FAKULTI SENI BINA, PERANCANGAN DAN UKUR
CTU554
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II
SESI OKT-FEB 2022/2023
NAMA PENSYARAH: USTAZAH SYUHAIDAH IDHA BINTI ABD RAHIM
KELAS: 554S-AP04
NAMA NO. MATRIKS
GWYNETH LO 2022909833
ALYA AFRINNA BINTI RUSDI 2022946681
MARDHIYAH BINTI MUHAMAD 2022910225
MOHAMMAD FAISAL BIN ABIDIN 2022961407
NUR MAISARAH BT MOHD AZMAN 2022977851
ATHIRAH NUR HUSNA BINTI ROSLAN 2022977851
NORSYAHIRAH SUHAILA BINTI ABDUL RAZAK 2022917433
TAJUK:
KESEDARAN POLITIK RAKYAT MALAYSIA PASCA PRU14 DAN
HUBUNGANNYA DENGAN ETIKA BERPOLITIK DALAM PELBAGAI
PERADABAN
ABSTRAK
Pilihan Raya Umum 14 (PRU14), 2018 telah berlangsung pada 9 Mei 2018 dengan
aman dan tenang namun penuh ‘dramatik’. Keputusan politik rakyat Malaysia tersebut
menunjukkan bahawa buat pertama kali dalam sejarah politik pilihan raya di negara ini bahawa
berlakunya perubahan politik iaitu Barisan Nasional (BN) telah tewas kepada pakatan
pembangkang yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau dengan gelaran
Pakatan Harapan (PH). Justeru adalah menjadi tujuan penulisan ini adalah untuk menganalisis
perubahan politik pasca PRU14, 2018. Antara tujuan penulisan ini adalah untuk mengkaji
mengapa masih rendah tahap kesedaran rakyat Malaysia terhdap politik dan meneliti kaitan
diantara etika di dalam pelbagai peradaban dengan politik di negara ini. Selain itu juga untuk
mengetahui kesan-kesan yang terjadi di negara Malaysia setelah pemerintahan PRU14. Dalam
kajian ini juga telah dimasukkan beberapa kaitan politik dalam perspektif Islam.
i
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
i
PERKARA ii
ABSTRAK iii
ISI KANDUNGAN iv
SENARAI GAMBAR
PENGAKUAN PELAJAR 1-3
1.0 PENGENALAN 4
5-7
1.1 Etika Berpolitik Dan Berkempen
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 8-12
3.0 POLITIK DARI PERSPEKTIF ISLAM 12-16
4.0 KAJIAN LITERATUR 17-19
19-23
4.1 Faktor Perubahan Kerajaan Sewaktu Pasca PRU14
4.2 Tanggungjawab Golongan Belia Dari Sudut Politik 23-25
4.3 Aplikasi Pendekatan Dalam Menangani Isu
4.4 Isu-Isu Peralihan Kuasa Dan Perebutan Kuasa & Kesan 26
26-28
Terhadap Struktur Pembangunan Dan Ekonomi Negara 29-30
4.5 Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik 31-32
5.0 CABARAN -CABARAN DALAM POLITIK
5.1 Kepentingan Cabaran-Cabaran Dalam Politik
5.2 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Dalam Politik
6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
7.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
ii
SENARAI GAMBAR MUKA SURAT
5
Gambar 1: Potongan Ayat Dari Surah Al-Zariyat 56-58 5
Gambar 2: Potongan Ayat Dari Surah Al-Nisa 58-59 6
Gambar 3: Potongan Ayat Dari Surah Al_A’rat 96 7
Gambar 4: Potongan Ayat Dari Surah Al-Baqarah 30 8
Gambar 5: Keratan Akhbar Sinar Harian 10
Gambar 6: Siaran Berita Luar Negara 14
Gambar 7: Bilangan Calon Yang Bertanding 16
Gambar 8: Keputusan PRU15 Dewan Rakyat 17
Gambar 9: Pola Interaksi Sebelum PRU14 17
Gambar 10: Pola Interaksi Pasca PRU14 21
Gambar 11: Pasaran Saham Terjejas 23
Gambar 12: Keratan Akhbar Perbicaraan Nilai Mata Wang
iii
PENGAKUAN PELAJAR
“Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.”
1. Nama: Gwyneth Lo Tandatangan Pelajar
Id Pelajar: 2022909833 ………………………………..
2. Nama: Alya Afrinna Binti Rusdi ……………………………….
Id Pelajar: 2022946681 ……………………………….
……………………………….
3. Nama: Mardhiyah Binti Mohammad
Id Pelajar: 2022910225
4. Nama: Mohammad Faisal Bin Abidin
Id Pelajar: 2022961407
5. Nama: Nur Maisarah Binti Mohd Azman ………………………………..
Id Pelajar: 2022977851
6. Nama: Athirah Nur Husna Binti Roslan ……………………………….
Id Pelajar: 2022977851
7. Nama: Norsyahirah Suhaila Binti Abdul Razak ………………………………
Id Pelajar: 2022917433
iv
1.0 PENGENALAN (Norsyahirah Suhaila Binti Abdul Razak)
Pilihan Raya yang ke-14 telah diadakan pada 9 Mei 2018 hingga 24 Jun 2018 setelah parlimen
dibubarkan pada 7 April 2018. Pengisytiharan pembubaran parlimen akan dibuat oleh Datuk
Sri Najib Razak kerana parlimen yang terdahulu dipegang oleh Barisan Nasional yang telah
dipimpin oleh beliau. Tempoh sesebuah kerajaan yang memimpin negara ialah 5 tahun
mengikut perlembagaan Malaysia. Tujuan pilihan raya ini adalah untuk memilih perdana
Menteri dan Menteri besar Malaysia.
Dewan rakyat mempunyai 222 buah kerusi dan memerlukan 222 orang ahli yang perlu
dipilih dari Kawasan pemilihan ahli tunggal menggunakan sistem pengundian. Ketika ini, buat
pertama kalinya Barisan Nasional (BN) tewas selepas 61 tahun memerintah Malaysia. Pilihan
raya yang ke-14 telah dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini merupakan
pembangkang utama di parlimen. Pakatan ini mendapat Majoriti mudah 113 kerusi di Dewan
Rakyat. Ditambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah. Keseluruhanya
mereka mempunyai 121 kerusi di parlimen. (Awani, 2018)
1.1 Etika Berpolitik Dan Berkempen
Politik berasal daripada perkataan Yunani iaitu polis yang bermakna bandar-bandar. Pada
globalisasi ini, politik berkait rapat dengan tradisi intelektual Yunani kerana bidang politik
telah di pelopori oleh ilmuan Yunani seperti Aristotle dan Plato. Bagi mereka, manusia adalah
haiwan politik dan segala jenis interaksi antara satu sama lain merupakan bersifat politik.
Kehidupan politik mula wujud apabila manusia hidup bersama-sama secara bermasyarakat
kerana mereka perlu membuat keputusan untuk kebaikan semua pihak. Dalam bidang ini,
beberapa ilmuan Islam seperti Al-Mawardi, Al-Farabi dan Ibn Khaldun menekan nilai tang
perlu ada dalam diri pemimpin. Ilmuan Hindu dan Cina seperti Vaisya dan Wang Anshi juga
berbagi pandangan ini. (Husnul Abdi, 2021)
Perbadanan ialah Hadarh dalam Bahasa Arab yang membawa maksud usaha manusia
untuk menambahbaik keadaan hidup. Oleh itu, peradaban dibahagikan kepada dua aspek, yang
pertama adalah bahan seperti perdangan, seni dan petani. Manakala, aspek kedua ialah
Maknawi iaitu nilai rohaniah, moral serta cara berfikir. Jelas sekali bahawa kedua-dua aspek
ini membentuk peradaban dan tidak dapat dipisahkan. Jika hanya ada satu aspek sahaja, maka
peradaban tersebut tidak sempurna kerana peradaban hanya dapat dicipta oleh manusia sahaja.
