The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jennetluhatwan, 2021-12-23 06:52:24

KPS3014_PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

KPS3014_PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

ENCIK MOHD ARIFIN BIN GHAZALI

AT04
IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

JENNET PUYANG
LUHAT WAN

D20202096208

F

Kandungan

Pengenalan

definisi
teori
dasar

dimensi

Isi-isi penting

Pengurusan Pelbagai Budaya Dalam Bilik
Darjah
Pengurusan program pelbagai Budaya
Pengurusan Pelbagai Budaya Sekolah

Rumusan

kesimpulan
rujukan

PENGENALAN

Definisi Budaya
Menurut Deal dan Peterson (1999), John (2010) dan Garatt (1990), budaya ialah entiti
keseluruhan yang kompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, norma, adat resam dan kemahiran-
kemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dan diaplikasi di dalam
kehidupan. Kesemua elemen ini adalah penting dalam menghuraikan sesuatu perkara
ataupun perlakuan (Deal dan Petterson, 1999). Manakala, menurut Ma’rof Redzuan dan
rakan-rakan (2001) pula menghuraikan budaya sebagai fabrik masyarakat yang
mengikat ahli-ahli masyarakat dan institusinya melalui set matlamat dan nilai yang
disediakan oleh budaya masyarakat itu sendiri. Ia juga lebih dikenali sebagai
concensual dan holistic (menyeluruh).

Definisi Budaya Sekolah
Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks (1993), Deal dan Peterson (1998)
ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma
institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang
tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah
Rendah: Hubungannya Dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi Dan Pencapaian
Akademik oleh Yaakob, 2007. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah
satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah.
Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu
sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia
mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan
prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur
inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991;
Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh
warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk
mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal &
Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).

Definisi Pendidikan Pelbagai Budaya
Menurut Saha (1997) pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan
yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik,
atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal
atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan
kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan
dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai,
keyakinan, dan sikap.

PENGENALAN

Teori Sosial Tentang Pendidikan Pelbagai Budaya

Kewujudan pendidikan pelbagai budaya juga adalah kerana adanya tiga teori sosial yang dapat
menjelaskan hubungan antara individu dalam masyarakat dengan pelbagai latar belakang
agama, etnik, bahasa, dan budaya. Menurut Garcia (1982 dalam Abdullah Aly, 2004) ketigatiga
teori sosial tersebut ialah Melting Pot J: Anglo Conformity, Melting Pot JJ: Ethnic Synthesis, dan
Cultural Pluralism: Mosaic Analogy. Teori sosial ini juga dikenali teori masyarakat majmuk
(communal theory).

Teori Melting Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki,
Pot 1: Anglo iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
Conformity Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah
penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah
mengikut agama golongan majoriti.
Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi

Melting Pot II: Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota
Ethnic Synthesis masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti
yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil
sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan
membuang sebahagian unsur budaya yang lain

Cultural Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum
Pluralism yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan
(Mosaic Analogy) budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti
budaya mereka secara demokratik.
Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya
tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

PENGENALAN

Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya
Kepelbagaian masyarakat di Malaysia telah menyebabkan wujudnya beberapa
dasar pendidikan pelbagai budaya bagi mewujudkan perpaduan di bawah satu
wadah dan bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya. Hal ini
kerana, pendidikan pelbagai budaya ini bukanlah perkara baru dalam dunia
pendidikan di Malaysia

Laporan Barnes (1951)

"matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa
yang berasaskan pelbagai kaum"

Ordinan Pendidikan 1952 Laporan Fenn-Wu (1951)

"matlamat pendidikan akan tercapai "dasar pendidikan Malaya
melalui pembentukan sekolah hendaklah ditujukan kepada
berbagai-bagai kaum yang bercorak matlamat membina warganegara
kebangsaan ... dengan Malaya ... menyediakan kanak-
berorientasikan kehidupan di Malaya kanak untuk menempuh segala
untuk kanak-kanak semua kaum ... bidang kehidupan berdasarkan
dengan bahasa pengantar adalah latar belakang kehidupan
bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu masyarakat Malaya’.
dan Inggeris ... di samping bahasa
ibunda di sekolah vernakular Cina dan
Tamil".

Akta Pendidikan 1961

" ... sistem pendidikan itu menepati
prinsip bahawa kanak-kanak dididik
sejajar dengan kehendak ibu bapa
mereka yang berbilang kaum, agama
dan budaya ... atas dasar demokrasi
pendidikan dan pengekalan budaya
etnik masing-masing kaum yang ada
dalam masyarakat majmuk di negara
ini."

