The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fixaroza, 2020-12-02 01:32:08

MengatasiLemahTatabahasa

MengatasiLemahTatabahasa

Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek
Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui
Cara Permainan Bahasa

Oleh
A. CHELLAMAL BAGAVATHY

SJK (T) Ladang West Country (Barat)
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

ABSTRAK

Guru Bahasa Melayu sering menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa
Melayu kerana murid tidak menguasai aspek tatabahasa. Kemahiran tatabahasa
ini perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini amat berguna dalam penulisan
Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
aspek tatabahasa. Seramai 25 murid dari tahun 6 telah dipilih sebagai responden
kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa . Instrumen kajian
terdiri daripada Ujian pra dan Ujian Pasca mengenai 4 aspek tatabahasa yang
terpilih iaitu kata hubung, kata adjektif, kata seru dan kata tanya. Tindakan untuk
meningkatkan penguasaan tatabahasa responden berkenaan adalah penggunaan
permainan bahasa khasnya kuiz, latih tubi dan mencantum kad. Murid-murid berasa
gembira dalam menyertai aktiviti-aktiviti ini kerana mereka berlumba-lumba untuk
memenangi pertandingan dan permainan ini. Dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk menguasai aspek
tatabahasa. Hasilnya hampir kesemua murid dapat menguasai aspek tatabahasa
dalam tajuk Kata Tanya, Kata Seru, Kata Adjektif dan Kata Hubung. Pengkaji
berpuas hati dengan dapatan kajian kerana dapat menarik minat murid belajar
kemahiran ini tetapi perlu ditambah baikkan lagi dengan tindakan baru yang lebih
efisyen serta menarik minat murid .

FOKUS KAJIAN

Pelajar Malaysia dikehendaki menguasai Bahasa Melayu kerana bahasa ini amat penting bagi
kehidupan harian kita di Malaysia. Pelajar diwajibkan lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan
dalaman sekolah dan juga peperiksaan UPSR bagi murid sekolah rendah dan juga PMR dan SPM
bagi murid sekolah menengah.

Selain itu pendidikan di Malaysia juga mewajibkan semua murid supaya lulus mata pelajaran Bahasa
Melayu. Salah satu syarat yang penting bagi kemasukan ke IPTA ialah pelajar mesti mendapat
kepujian dalam Bahasa Melayu.

Murid-murid sekolah dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dalam semua aspek iaitu perlu
menguasai tatabahasa dan juga harus mahir dalam penulisan Bahasa Melayu. Jika tidak mereka
mungkin menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian.

50

Dalam aspek tatabahasa murid-murid dikehendaki mahir dalam tajuk-tajuk seperti kata tanya, kata
seru, kata hubung, kata adjektif, kata sendi, kata bilangan, penjodoh bilangan, simpulan bahasa,
peribahasa, perumpamaan dan jenis-jenis ayat. Manakala, dalam penulisan pula murid-murid harus
mahir dalam teknik-teknik menulis karangan yang baik.

Biasanya guru-guru bahasa berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Ini kerana murid-murid agak sukar untuk memahami tatabahasa Bahasa Melayu. Oleh itu,
guru-guru bahasa dikehendaki menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang
baru dan mencabar bagi memudahkan pemahaman murid dalam Bahasa Melayu iaitu dalam aspek
tatabahasa dan juga penulisan karangan.

REFLEKSI ISU KAJIAN

Isu kelemahan penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah sering
menjadi buah mulut. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Statistik juga
menunjukkan bahawa murid-murid sekolah berasa sukar untuk memahami tatabahasa Bahasa Melayu.
Buktinya adalah kemerosotan keputusan peperiksaan UPSR 2004 dalam subjek pemahaman Bahasa
Melayu.

Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang West Country (Barat) murid-murid menghadapi masalah
dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Laporan prestasi UPSR 2004 dan ujian bulanan sekolah
menunjukkan kelemahan pelajar dalam Bahasa Melayu. Misalnya dalam UPSR tahun 2004 separuh
daripada murid-murid tahun 6 gagal dalam kertas pemahaman. Ini merupakan petanda bahawa hampir
separuh daripada murid-murid gagal menguasai tatabahasa Bahasa Melayu. Hal ini berlaku kerana
murid-murid yang tidak menguasai tatabahasa tidak boleh menjawab soalan pemahaman. Ini kerana
30 daripada 40 soalan pemahaman meliputi tajuk tatabahasa. Jika murid tidak menguasai aspek
tatabahasa maka mereka tidak boleh menjawab soalan pemahaman.

