The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tajuk: Peranan Al-Hadis sebagai sumber rujukan dalam bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ifahnadhirah.hamsan, 2021-05-25 02:08:49

Tugasan Berdasarkan Masalah

Tajuk: Peranan Al-Hadis sebagai sumber rujukan dalam bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

KOD KRUSUS : MPU 23052
NAMA KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH : USTAZAH AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD
TAJUK : PERANAN HADIS SEBAGAI SUMBER RUJUKN DALAM BIDANG
SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

NAMA : NO.PENDAFTARAN :

IFAH NADHIRAH BINTI HAMSAN 33DPE20F1051

NUR SAFRA HANNAH YAACOB BINTI 33DPE20F1050
ABDUL.LATIF 33DPE20F1044
NUR ATIKA BINTI MAIZAL

SUHAILA BINTI SUHAIMI 33DPE20F1046

SITI NOR HAJAR BINTI AYOB 33DPE20F1042

1.0 Objektif

1. Menerangkan Al-hadis sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan dalam
islam.

2. Memahami hadis sebagai rujukan sains, teknologi dan kejuruteraan:
 Menjelaskan pengertian Al-Hadis.
 Menerangkan peranan Al-hadis menurut Islam.
 Membincangkan Al-hadis sebagai sumber dalam bidang sains, teknologi dan
kejuruteraan dalam Islam.

3. Mengenalpasti fakta-fakta saintifik dalam Al-hadis.
4. Memperincikan sejarah sains, teknologi dan kejuruteraan pada zaman kegemilangan

Islam.

2.0 Pendahuluan

Manusia sebenarnya memperoleh ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber, tetapi
semua ilmu itu berasal daripada Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Ramai antara ahli falsafah dan cendiakawan Islam berkeyakinan bahawa dalam segala
tindakan kita sama ada berfikir dan mengetahui, sebenarnya akal manusia telah mendapat
petunjuk daripada Allah SWT.

Dalam hal ini, peranan al-Quran adalah jelas sebagai pelengkap dan dapat membezakan
antara haq dan batil. Dalam konteks ilmu sains, historiografi sains Islam pula jelas mengakui
kemungkinan terdapat kaedah-kaedah sains dan fakta-fakta serta ilmu sains yang terhasil
dalam tamadun awal yang tidak bertentangan dengan risalah Tauhid dan Islam itu sendiri. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran bukanlah seperti sebuah buku fizik, matematik, kimia,
biologi atau buku perubatan, tetapi ayat-ayat dalam al-Quran dan disokong dengan hadis boleh
dikaitkan dengan bidang-bidang tersebut.

Hadis berasal dari perkatan Al-Hadis bermaksud ‘baru’ atau ‘kata-kata’. Dari segi istilah,
hadis bermaksud apa-apa yang dating daripada Rasulullah SAW, selain al-Quran sama ada
dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil
kepada sesuatu hukum syarak.

Pembahagian hadis terbahagi kepada 3:
1) Al-Sunnah Qauliyyah (perkataan)
2) Al-Sunnah Fi’liyyah (perbuatan)
3) Al-Sunnah Taqririyyah (persetujuan)

Al-Sunnah Qauliyah ialah hadis-hadis yang dituturkan sendiri oleh Baginda Rasulullah SAW
seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud:

“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk Adam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Sunnah Fi’liyyah ialah perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang
dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Hal ini bermaksud, tidak semua perlakuan
Baginda SAW dianggap sebagi sunnah. Contohnya, mengenai proses solat yang sabdanya
bermaksud:

“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembanhyang.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Al-Sunnah Taqririyyah pula ialah suatu persetujuan yang diberikan oleh Rasulullah SAW. Hal
ini termasuklah diamnya Baginda SAW apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan
atau percakapan sahabat sama ada di hadapan atau belakang Baginda akan tetapi perkara itu
telah dimaklumkan. Sebagai contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin
Jabal untuk berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan sunah (Ab. Aziz, 2008).

Sains dari aspek keilmuan Islam

Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan
tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu
perkara yang terbatas. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana
ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya. Ia adalah satu
maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang mengunakan
kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi
menjelaskan sesuatu kebenaran. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang
sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji
kebenarannya. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu
intelek dan ilmu wahyu. Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.

Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:

1. Sains Propaedeutik – Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu
pengetahuan, timbangan, pertanian, biografi dan sejarah.

2. Sains Syariah – Sains ini ialah satu bidang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini.
Bidang yang termasuk dalam kategori ini ialah ilmu tajwid, hadis, syariah, tafsir dan lain-
lain.

3. Sains Falsafah – Merangkumi 4 bahagian utama. Merangkumi bidang Matematik
Propaedeutik, Logik, Sains Tabii dan Matematik Tabii.

Teknologi dari aspek keilmuan Islam

Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar,
bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut
sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia
sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik. (Wan Ramli Wan Daud,
1991). Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah ‫صناعة‬
“sina’ah” yang bermaksud ilmu gunaan. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik
menggunakan pengetahuan sains. Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada
manusia. Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu
tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.
Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan
ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia
merujuk kepada dua kemahiran iaitu:

a) Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
b) Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.
























Click to View FlipBook Version