SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
21
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PPPM 2013 - 2025
3.1.1 EMPAT TERAS STRATEGIK (TS)
1. PEMBELAJARAN MURID (Meningkatkan pembelajaran murid)
2. GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH (Memperkasa guru dan pemimpin sekolah)
3. TRANSFORMASI KEMENTERIAN (Mentransformasi Kementerian)
4. STRUKTUR SISTEM (Mengupaya struktur sistem)
3.1.2 SEMBILAN BIDANG KEUTAMAAN (BK)
1. Kurikulum dan Pentaksiran (TS1)
2. Profesiensi Bahasa (TS1)
3. Kualiti Sekolah (TS1)
4. Kualiti Guru (TS2)
5. Kualiti Pengetua/Guru Besar (TS2)
6. Kapasiti dan Kebolehupayaan Penyampaian (TS3)
7. Produktiviti Sumber (TS3)
8. Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (TS4)
9. Laluan Pendidikan (TS4)
+ Isu hangat seperti jenis sekolah, tempoh persekolahan.
21
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.1.3 SEBELAS ANJAKAN
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
22
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.2) PEMBELAJARAN ABAD KE- 21 ( PAK 21 )
3.2.1 DEFINISI
Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif,
pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
3.2.2 5 STANDARD ASAS PAK – 21
a) KOMUNIKASI
Berlaku interaksi antara gurumurid, murid-murid dan muridbahan secara lisan dan bukan
lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan
rakan-rakan.
b) KOLABORATIF
Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan
menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.
c) PEMIKIRAN KRITIS
Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah
d) KREATIVITI
Berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang
baharu, unik, berguna dan berkualiti.
e) NILAI MURNI DAN ETIKA
Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional
mengikut acuan Malaysia.
3.2.3 PEMBELAJARAN ABAD KE – 21
Dipimpin guru Berasaskan murid
Arahan langsung Pembelajaran kolaboratif
Pengetahuan Kemahiran
Kandungan Proses
Kemahiran asas Pemikiran Aras Tinggi
Teori Praktikal
Kurikulum Kemahiran Hidup
Individu Berkumpulan
Bilik darjah Komuniti
Pentaksiran sumatif Pentaksiran Formatif
Belajar untuk sekolah Belajar untuk kehidupan
Keseimbangan
23
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.2.4 CIRI-CIRI INSAN MURID YANG DIHASRATKAN
a) Berupaya membuat hubungkait
b) Menyoal
c) Yakin – mengambil risiko
d) Berkemahiran
e) Tidak berputus asa
f) Berdikari
g) Dahagakan ilmu
h) Kritikal
i) Kreatif
j) Berani mencuba
k) Ingin tahu
l) Menguasai kemahiran berfikir
m) Bijak berkomunikasi
n) Menjana idea
o) Mampu mencorak
p) Fleksibel
q) Mendengar dan membuat refleksi
r) Membuat inisiatif
s) Mampu bekerja dengan orang lain
t) Berkeperibadian tinggi
u) Mampu berfikir sendiri
v) Belajar dari kesilapan
w) Semangat ‘sentiasa boleh’
x) Membuat perubahan
3.2.5 PERUBAHAN YANG PERLU
a) Persekitaran sekolah
b) Persiapan guru
c) Persiapan kepimpinan
d) Persediaan bilik darjah
3.2.6 CIRI-CIRI GURU ABAD KE -21.
a) Menguasai subjek ( kandungan kurikulum )
b) Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi
c) Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka
d) Memahami psikologi pembelajaran
e) Memiliki kemahiran kaunseling
f) Menggunakan teknologi terkini
3.2.7 PEDAGOGI ABAD KE-21.
a) Mengajar dan membentuk KBAT
b) Menggalakkan kolaboratif ( teknologi, komunikasi, kemahiran sepasukan )
c) Teknologi sebagai pengupaya – alat kolaboratif , alat digital
d) Penilaian murid – jelas, telus, kendiri, rakan, tugasan yang bermakna, maklumbalas
e) Menggalakkan refleksi kendiri dan refleksi rakan
f) Membentuk kemahiran maklumat, media dan teknologi
g) Mengajar menggunakan pendekatan “ Projek Based Learning”
h) Membentuk kemahiran menyelesaikan masalah ( masalah sebenar, kontekstual )
24
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.3 GOOGLE CLASSROOM (GC)
Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google
untuk sekolah-sekolah bertujuan mempermudahkan kerja-kerja membuat,
mengedarkan dan mengukur tugasan tanpa kertas. Tujuan utama Google Classroom
adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar. Para
guru perlu menyambut baik perkembangan ini untuk menggunakan Google Classroom
sebagai pembelajaran maya yang lebih mesra pengguna.
