PROGRAM WEBINAR
PENGURUSAN DIRI: KESIHATAN MENTAL, FIZIKAL DAN EMOSI
Tarikh : 11 Jun 2022
Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam
Platform : Google Meet
TEKS PENGACARA MAJLIS
BIL. ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN
1 8.30 malam Cue: Peringatan kepada semua hadirin
Ketibaan Peserta Webinar Bismillahirahmanirrahim…
Makluman hadirin sekalian,
Semua hadirin diminta untuk menutup
microphone sepanjang berlangsungnya majlis
ini.
Semua hadirin juga diminta untuk membuka
kamera masing-masing sepanjang
berlangsungnya majlis dan menutup kamera
bagi menghormati untuk acara nyanyian lagu
“Ibu Kandung Suluh Budiman”.
Dimohon semua hadirin dapat memberi
perhatian sepenuhnya semasa majlis sedang
berlangsung.
Di penghujung majlis, akan berlangsung sesi
soal jawab bersama penceramah. Mohon
kepada hadirin untuk memeriahkan sesi
tersebut.
Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai.
Terima kasih.
2 8.50 malam Cue: Alert bila VIP masuk
Pengumuman Ketibaan Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan
VIP
Dr. Asmadi Bin Ishak,
Cr. Haji Shamsul Bahrain Bin Haron
Selamat datang…
3 9.00 malam Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Kata Alu-aluan Pengacara Assalammualaikum mulanya kata,
Majlis/ Salutasi Saya sembah pembuka bicara.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Bismillahirahmanirrahim…
Yang Berbahagia Dr. Asmadi Bin Ishak
Pensyarah Kursus Kecergasan dan
Kesejahteraan Hidup
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Yang Berbahagia Cr. Haji Shamsul Bahrain
Bin Haron,
……………………….. Kaunselor/Penceramah Bebas
Bacaan Doa
Seterusnya, Barisan Kepimpinan Pelajar
AJK Program Webinar
Pengurusan Diri: Kesihatan Mental, Fizikal
dan Emosi, Kursus Kecergasan dan
Kesejahteraan Hidup
Siswa Siswi Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) dan hadirin
sekalian yang dihormati sekalian
Assalamu'alaikum warah matullah
hiwabarakatuh,
Salam Sejahtera dan
Salam Keluarga Malaysia
Selamat datang ke Program Webinar
Pengurusan Diri: Kesihatan Mental,
Fizikal dan Emosi, anjuran Kursus
Kecergasan dan Kesejahteraan Hidup
Saya (NAMA EMCEE) merupakan MC majlis
pada malam ini.
…………………………………………………..
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis kita pada malam ini,
marilah kita bersama-sama menadah tangan,
merafakkan kesyukuran ke atas rahmat dan
limpah kurnia Allah SWT kerana dengan izin-
NYA majlis pada hari ini dapat diijalankan
sebagaimana yang telah dirancangkan
sebelum ini.
Dengan segala hormatnya menjemput
saudara Muhammad Zulhakim Bin Mohd
Zulkifli untuk memimpin bacaan doa kita
pada malam ini.
Dengan hormatnya dipersilakan.
Bacaan doa
Amin…amin…ya robbal a’lamin…
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada saudara Muhammad Zulhakim Bin
Mohd Zulkifli di atas lafaz doa yang indah
sebentar tadi.
Semoga kita semua beroleh barakah dari-
NYA.
………………………… ………………………………………………….
Pembuka Majlis Sidang hadirin sekalian,
Alhamdulillah hirobbil a’lamin…
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapatlah kita bersama-
sama berkumpul pada malam ini.
Untuk makluman hadirin sekalian,
Majlis pada hari ini diadakan bagi memberi
pendedahan kepada mahasiswa dan
mahasisiswi tentang kecergasan dan
kesejahteraan.
Ini bertujuan menggalakkan mahasiwa/i
mengamalkan gaya hidup yang sihat serta
dapat meningkatkan rasa tanggungjawab
terhadap penjagaan diri.
