The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-55147467, 2023-03-17 23:54:06

program kgkt jom kurus 2023

program kgkt jom kurus 2023

Keywords: jom kurus

KELAB GURU DAN STAF ( KGKT ) SK JERANTUT JAYA, 27000 JERANTUT , PAHANG DARUL MAKMUR. KERTAS KERJA NAMA PROGRAM : JOM SIHAT KURUSKAN BADAN TEMA : BADAN SIHAT MINDA CERGAS TARIKH PERLAKSANAAN : 22 MAC – 3 MEI 2023 ANJURAN : KELAB GURU DAN STAF (KGKT) SK JERANTUT JAYA 2023/24


1.0 PENGENALAN Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai cara dan pendekatan untuk kekal sihat dan cergas di kalangan guru dan staf dengan melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dan berterusan di samping pertandingan yang memberi motivasi untuk warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Para guru dan staf menjadi kumpulan sasaran memandangkan norma kerja masa kini yang lebih mencabar dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu ditonjolkan terlebih dahulu oleh para pemimpin sekolah sebagai contoh tauladan kepada murid-murid. 1.1 KEMPEN JOM SIHAT KURUSKAN BADAN Jom sihat kuruskan badan boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan sihat ini menjurus kepada aktiviti kecergasan seperti senaman, senamrobik dan BMI. 1.2 TUJUAN PROGRAM Bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kecergasan kepada guru-guru & staf. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan guru dan staf adalah contoh orang dewasa di sekolah sebagai role model untuk murid-murid .


1.3 RASIONAL PROGRAM Program Jom sihat kuruskan badan ini merupakan satu program kecergasan untuk semua warga guru dan staf demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab mengenai kepentingan kecergasan diri melalui program - program yang akan dilaksanakan. 1.4 MATLAMAT PROGRAM Memastikan guru sentiasa berada pada tahap kecergasan yang memuaskan dari segi fizikal mental dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Badan yang cergas akan melahirkan minda yang cerdas. 1.5 OBJEKTIF PROGRAM • Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai aktiviti kecergasan dengan menerapkannya kepada para guru. • Menanam kesedaran mengenai amalan Jom sihat di kalangan guru walau di mana mereka berada. • Memastikan para guru dapat mengajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah dan bebas obesiti.


2.0 CADANGAN CARTA ORGANISASI Ajk Induk Program Jom Fit & Cergas Penasihat En. Jamalludin B. Baharun Guru Besar Pengerusi En. Khairil Azwan B. Ahmad Pengerusi KGKT SKJJ Setiausaha En. Zulkhairi B. Omar Mokhtar En. Hamdan B. Abd Wahab Biro Sukan KGKT Bendahari Pn. Husna Ajk Cik. Nurhayanti Bt. Hamidon En. Mohamad Najib B. Nawi Pn. Fauziana Bt. Ibrahim


3.0 CADANGAN PROGRAM Program ini akan dijalankan selama 1 bulan lebih sepanjang 22 Mac- 03 Mei 2023. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program Jom Hidup Sihat: Bil Aktiviti yang dirancang 1 Pertandingan Bigger Looser 2 JOM FIT (Tip serta panduan kesihatan & makanan sihat melalui kumpulan Whatssup) 3 Kuiz Kesihatan ( Online ) 4.0 JUMLAH PERBELANJAAN Bil PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 1. 2. 3. 4. Hadiah Tempat Pertama Hadiah Tempat Kedua Hadiah Tempat Ketiga Hadiah ke.4 – ke.10 150.00 90.00 60.00 50.00 JUMLAH BESAR RM 350.00 5.0 SUMBER KEWANGAN Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH 1. Kelab Guru & Staf SKJJ RM 250.00 2. Sumbangan Individu RM 100.00 JUMLAH RM 350.00


6.0 PENUTUP Diharapkan program jom kurus dan sihat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan dapat diteruskan untuk kumpulan sasar murid sekolah demi kesedaran untuk meningkatkan kecergasan diri. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada guru-guru dan staf SK Jerantut Jaya umumnya. Disediakan oleh, Tarikh: 18/03/2023 ……………………………..........… (EN. ZULKHAIRI B. OMAR MOKHTAR @ UMAR) SETIAUSAHA PROGRAM JOM KURUS KGKT SKJJ SK JERANTUT JAYA


Click to View FlipBook Version