The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shashaothman01, 2022-06-04 11:35:32

E BOOK ETIKA DAN PERADABAN

E BOOK ETIKA DAN PERADABAN

DIPLOMA SENI DIGITAL

MPU21032 PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN

PEMBINAAN PERADABAN
MAJMUK DI MALAYSIA

SESI 2021/2022
KUMPULAN 5

PENYUNTING

.

NAME : VINHOSSHINI A/P DEVAN
MATRIKS NUMBER : 18DDS21F2004
JAWATAN : KETUA KUMPULAN

NAME : SHASHA NURSAODAH BINTI OTHMAN
MATRIKS NUMBER : 18DDS21F2030
JAWATAN : PENYUNTING 1

NAME : NUR AMANINA SAHIRA BINTI MOHD SOFIE
MATRIKS NUMBER : 18DDS21F2014
JAWATAN : PENYUNTING 2

NAME : CHE MUHAMMAD HAIKAL BIN CHE MOHD
FAIDI

MATRIKS NUMBER : 18DDS21F2020
JAWATAN : PENYUNTING 3

NAME : IRFAN BIN ZULKARNAIN AUNI
MATRIKS NUMBER : 18DDS21F2028
JAWATAN : PENYUNTING 4

ISI KANDUNGAN

MUKA HADAPAN…………………………………………………….1
PENYUNTING…………………………………………………………2
ISI KANDUNGAN……………………………………………………..3
PENGHARGAAN……………………………………………………...4
PENGENALAN………………………………………………………..5
SEJARAH SOSIAL……………………………………………………6
KONSEP NEGARA DAN BANGSA………………………………..10
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA…………………………….11
KEPELBAGAIAN IDEA BANGSA IDAMAN DAN
PERBAHASAN……………………………………………………….12
KESIMPULAN……………………………………………………….13
RUJUKAN…………………………………………………………….14

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan Terima
Kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang
tidak ternilai untuk kami menyiapkan E-Majalah Penghayatan Etika
dan Peradaban.

Terlebih dahulu, Kami bersyukur kepada tuhan telah membantu Kami
menyiapkan E-Majalah pada masa yang ditetapkan. Kami juga ingin
mengucapkan Terima Kasih kepada Pensyarah Penghayatan Etika dan
PEradaban iaitu Ustaz Hamdan Bin Zakaria, Beliau telah memberikan
panduan, bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah semasa kami
menjalankan majalah ini.

Serta ingin mengucapkan Terima Kasih kepada rakan-rakan
sekumpulan yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada
semua semasa E-Majalah ini dibuat dan tidak dilupakan juga rakan-
rakan lain yang turut menghulurkan bantuan dalan menyiapkan E-
Majalah ini.

Akhir kata, Semoga E-Majalah ini dapat memberi manfaat kepada
semua yang membacanya.

PENGENALAN

Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia adalah hasil daripada
gabungan daripada beberapa peradaban besar di dunia yang terjalin
melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Peradaban ini terus
berkembang dengan pengaruh oleh ‘Peradaban Globalisasi’ yang
merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan
melalui jaringan digital kompleks.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan
Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu
kewargenegaraan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan
negara. Oleh itu, Pembinaan bangsa menyusul antaranya melalui
institusi system politik kepartian dan pilihan raya. Usaha membina
peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas
dan didebatkan.

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas
landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh islam dan agama-
agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk
pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan
lebih teliti.

Akhirnya, Kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan
yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat
dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahupun

SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN
DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

SEJARAH SEJARAH DI ALAM MELAYU

Dunia Melayu atau Alam Melayu adalah sebuah rantau politik
dan ekonomi yang sangat strategik sejak zaman pra- sejarah
lagi. Kedudukan Alam Melayu yang berada di laluan ekonomi
yang utama iaitu Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China
Selatan telah membolehkan komunikasi perdagangan
antarabangsa yang telah memolehkan komunikasi
perdagangan antarabangsa yang lebih cekap. Disebabkan
kedudukan yang strategic ini, muncul bandar-bandar
Pelabuhan sepanjang pesisirnya, yang kemudian membentuk
kerajaan-kerajaan kota, sebelum menjadi empayar-emoayar
yang besar. Kemunculan Kerajaan Melayu Funan ( 68-628M ),
Sriwijaya ( 600-1100M ), Majapahit ( 1293-1498M ), dan
Melaka ( 1400-1511M ), adalah gambaran bagaimana bangsa
Melayu menjadi sebuaj bangsa yang menguasai laluan ekonomi
Timur-Barat sehingga abad ke-16M