(Husnul Abdi, 2021)
1
Di Malaysia, setiap calon dan parti akan melaksanakan aktiviti berkempen di setiap
negara setelah selesai proses penamaan calon yang bertanding mewakili parti politik tertentu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tempoh berkempen bagi pilihanraya umum
ke-14 selama 11 hari sehingga tengah malam sebelum hari pengundian pada 9 Mei. Peraturan
untuk aktiviti berkempen yang telah ditetapkan oleh SPR dan undang-undang yang terdapat di
negara ini mestilah dipatuhi. Seperti rasuah, hasutan yang mempermainkan isu sensitif dan
lain-lain. (Dr Muhammad Fathi Yusof, 2018)
Ketika PRU14, suruhanjaya pencegah rahsuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas
siasatan tentang dakwaan rasuah yang melibatkan parlimen Cameron highlands iaitu
Sivarraajh. Sivarraajh telah didakwa merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk
mengundinya. Dengan siasatan yang telah dibuat, terdapat unsur rasuah yang telah dibuat oleh
parlimen Cameron highlands. Maka kerusi parlimen yang memberi kemenangan kepada calon
barisan nasional telah terbatal dan tidak sah dan telah diisytiharkan oleh mahkamah pilihan
raya iaitu Hakim Datuk Azizah Nawawi. (Amin Ridzuan Ishak, 2018)
i. Berkempen Dengan Adil
Calon-calon pilihan raya hendaklah menjauhkan diri dari mengucap atau
menyampaikan perkara yang buruk Ketika berkempen. Sebagai contoh, memaki
hamun, mengutuk dan mendedahkan aib pihak lain. Mereka perlulah mengawal
lidah dengan sebaik-baiknya kerana seorang muslim tidak akan berkata perkara
su’udzon, dusta dan berbohong. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk
berpolitik malah politik merupakan sebahagian daripada Islam itu sendiri.
(Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, 2018)
Allah SWT berfirman:
ََيباْع َأ ُّيً َضهاا ا َّلۖ ِذَأ ُيي َِنحآ ُّ َمب ُن َأوَاحاُدْ ُكج َْت ِمن َُبأونا ََيكْأ ِثُك ر َيلا َلِّم ْ َحن َمال َأ َّ ِظخ ِّين ِ ِهإ ََّنم ْيَبًت ْاع َف ََكضرا ْله َُّتظ ُمِّنو ُِإهْثمۖ َوۖا َّتَ ُو َقَلوا َتالَ َّلجـ ََّهس ُۖس ِإواَّن َواََل َّللـ ََيه ْ َغت َتَّواببَّب َّْعر ِ ُحضي ُكمم
﴿١٢
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah sifat banyak syak wasangka kerana
sebahagian syak wasangka itu perbuatan dosa. Janganlah kamu mencari-cari
kesalaham orang lain dan jangalah ada sebahagian daripada kamu mengumpat
sebahagian yang lain. Sukakah seseorang kamu memakan daging saudaranya
yang telah mati? Tentulah kamu berasa jijik. Bertakwalah kepada Allah.
2
Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah
Al-Hujurat 49: Ayat 12)
ii. Mengelak Daripada Rasuah
Rasuah merupakan tindakan yang dilarang dan salah satu kesalahan jenayah
yang terdapat di dalam undang-undang Malaysia. Dari segi Islam, Pekara ini
merupakan tindakan yang tidak beretika serta haram di sisi syarak. Penyataan
ini juga telah ditulis dan dinyatakan dalam Al-Quran dan terdapat dalam hadis:
َل ْع َن ُة اََّّل ِل َع ََل ال َّرا ِ يش َوا ْل ُم ْر َت ِ يش
Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah (Riwayat Ibn Majah
(2313))
iii. Menyelidik Sebelum Mengundi
Para pengundi perlulah menyelidik dan meneliti sebarang maklumat berkenaan
politik, parti yang bertanding dan juga latar belakang setiap calon. Perkara yang
paling penting ialah kandungan manifesto tersebut perlulah relevan untuk
dilaksanakan dan perlu ada kemampuan untuk melaksanakannya. Hal ini sangat
penting untuk wakil rakyat tidak mengkhianati rakyat kelak. Pada zaman
teknologi ini, informasi dan artikel mudah untuk didapati. Jadi, rakyat atau
pengundi dapat membuat semakkan dan membaca sebarang informasi dan
maklumat yang terdapat di media sosial.
Ini selaras dengan konsep Tabayyun yang diperintahkan oleh Allah SWT:
بِ َج َه ا َل ٍة ا ْو ًم َ ُت ِص ي ُب وا َ وا ُن َّي َب َت َ ِب َن َب ٍإ ٌق ا ِس َ َج ا َء ُك ْم ِإ ن آ َم ُن وا ا َّل ِذ ي َن ا َه ُّي َ َي ا
ق أن ف ف أ
َ ْم ُت ْل َع َ َم ا ََ ٰل َع وا ْص بِ ُح ُت َ
ن ا ِد ِم ي ف ف
“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidiklah untuk menentukan kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu golongan dengan perkara yang tidak
diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat (6))
3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Nur Maisarah Bt Mohd Azman)
Objektif kajian adalah merupakan salah satu penulisan terhadap apa yang dibincangkan
berkaitan dengan tajuk perbincangan. Di dalam kajian ini, kami telah mengenalpasti beberapa
objektif kajian yang dapat ditengahkan daripada topik utama iaitu kesedaran politik rakyat
Malaysia pasca PRU14 dan hubungannya mengenai etika berpolitik dalam pelbagai peradaban.
i. Untuk mengkaji mengapa masih rendah tahap kesedaran rakyat Malaysia
terhadap politik pasca PRU14.
ii. Untuk meneliti kaitan di antara hubungan pasca PRU14 dengan etika di dalam
pelbagai peradaban di negara ini.
iii. Untuk mengkaji kesan pemerintahan pasca PRU14 terhadap rakyat Malaysia
dari segi politik.
4
3.0 POLITIK DALAM PERSPEKTIF ISLAM (Nur Maisarah Binti Mohd Azman)
Berpolitik merupakan satu perkara yang telah diwajibkan di dalam Islam kerana telah
diperintahkan oleh Allah SWT. Segala apa yang telah ditetapkan-Nya untuk hambanya
pastikan akan membawa hikmah dan rahmat. Terdapat satu firman yang telah dinyatakan oleh
Allah SWT mengenai perkara yang hamba hambanya perlu mengikut segala ketetapannya,
iaitu:-
Gambar 1: Potongan Ayat Dari Surah Al-Zariyat 56-58
Ayat di atas juga menegaskan bahawa semua makhluk ciptaan Allah SWT wajib taat
serta patuh secara mutlak kepada-Nya tanpa ada pilihan lain lagi termasuklah perintah untuk
berpolitik. Manusia adalah makhluk yang tercipta daripada tanah dan bahannya adalah
memenuhi fitrah makhluk manusia yang ditugaskan untuk memakmurkan bumi. Dengan itu,
peranan untuk memakmurkan bumi mewajibkan adanya khalifah atau siasah, di mana
membawa erti perlunya ada politik pemerintahan negara yang berkuasa bagi mengawasi serta
mentadbir semua kegiatannya dengan berpandukan undang-undang dan segala peraturan.