Guru- guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang West Country (Barat) telah
mengkaji masalah ini dan cuba untuk mengatasi masalah ini. Guru-guru bahasa membuat kajian
untuk mendapat tahu punca masalah ini .Daripada kajian ini, didapati bahawa murid-murid lemah
dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu kerana murid-murid malas membaca surat khabar,
buku-buku cerita, membaca buku rujukan, rujuk kamus, berjumpa guru, perbincangan kumpulan dan
sebagainya.

Salah satu punca penting mengapa murid-murid gagal menguasai tatabahasa Bahasa Melayu ialah
kurang berminat membaca surat khabar. Jika murid-murid rajin membaca surat khabar mereka boleh
memperkayakan perbendaharaan kata dan seterusnya mereka boleh menguasai tatabahasa Bahasa
Melayu. Bagi mengatasi masalah ini guru–guru perlu menggalakkan murid-murid supaya rajin
membaca surat khabar dan memberi penerangan tentang kebaikan membaca surat khabar.

Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman penyelidik sendiri yang menghadapi pelajar-pelajar
yang tidak mempunyai kemahiran penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu, menyebabkan penyelidik
mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam kajian ini permainan bahasa
dipilih untuk menyelesaikan masalah tadi. Kami memilih cara ini kerana permainan bahasa sangat
diminati oleh murid. Ini mungkin disebabkan permainan bahasa ini memberangsangkan minat murid
dan menggalakkan murid untuk mengambil bahagian. Dengan ini diharap supaya murid-murid dapat
menguasai kemahiran tatabahasa. Dalam permainan bahasa ini dibahagikan kepada 3 bahagian yang
kecil iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi.

51

Namun apa yang menggembirakan saya selaku guru Bahasa Melayu adalah kini murid-murid lebih
mahir dan boleh menguasai aspek tatabahasa dengan baik. Keputusan murid dalam ujian pasca iaitu
ujian yang dibuat selepas permainan bahasa ini agak baik dan memberangsangkan. Hampir keseluruhan
murid Tahun 6 mahir dan kini telah menguasai aspek tatabahasa. Jadi saya mencadangkan permainan
bahasa ini kepada guru-guru yang lain untuk dicuba di dalam kelas mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti kelemahan pelajar tahun 6 dalam aspek tatabahasa.
2. Merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam

tatabahasa Bahasa Melayu.
3. Meningkatkan keberkesanan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu dalam usaha

meningkatkan keupayaan, kemahiran dan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu.
4. Guru-guru menilai keberkesanan penggunaan permainan bahasa dalam meningkatkan

prestasi murid dari segi pengguasaan tatabahasa Bahasa Melayu.

KUMPULAN SASARAN

Saya memilih murid Tahun 6 Biru sebagai kumpulan sasaran dalam mengkaji masalah penguasaan
tatabahasa Bahasa Melayu. Murid-murid kelas ini agak lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa
Melayu. Boleh dikatakan bahawa hampir keseluruhan murid kelas ini tidak boleh menjawab soalan
tatabahasa Bahasa Melayu.

Saya sebagai Guru Bahasa Melayu kelas ini menghadapi masalah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh kerana murid lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa
Melayu, maka saya tidak boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Maka saya
terpaksa menjalankan kelas pemulihan. Inilah yang menyebabkan saya memilih kelas dan tajuk ini
bagi menjalankan kajian tindakan ini.

INSTRUMEN KAJIAN

Ujian Pra

Dijalankan pada 16 Februari 2005 untuk mendapatkan data pelajar yang tidak mahir dalam penguasaan
tatabahasa Bahasa Melayu. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti kata hubung, kata
adjektif, kata seru dan kata tanya. (Rujuk lampiran A)

Ujian Pasca

Dijalankan pada 25 Februari 2005 untuk mendapatkan data pelajar untuk mengetahui sama ada pelajar
benar-benar memiliki kemahiran tatabahasa setelah beberapa tindakan telah diambil. Soalan tatabahasa
ini merangkumi tajuk-tajuk seperti kata hubung, kata adjektif, kata seru dan kata tanya
(Rujuk lampiran A).

