The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainramli311, 2021-12-22 02:52:22

Sukan dan perpaduan 1(1)

Sukan dan perpaduan 1(1)

MPU21032 PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN

SESI 1 2021/2022

TAJUK TUGASAN:
SUKAN DAN PEPADUAN

NAMA PENSYARAH:
DR.HAYATI FATMI BINTI

TALIB

NURAIN NABILA

BINTI RAMLI
23DLH21F1021

 NURUL NADIAH

BINTI AHMAD NAZELI
 23DLH21F1040

 NUR ALLIYAH BINTI

SULAIMAN
 23DLH21F1017

 NAMA PENSYARAH:
 DR.HAYATI FATMI

BINTI TALIB
 PENGHAYATAN ETIKA

& PERADABAN

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN i
1
PENGENALAN 2
2
MAKSUD SUKAN 3-4
5
MAKSUD PERPADUAN 6-17

FAEDAH BERSUKAN 18-38
PERANAN SUKAN DARI SEGI
39-40
PERPADUAN
SEJARAH SUKAN MALAYSIA 41
42
CONTOH SUKAN YANG MEMUPUK 43
PERPADUAN

PERANAN IKON SUKAN DALAM
MEMUPUK PERPADUAN

SUKAN DALAM PERPADUAN

KESIMPULAN
RUJUKAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kami ucapkan.
Syukur ke hadrat ilahi atas nikmat yang dikurniakan oleh
Allah S.W.T dapat juga kami menyiapkan tugasan e-folio ini
dengan jayanya.

Pertama sekali,kami ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah etika
dan peradaban iaitu Dr.Nor Hayati Fatmi binti Talib kerana
telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada
kami dalam menyiapkan e-folio ini.

Di samping itu,kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa kami kerana telah memberi kami semangat
dan dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali,kalungan terima kasih kepada kawan-kawan kami
yang turut membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh
semua pihak membolehkan kami menyiapkan e-folio ini
dengan jayanya.

i

PENGENALAN

Sukan sebagai alat perpaduan sosial dan
antarabangsa. Malaysia terdiri daripada berbagai-
bagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan juga
melibatkan pelbagai etnik dan menyediakan pelbagai
peluang untuk bekerjasama dan saling memahami
antara satu sama lain.Di samping mengeratkan
hubungan antara satu sama lain.

Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang
ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala
gejala sosial yang kurang diingini dalam
pembangunan Negara seperti diskriminasi,
pengasingan dan sebagainya.

Pada peringkat antarabangsa pula pelancaran
aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan
hubungan diplomatik antara sebuah Negara dengan
Negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai
jika setiap Negara menitikberatkan fungsi sukan
dalam membentuk perhubungan global yang baik. 1

Maksud sukan

 Sukan juga kegiatan yang memerlukan
ketengkasan atau kemahiran serta tenaga yang
dilakukan sebagai acara hiburan untuk
menyihatkan badan.

 Selain itu,sukan juga boleh ditakrifkan sebagai
aktiviti rekreasi jika ia dilakukan pada waktu
lapang ataupun dengan motif menjaga
kesihatan.

Maksud perpaduan

 Satu proses menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara agar tiap-tiap
anggota masyarakat dapat mem membentuk satu identity
dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
Bersama di kalangan mereka

 Perpaduan juga merupakan darjah serta jenis penyatuan
yang dipamerkan dalam sesebuah masyarakat dan
kumpulan perpaduan dapat dilihat dalam semua
hubungan social yang mengaitkan manusia seperti
berdasarkan hubungan dalam keluargaan dan nilai saling

menyayangi dan menghormati antara satu sama lain. 2

Faedah bersukan

individu  Melahirkan insan yang
cergas dan cerdas

 Menghindarkan diri
daripada penyakit kronik

 mengeratkan hubungan antara

masyarakat masyarakat

 Mendidik masyarakat menjadi

lebih berdisiplin dan

berkeyakinan

3

negara  Mengangkat martabat negara
ke mercu yang lebih tinggi

 Mendatangkan keuntungan
kepada negara

4

PERANAN SUKANPERANAN SUKAN DARI SEGI
PERPADUAN

Sukan sebagai alat perpaduan sosial dan
antarabangsa.Malaysia terdiri daripada
berbagai kaum dan kumpulan etnik.