Mulai 1 Julai 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan
perkhidmatan Frog VLE. KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google Classroom
sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan
1BestariNet Fasa 2 KPM.
Ada enam perkara yang perlu guru-guru tahu sebelum menggunakan aplikasi
pembelajaran ini.
1. Google Classroom telah berusia hampir 5 tahun
Usia ini menggambarkan Google Classroom sebagai sebuah aplikasi yang matang
dan stabil serta mempunyai rujukan yang banyak di internet. Bagi sebuah platform
pembelajaran atas talian yang telah lama bertapak, Google Classroom mengalami
evolusi yang membawakan banyak ciri menarik. Google mengemaskini Google
Classroom pada setiap tahun dengan penambahbaikan yang kebanyakkan hadir atas
permintaan guru.
2. Boleh diakses menerusi pelbagai platform
Google Classroom boleh diakses menerusi pelayar web dan juga aplikasi pintar pada
Chrome OS, iOS dan Android. Tawaran pada semua jenis platform utama ini
memudahkan akses serta membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya. Tak
kiralah anda pengguna PC, komputer LINUX, laptop Windows, MacBook, iPad,
Chromebook, atau telefon pintar yang menjalankan Android, iPhone dan sebagainya,
Google Classroom sedia diakses.
3. Juga tersedia untuk akaun personal
Google Classroom pada asalkan ditawarkan untuk pelanggan G-Suite for Education
sahaja. Mulai Mac 2017, Google mengumumkan Google Classroom dibuka kepada
umum. Jika guru-guru mempunyai akaun Google guru-guru sudah pun boleh
mengakses perkhidmatan ini. Telah dimaklumkan, untuk Google Classroom dibawah
KPM, emel khas institusi akan dibekalkan kepada semua guru dan pelajar dalam
pakej penuh G-Suite for Education. Sementara menunggu akaun rasmi tersebut, guru-
guru boleh mencubanya terlebih dahulu dengan akaun personal.
4. G-Suite for Education
G-Suite for Education merupakan satu pakej khas perkhidmatan Google kepada
institusi pendidikan atau entiti yang berkaitan dengan pendidikan. Pakej ini ditawarkan
secara percuma menyokong sehingga 10,000 pengguna. Antara kelebihan pakej ini
25
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
adalah, pengguna akan menikmati storan awan tanpa had secara percuma serta
akses kepada perkhidmatan lain seperti laman perbincangan Google+. G-Suite
memerlukan jabatan ICT mendaftarkan domain khas bagi membolehkan pentadbir
sistem menerbitkan email rasmi institusi seperti namaada@institusianda.edu.my.
Selain itu, pentadbir sistem diberi akses kepada perkhidmatan konsol Google
Admin untuk memudahkan pengurusan pengguna.
5. Integrasi perkhidmatan awan Google
Google Classroom hanyalah platform penghubung dalam talian yang membolehkan
guru menyiarkan pengumuman, berkongsi bahan pembelajaran, memberi tugasan
serta mengred tugasan. Untuk mahir Google Classroom secara keseluruhan, guru-
guru perlu juga mahir mengendalikan aplikasi-aplikasi lain dalam ekosistemnya.
Antaranya penggunaan storan awan Google Drive serta aplikasi produktiviti awanan
lain seperti Google Forms, Google Docs, Google Sheets, Google Slides, Google
Calendar, Google Jamboard, Google Sites dan pelbagai lagi. Menariknya,
kebanyakkan aplikasi-aplikasi ini boleh digunakan secara offline menggunakan app
pada Android, iOS dan Chrome OS.
6. Penglibatan ibu bapa
Tahukah anda guru-guru boleh menetapkan Google Classroom untuk menghantar
laporan terus kepada ibu bapa pelajar. Ini bermakna ibu bapa dapat mengetahui
aktiviti kelas anak mereka sepanjang minggu serta laporan tugasan pelajar mengenai
tugasan yang perlu disiapkan serta tugasan yang masih belum dihantar. Fungsi ini
akan memudahkan guru dan ibu bapa bersama melakukan pemantauan bagi
memastikan pelajar berada pada landasan yang betul.
26
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.4) SARANA IBU BAPA
3.4.1 Suatu Inisiatif Utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Diperkenalkan oleh KPM bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di
dalam dan di luar sekolah demi satu matlamat yang sama iatu membantu murid berjaya.