(Abdul Hadi Awang, 2021)
Di dalam Al-Quran telah menyatakan dan menunjukkan satu garis panduan yang tetap
dan nyata dalam menegaskan prinsip, konsep dan sistem politik melalui firman Allah SWT:
Gambar 2: Potongan Dari Surah Al’Nisa 58-59
5
Prinsip beriman kepada Allah SWT, Rasul serta hari Akhirat merupakan syarat utama
dan terpenting agar politik diterima oleh Allah SWT. Hak pemimpin pula haruslah tidak
bersifat mutlak seperti ‘dictatorship’ sebagaimana seperti Barat. Namun, perlu diingat bahawa
Islam sentiasa menerima konsep demokrasi dengan menetapkan hak untuk rakyat. (Harakah
Daily, 2021). Islam sememangnya mempunyai pendekatan demokrasi yang berbeza kerana
ianya mempunyai kaitan dengan sifat iman dan taqwa yang telah dijanjikan keberkatan oleh
tuhan yang satu iaitu Allah SWT.
Gambar 3: Potongan Ayat Dari Surah Al_A’raf 96
Maka, jika di dalam demokrasi tersebut tiada keadilan serta kosong tanpa iman
ketaqwaan dan keikhlasan kepada Allah SWT, jadi ianya tidak akan mendapat keberkatan yang
diingini. (Harakah Daily, 2021). Jika terdapat manusia yang mengatakan bahawa ianya hanya
mahu mengikuti Nabi Muhammad saw hanya dalam bidang aqidah, ibadah dan akhlak semata-
mata, maka orang tersebut sangatlah naif, tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah juga
merupakan seorang ahli ekonomi dan ahli politik yang teragung di dalam semesta ini?
Semasa di Mekah, baginda merupakan pemimpin sebuah Kutlah (Kelompok) Islam dan
baginda juga merupakan Ketua Negara Islam semasa baginda berada di Madinah. Di sini kita
dapat melihat bahawa Rasulullah saw juga memainkan peranan sebagai ahli politik dan bukan
sahaja mendalami hal aqidah dan akhlak semata-mata. (Muhamad Zuhaili, 2020)
Seterusnya terdapat beberapa sifat Islam yang perlu ada di dalam politik iaitu:
i. Panduan dari Al-Quran dan As-Sunnah.
ii. Pertimbangan maslahat dan mudarat pada neraca syarat bukan nafsu emosi.
iii. Mendaulatkan agama dan menegakkan syariat sebagai punca bagi merealisasikan
kejayaan di dunia dan akhirat kelak.
6
Jika ada yang bertanya dari mana datangnya dalil berpolitik, maka boleh dijawab
bahawa asasnya ada di dalam satu firman di mana ia membawa maksud tanggungjawab pada
peranan khalifah yang disebutkan dalam firman berikutnya ini (Muhamad Zuhaili, 2020):
Gambar 4: Potongan Ayat Dari Surah Al-Baqarah 30
Syeikh Mustafa Sabri, iaitu mufti terakhir khilafah Uthmaniyyah telah pun memberi
amaran tegas dan ancaman bahawa memisahkan agama dengan politik merupakan jalan yang
paling mudah untuk menjadi kafir. Musuh agama Islam amatlah menyukai jika orang Islam
meninggalkan politik serta membiarkan politik dikuasai oleh golongan perosak. Hal ini akan
membawa golongan perosak mencampuri hal agama Islam. (Hizbut Tahrir Malaysia, 2018)
Budaya memisahkan agama dari politik seperti yang dikatakan oleh ideologi barat iaitu
‘View of life of without god centric’ perlu dihapuskan kerana negara Malaysia merupakan
sebuah negara Islam dan mempunyai pegangan hidup dari Al-Quran. Rakyat Malaysia pada
masa kini perlu sentiasa cakna dan sentiasa menitikberatkan mengenai politik agar Malaysia
tetap berada dalam tangan yang betul dan tidak jatuh kepada golongan perosak dan yang ingin
menjatuhkan agama Islam. (Hizbut Tahrir Malaysia, 2018)
7
4.0 KAJIAN LITERATUR
4.1 Faktor Perubahan Kerajaan Sewaktu Pasca PRU14 (Mohammad Faisal)
Selepas PRU14 selesai, kerajaan baharu juga telah ditubuhkan pada tahun 2018. Sejak itu,
banyak perkara yang tidak diduga dan tidak dijangka sama sekali telah disaksikan. Antaranya,
perubahan landskap politik dimana beberapa penjajaran kuasa teraju telah disaksikan di kedua-
dua peringkat persekutuan dan negeri. Antara faktor perubahan yang boleh dilihat sewaktu
pasca PRU14 adalah:
4.1.1 Sikap Angkuh Ahli Politik Barisan Nasional
Gambar 5: Keratan Akhbar Sinar Harian
Pasca Pilihan Raya Umum 14, 2018 memperlihatkan faktor yang paling utama yang
menjadi kekalahan Parti Barisan Nasional ialah sikap angkuh ahli-ahli Parti Barisan
Nasional. Merujuk kepada gambar 1, dapat kita simpulkan terdapat segelintir antara
mereka yang angkuh dan alpa akan kuasa sebenar rakyat dalam membuat pilihan
pemimpin. Selain itu, terdapat ahli dari Barisan Nasional yang tidak membahagikan
peruntukan masa dan belanjawan kerajaan yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat.