Aktiviti sukan melibatkan semua
masyarakat Malaysia tanpa mengira
kaum,etnik dan agama juga menawarkan
peluang untuk bekerjasama dan saling
memahami.Di samping mengeratkan
hubungan antara satu sama lain.

Kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah
perpaduan serta dapat mengikis segala gejala
sosial yang kurang diingini dalam pembangunan
negara seperti diskriminasi, pengasingan dan
sebagainya.

Mewujudkan hubungan diplomatik antara
sebuah negara dengan negara yang lain.

Menyediakan peluang pekerjaan melalui
aktiviti bersukan, peluang pekerjaan
profesional dan bukan professional dapat
diwujudkan.

5

 Malaysia pun menyertai sukan-sukan besar yang
membolehkan Malaysia memajukan nama dan atlet sukan
Malaysia untuk memperjuangkan nama Malaysia ke
seluruh dunia.Antara sukan yang disertai oleh Malaysia
ialah Sukan Malaysia,Sukan SEA,dan Sukan Olimpik.Sukan
turut memberi sumbangan dalam perpaduan kaum dan
bangsa tidak kira dari negara lain atau negara sendiri.

Sukan Malaysia

 Sukan Malaysia (SUKMA) adalah Temasya Sukan
yang dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Negara
Malaysia dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia,
Persatuan Sukan Kebangsaan serta Kerajaan Negeri
yang terlibat dalam penganjuran temasya sukan
remaja secara dwitahunan ini. Selain bertujuan untuk
mencungkil bakat – bakat baru dalam bidang sukan,
pemilihan negeri – negeri selaku tuan rumah adalah
bertujuan untuk menaik taraf kemudahan sukan di
negeri – negeri bagi membantu pembangunan sukan
secara keseluruhan di Malaysia.

6

 Temasya ini telah bermula pada tahun 1986 dengan

Kuala Lumpur selaku tuan rumah pertama temasya ini.

Temasya sukan ini dilaksanakan setiap dua tahun sekali

mengikut negeri sehingga tahun 2010. Mesyuarat

Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JKPS) pada tahun

2010 telah memutuskan untuk temasya ini untuk

dianjurkan setiap tahun mulai tahun 2011 dengan Majlis

Sukan Negara sebagai tuan rumah semua sukan di

Malaysia terutamanya sukan pilihan.

Walaubagaimanapun temasya Sukan Malaysia pada

tahun ganjil telah dihentikan pada tahun 2015, atas

sebab agenda sukan negeri yang padat dan kos yang

tinggi buat Majlis Sukan Negeri untuk membiayai sebuah

kontingen Sukan Malaysia pada setiap tahun.

 Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Johor yang
dijadual berlangsung pada 11 – 19 Julai 2020 telah
ditunda kepada 6 hingga 14 Mac 2021 selepas tarikh itu
diputuskan dalam satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa
Tertinggi Sukma. Turut dipersetujui adalah tarikh Para
SUKMA Johor 2020 yang ditunda ke satu tarikh baharu
iaitu dari 5 hingga 10 April 2021 depan selain
penjenamaan temasya berkenaan kekal kepada SUKMA
2020 dan Para SUKMA 2020.

7

Sukan Malaysia

Sukan Malaysia

Objektif
Sukan
Malaysia

8

 Sukan dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Anwar
Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun
1983.

 Rasional yang dicadangkan ialah temasya sukan
peringkat kebangsaan akan bantu mempertingkatkan
mutu sukan dan menggalakkan penyertaan atlet di
peringkat negeri dalam sukan serta menggalakkan
pembinaan kemudahan –kemudahan sukan yang baru
juga dapat membantu dalam meningkatkan taraf
kemudahan sedia ada bagi memupuk semangat integrasi
nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

 15 Ogos hingga 2 September 1985 ialah tarikah temasya
pertama dicadangkan dan hanya mempertandingkan 6
jenis sukan antaranya sukan tennis dan ping-pong .