PERADABAN PERIBUMI DI ALAM MELAYU

Gugusan Kepulauan Melayu ini terdedah kepada iklim
Tropis/Hutan hujan Tropika, putaran angina bermusim dan
arus lautan yang kencang antara pulau, seta kehidupan alam
semula jadi dan lautan yang amat kay. Di sinilah
berkembangnya satu Rumpun Bangsa Melayu, satu keturunan
baka ( DNA ), satu Bahasa, dan satu ragam buday. Mereka
hidup segar, rukun dan sejahtera, berlandaskan sikap yakin,
tabah dan terbuka antara mereka dan alam semesta. Dengan
landasan hidup sedemikian, mereka melahirkan suatu Tamadun
Kepulauan ( Archipelagic Civilisation ) yang tersendiri dalam
Susila Peradaban Melayu yang lahir daripada pengalaman dan
pandangan hidup ( worldview ) Kemanusiaan yang asli.

PERKEMBANGAN PERADABAN TERBESAR DI ASIA
( INDIA, CHINA, DAN TIMUR TENGAH ) TERHADAP
MALAYSIA

Kedatangan orang India dari negara India dan China dari negara
China di Tanah Melayu dahulu adalah salah satu kesan daripada
penjajah di Malaysia yang telah membawa masuk pekerja asing
dari luar untuk memenuhi keperluan tenaga dalam menjalankan
kegiatan ekonomi. Inilah merupakan peradaban mereka yang di
bawa masuk dari negara asal mereka. Peradaban dari India dan
China yang ada di Malaysia juga tiada perubahan yang ketara
secara keseluruhannya. Seagai contoh, adat resam dan tabiat
pemakaian Bahasa ibunda masih dikekalkan. Di dalam kalangan
bangsa China dan India juga terdapat orang yang memeluk Islam,
namun Bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam
kehidupan seharian mereka.

PERADABAN GLOBALISASI

Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan erlakunya
interaksi dan jaringan peradaban merentasi benua dan sempadan
negara menerusi perkembangan teknologi maklumat dan informasi
dan penggunaan media social. Mempengaruhi aspek kehidupan
merentasi bidang politik, ekonomi dan social budaya termasuklah
perkembangan bidang ilmu dan pemikiran.

KEBAIKAN GLOBALISASI KEBURUKAN GLOBALISASI

PENONJOLAN HAK-HAK ASASI KAUM PENGANTARAAN ANTARABANGSA
WANITA JENAYAH YANG MENYURUKAN
JENAYAH DIBENDUNG

PENINGKATAN MOBILITY SOSIAL DAN PENYEBARAN MAKLUMAT YANG
PENGUKUHAN KELAS MENENGAH KURANG KESAHIHANNYA
ATAS

KEMAJUAN TEKNOLOGI DALAM PEMBANGUNAN YANG KURANG
KOMUNIKASI DAPAT MEMUDAHKAN SEIMBANG DAN JURANG PERBEZAAN
EKONOMI SEMAKIN LEBAR ANTARA
KERJA HARIAN
KAWASAN DI DALAM SESEBUAH
NEGARA

PELABURAN ASING DALAM NEGARA TAHAP KUALITI ALAM SEKITAR YANG
DAPAT MEWUJUDKAN PELUANG SEMAKIN MEROSOT YANG
PEKERJAAN YANG MELUAS BAGI
MENGURANGKAN KEMISKINAN MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN

PERADABAN YANG BERKONSEPKAN DI MALAYSIA

Dalam merangka, merancang dan memahami pembentukan identiti
ini, wajar bagi setiap warganegara untuk memahami dan mengenali
negara bangsa yang beridentitikan Malaysia. Peradaban
berkonsepkan Malaysia mestilah suatu peradaban yang mempunyai
identiti kukuh sebagai seorang masyarakat Malaysia yang
bertunjangkan budaya, imej, Bahasa dan agama sebagai landasan
utama dalam menjalani kehidupan mereka.