(Norrasyidah Arshad, 2019)
Hal ini menyebabkan rakyat menjadi marah dan rakyat mula tidak percaya
kepada mereka. Lebih menyedihkan lagi apabila segelintir daripada mereka bersikap
bongkak dengan golongan muda. Mereka mengetepikan pendapat dari golongan muda
walhal pandangan dan pendapat golongan muda. Hal ini hendaklah diambil ikhtibar
oleh parti-parti yang lain. Kita dapat simpulkan bahawa ahli Barisan Nasional ini tidak
mempraktikan etika berpolitik mengikut peradaban Islam. yang sepatutnya, etika
8
politik ini amatlah penting apabila seorang ahli politik itu memikul Amanah untuk
memastikan seluruh rakyat mendapat hak yang adil dan saksama. (Norrasyidah Arshad,
2019)
4.1.2 Faktor Kemelesetan Ekonomi Negara
Isu ekonomi terutamanya ekonomi mikro mahupun keluarga ini amat terkesan kerana
dalam kehidupan ini, kewangan dan perbelanjaan akan mempengaruhi emosi, persepsi
dan kesejahteraan serta keharmonian dan ketenangan hidup sama ada sebagai individu
atau berkeluarga. Isu ekonomi ini juga berkait dengan beberapa perkara terutamanya
keperluan asas hidup iaitu makanan, pakaian dan te,pat tinggal. Kemudian jika ada
lebihan duit barulah boleh dibelanjakan untuk kehendak atau gaya hidup masing-
masing untuk kepuasan hidup, status dan ego hidup yang tinggi. (Awang Besar, 2018)
Dalam konteks kehidupan seharian, rakyat mengharapkan kerajaan atau
pemerintah yang dapat menwujudkan suasana ekonomi yang kondusif, berdaya saing,
bersubsidi dan bantuan yang bersifat merakyat dan menjaga kebajikan rakyat mengikut
golongan sasar tertentu yang membezakan keutamaan keperluannya seperti golongan
muda, golongan dewasa, golongan tua, golongan pesara, golongan minoriti, golongan
B40 iaitu golongan berpendapatan rendah 40%, golongan M40 iaitu golongan
berpendapatan sederhana 40%, golongan T20 iaitu golongan berpendapatan tinggi
daripada keseluruhan komposisi penduduk. (Awang Besar, 2018)
Dalam menangani keperluan dan kehendak rakyat yang dihuraikan di atas
dilihat oleh rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional gagal menangani isu ekonomi
untuk rakyat bagi jangka Panjang pada tempoh pemerintahan terdahulu. Isu cukai GST
pula dilihat oleh rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional ‘memeras’ atau mengerah
rakyat untuk membantu kerajaan dalam memajukan negara ini. Rakyat tidak dapat
menerima penjelasan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini bahawa tujuan rakyat
dikenakan GST ialah ‘daripada rakyat untuk rakyat’. Rakyat juga merasakan
dipermainkan apabila kerajaan menyatakan bahawa hasil GST daripada rakyat
dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk BR1M, pembangunan infrastruktur, projek
mega dan bantusn kebajikan lain kepada rakyat hal ini ditambah lagi dengan subsidi
petrol yang dihapuskan. (Awang Besar, 2018)
9
4.1.3 Penglibatan Najib Razak Dalam Skandal 1MDB
Gambar 6: Siaran Berita Luar Negara Berkenaan Skandal 1MDB
Antara tindakan yang menjadi faktor penolakkan rakyat terhadap kerajaan terdahulu
adalah isu penglibatan Dato Sri Najib Razak dalam skandal 1 Malaysia Development
Berhad (1MDB) yang merupakan skandal aktiviti penggulapan wang atau ‘Money
Laundry’ yang telah menimbulkan kontrovosi dalam sejarah politik dunia. Hal ini telah
menimbulkan keraguan rakyat serta mewujudkan imej yang negatif terhadap
kreadibiliti Dato Sri Najib Razak untuk meneruskan lagi pemerintahannya di bawah
kerajaan Barisan Nasional. (Awang Besar, 2018)
Gambar 2 menunjukkan isu mengenai 1MDB telah menarik perhatian dari
media di luar negara. Gunasegaram (2018) menyatakan bahawa kegagalan kerajaan Bn
terutamanya Dato Sri Najib Razak menjawab persoalan isu 1MDB dengan jelas serta
penyelesaian isu 1MDB dengan lambat disamping beberapa keputusan yang
mencurigakan menyebabkan pengundi terus menerus mempertikaikan isu ini dalam
media sosial dan yang faham kronologi serta forensik 1MDB tersebut seterusnya
mengambil keputusan untuk tidak menyokong BN. (Awang Besar, 2018)
4.1.4 Berlaku Perpecahan Elit Dalam Masyarakat Melayu
Faktor kejatuhan Barisan Nasional dalam PRU14 adalah perpecahan elit dalam
masyarakat melayu apabila Dato Sri Najib Razak menendang keluar indivu-individu
penting dalam Barisan Nasional seperti Tan Sri Muhyidin Yassin dan Dato Sri Mukhriz
Mahathir, maka berlakulah perpecahan elit dalam masyarakat melayu. Golongan
pemimpin ini memiliki penyokong mereka sendiri. (Abdullah et al., 2022)
10
Jadi apabila mereka diperlakukan sebegitu, maka tertubuhnya parti-parti baharu
seperti pribumi, pejuang dan sebagainya. Penyokong-penyokong mereka akan beralih
daripada menyokong Barisan Nasional kepada menyokong parti-parti baharu yang
dipimpin mereka tersendiri. Jadi apabila mereka diperlakukan sebegitu, maka
tertubuhnya parti-parti baharu seperti pribumi pejuang dan sebagainya. Penyokong-
penyokong mereka akan berdalih daripada penyokong Barisan Nasional krpada
penyokong parti-parti baharu yang dipimpin oleh pemimpin mereka tersendiri. Dalam
dunia kontemporari Malaysia hari ini, isu politik perkauman masuh menjadi polemic
yang seakan tiada penghujungnya.
Jika dilihat pada parti-parti politik tempatan, masing-masing ditubuhkan atas
dasar melindungi kaum tertentu sepertimana yang dapat dilihat malaui Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) melalui perjuangannya untuk kaum Melayu,
Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk kaum cina dan kongres India Se-Malaysia
(MIC) untuk kaum India. Jika diikutkan politik Islam, sepatutnya tidak berlaku
peristiwa seperti fitnah memfitnah, serangan peribadi dan memburuk-burukkan seperti
ini. Politik di Malaysia seakan-akan tidak menghiraukan etika politik Islam. Mereka
hanya berjuang untuk kuasa dan kedudukan sendiri. (Abdullah et al., 2022)
4.1.5 Tsunami Melayu, Tsunami Pakatan Dan Tsunami Rakyat
Faktor kegagalan parti Barisan Nasional mempertahankan kuasa di Putrajaya adalah
kerana keputusan mengadakan hari Pilihan Raya pada hari Rabu iaitu hari bekerja yang
menimbulkan kemarahan pengundi. Pengundi mengambil peluan untuk memberi
pengajaran kepada parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum tersebut. Kempen
pilihan raya yang singkat, memfokuskan pengundi untuk membuat keputusan politik
dengan cepat tanpa berfikir Panjang, penggantungan Parti Peribumi Bersatu Malaysia
daripada sebarang aktiviti politik sehari sebelum hari penamaan calon menimbulkan
rasa marah kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan simpati
pengundi kepada parti tersebut. Parti Barisan Nasional mengambil mudah jangkaan
penganalisis politik kemungkinan besar akan berlaku ‘Tsunami Melayu’. (Awang
Besar, 2018)
‘Tsunami Pakatan’ membadai Pilihan Raya Umum 2018 menyebabkan parti
Pakatan Harapan berjaya menewaskan parti Barisan Nasional dalam keadaan tidak
11
dijangka. Setelah Pakatan Harapan berjaya mengambil alih kerajaan pusat dibimbangi
akan berlaku huru-hara kerana 63 tahun lamanya Parti Barisan Nasional sudah menjadi
Kerajaan Persekutuan dibimbangi penyokong parti Barisan Nasional terutamanya
UMNO tidak dapat menerima hakikat kekalahan di luar jangkaan tersebut. Pilihan Raya
Umum 14, 2018 yang digelar sebagai ‘Tsunami Rakyat’ turut dianggap ‘Ibu Segala
Pilihan Raya’ di negara ini. Wibawa Tun Dr. Mahathir, isu cukai GST, skandal 1MDB,
masalah kewangan FELDA, peningkatan kos sara hidup, peluang kerja yang terhad dan
kebebasan bersuara yang dikekang menjadi faktor utama kekalahan parti Barisan
Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2018. (Awang Besar, 2018
4.2 Tanggungjawab Golongan Belia Dari Sudut Politik (Mardhiyah Binti Mohd)
Belia atau anak ialah tempoh kehidupan apabila seseorang dalam usia muda, berada di antara
fasa kanak-kanak dewas. Usia di mana seseorang itu dianggap belia berbeza-beza di seluruh
dunia. Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan belia adalah individu yang
berumur antara 19-29 tahun. Istilah belia secara umumnya merujuk kepada mereka yang
berumur 15-25 tahun. Di Malaysia, belia ditafsirkan sebagai seorang yang berumur 16 hingga
32 tahun. Apablia belia meningkat usia, mereka memperoleh hak baharu seperti mengundi,
memandu, kebenaran tertentu dan sebagainya. Peranan golongan belia adalah termasuk dari
segi politik, keadilan sosial, kebudayaan, Pendidikan dan pekerjaan.