PENGENALAN

Dimensi Pendidikan Pelbagai Budaya
Terdapat juga 5 dimensi pendidikan pelbagai budaya iaitu content integration,
the knowledge construction process, an equity pedagogy, prejudice reduction
dan an empowering school Culture and Social yang telah digambarkan menurut
Banks (2008).

CONTENT INTEGRATION THE KNOWLEDGE
mengintegrasikan berbagai budaya CONSTRUCTION PROCESS
dan kelompok untuk
mengilustrasikan konsep mendasar, membawa pelajar untuk memahami
generalisasi dan teori dalam mata implikasi budaya ke dalam sebuah
pelajaranl disiplin ilmu. mata pelajaran.

AN EQUITY PEDAGOGY PREJUDICE REDUCTION
menyesuaikan kaedah mengenal pasti kriteria dan ciri-
pengajaran dengan cara ciri budaya pelajar dan
belajar para pelajar dalam menentukan kaedah
rangka membimbing pengajaran yang sesuai untuk
prestasi akademik pelajar mereka. Ini adalah bagi
yang pelbagai baik dari segi mengurangkan perasaan
ras, budaya ataupun sosial. prejudis terhadap budaya kaum
lain.
AN EMPOWERING SCHOOL
CULTURE AND SOCIAL
STRUCTURE

melatih kelompok untuk menyertai dalam
kegiatan olahraga, berinteraksi dengan
seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik
dan ras dalam membentuk dan
memperkasakan budaya sekolah dan
struktur masyarakat.

ISI-ISI PENTING

Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya:

BANKS (1989)

Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari
pelbagai latar belakang
Sensitif terhadap kemungkinan wujud kontroversi
tentang topik yang diajar.
Menggunakan teknik pembelajaran secara
berkumpulan untuk meningkatkan integrasi etnik
dalam pembelajaran.

NAJEEMAH (2007)

Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu
berfikiran terbuka
Guru perlu jujur dan menghargai alternatif
budaya
Guru mesti beranggapan orientasi pelabagai
budaya memberi manfaat kepada mereka.

ISI-ISI PENTING

Terdapat beberapa isi penting di dalam topik ini antaranya ialah
pengurusan bilik darjah yang mesra budaya, pengurusan pelbagai
program budaya dan pengurusan pelbagai budaya sekolah.
Perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya ini dikatakan memang
berbeza antara satu sama lain. Guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru
yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan,
kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari
segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
Banyak perbezaan dalam kalangan pelajar iaitu dari segi bangsa, agama, taraf
keluarga dan gender. Kepelbagian kaum dan agama dalam kalangan para pelajar
perlu dititikberatkan oleh para guru dalam memastikan setiap para pelajar dapat
menyemai sikap saling hormat-menghormati selain daripada penekanan
pemantauan dalam pengurusan pelbagai budaya di sekolah yang perlu di
amalkan oleh para pelajar. Oleh itu, sekolah haruslah memikul tanggungjawab
dalam memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap
kepelbagaian pelajar.

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH
PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA SEKOLAH

ISI-ISI PENTING

Pengurusan Pelbagai Budaya Dalam Bilik Darjah

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah adalah sangat penting dalam pengurusan merentas budaya
beberapa aspek perlu dikuasai oleh seorang guru, iaitu pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian
murid. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian yang wujud antara murid perlu difahami dengan
sebaiknya dalam membantu memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya
setiap orang pelajar. Secara tidak langsung, semangat perpaduan akan dapat dipupuk. Dalam
menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah, guru seharusnya bijak mengendalikan suasana
pembelajaran tersebut. Sebagai contoh, dengan mewujudkan satu persekitaran psiko sosial yang baik di
dalam bilik darjah. Persekitaran psiko sosial ini meliputi layanan yang sama rata, pembinaan rapo dan
interaksi dua hala. Bukan itu sahaja, aspek pengurusan budaya yang lain seperti penerapan nilai murni
dan disiplin, amalan penggunaan bahasa yang sesuai, aktiviti P&P bersifat koperatif dan sebagainya juga
perlulah dikuasai oleh guru.