PERADABAN YANG BERIDENTITIKAN MALAYSIA

Kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957. Ia merupakan
asas kemunculan peradaban bangsa-bangsa dalam Malaysia. Usia
Kemerdekaan melebihi 60 Tahun merupakan satu jangka masa yang
Panjang. Namun, negara didakwa masih gagal dalam menjayakan
proses dalam pembentukan negara bangsa. Oleh itu, usaha yang
berterusan sebagai meneruskan perjuangan tokoh Kemerdekaan
Negara untuk melihat Bangsa Malaysia Bersatu dalam suasana
harmoni dan damai sampai bila-bila.

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Asasnya, istilah negara bangsa merupakan gabungan dua dimensi
utama, iaitu negara dan bangsa. Negara terbentuk dengan adanya
tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, kerajaan
dan undang-undang. Semua elemen ini saling melengkapi serta
mengesahkan tentang sistem kuasa dan autoriti.

Abdul Rahman Embong ( 2001 ), Konsep Negara Bangsa di Eropah
bermula apabila lahirnya kelompok bangsa yang menentang kuasa
feudal dan proses pembentukan sistem baru yang dipanggil
kapitalis. Kejayaan kapitalis membolehkan mereka berkuasa dan
membentuk sebuah negara moden yang mempunyai sempadan
atau wilayah dan bangsa tertentu. Misalnya di Eropah, bangsa
Inggeris muncul lebih awal sebelum bangsa Eropah dan negara
England moden.

Negara bangsa adalah di mana budaya majoriti rakyatnya
memiliki kesedaran kesatuan identity nasional, perkongsian
budaya dan perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan
sempadan politik wilayah negaranya. Idealnya, sebuah negara
bangsa memiliki hanya satu anak watan, satu kumpulan etnik dan
satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain. Negara bangsa
adalah hanya satu idea di mana bangsa sama dan ditadbir urus oleh
negara berdaulat mereka sendiri.

Satu negara hanya mengandungi satu bangsa. Berikutan ini
Benedict Anderson ( 1983 ) melalui konsep Imagined Community
mengatakan pertembungan tentang bentuk negara bangsa akan
dimuktamadkan dengan kemerdekaan dimana pelbagai bangsa itu
menjadi satu bangsa seperti Indonesia.

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Apabila Malaysia diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, apa yang
lahir ialah sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa ( Abdul
Rahman Embong, 2001 ). Malaysia terbentuk pada 16 September 1963,
apa yang wujud ialah negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia
( Abdul Rahman Embong, 2001 ). Struktur sistem negara bangsa
memerlukan promosi kepentingan sendiri sahaja.

Tanpa melibatkan kepentingan pihak lain ( Moten & Islam 2006 ). Bagi
aliran yang berfahaman lieral dan sosialis, negara-bangsa adalah satu
usaha untuk membentuk kesetiaan dan ketaatan sivik yang sempurna,
manakala bagi fahaman konservatif dan nasionalis pula, ia adalah
berdasarkan kepada etnik atau satu bentuk perpaduan organic (
Heywood 2000:253 )

1. SATU BANGSA SATU NEGARA ( ONE STATE ONE NATION )
Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras membentuk bangsa dan
melahirkan satu negara. Justeru, ia akan melahirkan sebuah negara
bangsa. Sebagai contoh, bangsa Jepun membentuk negara Jepun,
bangsa Jerman membentuk negara German.

2. BANGSA TANPA NEGARA ( NATION WITHOUT STATE )
Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa
mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri. Misalnya,
bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand, mereka mempunyai identity
bangsa tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang Thai. Bangsa
Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini Berjaya membentuk
wilayah autonomi Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf
dalam peta dunia.

3. NEGARA TANPA BANGSA ( STATE WITHOUT NATION )
Senario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah negara yang
diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi identity bangsa
yang dibina. Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam
konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang terdiri
daripadapelbagai jenis kumpulan etnik yang mengekalkan identiti
masing-masing. Satu Bangsa Malaysia masih belum terbina.

