The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naimiawang, 2018-08-07 09:52:46

MINIT AJK PIG 1 2018

MINIT AJK PIG 1 2018

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK BELIMBING DALAM BIL 1 TAHUN 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN BELIMBING DALAM
76100 DURIAN TUNGGAL
MELAKA
MBA 0033
TEL/FAKS: 06-5532498
[email protected]

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2017/2018
BILANGAN 1 TAHUN 2018

TARIKH : 19 JANUARI 2018
HARI : JUMAAT
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK BELIMBING DALAM

KEHADIRAN (PENASIHAT)
(YDP PIBG)
1. PN NURSHAKINA BT AHMAD HALIDIN (NYDP PIBG)
2. EN MOKHTAR BIN MANSOR (SETIAUSAHA)
3. EN DR FAZLLI BIN PATKAR (NAIB SETIAUSAHA)
4. PN NUR NAIMI BT AWANG (BENDAHARI)
5. PN SURYAHANA BT SAEDAN MUKHTAR (NAIB BENDAHARI)
6. PN FARIDAH HARIANI BT ABD HADI (AJK IBUBAPA)
7. PN MASLIZAA BT MOHAMADIAH (AJK IBUBAPA)
8. EN ABDULL LATIP BIN OMAR (AJK IUAPA)
9. PN NORHASLINDA BT SENIN (AJK IBUBAPA)
10. PN RUSNI BT HASAN (AJK GURU)
11. PN ZARINA BT ABU (AJK GURU)
12. TN HJ HELMIRIZAL BIN CHE LONG (AJK GURU)
13. PN TUTY MARTINI BT AMID
14. PN ZAINORHANIM BT ZAINAL

TURUT HADIR

1. EN ABD RAZAK BIN RASHIDIN (GPK KURIKULUM)
2. PN HASNATUL ADILAH BT HASSAN (GPK KOKURIKULUM)

“Guru Yang Baik Berwatak Ibubapa, Ibubapa Yang Baik Berwatak Guru” 1

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK BELIMBING DALAM BIL 1 TAHUN 2018

3. PN MASRURAH BT ZULKEFLI (GPK HAL EHWAL MURID)
4. PN PUSPA A/P GOVINDAN (GURU KAUNSELING)

TIDAK HADIR

1. EN MOHAMAD NAZIR BIN BAHAROM
2. EN MOHD HALIM BIN MOHD KHALID
3. EN ROSLAN BIN HASAN
4. EN HERMAN SHAH BIN GHAZALI
5. PN ZALINA BT JABAR
6. PN JAMAKYAH BT SULAIMAN
7. PN MAZIYAH BT IBRAHIM
8. PN ZAINUN BIN ZAHARIN
9. PN ZANARIAH BT MOHD YUSOFF
10. PN FAZIDAH BT ABD GHANI

1. UCAPAN PENGERUSI (EN MOKHTAR BIN MANSOR)

1.1 Mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada AJK
kerana dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat AJK PIBG kali pertama tahun
2018.

1.2 Mengalu-alukan kedatangan Guru Kaunseling SK Belimbing Dalam yang baru
iaitu Puan Puspa ke Mesyuarat AJK PIBG.

2. UCAPAN PENASIHAT (PN NURSHAKINA BT AHMAD HALIDIN)

2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG kerana dapat
menghadiri Mesyuarat AJK PIBG.

2.2 Memaklumkan keputusan UPSR 2017 ada peningkatan dan mengharapkan
tahun ini PIBG dapat memberikan sokongan dari segi kewangan dan
penglibatan ibubapa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Makluman: semua AJK

2.3 Memaklumkan ada pemantauan dari pihak kesihatan, ada 3 kawasan
pembiakan nyamuk terutamanya kawasan besi susur gajah dan
mengharapkan PIBG mengambil tindakan untuk mengalihkannya.
Tindakan: YDP PIBG

2.4 Memohon sumbangan dari PIBG untuk membelikan insurans pengawal
keselamatan sekolah sekiranya berlakunya kemalangan ketika bekerja. PIBG
telah bersetuju untuk menyumbang pembelian insurans Takaful Ikhlas untuk
pengawal keselamatan sekolah.
Tindakan: YDP PIBG

2.5 Memohon peruntukan sumbangan PIBG RM1000 membeli printer untuk
kegunaan pihak sekolah.
Tindakan: YDP PIBG

“Guru Yang Baik Berwatak Ibubapa, Ibubapa Yang Baik Berwatak Guru” 2

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK BELIMBING DALAM BIL 1 TAHUN 2018

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Puan Zainorhanim Bt Zainal mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh Tn Hj Helmirizal Bin Che Long.