Guru bimbingan dan kaunseling
Peranan guru bimbingan dan kaunseling juga amat penting bagi pengurusan bilik darjah yang mesra bagi
membentuk pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Hal ini kerana setiap murid
mempunyai emosi dan tingkah laku yang berbeza kerana setiap bilik darjah mempunyai murid-murid
yang pelbagai dan membentuk dua kelompok murid iaitu terdapat murid itu bersifat posotif dan
bertingkah laku baik dan terdapat juga murid yang bersifat negatif dan bertingkah laku buruk dalam
kelas. Oleh itu, dengan bantuan guru bimbingan dan kaunseling ini akan dapat membantu murid-murid
untuk bertingkah laku baik dan mengurangkan masalah disiplin di mana dalam membuat penyelesaian
masalah peribadi, sosial, emosi dan akademik dalam kalangan para pelajar. Ini bagi mewujudkan
suasana persekitaran fizikal di dalam bilik darjah lebih terjamin.

Hubungan guru dan murid
Hubungan guru dan murid juga merupakan salah satu faktor untuk membina suasana bilik darjah yang
mesra dimana melalui amalan guru penyayang. Hal ini dikatakan demikian kerana, amalan Guru
Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang
membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta
menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat
kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru
Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga,
dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Oleh hal yang demikian, penampilan guru
yang kemas dan ceria serta prihatin terhadap para pelajar dapat mengeratkan hubungan yang baik
antara guru dan pelajar kerana seorang guru yang penyayang akan dapat memberi keselesaan pelajar
untuk wujudnya komunikasi dua hala antara pelajar dan guru dengan berkesan di mana pelajar dapat
berinteraksi dengan guru tanpa ada perasaan yang takut kerana corak komunikasi dan interaksi yang
baik banyak dipengaruhi oleh para guru kerana mereka sebagai pembimbing untuk membina kendiri
seorang pelajar yang cemerlang dalam sosialisasinya.

ISI-ISI PENTING

Pengurusan Program Pelbagai Budaya

Seterusnya, pengurusan pelbagai program budaya adalah aktiviti yang boleh
membentuk perpaduan dalam pendidikan. Antara program yang boleh membentuk
perpaduan adalah kelab rukun negara, program silang budaya dan kelab Bahasa ke-3.
Selain daripada program tersebut aktiviti Kokurikulum juga boleh membentuk
perpaduan dalam kalangan pelajar. Misalnya, kokurikulum diperkenalkan memupuk
sahsiah, perpaduan, integrasi nasional dan nilai-nilai murni. Antara tujuan atau
objektif kokurikulum ini di adakan adalah untuk mengukuhkan perhubungan dan
pergaulan dalam kalangan. Hal ini kerana penglibatan pelajar dari pelbagai bangsa
dan agama mampu meningatkan perhubungan dan pergaulan melaui kerjasama
untuk mengatur strategi terutamanya dalam kokurikulum yang melibatkan aktiviti
lasak dan berkumpulan seperti permainan bola sepak, bola keranjang, ragbi dan
sebagainya. Objektif kedua yang melibatkan perpaduan adalah membina dan
meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat. Dimana pihak
sekolah dan masyarakat perlu memberi sokongan kepada pelajar untuk menyertai
kokurikulum yang melibatkan pelbagai pelajar dan memberi galakan kepada pelajar
untuk berpasukan dengan pelajar yang berbagai. Dengan ini perpaduan dan hormat-
menghormati dapat dipupuk.

ISI-ISI PENTING

Pengurusan Pelbagai Budaya Sekolah

Budaya Cara Berpakaian

Selain itu, konsep kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh murid di setiap sekolah adalah
merujuk kepada budaya yang diamalkan oleh pelajar di sekolah. Budaya ini diterapkan oleh
sekolah menerusi pelbagai kempen dan aktiviti yang dijalankan untuk dijadikan contoh dan
tauladan pelajar. Antara konsep kepelbagaian budaya yang wujud adalah seperti Budaya Cara
Berpakaian. Budaya berpakaian di sekolah perlu selaras dengan peraturan dan kebenaran
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyelaraskan beberapa budaya berpakaian yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Bagi
peraturan pakaian seragam pelajar lelaki sekolah rendah adalah seperti berikut seluar Panjang
berwarna biru tua dan baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek. Bagi pelajar
permpuan sekolah rendah pula murid perempuan boleh memakai baju kurung berwarna putih
dan kain sarung berwarna biru tua serta memakai tudung atau mini telekung yang bewarna
putih dan berbentuk tiga segi 2 sama. Bagi pemakaian murid-murid lelaki sekolah menengah
pula hendaklah memakai seluar Panjang bewarna hijau tua beserta dengan tali pinggang yang
kepalanya tidak bersaiz besar. Bagi baju pula, berwarna putih dan berlengan pendek atau
Panjang. Pemakaian bagi pelajar perempuan sekolah menengah pula ialah “Pinafore Tunic”
berwarna biru muda dan limpas aras lutut beserta dengan “Blouse” bewarna putih. Bagi pelajar
perempuan yang mengunakan baju kurung hendaklah memakai baju kurung bewarna putih
dan kain sarung bewarna biru besertakan dengan tudung. (Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976)