BENTUK NEGARA BANGSA

Setiap negara bangsa memiliki kumpulan etnik asal yang membina
dinasti, empayar dan negara bangsa mereka. Namnu begitu,
dengan penghijrahan, perkembangan kapitalisme dan penjajahan,
geo-politik negara telah mengalami perubahan melalui perjanjian
dan penaklukan semenjak abad ke-16. Dalam pergolakkan geo-
politik dunia ini, dua bentuk negara bangsa dapat dikenal pasti,
iaitu, negara bangsa tamu dan negara bangsa settler ( Wimmer dan
Feinstein 2010 ).

Dalam negara bangsa tamu seperti Jerman, United Kingdom,
Perancis, China, India, Thailand, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka,
Brunei, Filipina, Malaysia dan sebagainya, wilayahnya diduki oleh
kumpulan etnik asal ( Karolewski dan Suszycki 2011 ). Hegemoni
politik menjadi amalan adalah di mana anak watan diperakui dan
diterima. Walaupun negara ini memiliki komuniti migran dari
negara-negara lain, mereka akan bernaung di bawah payung anak
watan di situ.

Manakala dalam bentuk negara bangsa settle seperti Amerika
Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Singapura dan
sebagainya, komuniti migran yang menduduki negara itu telah
meminggirkan, meletak di tanah-tanah rezab dan ada yang
menghapuskan anak-anak watan asalnya ( Delora 1998, wolfe 2006
). Dengan pemilikan tanah, penguasaan ekonomi dan politik oleh
komuniti settler ini, kedudukan anak watan tidak diperakui dan
diterima dan hegemoni politik diganti dengan kumpulan etnik yang
menguasai ekonomi dan politik seperti WASP, Anglo, Celtic,
Perancis, China dan sebagainya.

KONSEP NEGARA

Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami
Kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah.
Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
berdaulat, mentadbir urus ke atas satu wilayah yang diperakui
oleh negara-negara lain ( Ozkrimili 2017 ). Rakyat setiap negara
diikat dengan tanah air, perlembagaan dan kerakyatannya.
Elemen terpenting bagi negara ialah penduduk atau rakyat
memandangkan rakyatlah yang mencorakkan negara. Rakyat
juga yang akan membentuk bangsa bagi sesebuah negara.

KEPELBAGAIAN IDEA BANGSA IDAMAN DAN
PERBAHASAN

Inilah yang dinamakan sebagai “ Bangsa Idaman “ iaitu sebuah
sarapan, sebuah Idaman, manjalah sebuah impian dalam
mencapai perpaduan antara kaum. Namun idea “ Bangsa Idaman
“ sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah
negra tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia (
Shamsul Amri Baharuddin, 2011 ).

Menurut Shamsul Amri Baharuddin ( 2019 ) , Hasrat
mewujudkan “ Bangsa Impian “ di Malaysia tercetus sejak
sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka wujudnya pergerakan
nasionalisme iaitu setiap bangsa masing-masing merancang untuk
mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman
masing-masing yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia
yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonom,
politik, sosial dan budaya masing-masing.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar.
Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, wujudnya masyarakat berbilang kaum,
etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok
ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
budaya, adat resam, Bahasa dan latar belakang kebudayaan
yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah satu negara
Malaysia agar Bersatu padu dan mengambil iktibar di atas
apa yang rakyat negara kitab oleh tempuhi di masa yang lepas
dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi di
suatu masa kini.

RUJUKAN

▪ https://issuu.com/thiyashini/docs/etika
_dan_peradaban

▪ https://dive.google.com/file/d/1WFgZVoafoYJXJpNtu
U_Udc7FF9ZOBY6n/view

▪ https://fliphtml5.com/krbac/hvjz/basic
▪ https://amandaleonard89.blogspot.com/2021/04/mpu2

1032penghayatan-etika-dan-peradaban.html?m=1
▪ Buku Penghayatan Etika dan Peradaban ( Munirah

Mustaffa )


Click to View FlipBook Version