3.4.2 IBU BAPA DAPAT MENGUKUHKAN PENYERTAAN ANAK DALAM 4 BIDANG UTAMA:
a) Menyediakan Suasana Pembelajaran Di Rumah
Terutamanya ruang belajar, jadual belajar, mengurangkan gangguan bunyi, tempat belajar yang kemas
dan bersih, penggunaan tempat belajar secara berkesan serta buku rujukan yang mencukupi.
b) Interaksi Sosial Dengan Anak
Sentiasa berbual-bual, bercerita, beriadah /aktiviti serta makan bersama anak.
c) Komunikasi Dengan Anak
Sentiasa berbincang dengan anak mengenai pelajaran, mendengar anak bercerita tentang sekolah
serta berhubung dengan pihak sekolah mengenai kemajuan anak
d) Sokongan Terhadap Akademik Anak
Sentiasa mengetahui kemajuan pelajaran anak, membaca buku kepada anak ataupun membaca
buku bersama-sama anak, membimbing anak menyiapkan kerja rumah serta memberi bimbingan
melalui anak-anak lain/orang lain
3.4.3 PERANAN IBU/BAPA PENJAGA DALAM PERINGKAT PEMBELAJARAN ANAK-ANAK
a) Sebagai Jurulatih
Menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak belajar sama ada di sekolah
mahupun di rumah.
b) Sebagai Mentor
Memberi nasihat, membimbing, mengajar, menjaga, mengalakkan, menunjukkan cara dan sebagainya
kepada anak
27
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
c) Sebagai Penyokong
Menyokong, mempertahankan maruah dan sentiasa menyakinkan anak dalam kejayaan.
d) Sentiasa Bermaklumat
Kekal berhubung dengan guru-guru, ibu bapa lain sama ada berbicang / mengetahui perkembangan
terkini di sekolah.
e) Kehidupan
Mengaturkan kehidupan yang lebih sistematik supaya aman dan tenteram serta tenang dan bahagia
f) Sahabat Kepada Anak Remaja
Berusaha mendampingi anak remaja sebagai seorang sahabat.
“ PENDIDIKAN BERKUALITI TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
28
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.5) SARANA SEKOLAH
Suatu Inisiatif Utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Diperkenalkan oleh KPM bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-
anak di dalam dan di luar sekolah demi satu matlamat yang sama iatu membantu murid
berjaya.
ENAM ELEMEN YANG DAPAT MENYOKONG MURID-MURID DALAM PEMBELAJARN:
a) Iklim Sekolah
Kunci-kunci utama yang dapat membina semangat sekolah yang baik:
Aspek fizikal - mengingkatkan kemudahan dan membaiki persekitaran sekolah yang kondusif
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid.
Aspek sosial - menggalakkan komunikasi serta interaksi antara murid dan guru, guru dan ibu
bapa / penjaga, pihak sekolah dan komuniti.
Aspek emosi - pandangan guru, pelajar/ ahli – ahli lain di sekolah sentiasa diiktiraf dan
dihargai sehingga menjana semangat kekitaan dan harga diri.
Aspek akademik - menggalakkan dan memberi sokongan kepada murid dalam pembelajaran
dan pencapaian kendiri.
b) Komunikasi Berkesan
Melalui komunikasi secara dua hala antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid, guru dan
kakitangan mahupun ahli komuniti dapat menyampaikan / perkongsian maklumat yang lebih
tepat
c) Sokongan Terhadap Kejayaan Murid
Pihak sekolah, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah PIBG/LPS, alumni dan ahli komuniti
perlu bekerjasama untik menyokong pembelajaran murid secara aktif di sekolah dan di luar
sekolah.
d) Tanggungjawab Bersama
Membenarkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti secara aktif sebagai rakan kongsi
sekolah dalam aktiviti - aktiviti sekolah dan bekerjasama demi kejayaan murid
e) Keputusan Bersama
Membenarkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam membuat keputusan/ segala
pengurusan sekolah demi mengekalkan/ memantau kemajuan dan kebajikan murid.
Pandangan / cadangan akan dikumpul dan dianalisis untuk mengubah sistem persekolahan
kepada pembelajaran, terutamanya dalam masalah disiplin murid
f) Kerjasama Dengan Komuniti
Satu proses yang dapat menyelesaikan masalah secara bersama - sama dengan melibatkan
semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam kejayaan murid
29
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.6) PELAKSANAAN GURU PENYAYANG
3.6.1 TUJUAN
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan
sikap kasih sayang di sekolah.
3.6.2 KONSEP
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan
bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah
seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan
dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan
sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi
perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
3.6.3 OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang;
Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
3.6.4 AKTIVITI
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia
akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa.
Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut ;
Mengalu-alukan kehadiran murid
Pelaksanaan Program Mentor Mentee
Memberi penghargaan kepada murid
30
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.7) 1 MURID 1 SUKAN
DASAR SATU MURID SATU SUKAN / HARI SUKAN NEGARA
3.7.1 LATAR BELAKANG
Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) dan Hari Sukan Negara, mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini,
setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah
sepanjang tahun.Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakan suk di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat
sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan Untuk Kecemerlangan,
prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah
Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang
mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid
dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendorong aspirasi 1Malaysia
yang sihat, cergas dinamik dan bersatu padu.
3.7.2 MATLAMAT
Dasar 1M 1S berhasrat untuk :
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun ; dan
Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
3.7.3 KONSEP
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini,
konsep Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat :
Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan
dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
Membangunkan sukan sekolah kearah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap
ke tahap yang lebih tinggi.
31
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.7.4 OBJEKTIF DASAR
Dasar 1M 1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;
Meningkatkan kecergasan jasmani;
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;
Memupuk perpaduan antara kaum;
Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid;
Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
3.7.5 PRINSIP PELAKSANAAN
Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:
Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis
sukan;
Dasar 1M 1S adalah wajib untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan
Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Walaubagaimanapun
murid PraSekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan
kemampuan sekolah;
Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan
pihak sekolah;
Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK
hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;
Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti
sukan;
Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, emosi dan
jasmani murid;
Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah; dan
Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan
hendaklah mengoptimumkan penggunaan bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif
setiap murid.
32
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.7.6 PENDEKATAN PELAKSANAAN
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan
dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan
itu, pelaksanaan 1M 1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:
Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam
latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan
di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti
rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh
kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukab di sekolah.
Dasar 1M 1S adalah wajib untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan
Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan6 di sekolah Menengah. Manakala
murid hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan
sekolah.
Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah
sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan
Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) / Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) / Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan
aktiviti 1M 1S.
33
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.8) SKPMg2
STANDARD 1: KEPEMIMPINAN
BIL. JUMLAH TUMS
NAMA ASPEK/STANDARD KUALITI
1.1 PGB SEBAGAI PENERAJU
1.1.1 PGB menetapkan hala tuju sekolah secara terancang.
PGB mengetuai penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah secara terancang dan
1.1.2
sistematik.
1.1.3 PGB mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang dan sistematik.
PGB menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan PdP secara profesional dan
1.1.4
terancang.
PGB menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pencerapan PdP secara
1.1.5
profesional dan terancang.
PGB menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pemantauan kemajuan dan
1.1.6
pencapaian murid secara sistematik dan terancang.
1.1.7 PGB menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan terancang. 12
1.2 PGB SEBAGAI PEMBIMBING
1.2.1 PGB memberi bimbingan kepada guru dan AKP secara profesional dan terancang.
PGB memberi bimbingan kepada barisan pemimpin yang diturun kuasa secara
1.2.2
profesional dan terancang.
1.3 PGB SEBAGAI PENDORONG
PGB mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan secara profesional dan
1.3.1
terancang.
PGB menggalakkan warga sekolah memberi input berkaitan pemajuan sekolah secara
1.3.2
profesional dan terancang.
PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara
1.3.3
terancang.
STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI
BIL.
NAMA ASPEK/STANDARD KUALITI
2.1 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
2.1.1 Sumber manusia diurus secara sistematik dan terancang.
2.1.2 Pembangunan sumber manusia diurus secara terancang.
2.2 PENGURUSAN ASET
2.2.1 Aset alih dan aset tak alih diurus secara sistematik dan terancang.
2.3 PENGURUSAN KEWANGAN
2.3.1 Kewangan diurus secara sistematik dan terancang.
2.4 PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN 9
2.4.1 Sumber pendidikan diurus secara sistematik dan terancang.
2.5 IKLIM
2.5.1 Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang.
2.5.2 Suasana yang selesa dan harmoni diwujudkan secara sistematik dan terancang.
2.6 PENGURUSAN PERPADUAN
Pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia diurus
2.6.1
secara terancang.
2.7 PERMUAFAKATAN STRATEGIK
2.7.1 Permuafakatan strategik diusahakan secara profesional dan terancang.
STANDARD 3.1: PENGURUSAN KURIKULUM
BIL.
NAMA ASPEK/STANDARD KUALITI
3.1.1 KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 21
3.1.1.1 Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik dan terancang.
3.1.2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN
3.1.2.1 Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan terancang.
34
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
3.1.2.2 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang.
3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang.
Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara sistematik dan
3.1.2.4
terancang.
