MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK UNTUK IBU BAPA KUMPULAN 7
AHLI KUMPULAN PUTERI NURSYAHIRAH D20211099564 NOR HAFISHAH D20211099562 NORFATEHAH D20211099558 NUR AYUNI D20211099560 NURUL FATINI D20211099567
Meningkatkan Meningkatkan pengetahuankanakkanaktentanghidupan sepertihaiwan dan tumbuhan. Meningkatkan minat sertaperhatiankanakkanakuntuk belajar denganadanya Bahan Bantu Mengajaryang lebihinteraktif Membantu Meningkatkan Membantukanak-kanak untuklebih mudah memahami tentangtopik yangingin diajar seperti operasi tambah. OBJEKTIF BBM
PENGENALAN Modul ini mengandungi pengajaran dan pembelajaran berkaitan sains, matematik awal dan bahasa kepada kanak-kanak. Berdasarkan Strandard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK), sains dan matematik awal berada dibawah tunjang sains dan teknologi manakala bahasa berada di bawah tunjang komunikasi iaitu Bahasa Melayu. Sains, Matematik dan Bahasa merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak kerana pengetahuan ini merupakan asas yang akan digunakan oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian apabila mereka meningkat usia. Bahan bantu mengajar dan aktiviti yang disediakan ini sesuai untuk digunakan oleh ibu bapa bagi melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama anak-anak di rumah kerana penyediaan BBM ini amat mudah untuk dilakukan oleh ibu bapa. Proses penyediaan BBM ini juga boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak kerana ianya melibatkan proses motor halus kanak-kanak. BBM yang disediakan ini sesuai untuk digunakan bagi mengajar pelbagai tajuk kepada kanak-kanak. Namun begitu, penfokusan BBM yang dilakukan di dalam modul ini lebih menfokuskan pengenalan kepada haiwan,menghitung dan membaca.
. Matematik Awal membekalkan pengalaman awal matematik termasuk pranombor, konsep nombor, operasi nombor, nilai wang, konsep masa dan waktu serta bentuk dan ruang kepada murid prasekolah. Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang terdapat di dalam modul ini, kanak-kanak boleh : Memupuk minat dalam matematik melalui pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian. Menguasai konsep asas matematik. . SCAN ME SCAN ME SCAN ME KONSEP Tunjang Komunikasi terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Keempat-empat kemahiran ini penting bagi memperkembangkan komunikasi lisan dan literasi kanak-kanak. Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang terdapat di dalam modul ini, kanak-kanak dapat: Berkomunikasi dan menyampaikan idea. Membaca dan memahami ayat mudah. Sains Awal menekankan pembentukan sikap dan penguasaan kemahiran proses sains melalui penyiasatan terhadap alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal. Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Sains Awal, kanak-kanak boleh: Mengembangkan sikap ingin tahu dan minat tentang dunia di sekeliling mereka. Menguasai kemahiran saintifik dan berfikir secara kreatif dan kritis.
AKTIVITI1: MEMBERI MAKAN HAIWAN
4 botol mineral Gunting Gambar haiwan Gambar makanan haiwan Kotak AKTIVITI1 ““BERI MAKAN HAIWAN”” BAHAN DAN ALATAN Batang Aiskrim Langkah 1 Gunting gambar keempat-empat haiwan tadi dan buat lubang pada bahagian mulut Gunting empat botol kepada dua bahagian, hanya bahagian atas botol sahaja yang akan digunakan. Buka penutup botol. Masukkan gambar haiwan yang telah kita guntingkan tadi pada bahagian penutup botol. Langkah 2 Gunting gambar makanan-makanan haiwan tersebut. Kemudian,lekatkan pada batang aiskrim menggunakan velcro tape. Tebukkan lubang pada kotak dan masukkan batang aiskrim yang mengandungi gambar makanan haiwan. CARA PENYEDIAAN AKTIVITI
Ibu bapa mengeluarkan bahan bantu mengajar “Beri Makan Haiwan dan tunjukkan kepada anak-anak. Ibu meminta anak-anak menyebut gambar haiwan yang mereka lihat pada bahan bantu mengajar. Anak-anak menyebut gambar yang mereka lihat seperti, lembu, kucing, arnab dan monyet. Selepas anak-anak dapat mengecam haiwan tersebut, ibu bapa meminta anak-anak mengambil gambar makanan haiwan pada batang aiskrim dan memasukkan makanan haiwan kedalam mulut haiwan. Sebagai contoh, makanan haiwan seperti rumput dimasukkan ke dalam mulut lembu. Selepas memahami arahan cara melakukan aktitviti ini, anakanak mula memberi makan haiwan sehingga kesemua makanan haiwan habis digunakan. KELEBIHAN AKTIVITI • Antara kelebihan aktiviti "Beri Makan Haiwan" ialah dapat memberi pededahan awal kepada anak-anak tentang jenis makanan haiwan tersebut. • Selain itu, apabila anak-anak dikehendaki memasukkan kepingan makanan ke dalam mulut haiwan, ia dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak. • Dapat merangsang kemahiran berfikir anak-anak dalam memilih makanan yang betul untuk diberi kepada haiwan tersebut. AKTIVITI1 ““BERI MAKAN HAIWAN”” CARA BERMAIN AKTIVITI
