The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM WEBINAR
PENGURUSAN DIRI: KESIHATAN MENTAL, FIZIKAL DAN EMOSI

Tarikh : 11 Jun 2022
Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam
Platform : Google Meet

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d092215, 2022-06-02 13:12:11

TEKS UCAPAN PERASMIAN

PROGRAM WEBINAR
PENGURUSAN DIRI: KESIHATAN MENTAL, FIZIKAL DAN EMOSI

Tarikh : 11 Jun 2022
Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam
Platform : Google Meet

TEKS UCAPAN PERASMIAN
DR. ASMADI BIN HARON
PENSYARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
DI PROGRAM WEBINAR “PENGURUSAN DIRI: KESIHATAN

MENTAL, FIZIKAL DAN EMOSI”

SABTU - 11 JUN 2022

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia Cr. Haji Shamsul Bahrain Bin Haron,
Kaunselor/Penceramah Bebas

Barisan Kepimpinan Pelajar
AJK Program Webinar Pengurusan Diri: Kesihatan Mental,
Fizikal dan Emosi,
Kursus Kesejahteraan dan Kesejahteraan Hidup

Siswa Siswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan hadirin
sekalian yang dihormati sekalian

Assalamu'alaikum warah matullah hiwabarakatuh,
Salam Sejahtera dan

Salam Keluarga Malaysia,

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke
hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah berkat dan keizinan
daripada-Nya, dapatlah kita bersama-sama di majlis perasmian
webinar Pengurusan Diri: Kesihatan Mental, Fizikal dan Emosi
yang diadakan buat julung-julung kalinya ini. Syabas dan tahniah
kepada semua ahli jawatankuasa perlaksanaan yang terlibat
dalam menjayakan penganjuran program ini yang
sememangnya sangat signifikasi dengan keperluan mahasiswa
dan mahasiswi pada masa kini.

Siswa dan siswi yang dikasihi,

Masyarakat kini melabel mahasiswa sebagai golongan
yang kian ‘stress’. Ini disebabkan mahasiswa dan mahasiswi kini
yang menghadapi tekanan secara mental lebih banyak akibat
kerja “assignment”. Saya percaya ini disebabkan oleh tumpuan
para pelajar yang terlalu memfokuskan kepada hal ehwal
akademik semata-mata hingga melupakan kesihatan diri sendiri.

Sidang hadirin sekalian,

Dengan dengan adanya program seumpama ini, dapatlah
kita memberi tip-tip kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sekaligus, mereka berpeluang
untuk belajar dan menguasai tip-tip tersebut. Ini merupakan satu
peluang dan motivasi kepada mereka untuk menangani masalah
yang menyebabkan kemerosotan kesihatan mental, fizikal dan
emosi. Selain itu, membantu mereka untuk menjadi seorang
bakal graduan yang benar-benar berkualiti melalui penguasaan
ilmu serta komunikasi yang berkesan.

Saya melihat program ini juga mampu menjadi saluran
utama yang membantu kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI
serta mahasiswa mahasiswi dari seluruh negara. Untuk
mencapai kesejahteraan dalam kehidupan, kesihatan
memainkan peranan yang sangat besar. Kesihatan fizikal dan
mental perlu dititik beratkan kerana ia saling berhubung kait
antara satu sama lain. Kesihatan yang baik mampu melahirkan
seorang individu yang produktif dan berdaya saing yang
sekaligus memberi impak positif kepada masyarakat serta
negara.

Sidang hadirin sekalian,

Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar juga akan
didedahkan dengan pelbagai isu-isu semasa serta isu-isu dalam
kampus sebagai contoh isu yang dihadapi oleh kebanyakan

pelajar serta membantu pelajar yang buntu dalam menghadapi
masalah yang sama.

Sehubungan itu, sebagai langkah bagi membantu
meletakkan mahasiswa sentiasa berada di landasan yang betul,
pihak universiti akan terus menyokong pelbagai program yang
mengkhususkan kepada motivasi serta seminar kepada para
pelajar termasuklah program-program seumpama ini. Program
webinar bagi tajuk ini, bagi saya sangat baik dan wajar dibuat di
setiap tempat pembelajaran.

Justeru, adalah diharapkan dengan terlaksananya aktiviti
ini, para pelajar akan memberikan respon yang baik untuk
program ini. Kesihatan yang merangkumi fizikal dan mental
adalah sangat berhubungkait dan memainkan peranan yang
saling bergantung. Sesungguhnya badan yang cergas akan
menghasilkan minda yang cerdas.

Hadirin yang dikasihi,

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa
penganjur kerana berjaya mengadakan program yang sangat
bermanfaat ini. Saya sesungguhnya akan sentiasa menyokong
penuh program-program yang mampu memberi impak terhadap
pembangunan pelajar di universiti ini. Dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan
Program Webinar Pengurusan Diri: Kesihatan Mental,
Fizikal dan Emosi.

Sekian, Waalaikumsalam
Wabillahi Taufiq Walhidayah
Warahmatullahi Wabarakatuh

Disediakan oleh: AJK Protokol


Click to View FlipBook Version