Belia merupakan golongan yang semakin mendapat perhatian pada Ketika ini semenjak
situasi politik di Malaysia berubah selepas PRU14 berakhir, jika dahulu golongan ini sering
disisihkan. Hal ini juga dapat dilihat bahawa generasi belia di Malaysia mengambil berat hal
mengenai politik di Malaysia dan bertindak berani mengubah pentadbiran kerjaan Malaysia
yang telah memerintah selama 60 tahun. Semasa PRU14 hak mengundi seorang belia apabila
mencapai umur 21 tahun keatas, namun berbeza dengan PRU15 apabila parlimen menggubal
undang-undang baharu iaitu umur seorang pengundi berumur 18 tahun keatas. (Nur Ellyanis,
2020)
PRU15 ialah PRU pertama diadakan selepas belia 18 tahun keatas didaftarkan secara
automatik sebagai pengundi sah selepas Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan diluluskan
pada 2019. Apabila melihat keadaan di Malaysia, kajian politik mengenai golongan belia
dilihat sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan kajian yang pernah dilakukan di negara-
negara jiran rantau Asia Tenggara. Ini disebabkan kajian bermula sedikit lewat iaitu sekitar
12
tahun 2008 dimana kebangkitan golongan muda pada Ketika itu sudah dapat dilihat pada
PRU12. Kajian diperingkat awal lebih meneliti peratusan pengundi yang keluar mengundi,
parti yang akan diundi dan isu-isu yang timbul semasa pilihan raya. (Marshelayanti et.al., 2013)
i. Kumpulan Yang Sensitif Kepada Perubahan
Politik merupakan proses dan cara membuat keputusan bagi sesuatu kumpulan.
Peranan belia adalah untuk membuat keputusan keputusan bagi membentuk sebuah
kerajaan yang akan mentadbir sesebuah negara. Berdasarkan pengalaman PRU-14
mendapati bahawa merupakan kumpulan yang paling sensitif kepada perubahan
dalam masa yang sama mereka mewakili kumpulan yang inginkan dan menggerakkan
perubahan. Kumpulan belia telah membuat keputusan awal yang ingin diundi. Antara
penolakkan anak muda terhadap Barisan Nasional (BN) di negeri-negeri yang
dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada ketika itu kerana kempen BN yang hanya
menonjolkan kerajaan pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan BN. Kempen
semasa pilhan raya tidak memainkan peranan penting dalam memahami persoalan
belia. Bagi anak muda, mereka lebih cenderung untuk menilai aspek integriti, moral,
hak asasidan sikap demokratik kerajaan dalam mengurus aspirasi rakyat. Oleh itu,
penilaian asas bagi anak muda adalah disebabkan penolakkan keatas BN. (Ong,
2013)
ii. Media Sosial Mempengaruhi Persepsi Belia
Akses yang mudah dalam kalangan belia kepada media social dan elektronik turut
memberikan kesan kepada persepsi belia kepada parti-parti politik yang bertanding.
Belia disogokkan dengan ribuan maklumat yang diterima tanpa cuba mempersoalkan
kesahihan maklumat yang diterima tanpa cuba mempersoalkan kesahihan maklumat
terbabit. Pemerintah perlu mewujudkan satu mekanisme untuk mengawal dan
memastikan kumpulan anak muda ini lebih matang dan bijak dalam menerima dan
menilai maklumat. Antara pertikaian yang berlaku dalam media sosial adalah yang
mempengaruhi pengundi ialah kegagalan Kerajaan/BN terutama Datuk Seri Mohd
Najib menjawab persoalan isu 1MDB dengan jelas serta penyelesaian isu 1MDB
dengan lambat disamping beberapa keputusan yang mencurigakan menyebabkan
pengundi terus menerus mempertikaikan isi ini. Pengaruh penggundi yang
berpendidikan tinggi, celik media sosial yang faham kronologi serta forensik 1MDB
13
tersebut seterusnya mengambil keputusan untuk tidak menyokong. (Gunasegaram,
2018)
iii. Kesedaran Belia Tentang Politik
Kesedaran belia berhubung kepentingan politik dan pilihan raya kepada kelansungan
belia. Ringkasnya, belia melihat bahawa mereka tidak mempunyai saluran untuk
melakukan perubahan selain daripada melalui pilihan raya. Mereka melihat bahawa
saluran politik merupakan satu-satunya jalan keluar kepada masalah yang dihadapi.
Contohnya, belia yang bekerja di luar kawasan sanggup kembali ke kampong halaman
untuk mengundi. Kegagalan merangka dasar berkait dengan kepentingan belia memberi
kesan kepada kelansungan belia pada masa akan datang. Sepertimana yang disebutkan
oleh Saidina Ali R.A, “jika kamu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah
pemuda-pemudinya pada hari ini. Ini bermakna, sekiranya generasi muda hari ini
berjaya, cemerlang dan gemilang, maka masa depan negara juga pasti akan berjaya dan
begitulah sebaliknya. (Sheikh Omar, 2017) Hasil dari keputusan PRU 14 menunjukkan
kesedaran belia mengenai politik menunjukan hasil yang positif dan harapan golongan
belia yang inginkan perubahan dan peningkatan terhadap negara Malaysia. (Junaidi
Awang Besar, 2019)
Gambar 7: Bilangan Calon Yang Bertanding
Belia sering dilihat mempunyai semangat yang tinggi dan optimis dalam mendukung
idea perubahan sesebuah negara. Idea yang menjadi aspirasi kepada belia dalam
sesebuah negara boleh mempengaruhi masyarakat umum. PRU-15 pertama kalinya
melibatkan belia 18 tahun keatas berbanding sebelumnya 21 tahun keatas. Belia
mempunyai aspirasi tinggi, mereka mahukan pembaharuan sosial yang melibatkan
politik, ekonomi dan sosial. Aspirasi belia dalam sesebuah negara mampu mewujudkan
14
gerakan massa yang mengubah dasar, hala tuju dan juga sistem kenegaraan sesebuah
negara. Semangat yang kuat ini merupakan kekuatan penting bagi sesuatu masyarakat
membuat perubahan yang drastic. Perubahan yang dibawa mampu mempengaruhi
masyarakat dan juga memberi kesan terhadap negara serantau dan global. (Mohd.
Irwan, 2018)
Malaysia Baharu adalah suatu gagasan, slogan, istilah ataupun ungkapan
yang wujud selepas berlakunya pertukaran kerajaan pada PRU 14 lalu. Era Malaysia
Baharu bukan sahaja membawa makna pertukaran tampuk kepimpinan pemerintahan
negara semata-mata tetapi turut membawa suatu simbolik yang cukup signifikan
dalam merealisasika Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih maju, berdaya saing
bersih, telus dan berintegriti. Impian menjadikan Malaysia sebuah negara baru
bermartabat tinggi sehingga ke persada antarabangsa dirangka melalui pembinaan
sebuah negara-bangsa yang bersatu padu dengan penerusan formula konsosional
atau perkongsian kuasa antara etnik dan perlaksanaan sistem demokrasi yang lebih
menyeluruh. (Vejai, 1997)
Pekerjaan merupakan aspek penting yang menjadi inspirasi kebanyakan
golongan belia. Kebanyakan belia akan merancang pekerjaan semenjak alam
persekolahan lagi. Sebahagian besar belia mempunyai peluang yang rendah untuk
mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan. Isu pekerjaan belia memberi impak
perubahan sosial dan ekonomi pesat yang disebabkan oleh teknologi eksponensial
wan wabak Covid-19 telah meningkat pengangguran global yang serius. Masalah
pekerjaan siswazah yang dihadapi oleh masyarakat di seluruh dunia boleh menjadi isu
yang besar. Ramai golongan belia yang telah terjejas. Kepincangan sistem ekonomi
telah menyebabkan pengangguran belia kerana tiada kesinambungan permintaan dan
penawaran. (Dida, 2021)
4.2.1 Ringkasan PRU-15
Dewan rakyat ke-14 dijangka tamat pada 16 julai 2023, lima tahun selepas mesyuarat
pertama sesi pertama parlimen Malaysia ke-14 16 julai 2018. Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah bertindak membubarkan Dewan Rakyat pada 10 oktober 2022.