 Namun begitu masyarakat telah memberi cadangan
baharu untuk melibatkan bilangan sukan dan cadangan
ini telah diterima baik oleh majlis sukan negara Malaysia .

9

 Majlis sukan negara turut bersetuju untuk
menganjurkan temasya sukan setiap 2 tahun mulai
tahun 1986 dan berselang-seli dengan sukan Asia
Tenggara.

 Kuala Lumpur merupakan tempat pertama sukan
Malaysia diadakan pada 19-26 April 1987 dengan
jumlah atlet 3849 dari 13 negeri Malaysia.Wilayah
persekutuan, Kuala Lumpur,majilis sukan university
Malaysia(MASUM).Temasya ketiga diadakan di
Sarawak pada 1990,ianya merupakan anjuran
pertama yang diadakan di Malaysia timur.

 Suatu keputusan telah diambil majlis negara pada
tangga 27 Mei 2010,untuk mengadakan temasya
sukan setiap tahun mulai 2011 dalam langkah-
langkah membangunkan dan demokrasi semua
sukan di Malaysia terutamanya sukan pilihan.

10

SUKAN SEA

 Temasya Sukan SEA merupakan temasya dwi tahunan
yang melibatkan pertandingan sukan di negara- negara
anggota persekutuan sukan SEA.

 Terdapat sepuluh (10) buah negara yang menjadiahli
dalamsukan temasya ini.Temasya sukan SEA turut
menjemput negara Timor Leste untuk mengambil bahagian
dalam pertandingan sukan SEA.

 Sukan Sea telah dikemukan pada tahun 1959,yang dikenali
sebagai sukan SEAP sebelum ditukar kepada Sukan SEA
apabila negara-negara lain mengikuti SEAGF pada tahun
1977 iaitu negara Indonesia,Brunei Darussalam serta
Filipina.Temasya ini telah diadakan secara bergilir-gilir di
antara negara lain.

 2001 sukan SEA,Malaysia memperolehi pencapaian terbaik
kerana para Kontinjen negara memenangi 111 pingat
emas.Kuala Lumpur pada masa itu merupakan tuan rumah
bagi sukan SEA 2001.

 2003 sukan SEA di Vietnam,Malaysia sekali lagi merekod

pencapaian yang baik dengan membawa pulang 43 pingat

emas,serta pada temasya sukan SEA di Manila 2005 yang

memungut 61 pingat emas,52 perak dan 96 gangsa. 11

 Pencapaian skuad bola sepak negara menamatkan
penantian pingat emas selama 20 tahun di sukan SEA Laos
pad tahun 2009 dengan memenangi ibu segala pingat di
temasya ketika itu.Namun begitu pungutan emas kontijen
negara merosot kepda 40 pingit emas, oleh kerana
kurangnya sukan yang dipertandingankan tuan
rumah,yang banyak mempertaruhkan kebanyakan sukan
tempatan.

 Malaysia berjaya memungut 58 pingit emas dan berjaya
mempertahankan pingit emas sukan bola sepak setelah
menewaskan pasukan tuan rumah di peringkat terakhir
pada tahun 2011 dengan Indonesia menjadi tuan rumah
bagi sukan SEA.

 Malaysia kehilangan 28 pingat emas ketika temasya sukan
SEA,Nay Pyi Taw ekoran daripada tuan rumah yang tidak
mempertandingkan sukan-sukan yang menjadi kekuatan
kontinjen Malaysia.Namun begitu, kontinjen negara telah
melepasi sasaran dengan meraih 43 pingat emas,38 perak
dan 47 gangsa.

12

 Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tuan rumah bagi sukan
SEA 2017 dan mencipta sejarah yang menjadi sebahagian
memori untuk masyarakat Malaysia.Sebanyak 145
pingkat emas,92 pingat perak dan 86 pingat
gangsa,sekali gus menewaskan catatan rekod
pencapaian sukan SEA 2001.