52

Ujian pra dan ujian pasca ini saya sediakan dengan dibantu oleh guru-guru bahasa yang lain. Kami
telah berbincang dan menyediakan soalan–soalan tatabahasa bagi ujian pra dan ujian pasca. Semasa
menyediakan soalan ini kami juga menghadapi beberapa masalah. Bagi mengatasi masalah ini
kami meminta bantuan ketua panitia Bahasa Melayu. Beliau membantu kami dengan menyemak
soalan –soalan yang kami sediakan. Selain itu, kami berasa amat bangga dan gembira kerana dapat
menyediakan soalan tatabahasa ini. Kami juga berazam untuk menangani masalah penguasaan
tatabahasa Bahasa Melayu di kalangan murid tahun 6 sekolah kami. Ini kerana murid-murid ini akan
menduduki peperiksaan UPSR akhir tahun ini.

LANGKAH – LANGKAH TINDAKAN
Tindakan pertama ialah penyediaan ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra ini diadakan pada 16 Februari
2005. Manakala, ujian pasca diadakan pada 25 Februari 2005. Guru bahasa dan ketua panitia Bahasa
Melayu berganding bahu dalam menyediakan ujian-ujian ini.
Setelah dikaji tentang keputusan ujian pra, maka guru dapat memahami tentang kelemahan murid
dalam penguasaan tatabahasa. Guru telah menjalankan beberapa tindakan untuk mengatasi kelemahan
tatabahasa murid dalam Bahasa Melayu. Permainan bahasa dipilih sebagai alat yang penting dalam
mengatasi kelemahan murid. Antara permainan bahasa yang dipilih ialah kuiz , mencantum kad dan
latih tubi seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Permainan Bahasa

53

1. Kuiz

Guru–guru menyediakan soalan kuiz yang meliputi soalan tatabahasa. Soalan–soalan kuiz ini dibincang
dan disediakan oleh guru–guru Bahasa Melayu. Kuiz ini dijalankan pada 20 Februari 2005.

Semasa menjalankan kuiz ini murid-murid tahun 6 dibahagikan kepada dua kumpulan yang berasingan
dan diberi nama iaitu KUMPULAN MYVY dan KUMPULAN SYVY. Setiap kumpulan diberikan
masa 1 minit untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Markah bagi kumpulan pertama yang
menjawab dengan betul ialah sebanyak 3 markah. Manakala, bagi kumpulan yang kedua menjawab
soalan dengan betul diberikan 1 markah.

Kuiz ini dijalankan selama 1 minggu dan setiap hari soalan kuiz berbeza iaitu berdasarkan tajuk–tajuk
yang berbeza. Contohnya, kata hubung, kata adjektif, kata seru, kata tanya dan sebagainya.

Contoh soalan kuiz adalah seperti berikut:

Senaraikan 3 kata tanya
1)
2)
3)

Senaraikan 2 kata seru
1)
2)

2. Mencantum Kad

Guru-guru bahasa juga mengadakan permainan mencantum kad. Permainan ini diadakan pada 22
Februari 2005. Dalam kad manila ditulis soalan-soalan tatabahasa dan jawapannya ditulis berasingan
dalam kad manila yang lain.

Murid-murid dibahagikan dalam 2 kumpulan . Satu kumpulan diberikan soalan dan satu lagi kumpulan
diberikan jawapan. Murid-murid dikehendaki membaca soalan dan mencari jawapan pada rakan
mereka. Kemudian mereka akan mencantumkan kad manila tersebut dan melekatkan kad manila
tersebut di hadapan kelas.

Contoh Soalan :

Bagavathy Ramesh suka makan buah mangga.

dan

3. Latih Tubi

Selain daripada soalan kuiz dan permainan mencantum kad murid-murid juga diberi latih tubi. Latih
tubi ini diadakan pada 24 Februari 2005. Dalam latih tubi ini murid-murid diberikan 10 soalan
tatabahasa dan mereka diminta menjawab soalan-soalan ini dalam masa yang ditetapkan.

