIAMAN LUAR KAMPUS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
05-4506964 (Pej) 05-4581834 (Fax)
[email protected]

FB : Unit Kediaman Luar Kampus – UKLK UPSI
IG : mediauklk


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Revista natura ciclo 12-2019
Next Book
19/20 Draft