 Malaysia telah menamatkan kempen sukan SEA 2019
dengan kutipan pingat sebanyak 186 iaitu 56 pingat
emas,58 pingat perak dan 72 pingat gangsa dan berada di
kedudukan kelima keseluruhan

13

SUKAN
OLIMPIK

 Temasya sukan olimpik diadakan 4
tahun sekali . Sukan olimpik merupakan
suatu pertandingan yang melibatkan
seluruh dunia yang ingin bertanding
serta sertai acara pertandingan dunia
terbesar

14

Penyertaan Malaysia di
Sukan Olimpik

 Kontinjen Malaysia telah menyertai temasya
Sukan yang pertama sekali dianjurkan pada
tahun 1956 di Melbourne sukan olimpik namun
begitu Malaysia tidak dapat melibatkan diri
pada tahun 1980 kerana pemboikotan politik
yang dipimpin oleh Amerika.

 Pada tahun 2016 di Sukan Olimpik Rio kontinjen
negara telah berjaya membawa pulang empat
pingat perak dan satu pingat gangsa.

 Malaysia telah menghantar wakil-wakil atlet
mereka untuk bertanding di sukan
olimpik.Antara sukan yang terlibat dengan
Malaysia ialah berbasikal,badminton,renang
berirama dan beberapa acara yang lain.

 Hoki merupakan salah satu permainan yang

bertahan di sukan olimpik kecuali pada tahun

1960,1988 di Seoul dan Beijing 2008. 15

 Antara sukan yang digemari dan menjadi pusat
tumpuan rakyat Malaysia ialah sukan bola sepak
yang bertanding di Sukan Olimpik serta terpilih
sebanyak 2 kali untuk bertanding di temasya sukan
berprestij tinggi pada tahun 1972 di Munich dan
1980 di Moscow,akan tetapi Malaysia terpaksa
menarik diri oleh kerana krisis politik di Malaysia.

Sejarah Olimpik Malaysia 16

Sukan
Olimpik
Tokyo

 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) secara
rasmi membuat keputusan menangguhkan Sukan
Olimpik Tokyo 2020 sehingga tahun depan ekoran
penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang
melanda dunia ketika ini.

 Tarikh baru Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan

berlangsung pada 23 Julai hinga 8 Ogos 2021.

Rumusan

 Sukan salah satu cara untuk menyatupadukan
parpaduan kaum dan bangsa tidak kira dalam negara
atau luar negara kerana acara sukan berjaya
sekiranya dapat persetujuan antara Menteri-Menteri
sukan negara atau luar negara masing-masing dan
semua atlet yang terlibat berusaha bersungguh-
sungguh untuk memperjuangkan nama negara
masing-masing.

17

CONTOH SUKAN YANG
MEMUPUK PERPADUAN

 Badminton

 Bola sepak

 Skuasy

18

 Badminton merupakan sukan popular di Malaysia dan
luar negara tetapi tidak melibatkan pasukan,badminton
mengambil ranking ke-7 untuk individu terbaik. Datuk
Lee Chong Wei berada di tempat ke-7 dunia namun
beliau telah memegang rekod sebagai pemain yang
terbaik badminton selama beberapa tahun yang lalu.

Badminton

 Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan
raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama
ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan)
ataupun dua pasangan bertentangan (beregu).

 Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu
tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat
melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak
lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis
jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh
dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi
atas jaring.

19

 Malaysia terdapat pemain badminton yang terbaik
selama beberapa tahun yang lalu ialah Datuk Lee
Chong Wei dengan menunjukkan prestasi yang
cukup baik kepada rakyat Malaysia.Prestasi jadi
terbaik kerana seorang jurulatih yang mengajar
beliau dengan tegas ialah Datuk Misbun Sidek.

BIODATA DATUK LEE CHONG WEI

 Nama penuh:Lee Chong Wei

 Tarikh Lahir:21 Oktober 1982

 Tempat Lahir:Penang,Malaysia

 Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan
Lelaki

 Nama Jurulatih : Misbun Sidek

20

Pertandingan ysng dipertandingkan
oleh Datuk Lee Chong Wei

NAMA PERTANDINGAN TAHUN

SUKAN SEA DI MANILA 2005
SUKAN OLIMPIK RIO 2016

Keputusan

SUKAN SEA SUKAN OLIMPIK
2005,MANILA RIO 2016

 Datuk Lee Chong
Wei tewas kepada
Taufik Hidayat 13-
15,7-15 pada aksi
final 2005.