54

Dalam melaksanakan langkah-langkah tindakan seperti yang disebut di atas guru-guru menghadapi
pelbagai masalah. Contohnya, menyediakan soalan kuiz. Walau bagaimanapun, murid-murid berasa
gembira dan cenderung untuk terlibat dalam kuiz. Mereka berebut-rebut untuk menjawab soalan kuiz.
Begitu juga semasa permainan mencantum kad, murid-murid begitu aktif menjawab soalan. Walau
bagaimanapun, murid-murid tidak aktif menjawab soalan latih tubi.

KEPUTUSAN

Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk menentukan kelemahan murid
dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu pelbagai langkah telah diambil. Ujian Pra berupa soalan
tatabahasa diadakan pada 16 Februari 2005 untuk menentukan dan melihat tahap pemahaman murid
tentang tatabahasa Bahasa Melayu. Guru telah menyediakan beberapa soalan tatabahasa Bahasa
Melayu.

UJIAN PRA
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra

Peratus 0 - 20 21 - 39 40 - 59 60 - 79 80 - 100 Jumlah
Bilangan 4 14 3 2 2 Pelajar
Pelajar
25

Jadual 1 di atas menunjukkan tentang keputusan ujian pra. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai
18 (72%) murid gagal menjawab soalan tatabahasa yang diberikan. Markah lulus yang ditetapkan ialah
40 %. Apa yang mengecewakan ialah 18 daripada 25 murid gagal mendapat 40 markah. Ini bermakna
sebilangan besar murid tidak memahami soalan tatabahasa yang disediakan.

Hanya 4 orang murid sahaja yang berjaya mendapat markah diantara 60-100. Ini bermakna hampir
keseluruhan murid tidak dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Daripada analisis ini,
didapati bahawa murid-murid Tahun 6 terlalu lemah dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu.

UJIAN PASCA

Jadual 2 menunjukkan tentang keputusan ujian pasca yang dijalankan. Ujian pasca dilaksanakan
selepas tindakan diambil. Berikut adalah hasil analisis pencapaian Ujian pasca selepas pengajaran dan
pembelajaran yang diadakan pada 25 Februari 2005.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pasca

Peratus 0 - 20 21 - 39 40 - 59 60 - 79 80 - 100 Jumlah
- - 16 4 5 Pelajar
Bilangan
Pelajar 25

55

Dari keputusan di atas didapati semua murid dapat memahami dan menjawab soalan tatabahasa
dengan mudah selepas ujian pasca. Ini kerana permainan bahasa yang dijalankan selepas ujian pra
amat berkesan dan mendapat respon yang baik daripada murid. Daripada keputusan di atas didapati
bahawa semua murid telah lulus dalam ujian pasca ini.

Seramai 16 (64%) murid berada dalam tahap pencapaian C dalam menguasai aspek tatabahasa dalam
penulisan Bahasa Melayu. Seramai 9 murid telah berjaya mendapat pangkat A dan B.

Pencapaian ini amat memberangsangkan dan menunjukkan bahawa murid dapat menguasai aspek
tatabahasa Bahasa Melayu. Pencapaian ini juga menunjukkan bahawa permainan bahasa yang dibuat
oleh guru selepas ujian pra amat berkesan dan murid-murid dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa
Melayu.

ANALISIS DATA

Jadual 3 : Analisis Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Bil Nama Murid Pra Pos Beza

1. Punitian 28 40 12
2. David
3. Luth 25 42 17
4. Afiqah
5. Chin Yu Tong 35 50 15
6. Sharvin
7. Megat 30 49 19
8. Imran
9. Gan Beng Fuh 40 52 12
10. Low Yit Seow
11. Gangai 16 45 29
12. Thayala
13. Raj 34 50 20
14. Vijay
15. Baga 42 55 13
16. Mani
17. Arasu 56 68 12
18. Guna
19. Mano 29 40 11
20. Shanti
21. Kamala 12 45 33
22. Vimala
23. Selvam 14 55 41
24. Segar
25. Uma 15 56 41

82 90 8

86 89 3

24 56 32

26 86 60

27 85 58

68 86 18

28 67 39

28 76 48

22 68 46

24 48 24

78 54 24

26 53 27

56

Jadual 3 menunjukkan analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca secara terperinci. Daripada jadual
di atas didapati dalam ujian pra, 7 murid daripada 25 murid sahaja yang lulus iaitu berjaya mendapat
markah 40%. Bakinya iaitu 18 murid gagal dalam ujian pra ini. Ini menunjukkan bahawa hampir 72%
murid gagal dalam ujian pra.