Pilihan raya umum Malaysia ke-15 secara rasminya diadakan pada 19 November 2022
untuk memilih anggota dewan rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Semua 222 kerusi
15
akan dipilih untuk pilihan raya ini. 221 kerusi pada 19 November dan satu kerusi pada
7 Disember.
Gambar 8: Keputusan PRU15 Dewan Rakyat
Dengan tiada parti atau gabungan parti yang memperoleh majoriti 112 kerusi,
PRU ini membawa kepada parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia.
Dengan ini, para gabungan parti bertungkus-lumus dalam membentuk suatu gabungan
yang dapat mencapai majoriti tersebut. Sejurus selepas keputusan PRU dikeluarkan,
kedua-dua ketua parti Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan dan bekas Perdana
Menteri Muhyiddin Yassin dari Perikatan Nasional masing-masing mendakwa mereka
mempunyai gabungan dengan majoriti yang mencukupi untuk dilantik sebagai
Perdana Menteri, tetapi tidak mengesahkan bilangan kerusi dan parti yang disertai.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah memberikan semua pemimpin parti
gabungan masa hingga 2 petang, Isnin, 21 November untuk menyerahkan nama calon
Perdana Menteri yang disokong mereka kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Walau
bagaimanapun, dengan pembinaan gabungan majoriti masih tidak berhasil, tarikh
akhir dilanjutkan lagi 24 jam sehingga hari keesokannya.
Pada 22 November, Barisan Nasional mengumumkan bahawa mereka tidak
akan menyokong penggabungan dengan kedua-dua parti sama ada Pakatan Harapqn
mahupun Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan persekutuan. Pada petang
hari itu Al-Sultan Abdullah menyeru parti gabungan dari PH dan PN iaitu Anwar
Ibrahim dan Muhyiddin Yassin ke Istana Negara untuk melantik Perdana Menteri.
Akhirnya, dengan keputusan daripada YDPA melantik Anwar Ibrahim daripada parti
Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.
16
4.3 Aplikasi Pendekatan Dalam Menangani Isu (Gwyneth Lo)
Gambar 9: Pola Interaksi Sebelum PRU14 Gambar 10: Pola Interaksi Pasca PRU14
Seperti yang anda lihat, dua gambar di atas merupakan pola interaksi sebelum dan pasca
PRU14. Berdasarkan gambar 1, pola interaksi antara kaum masih lagi terkawal dan berada
dalam batasan etnik masing-masing iaitu ‘M’ adalah Melayu, ‘C’ adalah Cina, dan ‘I’ adalah
India yang memperjuangkan agenda dan kepentingan kaum sendiri. Pola interaksi di gambar 1
yang anda lihat ini menunjukkan tiap pihak saling hormat-menghormati antara satu sama lain
dan menjaga keharmonian bersama walaupun ada juga isu-isu yang sensitif ditimbulkan oleh
kumpulan ultra-nasionalis. (Mohd Roslan, Khadher Ahmad & Mohd Yakub, 2018)
Manakala di gambar 2 pula menunjukkan pola hubungan dan interaksi antara kaum dan
pasca PRU14 yang boleh dikategorikan sebagai ultra-pluralis. Kumpulan ini dikenali sebagai
kumpulan yang ekstrem kerana mereka memperjuangkan kesamarataan hak tanpa mengambil
kira perjanjian awal dalam kontrak sosial Ketika penubuhan negara Malaysia dan mengabaikan
peruntukan perlembagaan negara contohnya hak istimewa Melayu, Institusi Beraja dan
seumpamanya. Sama juga seperti perjuangan yang mencampuri urusan keagamaan orang Islam
dengan mengatasnamakan hak asasi dan membelakangkan tuntutan syariat, contohnya isu
menutup aurat, LGBT, dan sebagainya kerana boleh mencetuskan isu sensitif di kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia. (Mohd Roslan, Khadher Ahmad & Mohd Yakub, 2018)
Jelasnya sikap yang ekstrem ini telah mencabar kedaulatan perlembagaan negara dan
kesucian syariat Islam yang perlu ditangani secara tuntas kerana ia boleh menimbulkan konflik
yang parah dalam masyarakat dan mampu menjejaskan kestabilan politik negara dan
merosakkan keharmonian kaum dan negara. Di dalam fasa peralihan kerajaan yang lama ke
kerajaan yang baharu, isu kaum dan agama tetap saja masih menjadi bahan provokasi di setiap
pihak dalam menuntut hak dan kesamarataan antara kaum, agama dan jantina. Dengan
timbulnya isu sensitif ini, pola hubungan sosial yang harmoni antara kaum dan agama dalam
17
masyarakat majmuk di Malaysia bakal terwujud. Pengkaji telah memberikan beberapa kriteria
yang boleh diguna untuk menangani isu sensitif ini melibatkan komitmen bersama tiap pihak.