 Datuk Lee Chong Wei dalam

acara sukan badminton

perseorangan lelaki apabila

tewas 18-21 & 18-21 pada

aksi final 2016 21

Pencapaian

Sukan SEA
2005,Manila

 Dato’ Lee Chong Wei Sukan
telah membanggakan Olimpik Rio
nama Malaysia setelah
mendapat tempat ke-2 2016
pada aksi final di sukan
SEA 2005 di Manila.

 Pingat perak jadi milik
Malaysia dan masih juga
satu kebanggaan buat
negara dalam perjuangan
mengharumkan nama
negara di temasya sukan
Oimpik 2016 di Rio.

22

 Gandingan beregu utama wanita negara, Pearly Tan
dan Thinaah,mereka mengambil ranking ke-16
dunia.Namun,mereka tewas kepada beregu wanita
Indonesia 20-22,21-17,18-21.

 Tetapi mereka menganggap kekalahan mereka
sebagai pembakar semangat mereka.Bukan itu
sahaja,mereka juga menunjukakn perpaduan
walaupun mereka beza kaum dan agama tetapi
maklamat mereka sama iaitu memperjuangkan nama
negara.

 Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin
Rumsani dan Goh Sze Fei, mereka
mengambil ranking ke-18 dunia.

 Mereka telah mencipta kejutan apabila
menewaskan gandingan pemenang Piala
Thomas 2020 dari Indonesia 21-19, 12-
21,14-21.

 Perpaduan yang tunjuk oleh mereka ialah
kerjasama dan berusaha bersunguh-

23 sungguh

Gambar ini menunjukkan perpaduan kaum antara
Datuk Misbun dan Datuk Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Lee,bekas pemain perseorangan lelaki

negara menyokong serta bersetuju dalam pelantikan baru

Datuk Misbun Sidek sebagai pengarah pembangunan remaja

kebangsaan .

“Tidak kisah beliau diletakkan di bahagian mana sekali pun,

beliau adalah jurulatih terbaik. Selepas menerima tugasan

baharu itu saya yakin beliau akan memberikan yang

terbaik,” kata Chong Wei

“Memang mereka akan berasa takut, Misbun adalah

legenda dan jurulatih nombor satu dalam Malaysia. Bukan

mudah untuk sesiapa saja menjadi jurulatih membimbing

pemain negara.

“Beliau mendidik saya sehingga menjadi pemain nombor

satu dunia dan memenangi gelaran. Bukan saja pemain

remaja, semua akan menghormati beliau termasuk saya

sendiri kerana beliau yang menaikkan nama saya,” katanya.

“Beliau bukan seperti jurulatih, tapi bapa kepada saya.

Bukan senang untuk membina hubungan rapat,”

katanya.Walaupun mereka kaum tetapi mereka tetap

bersatu. 24

Reaksi Dato’ Lee Chong
Wei selepas pertandingan

25

Komen penyokong-
penyokong badminton

26

Rumusan

Walaupun beliau tidak memenangi pingat emas
buat negara tetapi beliau tetap tidak berputus asa
untuk mengharumkan nama negara dan
penyokong-penyokong di luar sana tetap menjadi
tulang belakang untuk beliau terus
memperjuangkan nama Malaysia di seluruh dunia.
Selain itu, perpaduan yang dapat dilihat dari
perkembangan sukan di negara kita. Beliau telah
mengharumkan nama negara Malaysia dengan
menyertai sukan ini.Akhir sekali,perpaduan antara
kaum dapat dilihat antara satu sama lain.Pelbagai
kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah berganding
bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada
Dato Lee Chong Wei dalam sukan badminton
ini.Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah
wujud perpaduan melalui sukan dalam negara
kita.