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Pn Masrurah memaklumkan 4 orang murid yang kerap ponteng telah
berpindah ke SK Cheng awal tahun ini.
Makluman: semua AJK

4.2 Pn Hasnatul memaklumkan ROBOTIK akan melatih pelapis baru pada tahun ini.
Makluman: semua AJK

4.3 Pn Hasnatul memaklumkan jurulatih acara memanah menyatakan kekesalan
bahawa murid yang terlibat menarik diri kerana kekangan kewangan
disebabkan tidak mampu untuk membeli peralatan memanah.
Makluman: semua AJK

4.4 En Abd Razak memaklumkan projek lemang tidak diteruskan kerana kekangan masa
dan kewangan
Makluman: semua AJK

4.5 En Mokhtar memaklumkan program gotong-royong akan diteruskan pada tahun ini
dan akan melibatkan murid. Pn Masrurah menyatakan akan timul masalah bila
melibatkan murid disebabkan sukar untuk mengawal murid.
Tindakan: YDP PIBG dan NYDP PIBG

4.8 En Mokhtar memaklumkan projek susur gajah tidak dapat dijalankan disebabkan
kekangan kewangan. Guru Besar menyatakan saranan Datuk Wahab untuk
memanjangkan isu ini kepada Pengarah JKR melalui bantuan En Latip.
Tindakan:YDP PIBG dan En Latip

4.9 Dr Fazlli memaklumkan projek penanaman pokok akan diteruskan sebelum hari
sukan sekolah bertarikh 3/2/2018 dan meminta AJK mebawa anak pokok.
Tindakan: Dr Fazlli

4.10 Tn Hj Helmirizal memaklumkan kelab catur telah ditubuhkan pada tahun ini dan
latihan akan dijalankan pada waktu rehat.
Makluman: semua AJK

4.11 Pn Hasnatul memaklumkan Hari Sukan Negara merupakan acara tahunan dan
memerlukan komitmen semua pihak. En Mokhtar menyatakan AJK PIBG tidak
mempunyai kuasa dan di luar kemampauan untuk memastikan kerjasama dari AJK
ibubapa .
Makluman: semua AJK

4.12 Pn Hasnatul memaklumkan jualan t-shirt PJ mendapat sambutan daripada murid. Pn
Rusni memaklumkan jualan t-shirt perlu diusulkan dalam Mesyuarat Agong dan
mendapat persetujuan daripada ibubapa terlebih dahulu. Tn Hj Helmirizal memberi
maklum balas bahawa idea untuk mewujudkan t-shirt PJ kerana untuk seragamkan
baju bila diadakan aktiviti di luar kawasan sekolah dan untuk mendapat persetujuan
ibubapa tetapi Mesyuarat Agong telah dijalankan. En Latip menyatakan peranan ajk
PIBG dari kalangan ibubapa perlu memainkan peranan untuk mewar-warkan
maklumat tersebut.
Makluman: semua AJK

4.13 Anugerah Khas untuk kehadiran penuh murid akan diteruskan pada tahun ini.
Makluman: semua AJK

4.14 Pn Masrurah memaklumkan bahawa pihak sekolah hanya menerima 70 pendaftaran
Tahun Satu secara atas talian sehingga tarikh 15/12/2017. Pada hari pendaftaran

“Guru Yang Baik Berwatak Ibubapa, Ibubapa Yang Baik Berwatak Guru” 3

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK BELIMBING DALAM BIL 1 TAHUN 2018

bertarikh 28/12/2017 didapati 7 orang murid tidak berdaftar disebabkan sikap ibubapa
yang kurang peka. Ini menyebabkan timbul masalah kepada pihak sekolah kerana
kekurangan buku teks disebabkan KPM membekalkan buku teks berdasarkan jumlah
murid yang berdaftar.