AKTIVITI 2: AKUARIUM MINI
CARA MEMBUAT AKTIVITI Kotak/papan Pensil warna Kertas warna Botol air Cetakan gambar ikan dan sotong Gam Pita pelekat Pen Pensil BAHAN DAN ALATAN Langkah 1, kita memerlukaan kotak atau papan bersaiz A2 atau lebih besar daripada A2. Kemudian lekatkan kertas bewarna biru pada kotak atau papan tersebut. Setelah itu, lekatkan kehidupan laut seperti ikan dan sotong yang telah dicetak dan digunting di atas papan mengikut kreativiti masing-masing. Apabila selesai melekatkan cetakan sotong dan ikan, guntingkan 2 botol air dan lekatkan di atas papan dan tuliskan tanda tambah (+) diantara dua botol tersebut. Apabila selesai melakukan akuarium mini, seterusnya guntingkan kepingan ikan dan sotong untuk dimasukkan ke dalam botol bagi melakukan aktiviti tambah. AKTIVITI 2 AKUARIUM MINI
KELEBIHAN AKTIVITI AKTIVITI 2 AKUARIUM MINI CARA BERMAIN Ibu bapa menunjukkan akuarium mini kepada anak. Ibu bapa bertanya kepada anak mengenai elemen yang terdapat pada akuarium mini seperti sotong dan ikan. Anak-anak menjawab pertanyaan ibu bapa, setelah itu ibu bapa menjelaskan kepada anak-anak cara untuk bermain aktiviti tersebut. Anak-anak perlu memasukkan kepingan gambar sotong dan ikan ke dalam botol mengikut arahan ibu bapa. Contohnya masukkan 5 keping sotong dalam botol 1 dan masukkan 3 keping ikan dalam botol 2. Selepas anak-anak memasukkan kepingan gambar sotong dan ikan ke dalam kedua-dua bekas, anak-anak perlu keluarkan semua kepingan tersebut dan kirakan jumlah sotong dan ikan yang ada. Melalui aktiviti ini dapat menarik minat dan perhatian anak-anak untuk melakukan aktiviti matematik berkonsepkan tambah. Disamping mempelajari matematik berkonsepkan tambah, anak-anak juga dapat mempelajari alam kehidupan laut yang terdapat dalam akuarium mini. Dalam melakukan aktiviti ini, anak-anak dapat mempraktikkan bagaimana konsep tambah itu berlaku apabila anak-anak memasukkan kepingan ikan dan sotong di dalam dua botol yang berbeza kemudian anak-anak keluarkan kepingan sotong dan ikan dan mengira kepingan sotong dan ikan.
AKTIVITI 3: MENCARI DAN MEMBACA
Menarik minat kanak-kanak kerana bahan yang digunakan berwarna-warni Merangsang motor halus kanak-kanak. Untuk melakukan aktiviti ini, memerlukan kekuatan jari dan tangan untuk menarik gambar-gambar tersebut. Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan kanakkanak kerana ibu bapa dan kanak-kanak perlu berinteraksi antara sama lain. Gambar huruf-huruf dan buah-buahan Gunting Velcro tape KELEBIHAN AKTIVITI AKTIVITI 3: CARI DAN BACA BAHAN DAN ALATAN 1 2 3
SCAN ME Langkah 1 : Sediakan gambar yang diperlukan. Laminatekan gambar-gambar tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Kemudian, guntingkan gambar tersebut. Langkah 3: Sediakan hurufhuruf yang diperlukan. Laminatekan huruf-huruf tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Kemudian, guntingkan huruf-huruf tersebut. Langkah 2: Gambar buahbuahan yang telah digunting dilekatkan di dalam jadual ini menggunakan velcro tape. Langkah 4: Gambar hurufhuruf yang telah digunting dilekatkan di dalam jadual ini menggunakan velcro tape. Langkah 5: Sediakan template seperti gambar di sebelah dan lekatkan velco tape di dalam kotak-kotak tersebut. Akhir sekali, ibu bapa boleh stapler kesemua bahan tersebut. CARA PEMBUATAN TEMPLATE AKTIVITI 3
AKTIVITI1 AKTIVITI 3 SCAN ME SCAN ME SCAN ME AKTIVITI 2 MANUAL PENGGUNAAN
Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)yanginteraktif, berwarna-warni sertapelbagai sememangnya dapat membantu menarik minatkanak-kanakuntuklebih mudah memahami serta memberikantumpuanyanglebihlama. Olehitu, diharapkanagar modulpengajaranyang disediakan ini dapat membantu memberikanideayang berguna serta memberipanduankepada ibu bapauntuk menghasilkan BBM yanglebihinteraktif di samping mencapai objektifuntuk meningkatkan minatkanak-kanakuntuk belajar. RUMUSAN