27

Bola sepak merupakan sukan popular di Malaysia dan juga di
luar negara yang melibatkan kesebelasan pemain yang
mempunyai prestasi untuk memperjuangkan nama Malaysia
atau nama negara masing-masing.Bola sepak berada pada
ranking dunia ke-166 tetapi skuad harimau Malaya berusaha
bersungguh-sungguh untuk memajukan nama Malaysia ke

seluruh dunia.

Bola
sepak

 Bola sepak ialah sukan berpasukan yang paling banyak
dimainkan dan ditonton di dunia,sukan ini dimainkan oleh
dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11
orang pemain.

 Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan
menyentuh bola dengan menggunakan tangan di dalam kawasan
golnya yang dipanggil kotak penalti manakala 10 pemain lainnya
hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya
selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada
untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang
memiliki gol terbanyak pada akhir perlawanan ialah
pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir kedua-dua pasukan
seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa
ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format
penganjuran kejohanan.

28

Para Pemain
Kesebelasan
Utama
Malaysia

Tan Cheng Hoe lahir pada 30 Mei 1968 ialah pengurus dan
bekas pemain bola sepak dari Malaysia yang kini
bertanggungjawab sebagai jurulatih ke atas pasukan bola
sepak kebangsaan Malaysia.

29

Pertandingan ysng dipertandingkan
oleh Skuad Kebangsaan Malaysia

NAMA PERTANDINGAN TAHUN

SUKAN SEA di KUALA LUMPUR 2017
SUKAN OLIMPIK di JAKARTA 2011

Keputusan dan pencapaian
Skuad Kebangsaan Malaysia

 Pasukan skuad kebangsaan
Malaysia bertempur di aksi final
Sukan SEA dalam menentang
pasukan Indonesia di Jakarta.
Perlawanan ini bermula pada
8.30pm,tarikah 17 November
2011.

 Malaysia telah berjaya
membawa pulang pingat emas
dan dapat mengharumkan nama
negara.

30

Bola Sepak sebagai ejen penyatuan
perpaduan kaum

 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
terbukti sebagai ejen paling berkesan dalam
menyatukan perpaduan dan membina negara
untuk muafakat semua lapisan masyarakat.

 Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin
pembentukan perpadukan masyarakat Malaysia
kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an

 Datuk Hamidin Mohd Amin merangkap
presiden FAM juga percaya dengan kerjasama
seluruh masyarakat bukan melayu, zaman
kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.

 Perpaduan antara masyarakat dan sukan bola
sepak terlibat apabila seluruh masyarakat
Malaysia berkumpul dan memberikan sokongan
padu kepada wakil atlet bola sepak.Serta tidak
dilupakan para atlet yang sentiasa
berkerjasama dan bersatu dalam menjayakan
permainan bola sepak.

31

Reaksi pasukan bola sepak
selepas pertandingan

32

Rumusan

Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis
sukan yang menarik tetapi bola sepak juga
merupakan raja sukan dan dijadikan sukan
utama di negara kita pada masa kini.Jika
dilihat di sukan SEA 2017 Malaysia telah
menjadi tuan rumah dan telah mendapat
juara keseluruhan .Tetapi untuk sukan bola
sepak pula Malaysia yang mempunyai pemain
yang berlainan kaum telah layak ke peringkat
akhir.Penyokong Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum bersemangat
memberi sokongan kepada pasukan Malaysia
.Ini terbuktilah bahawa sukan bola dapat
memberi perpaduan kepada negara.

33

 Skuasy merupakan sukan popular di Malaysia dan luar
negara yang di tonton pelbagai kaum.skuasy mengambil
ranking ke-5 dunia. Dato’ Dr Nicol Ann David memegang
takhta sebagai pemain no.1 beberapa tahun. Walaupun
bagitu, beliau merupakan ikon negara yang patut
dibanggakan atas pencapaiannya selama ini.

Skuasy

 Skuasy ialah satu sukan raket dalaman yang mana

dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets", satu rujukan

kepada bola lembut yang boleh digunakan dalam
perlawanan skuasy.

 Sukan skuasy ialah sukan yang dimainkan dengan
perseorangan atau beregu,dengan menggunakan raket
dalam gelanggang berdinding empat dan sebiji bola

getah yang kecil.Pada abad ke-20 sukan skuasy

merupakan pertandingan di peringkat sekolah dan
university.