Makluman: semua AJK

5. LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2017

5.1 Pn Faridah memaklumkan kutipan tabung PIBG hanya bergantung kepada
yuran yang dikenakan kepada murid iaitu RM30 bagi satu keluarga. Baki
untuk tahun 2017 ialah RM117.
Makluman: semua AJK

6. POST MORTEM AKTIVITI PIBG 2017

6.1 En Mokhtar memaklumkan AJK PIBG telah mengadakan projek gotong-
royong penanaman pokok buah-buahan di sekitar kawasan sekolah pada
tahun 2017.
Makluman: semua AJK

7. PERANCANGAN AKTIVITI PIBG 2018

7.1 En Mokhtar memaklumkan aktiviti PIBG tahun 2018 ialah program gotong-
royong, lawatan, aktiviti bersukan dan aktiviti untuk kumpul dana.
Tindakan: YDP PIBG

7.2 Memaklumkan Mesyuarat Agong PIBG kali ke 41 akan diadakan pada
24/2/2018, hari sabtu, masa 8.00 pagi. Perbelanjaan mesyuarat berdasarkan
perbelanjaan tahun lepas.
Makluman: semua AJK

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Pn Hasnatul memaklumkan bahawa isu keselamatan kerana Unit Kokurikulum
perlu membawa murid untuk aktiviti di luar kawasan sekolah. Memaklumkan
mesyuarat Kokurikulum peringkat sekolah memutuskan sebulat suara bahawa
ibubapa yang perlu membawa murid untuk penyertaan aktiviti luar kawasan
sekolah, tetapi sekiranya ibuapa tidak dapat menghantar murid, pihak sekolah
memerlukan surat kebenaran yang ditandatangan oleh YDP
PIBG.
Tindakan: YDP PIBG

8.2 Pn hasnatul memaklumkan perubahan hari KOKU dari hari Selasa kepada
hari Rabu. Rasionalnya ianya telah termaktub dalam surat pekeliling supaya
diadakan pada hari Rabu pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang.
Memaklumkan telah mengedarkan surat kepada sekolah agama tentang
perubahan hari KOKU, tetapi maklum balas yang diterima tidak mendapat
kerjasama dari pihak sekolah agama dan meminta dijalankan pada hari Rabu
pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang. Pn Hasnatul memaklumkan perubahan
hari KOKU akan dilaksanakan pada bulan Jun.
Makluman: semua AJK

“Guru Yang Baik Berwatak Ibubapa, Ibubapa Yang Baik Berwatak Guru” 4

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK BELIMBING DALAM BIL 1 TAHUN 2018

8.3 Pn Puspa memaklumkan akan ada satu slot ucapan perasmian penutup
program motivasi ibubapa dan murid Tahun 6 oleh YDP yang akan diadakan
pada 24/1/2018.

Tindakan: YDP PIBG
8.4 Pn Puspa memohon peruntukan untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling

sebanyak RM2000 bertujuan melaksanakan program yang dirancang.
Tindakan: YDP PIBG

8.5 En Mokhtar mengalu-alukan penglibatan guru untuk mengajar kelas English.
En Latip menyatakan Japerun ada menyediakan token untuk guru mengajar
anak-anak Kg Belimbing Dalam.
Makluman: semua AJK

8.6 Pn Masrurah memohon sumbangan PIBG untuk membantu murid miskin yang
mengalami masalah penglihatan seperti cermin mata. Mencadangkan supaya
diadakan kutipan dana PIBG semasa Mesyuarat Agong nanti.
Tindakan: Bendahari PIBG

8.7 YDP mencadangkan peruntukan RM1000 untuk membantu murid miskin
membeli cermin mata. Pn Rusni menyatakan peruntukan tersebut tidak
bermasalah diluluskan sekiranya dana PIBG mencukupi.
Tindakan: YDP PIBG

8.8 En Latip mencadangkan kedai buku sekolah dibuka tender dan dikendalikan
oleh PIBG. Rasionalnya untuk mengumpul dana PIBG.
Tindakan: YDP PIBG dan Guru Besar

8.9 Pn Rusni memaklumkan ada pengusaha luar mengambil kesempatan menjual
makanan kepada murid dengan harga yang mahal.
Makluman: semua AJK

8.10 Pn Masrurah mencadangkan untuk diadakan gotong-royong menceriakan
kelas anak-anak demi keselesaan mereka ketika belajar.
Tindakan: semua AJK

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................. .....................................................
(PN NUR NAIMI BT AWANG) (EN MOKHTAR BIN MANSOR)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SK Belimbing Dalam SK Belimbing Dalam
Sesi 2017/2018 Sesi 2017/2018

“Guru Yang Baik Berwatak Ibubapa, Ibubapa Yang Baik Berwatak Guru” 5


Click to View FlipBook Version