The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AYAH JANGAN MEROKOK

-shared from Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
(https://anyflip.com/homepage/tuens/#Home)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS DATO' WIRA FARID SK PARIT HJ ADNAN, 2021-01-23 04:11:12

AYAH JANGAN MEROKOK

AYAH JANGAN MEROKOK

-shared from Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
(https://anyflip.com/homepage/tuens/#Home)

Ayah, tolong
jangan merokok!

Ayah, Tolong
Jangan merokok!



Nama saya Hanan. Saya tinggal di rumah ini bersama ayah
dan ibu. Saya tidak mempunyai kakak, abang atau adik. Saya
adalah anak tunggal.



Setiap malam bila ayah balik dari pejabat, ibu akan memasak
untuk kami makan malam bersama. Tugas saya adalah
menyediakan tempat makan dengan meletakkan pinggan
makan dan gelas di atas meja.



Menjadi rutin sebelum makan, kami membaca doa makan.
Bacaan doa dibaca secara bergilir-gilir sama ada oleh ayah,
ibu atau saya.



Pada hujung minggu, kami membersihkan kawasan luar rumah.
Ayah dan ibu menanam pelbagai pokok bunga, buah-buahan
dan sayuran.



Ibu sangat seronok melihat pokok-pokok bunga yang ditanam.
Hasil buah-buahan dan sayur-sayuran dapat digunakan oleh
ibu di dapur dan dikongsi juga dengan jiran-jiran serta sanak
saudara.



Petang itu, ibu menghidangkan buah-buahan hasil dari tanaman
untuk dinikmati oleh ayah dan saya.



Ibu menyuruh saya memanggil ayah untuk minum petang
bersama. Saya ternampak ayah sedang menghisap rokok.
Saya tidak pernah melihat ayah menghisap rokok sebelum ini.

Saya segera memeluk ayah, “Ayah, tolonglah jangan hisap
rokok. Ayah berhentilah merokok bukan untuk diri ayah sahaja,
tetapi buatlah untuk saya dan ibu.....”


Click to View FlipBook Version