 Namun sukan skuasy popular disebabkan kelab
persendirian di RAC London dan pengawai angkatan
tentera British.
34

 Sebut sahaja sukan “skuasy” pasti rakyat
Malaysia akan teringat Dato’ Dr Nicol Ann David
sebagai sasaran. Kejayaan beliau menjadi
kebanggan rakyat, bukan sahaja dalam negara
malah nama beliau juga di luar negara.

BIODATA Dato’ Dr Nicol Ann
David

 Nama: Dato’ Dr Nicol Ann
David

 Gelaran: Duracell Bunny

 Bangsa: Malaysia

 Tarikh lahir dan tempat:
26 Ogos 1983 ,Di Pulau
Pinang,Malaysia.

 Tempat tinggal:

Amsterdam,Netherlands

 Jurulatih :Liz Irving

35

Keputusan dan Pencapaian Dato’ Dr
Nicol Ann David sebagai atlet
sepanjang mewakili Malaysia

Tahun Juara Naib Juara Skop

1998 Nicol David Rebecca 9-3,9-1,9-6
2002 (MAS) Chiu (HKG)
2006 9–7,9–5,9–7
2010 Rebecca Chiu Nicol David
2014 (HKG) (MAS) 9-0,9-3,9-3
2018
Nicol David Rebecca Chiu 11–8,8-11,11-
(MAS) (HKG) 6,

Nicol David Annie Au 11–7
(MAS) (HKG) 9–11,11-6,11–

Nicol David Low Wee 5,12-10
(MAS) Wern (MAS)
11-13, 11-9, 5-
Nicol David Sivasangari 11, 11-6, 11-8
(MAS) Subramanian

(MAS)

Jadual di atas menunjukkan kejayaan Dato’ Dr Nicol Ann David
dalam mengharumkan nama negara di Asia.

Walaupun Dato’ Nicol David Nicol tidak berjaya

mempertahankan pingat emas pada Sukan Asia 2002 iaitu

lawannya Rebecca Chiu,tetapi beliau menganggap kekalahan

tersebut sebagai pembakar semangat beliau tetap teruskan

semangat untuk mengharumkan nama negara akhirnya

menjadi juara Asia 4 kali berturut-turut dalam Kejohanan

Sukan SEA pada tahun 2006,2010,2014 dan 2018. 36

Anak-Anak Malaysia Walk
Satukan Rakyat oleh Dato’ Dr

Nicol Ann David

 Jaguh skuasy negara, Datuk Nicol Ann David
menyifatkan sukan berperanan menyatupadukan
rakyat Malaysia.

 Sukan, bukan sahaja rakyat pelbagai bangsa
bersatu padu memberi sokongan kepada setiap
atlet yang berjuang di gelanggang sukan tetapi
rakan seperjuangan turut menaikkan semangat
antara satu sama lain.

 "Tidak kira apa kaum dan agama mereka, semua
bersatu atas nama Anak-Anak Malaysia. Sorakan
semangat Malaysia Boleh ibarat mengalir di
dalam tubuh setiap kali saya beraksi sama ada di
dalam mahupun luar negara.

 "Dalam sukan setiap atlet khususnya sukan
skuasy sentiasa menyokong antara satu sama
lain.Kami amat rapat dan saling melengkapi
antara satu sama lain. Itulah nilai paling
berharga yang lahir menerusi sukan," katanya

37

Reaksi Dato’ Dato’ Dr Nicol Ann
David selepas pertandingan

38

PERANAN IKON SUKAN DALAM
MEMUPUK PERPADUAN

 Peranan ikon sukan bukan sahaja untuk
mengharumkan nama Negara, tetapi peranan ikon
sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain.
antaranya dari perspektif perpaduan kaum. Lihat
sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang
melibatkan ikon sukan Negara sudah pastinya
stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan.
mereka ini terdiri dari masyarakat yang berbilang
kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat yang
sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat
melihat mereka ini bersorak dan meraikan apa jua
keputusan perlawanan.

