The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU CERITA ROBOT

-shared from Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
(https://anyflip.com/homepage/tuens/#Home)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS DATO' WIRA FARID SK PARIT HJ ADNAN, 2021-01-23 04:46:14

ROBOT

BUKU CERITA ROBOT

-shared from Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
(https://anyflip.com/homepage/tuens/#Home)

ROBOT



Menjadi kebiasaan untuk pelajar-pelajar tahun enam mengadakan
perjumpaan dengan guru-guru pada setiap hari Isnin pagi untuk
mendengar taklimat dan kata-kata motivasi sebelum peperiksaan akhir
tahun yang akan berlangsung dalam masa enam bulan lagi.



Pagi itu, Cikgu Ismol, Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah akan
menganjurkan Minggu Sains untuk menggalakkan pelajar-pelajar tahun
enam menghasilkan ciptaan berdasarkan apa yang mereka telah
belajar mengenai pengaturcaraan komputer. Kerja ini perlu. dilakukan
secara berkumpulan dan bukan individu dan boleh meminta nasihat
guru. Ciptaan ini di harap dapat menjadikan pelajar-pelajar lebih
memahami matapelajaran tersebut.





Aqil bersama tiga orang rakannya Murthi, Ah Ho dan Mariam
segera berkumpul untuk membincangkan projek pengaturcaraan
komputer yang boleh di persembahkan secara berkumpulan. Aqil
mencadangkan untuk membuat robot yang menjalankan tugas
penyedut hampagas.

Mereka mencadangkan penggunaan bahan-bahan kitar semula
supaya projek robot penyedut hampagas dapat di buat dengan
mudah, selamat, mesra alam dan kos yang tidak tinggi.

Aqil dan rakan-rakan nya mencuba beberapa kali disamping
mendapatkan nasihat daripada Cikgu Din yang mengajar subjek
tersebut. Walaupun pada peringkat awal robot tersebut gagal bergerak
dan menyedut, mereka tidak berputus asa sehinggalah akhirnya robot
tersebut dapat bergerak dan menyedut habuk yang mereka letakkan
di atas lantai.

Akhirnya pada pagi Isnin seperti yang dijanjikan ramai kawan-
kawan mereka mengadakan persembahan robotik. Pengetahuan
yang diperolehi dari persembahan itu dapat menambahkan
pengetahuan mereka tentang pengaturcaraan komputer. Ini secara
tidak langsung membantu membina kemahiran penyelesaian dan
berfikir secara logik.





Bila tiba giliran Aqil, Murthi, Ah Ho dan Mariam, mereka pun memulakan
persembahan dengan memberikan penerangan bagaimana mereka
menggunakan pengkodan untuk menggerakkan robot mereka yang
menggunakan alat kawalan jauh yang kemudiannya dapat berfungsi
sebagai penyedut hampagas.



Robot Penyedut Hampagas itu terus berpusing-pusing di hadapan
rakan-rakan yang turut memberikan tepukan. Robot tersebut juga
berjaya menyedut habuk yang di letakkan di atas lantai dan sekali lagi
mendapat tepukan gemuruh dari rakan-rakannya.

Cikgu Din berkata “ Pengaturcaraan merupakan kecelikan baru
yang amat penting dalam era digital masa kini. Kemahiran ini
sama penting seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Hari ini semua pelajar telah membuktikan mereka boleh mencipta
sesuatu yang hebat dan tidak pernah terfikir oleh orang dewasa.
Saya berharap semua hasil produk inovasi pelajar-pelajar ini dapat
kita pamerkan di pusat sumber untuk kita kongsi dengan pelajar-
pelajar lain”, katanya .


Click to View FlipBook Version