3 9.10 malam Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Majlis Perasmian Program Sudilah tuan beri ucapan,
Webinar Pengurusan Diri: Kata aluan pemanis kalam.
Kesihatan Mental, Fizikal
dan Emosi Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita
pada malam ini, majlis dengan rasa bangga
Oleh: Yang Berbahagia menjemput Yang Berbahagia Dr. Asmadi
Dr. Asmadi Bin Ishak Bin Ishak bagi memberikan ucapan
Pensyarah Universiti
Pendidikan Sultan Idris seterusnya merasmikan program webinar
Pengurusan Diri: Kesihatan Mental, Fizikal
dan Emosi
majlis mempersilakan.
Yang Berbahagia Dr. Asmadi Bin Ishak
Dipersilakan…
Ucapan alu-aluan dan perasmian
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan serta ucapan terima kasih di
atas ucapan serta perasmian yang
dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Dr.
Asmadi Bin Ishak.
4 9.20 malam Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam hati,
Ceramah Pengurusan Besar hajat kami menjemput,
Diri: Kesihatan Mental, Besar niat di dalam hati
Fizikal dan Emosi
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya
Oleh: Cr. Haji Shamsul
Bahrain Bin Haron menjemput
Kaunselor
Berdaftar/Penceramah Yang Berbahagia Cr. Haji Shamsul Bahrain
Bebas
Bin Haron merupakan
Kaunselor/Penceramah Bebas **biografi**
(biografi)…………………………………………
…………………………………………………….
Majlis berbesar hati mempersilakan Yang
Berbahagia Cr. Haji Shamsul Bahrain Bin
Haron bagi menyampaikan ceramah beliau
yang bertajuk Pengurusan Diri: Kesihatan
Mental, Fizikal dan Emosi.
Dipersilakan…
Ceramah Pengurusan Diri: Kesihatan Mental,
Fizikal dan Emosi
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hadirin yang dikasihi,
Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab.
Sebarang persoalan boleh diajukan dengan
membuka microphone atau menulis terus di
chat box.
5 10.30 malam Terima kasih kepada semua yang terlibat di
dalam sesi soal jawab sebentar tadi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada ceramah yang disampaikan
serta bersama-sama dalam sesi soal jawab
sebentar tadi oleh Yang Berbahagia Cr. Haji
Shamsul Bahrain Bin Haron
Hadirin yang dirahmati sekalian,
Syabas di atas kesabaran dan perhatian yang
diberikan sepanjang berlangsungnya sesi
ceramah sebentar tadi.
Alhamdulillah, selesai sudah majlis kita hari
ini.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada
Yang Berbahagia Dr. Asmadi Bin Ishak
dan
Yang Berbahagia Cr. Haji Shamsul Bahrain
Bin Haron
di atas kesudian bersama-sama dengan kita
pada hari ini.
Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua yang sudi hadir bagi
menjayakan program pada hari ini.
Saya juga memohon ampun dan maaf jika
terdapat sebarang kekurangan dan kekhilafan
sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini.
Sesi Fotografi Sesungguhnya yang baik itu datang daripada
Bersurai Allah yang kurang datang daripada diri
sendiri.
Sebelum bersurai, marilah kita bersama-sama
merakamkan momen-momen ini.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan AJK Fotografi untuk
meneruskan acara ini.
AJK Fotografi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada AJK Fotografi dan semua hadirin
yang bersama-sama dalam sesi fotografi
sebentar tadi.
Suka juga saya ingin maklumkan kepada
semua hadirin untuk mengisi link kehadiran
yang diberi dalam chatbox sebelah kanan
anda.
Sebarang masalah boleh hubungi AJK yang
terlibat.
Sekian sahaja daripada saya (NAMA
EMCEE) untuk hari ini, dengan rendah hati
mengundurkan diri,
dengan itu, saya sudahi dengan wabillah
hitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt.
Majlis tamat.
“Lagu: Cemerlang Bersama”
Disediakan oleh: AJK Protokol