Budaya Hormat-Mneghormati dan Memberikan Salam
Kepelbagaian budaya menjadi cabaran yang besar kepada murid dan pendidik (Rohaty Mohd.
Majzub, Salasiah Hashim & Elis Johannes H.S, 2011). Kehidupan dalam masyarakat yang
pelbagai budaya memerlukan tahap kefahaman dan sikap hormat-menghormati yang tinggi.
Dalam konteks ini, satu cara yang terbaik untuk mencapai kefahaman dan saling hormat-
menghormati adalah melalui pendidikan (Abd Rahim Hamdan, Mohd Najib Ghafar & Anis Ayuni
Che Ghani, 2010). Budaya Hormat Menghormati merupakan konsep kepelbagaian budaya
yang diamalkan oleh murid di setiap sekolah. Sikap saling menghormati sesama manusia
sangat dituntut setiap ajaran agama. Hormat menghormati perlu diamalkan terhadap kaum
muda atau tua, miskin atau kaya. Sikap menghormati guru adalah dituntut bagi memastikan
ilmu yang diajar oleh guru adalah berkat. Memetik kata-kata Menteri Pendidikan Malaysia, Dr
Mazlee Malik berkata ’Saling hormat-menghormati ialah perbuatan yang sangat mulia. Kita
akan dihormati sekiranya kita menghormati. Setiap pelajar digalakkan mengamalkan budaya
hormat menghormati antara warga sekolah tidak kira sama ada pelajar, guru ataupun staf
selain daripada Budaya Salam ialah Budaya Memberikan Salam kepada guru-guru di sekolah.
Budaya ini ialah selaras dengan sunnah Rasulullah SAW yang sangat dituntut dalam Islam.
Ucapan salam itu adalah termasuk dalam doa sesama muslim. Memberi dan menjawab salam
guru bererti saling mendoakan guru. Jika budaya salam diamalkan maka kehidupan kita akan
sentiasa beroleh kesejahteraan dan akan terus diberkati olehNya.

RUMUSAN

Kesimpulan

Kesimpulannya, budaya dalam konteks pendidikan semasa,budaya di sekolah merupakan
sebahagian daripada budaya masyarakat. Pelajar akan dididik untuk berbudaya sebagaimana
yang dipelajari. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah
sekolah. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan
pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan
Malaysia. Hal ini penting agar pelajar yang keluar dari alam persekolahan itu nanti
mempunyai budaya yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Oleh hal yang demikian, peranan guru sebagai pemimpin di dalam
bilik darjah amat penting untuk membudayakan ciri-ciri kesederhanaan, kepekaan terhadap
orang lain dan kerjasama antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa di kalangan
pelajar kerana guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai
budaya. Oleh itu, seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-
pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek dan guru perlu bersifat “Multicultural”.

Bahkan, dalam kepelbagaian budaya ia merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk
memahami variasi pelajar dari masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya.
Dengan itu hubungan yang lebih harmoni dapat dapat diwujudkan semasa berinteraksi.
Strategi ini juga seharusnya dapat membantu para pelajar memahami kepelbagaian budaya
yang ada di negara ini supaya matlamat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada
pelajar-pelajar tentang wujudnya pelbagai nilai, budaya, agama dan bangsa dalam
masyarakatnya serta terdapat pula persamaan-persamaan dalam budaya berbagai dapat
dicapai.

Rujukan
Che Nidazam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, E et al.,
(2014), Prngaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah
Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran dan
Pembelajaran.

Hafzan Omar, Zolkepeli Haron E et al., (2018), Sensitif
Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Kebangsaan
Pelbagai Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Suhara Br Haju Fadzil (2010), Kepentingan
Kokurikulum dalam Pendidikan di Sekolah Menengah,
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malayasia.

Mohamed Sharif (2003), Konsep dan Peranan Kaunseling
dalam Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.


Click to View FlipBook Version