Ia tidak akan berjaya jika hanya sepihak sahaja yang berusaha untuk menanganinya sedangkan
satu pihak lagi giat melakukan provokasi bagi membakar api isu sensitif di dalam masyarakat
majmuk di Malaysia, antaranya adalah:
i. Saling Bertoleransi
Yang pertama adalah masyarakat perlu saling bertoleransi, contohnya tiap pihak perlu
berlapang dada dalam menangani perbezaan dalam sesuatu isu dalam masyarakat. Ini
kerana masing-masing berkeras dengan pandangan sendiri dan jurang perbezaan akan
makin besar dan membuatkan perpaduan makin sukar untuk direalisasikan. Antara isu
yang dinyatakan adalah berkaitan dengan hak keistimewaan Melayu dan Islam seperti
yang dinyatakan di dalam perlembagaan negara. (Mohd Anuar, 2012)
ii. Saling Menghormati
Yang kedua adalah saling menghormati, semasa berinteraksi dan mengemukakan
pandangan masing-masing perlu menghormati antara satu sama lain kerana tiap agama
ada batasan masing-masing perlu dijaga, contohnya dilarang menghina, mencemuh dan
mempermainkan agama dan stereotaip kaum lain. Maka ia perlu dielakkan dari campur
tangan bagi menjaga keharmonian bersama. Contohnya, dalam isu melibatkan pakaian
wanita muslim atau aurat atau perilaku menyimpang yang dilarang agama kerana ia
adalah isu yang melibatkan urusan orang Islam, dengan ini orang bukan Islam tidak
wajar untuk mencampurinya. (Mohd Anuar, 2012)
iii. Saling Bantu-Membantu
Yang ketiga adalah saling bantu-membantu, di mana dalam kehidupan masyarakat
majmuk, tiap pihak tanpa mengira kepercayaan agama dan kaum perlu saling bantu-
membantu dalam perkara kebaikan dan bersama mengatasi perkara yang boleh
mendatangkan keburukan. Tiap pihak perlu bekerjasama untuk menangani sekiranya
isu sensitif yang timbul boleh mengancam kesatuan dan perpaduan. (Mohd Anuar,
2012)
18
iv. Saling Berdialog Dan Berbincang
Yang akhir sekali adalah tiap pihak perlu saling berdialog dan berbincang, dalam
komunikasi masyarakat multikutural dan multireligius, dialog merupakan solusi yang
efektif bagi menangani isu yang timbul dalam masyarakat. Dialog sangatlah penting
dalam persefahaman antara pihak-pihak dan mengelakan perselisihan faham. Tanpa
dialog, komunikasi antara semua pihak akan menjadi pasif dan mendorong kepada
timbulnya prejudis dan prasangka antara kaum dan agama. (Mohd Anuar, 2012)
4.4 Isu Peralihan Dan Perebutan Kuasa Dan Kesan Terhadap Struktur
Pembangunan Dan Ekonomi Negara (Alya Afrinna Binti Rusdi)
4.4.1 Menganalisis Isu-Isu Peralihan Kuasa Dan Perebutan Kuasa Antara
Pemimpin
Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim pada awalnya merupakan kawan baik
ataupun dibawah satu kem iaitu Barisan Nasional (BN). Pada tahun 1998, Dato Seri
Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri dan ketika itu Perdana Menteri
ialah Tun Dr Mahathir tetapi pada tahun itu juga beliau telah memecat Dato Seri Anwar
Ibrahim dan menyebabkan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat yang dibantu oleh
isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Setelah tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat ini,
Anwar Ibrahim menjadi satu tokoh pembangkang yang sangat disegani sehinggalah
pada tahun 2018 Tun Dr Mahathir ketika itu menjadi mantan atau bekas Perdana
Menteri telah menyertai kem Dato Seri anwar Ibrahim untuk memulihkan Barisan
Nasional dibawah pemerintahan Dato Sri Najib.
Ketika PRU14 agak sengit dimana dua parti ini membuat agenda yang hebat
untuk memenangi majoriti dan keputusan memihak kepada Parti Pakatan Harapan
dibawah pemerintahan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir. Selepas menang PRU14
ini, Tun Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-7. Peralihan
Kuasa Perdana Menteri hanya boleh berlaku apabila Perdana Menteri meletakkan
jawatan atau meninggal dunia. Pada 24 Febuari 2018, Tun Dr Mahathir telah meletak
jawatan sebagai Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengangkat
sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-8 pada 1 Mac setelah mendapat perkenan Yang
Dipertuan Agong. Daripada pemerintahan Pakatan Harapan dan kemudiannya
dirampas oleh Perikatan Nasional. Peralihan kuasa membawa maksud pertukaran
pucuk pimpinan negara atau dalam erti kata lain ialah perubahan kuasa dan struktur
19
pentadbiran negara selepas tamatnya PRU yang dijalankan. (Norazam Mohd Nor,
2021)
4.4.2 Kesan Terhadap Struktur Pembangunan Dan Ekonomi Negara
Terdapat beberapa kesan yang menjejaskan negara boleh dibincangkan setelah Pilihan
Raya Umum 14 diadakan antaranya adalah:
i. Sektor Pelancongan Terjejas
Sektor pelancongan turut terjejas secara tidak langsung. Hal ini kerana
pelancong asing akan merasakan sesebuah negara itu tidak selamat untuk
dikunjungi akibat daripada pergolakan politik dalam negara tersebut. Ini boleh
menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi sector pelancongan yang akan
merugikan negara itu sendiri. Implikasi kemelut politik negara berbanding kos
mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU). Majoriti parti politik sebelum ini
mendesak supaya dilakukan pembubaran Parlimen dan diadakan PRU yang
dilihat oleh beberapa pihak sebagai satu pembaziran kepada kerajaan. (Goeldner
& Mclntosh, 2006)
Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi & Politik Universiti
Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata jika
keadaan politik negara dilihat sebagai tidak stabil oleh pelabur, ia akan
menjadikan ekonomi negara semakin teruk. Pemulihan ekonomi negara dan
meningkatkan keyakinan pelabur juga bergantung kepada keputusan pilihan
raya .Hala tuju ekonomi daripada kerajaan baharu yang bakal dibentuk juga
akan memainkan peranan dalam pemulihan ekonomi itu.
Penduduk di negara kita dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan
pelancong asing yang datang ke negara kita untuk mengetahui keadaan politik,
sosial, dan ekonomi negara mereka. Mereka pula akan mengetahui budaya serta
amalan yang unik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Contohnya,
amalan “rumah terbuka” yang diamalkan oleh segelintir rakyat negara kita.
Jadi, fitnah yang berkaitan dengan negara kita dapat dilenyapkan dan pelancong
asing yang datang ke negara kita juga akan bertambah. Jelaslah bahawa sektor
pelancongan dapat membantu dalam memupuk persefahaman antara
masyarakat sejagat.
20
Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan
kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara
atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara
sewenang-wenangya. Pihak kerajaan pula akan kehilangan kepercayaan rakyat
kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan
terganggu dan khususnya kerana ketidakstabilan politik yang terganggu.
Hubungan kerajaan dengan negara luar juga akan terganggu kerana keadaan
negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama. Contoh mudah
kerjasama serantau yang melibatkan ekonomi adalah kegiatan eksport dan
import.Ia memberi banyak kesan buruk terhadap ekonomi dalam sektor
pelancongan jika tidak mebuat keputusan yang sewajarnya untuk menstabilkan
ekonomi negara.Keselamatan dalam pelancongan sangat penting dalam
melindungi pelancong yang databg ke negara kita untuk melakukan sesuatu
dalam pelbagai aspek.(Kovari,Zimanyi,2010)
ii. Kehilangan Peluang Pelaburan
kesan kedua ialah kehilangan peluang pelaburan. Landskap politik negara yang
tidak stabil bukan sahaja mempengaruhi keyakinan pelabur malah menjejaskan
pelaburan mereka dalam negara ini. Jika keadaan politik negara dilihat sebagai
tidak stabil oleh pelabur, maka ia akan menjadikan ekonomi negara semakin
teruk. Contohnya kehilangan peluang pelaburan bernilai berbillion ringgit dan
belum lagi dikira kesan pengganda yang terlepas daripada segi penciptaan
peluang pekerjaan dan pembinaan infrastruktur baharu.
Gambar 11: Pasaran Saham Terjejas
Begitu juga apabila pasaran saham dan ringgit yang semakin
merundum dan ini juga membabitkan kos bernilai berbillion ringgit. Jika
21
ketisakstabilan ini tiada penyelesaian, ia akan menjejaskan prestasi dan
keyakinan pelabur. Ketidakstabilan ekonomi juga bergantung kepada struktur
politik yang memainkan peranan penting dalam negara. Salah satu kesan negatif
yang sangat rumit ialah ketidakstabilan politik ke atas ekonomi negara kerana
Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka bergantung kepada pelabur asing.
Pelabur luar menyelidik semula prestasi ekonomi negara kita untuk pelabur
membuat pelaburan untuk ekonomi Malaysia. Hal ini akan menyebabkan
pelabur goyah dalam membuat pelaburan dalam negara kita kerana ia
berhubungkait dengan kesan negatif oleh nilai mata wang. (Wan Ahmad, 2018)
Keadaan politik semasa yang tidak menentu juga menyebabkan
semua pelabur asing terus orang tertinggi dalam pasaran saham tempatan.