Bagi mengatasi masalah ini maka guru bahasa bersama-sama dengan guru-guru lain berganding bahu.
Melalui perbincangan, kami membuat keputusan untuk mengadakan permainan bahasa bagi mengatasi
masalah ini. Permainan bahasa ini dibahagikan kepada 3 iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi.

Setelah murid-murid menguasai tatabahasa Bahasa Melayu maka ujian pasca pula diadakan. Keputusan
ujian pasca ini agak memberangsangkan dan menggembirakan. Ini kerana hampir kesemua murid telah
lulus dalam ujian pasca ini. Terdapat 5 murid yang berjaya mendapat pangkat A dan 4 murid berjaya
mendapat pangkat B. Manakala, seramai 16 murid atau 64% murid berada pada tahap pencapaian C.

REFLEKSI TINDAKAN

Penyelidikan ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru Bahasa Melayu tentang masalah pelajar
dan kelemahan pelajar dalam penguasaan tatabahasa dalam Bahasa Melayu.

Penyelidikan ini juga dapat memberi banyak pengalaman kepada penyelidik dan membantu penyelidik
mencari cara penambahbaikan. Di samping itu, penyelidik juga dapat mengesan kelemahan dan
kekuatan pengajaran dan pembelajaran guru serta dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran guru.

Walaupun penyelidik mempunyai banyak tugasan lain yang terpaksa dilaksanakan, namun dengan
semangat untuk memperbaiki kelemahan murid dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab, kajian ini
dapat disempurnakan dalam tempoh yang dirancangkan.

Sebagai kesimpulannya, saya telah berjaya dalam kajian ini. Hampir keseluruhan murid telah
berjaya menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Jadi saya sebagai guru Bahasa Melayu Tahun
6 berasa gembira atas pencapaian murid-murid. Saya juga berazam untuk memastikan para pelajar
saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2005 bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu.

Saya sebagai penyelidik ingin mengesyorkan permainan bahasa ini kepada semua guru bahasa bagi
mengatasi masalah penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Hasilnya tentu baik.

Saya juga telah mencadangkan kepada pentadbiran sekolah supaya meminta semua guru Bahasa
Melayu supaya menggunakan cara permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Misalnya guru-guru yang mengajar tahap 1 iaitu tahun 1 hingga tahun 3 sepatutnya mengunakan
permainan bahasa ini.

Sebagai tindakan lanjutan saya akan menggunakan teknik permainan bahasa ini untuk mengajar tajuk-
tajuk yang lain. Misalnya menggunakan kaedah ini untuk mengajar penulisan Bahasa Melayu.

57

PENUTUP
Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat sekolah. Kajian ini
bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pelajar tetapi dapat juga memperbaiki teknik pangajaran
dan pembelajaran guru-guru.
Penyelidik berbangga dapat menjalankan kajian tindakan ini pada gelungan pertama. Oleh yang
demikian, penyelidik berharap dapat meneruskan penyelidikan ke gelung yang kedua pada masa akan
datang dan akan cuba menerapkan dalam tajuk lain yang akan diajar.
Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada penyelidik sebagai tenaga pengajar
yang bertanggungjawab untuk melihat kejayaan pelajarnya dalam bidang bahasa.

LAMPIRAN A
(CONTOH AYAT)
TAJUK : KATA HUBUNG
Gariskan jawapan yang betul.

1. Ramesh……………………… (dan, dengan) Suresh pergi melawat Kuala Lumpur
pada cuti penggal yang lalu.

2. Rina pergi ke kedai ……………………… (sambil, untuk) membeli kek.

TAJUK : KATA TANYA
Tuliskan jawapan yang betul.

1. ……………………………….. nama guru kelas kamu?
2. ……………………………….. keadaan nenek kamu di hospital?

TAJUK : KATA SERU
Nyatakan kata seru yang betul.

1. ………………………. , nahas kau!
2. ………………………. , besarnya rumah kamu!
3. ………………………. , cantiknya baju kam!

58


Click to View FlipBook Version