3.1.3 PENGURUSAN MASA INSTRUKSIONAL
3.1.3.1 Masa pelaksanaan PdP diurus secara sistematik dan terancang.
3.1.4 PENGURUSAN PENILAIAN MURID
3.1.4.1 Peperiksaan dan pentaksiran diurus secara sistematik dan terancang.
STANDARD 3.2: PENGURUSAN KOKURIKULUM
BIL.
NAMA ASPEK/STANDARD KUALITI
3.2.1 KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM
3.2.1.1 Pelaksanaan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang.
3.2.2 PENGURUSAN KELAB/PERSATUAN
3.2.2.1 Kelab/persatuan diurus secara sistematik dan terancang.
3.2.3 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM
3.2.3.1 Badan beruniform diurus secara sistematik dan terancang.
3.2.4 PENGURUSAN SUKAN/PERMAINAN
3.2.4.1 Sukan/permainan diurus secara sistematik dan terancang.
3.2.5 PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
3.2.5.1 Program kecemerlangan kokurikulum diurus secara profesional dan terancang.
3.2.6 PENGURUSAN SUKAN UNTUK SEMUA
3.2.6.1 Aktiviti Sukan Untuk Semua diurus secara profesional dan terancang.
3.2.7 PENGURUSAN PENTAKSIRAN KOKURIKULUM
3.2.7.1 Pentaksiran kokurikulum dilaksanakan secara sistematik dan terancang.
STANDARD 3.3: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
BIL.
NAMA ASPEK/STANDARD KUALITI
3.3.1 KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID
3.3.1.1 Pelaksanaan hal ehwal murid diurus secara sistematik dan terancang.
3.3.2 PENGURUSAN DISIPLIN MURID
3.3.2.1 Disiplin murid diurus secara profesional dan terancang.
3.3.3 PENGURUSAN KESELAMATAN MURID
3.3.3.1 Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang.
3.3.4 PENGURUSAN KESIHATAN MURID
3.3.4.1 Program dan perkhidmatan kesihatan murid diurus secara sistematik dan terancang.
3.3.5 PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN MURID
3.3.5.1 Bantuan pelajaran murid diurus secara sistematik dan terancang.
3.3.6 PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3.3.6.1 Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan terancang.
3.3.6.2 Pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.
STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 7
BIL.
NAMA ASPEK/STANDARD KUALITI
4.1 GURU SEBAGAI PERANCANG
4.1.1 Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik.
4.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL
4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran secara profesional dan terancang.
4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang.
4.3 GURU SEBAGAI PEMBIMBING
4.3.1 Guru membimbing murid secara profesional dan terancang.
4.4 GURU SEBAGAI PENDORONG
4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara
35
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
profesional dan terancang.
Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara
4.4.2
profesional dan terancang.
4.5 GURU SEBAGAI PENILAI
4.5.1 Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang.
4.6 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF
4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan.
STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID
BIL.
NAMA ASPEK/STANDARD KUALITI
5.1 KEMENJADIAN AKADEMIK
Peratus Murid Mencapai Matlamat Tahunan Individu yang Ditetapkan dalam Tahun
5.1.1 Terkini
(Murid Berkeperluan Khas)
5.1.2 Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Awam Sekolah Rendah (UPSR)
5.1.3 Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Awam Sekolah Menengah (SPM)
5.1.4 Purata Nilai Gred Kumulatif dalam Peperiksaan Awam Sekolah Menengah (STPM)
5.1.5 Peratus Murid Menguasai sekurang-kurangnya Keputusan Maqbul (STAM)
5.2 KEMENJADIAN KOKURIKULUM 11
5.2.1 Gred Purata Sekolah dalam Kelab/Persatuan
5.2.2 Gred Purata Sekolah dalam Badan Beruniform
5.2.3 Gred Purata Sekolah dalam Sukan/Permainan
5.2.4 Gred Purata Sekolah Keseluruhan dalam Kokurikulum
5.3 KEMENJADIAN SAHSIAH
5.3.1 Purata Peratus Kehadiran Murid ke Sekolah bagi Tahun Terkini.
5.3.2 Peratus Murid yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Ringan) bagi Tahun Terkini.
5.3.3 Peratus Murid yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Sederhana) bagi Tahun Terkini.
5.3.4 Peratus Murid yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Berat) bagi Tahun Terkini.
5.3.5 Peratus Murid Yang Mengamalkan Perlakuan Positif bagi Tahun Terkini.
JUMLAH 60
36
SMK RANTAU PANJANG, KLANG. DASAR PENDIDIKAN 2021
37