The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lkelly0611x, 2022-05-20 07:13:43

Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei

ETIKA DAN
PERADABAN

DALAM PUNCA-PUNCA
KONTEKS BERLAKUNYA
PERISTIWA 13 MEI 1969
INI

Layanan berat
sebelah
Dasar pecah
dan perintah
Bahasa rasmi
Latar belakang
pendidikan
Perasaan tidak
puas hati

LAYANAN BERAT

SEBELAH OLEH

TENTERA JEPUN

13 MEI 1969

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah
Melayu telah dilayan secara berbeza-beza di mana
terdapat unsur pilih kasih di antara Melayu dan
Cina. Masyarakat Cina telah dilayan dilayan dengan
begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang-orang Melayu.

Hal ini kerana Jepun pernah berperang dengan
China sebelum ini di mana keadaan ini telah
menyebabkan perasaan saling mendendami antara
satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan
berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang melayu dan cina.

DASAR PECAH&
PERINTAH PENJAJAH
INGGERIS

13 MEI 1969

Dasar penjajah Inggeris yang mengadaptasi konsep
pecah dan perintah adalah satu tindakan yang
berkesan dalam menyingkirkan semangat
kesatupaduan antara kaum Melayu dan Cina.

Hal ini telah menjadi punca wujudnya jurang antara
kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
polarisasi kaum. Dasar ini dilakukan oleh British
untuk mengelakkan perpaduan kaum yang
dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.

Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga sebagai
pelombong di kawasan perlombongan. Merekalah
yang sebenarnya mempunyai aset yang tinggi dalam
ekonomi masyarakat Malaysia.

Kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India
bersifat sara diri.Orang-orang Melayu tinggal di
kampung sebagai petani atau nelayan kecil.Kaum
india sebagai buruh kasar dan penoreh getah serta
tinggal di estet . Keadaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masayarakat bumiputera
khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.

Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam
kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan
kedudukan sosio-ekonomi meraka tidak seimbang.

PERASAAN TIDAK
PUAS HATI
KAUM CINA
TERHADAP HAK
ISTIMEWA
ORANG MELAYU

13 MEI 1969

PAP telah secara lantang
menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai hak
istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan . Mereka mendakwa
hak kaum-kaum lain telah diketepikan
kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan.

Namun hakikat sebenarnya

kedudukan taraf ekonomi orang

Melayu adalah terkebawah

berbanding dengan kaum Cina .

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.

Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk
mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG
BERBEZA

13 MEI 1969

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu
sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India
dan Inggeris. . Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.

Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah
dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian
etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan
India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.


Click to View FlipBook Version