 Sukan sebagai alat perpaduan harus
diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai
ruangan termasuk sekolah dan kawasan
penempatan. Maka, perpaduan bukan sekadar
dalam masyarakat, tetapi organisasi sukan
membawa ke perpaduan kaum dijadikan sebagai
benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini
kerana sukan merupakan antara mekanisme
penting dalam melentur semangat perpaduan.

39

 Sebelum sesuatu pertandingan, para atlet atau pemain
akan berkumpul di kem latihan. Disitulah mereka
tinggal, makan, berehat dan berlatih bersama-sama.
Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai
kaum akan melahirkan persefahaman yang erat. Ketika
pertandingan atau permainan berlangsung, mereka
akan bersatu hati, saling membantu untuk menjayakan
misi Negara. Rakyat jelata sebagai penyokong dan
peminat sukan, juga banyak membantu perpaduan
Negara kerana para penyokong pasukan Negara
menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan
menyokong semua pemain yang terdiri daripada
pelbagai kaum.

 Sukan sebagai alat perpaduan antarabangsa. Rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Untuk
mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai
itu, sukan merupakan salah satu wadahnya. Sukan
juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam
kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa,
sukan dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan
perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat
dicapai jika setiap Negara mengutamakan sukan.
Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan
mengikis perasaan perkauman.

40

Sukan dalam perpaduan

 Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam
memupuk perpaduan antara kaum.Sebagai contohnya,detik
perpaduan ialah perlawanan bola sepak,badminton dan
skuasy kerana perlawanan ini antara salah satu yang
menunjukkan detik perpaduan yang jelas dikalangan rakyat
Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan
keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi penyokong
pasukan masing-masing.

 Mereka menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat
pasukan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan
bangsa.Budaya ini harus diteruskan dalam setiap generasi
rakyat Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan yang utuh.

41

Kesimpulan sukan dalam
perpaduan

 Kesimpulannya, aktiviti sukan merupakan suatu perkara
yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dan sejahtera. Sukan juga mempunyai
pelbagai kebaikan yang dapat diterapkan dalam
masyarakat. Sebagai contoh masyarakat dapat Bersama
– sama menghadiri acara sukaneka ,marathon mahupun
hari sukan negara tanpa mengira kaum.

 Ini juga merupakan suatu usaha bersama ,ianya untuk
menjamin hubungan silaturahim dan perpaduan dalam
masyarakat akan teruss berkekalan.Selain itu , kerajaan
turut menerapkan sukan sebagai Pendidikan di sekolah
dan membuatkan sistem kokurikulum di sekolah
merupakan perkara yang wajib lulus di sekolah.pihak
sekolah turut menjayakan dengan memperbanyakkan
aktiviti sukan bagi membina generasi yang lebih aktif dan
efektif.

 Akhir sekali, sukan merupakan elemen penting dalam
perpaduan kaum di Malaysia, yang bukan sahaja akan
melahirkan generasi yang cerdas namun menjamin
kehidupan masyarakat sejahtera. Kemuafakatan
masyarakat Malaysia dapat dijadikan contoh dan di
pandang tinggi oleh masyarakat luar.

42

Rujukan

 http://sukanm.blogspot.com/p/peranan-sukan.html

 https://www.nsc.gov.my/sukan-malaysia-sukma/

 https://malay.wiki/content/Sukan%20Malaysia/Sejarah.html

 https://www.nsc.gov.my/sukan-sea/

 https://www.nsc.gov.my/sukan-olimpik/

 https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2019/12/634630/chong-
wei-cabar-badminton-lelaki-menang-emas

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei#2002%E2%80%932007

 https://iluminasi.com/bm/10-ranking-sukan-popular-malaysia-di-
peringkat-antarabangsa.html

 https://www.hmetro.com.my/arena/2020/02/542150/misbun-
jurulatih-terbaik-chong-wei

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_sepak

 https://www.hmetro.com.my/arena/2019/11/517791/bola-sepak-ejen-
penyatuan-kaum

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Skuasy

 https://www.mstar.com.my/sukan/2016/07/27/nicol-walk 43


Click to View FlipBook Version