Semua pelabur perlu mengambil perhatian yang sangat berhati-hati dalam
membuat keputusan, pilihan raya salah satu kesan yang agak kucar kacir. Tanpa
ahli politik yang berintegriti, maka berlakulah amalan rasuah yang tinggi dalam
kalangan kita. Ini akan menyebabkan banyak masalah seperti ketidakpandaian
ekonomi, masalah kemiskinan dan sebagainya. (Sadiq Salihoddin, 2022)
iii. Kejatuhan Mata Wang Negara
Kesan daripada Pilihan Raya Umum juga akibat daripada kurangnya
pelabur asing yang melabur dinegara kita, ia akan memberi kesan terhadap
kejatuhan nilai mata wang negara. Ini juga menjadi spekulasi masalah politik
semakin meningkat, kadar mata wang tempatan samaada membuat penurunan
atau sebaliknya. Perubahan ini merangkumi semua aspek termasuklah
dari segi keupayaan kewangan negara oleh pemimpin untuk meneruskan
pembangunan. Sekiranya perubahan tidak menepati kriteria dan keadaan
struktur ekonomi semasa dan boleh menyebabkan kejatuhan nilai mata wang.
(Noor Aina Iman Amli & Wai-Yan Wong, 2021)
Nilai ringgit yang sangat memberi banyak kesan positif mahupun
negatif terhadap rakyat Malaysia dan luar negara. Apabila nilai mata wang
rendah, ia secara tidak langsung dapat menarik minat dan mengalakkan lebih
ramai pelancong datang ke negara ini. Ahli politik perlulah memberi dan
mengambil tindakan terhadap kejatuhan mata wang negara kerana ia memberi
impak yang sangat besar kepada negara jika berlaku rasuah dalam pelbagai
22
bentuk. Politik tidak stabil banyak menjejaskan kejatuhan mata wang negara
seperti kita tahu, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Rasullah melaknat
pemberi, penerima rasuah. (Hadis Riwayat Ahmad, 2022)
Gambar 12: Keratan Akhbar Perbicaraan Nilai Mata Wang
Landskap politik negara yang tidak stabil bukan shaja mempengaruhi
keyakinan pelabur malah menjejaskan pelaburan mereka, dengan itu kejatuhan
mata wang akan berlaku sekiranya struktur politik tidak berhati-hati dalam
menangani isu permasalahan dalam ekonomi negara kita dan ekonomi negara
kita akan jadi bertambah buruk. Akibat daripada kurangnya pelabur asing yang
melabur, maka ianya akan memberi kesan terhadap kejatuhan nilai mata wang
negara iaitu Ringgit Malaysia. (Hizbut Tahrir, 2019)
4.5 Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik (Gwyneth Lo)
Seorang pemimpin harus menjadi contoh yang baik bagi setiap anggotanya. Ciri-ciri
kepimpinan yang baik adalah mampu menginspirasi dengan gaya kepimpinan yang patut
diteladani. Seorang pemimpin harus memberikan dampak yang positif demi tercapainya
kinerja yang maksimum dan menunjukkan kemajuan ke arah yang lebih baik. (Zunaidah Hadi,
2019). Selain itu, menjadi seorang pemimpin, mesti menjadi seorang pengikut dahulu. Menjadi
suatu kerugian yang besar sekiranya kita terus menjadi pengikut sepanjang hayat. Ramai
pemimpin yang hebat sebenarnya bermula dengan menjadi seorang pengikut. Dengan ini,
untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat, perlu memiliki ciri-ciri seperti berikut:
i. Sikap Adil Dan Saksama
Ciri-ciri yang pertama adalah pemimpin perlu mempunyai sikap yang adil dan
saksama dalam semua yang dikendali olehnya termasuk adil terhadap semua
pengikut yang mengikutinya. Tanpa ada sikap adil dan saksama, tiada
23
pemimpin dapat mengekalkan pengikut setia dan menerima penghormatan yang
sepatutnya. Mereka pasti akan berpindah ke tempat yang lain sekiranya mereka
mengetahui pemimpin mereka tidak mempunyai sikap yang mulia. (Zunaidah
Hadi, 2019)
ii. Sikap Simpati Dan Memahami
Untuk menjadi pemimpin yang baik, pemimpin tersebut perlu mempunyai
perasaan simpati dan memahami terhadap rakyat dan juga pengikutnya.
Sebelum memahami perasaan rakyat, pemimpin perlu memahami keadaan atau
masalah yang dihadapi oleh para pengikutnya. Ini bagi memastikan komunikasi
antara dua pihak menjadi lebih mudah dan berkesan. Dengan ini, pemimpin
dapat merasakan perasaan dan keadaan yang dihadapi oleh rakyat dan bersama-
sama mencari penyelesaiannya untuk membantu rakyat. (Zunaidah Hadi, 2019)
iii. Sikap Mampu Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya
Pemimpin yang dihormati akan mengambil sikap bertanggungjawab atas
kesilapan atau kekurangan yang dimiliki oleh mana-mana pengikutnya.
Sekiranya ada pengikut yang membuat kesilapan maka ia juga merupakan
kesalahan pemimpin itu. Sekiranya pemimpin tersebut mengelakkan diri
daripada bertanggungjawab, maka jangka hayat kepimpinan mereka pasti
singkat. (Zunaidah Hadi, 2019)
iv. Sikap Disenangi Ramai
Pemimpin yang tidak berdisiplin, berperangai buruk dan suka mengambil
mudah tentang semua perkara tidak akan menjadi pemimpin yang baik ataupun
berjaya. Seorang pemimpin perlu menghormati pengikutnya dan juga rakyatnya
kerana seorang pemimpin memerlukan rasa hormat daripada pengikutnya.
Perasaan itu hanya dapat muncul bersama sekiranya nilai-nilai peribadi yang
dimiliki oleh seorang pemimpin dan rakyat juga berasa senang hati dengan
pemimpin yang memiliki keperibadian yang sangat tinggi. (Zunaidah Hadi,
2019)
24
v. Sikap Keberanian Yang Cukup
Akhir sekali sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin yang baik
adalah mempunyai keberanian yang cukup di mana pemimpin dapat
menyampaikan visi dan misi negara. Keberanian yang cukup berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diketahuinya. Jelas lagi, tiada
pengikut yang mahu diarah-arah oleh seorang pemimpin yang tidak mempunyai
keyakinan diri dan seorang yang penakut. Orang yang cerdik dan pandai menilai
sikap seseorang itu tidak akan bertahan lama di bawah pemimpin yang tidak
mempunyai ciri ini. Selain itu, rakyat juga akan berasa kurang yakin terhadap
pemimpin seperti itu untuk mengendali nasib negara. (Zunaidah Hadi, 2019)
25
5.0 CABARAN-CABARAN DALAM POLITIK (Athirah Nur Husna Binti Roslan)
5.1 Kepentingan Cabaran-Cabaran Dalam Politik
Semua wakil rakyat dalam negara Malaysia mempunyai peranan atau tugas yang amat penting
iaitu kepada masyarakat Malaysia dan juga kepada parti yang telah diwakilkannya. Tidak dapat
dinafikan juga bahawa akan wujud pelbagai jenis isu dalam parti yang boleh memberikan kesan
kepada pencapaian dan prestasi parti iaitu apabila tibanya musim pilihan raya. Oleh itu, sebagai
wakil rakyat yang cinta akan negara, mereka mestilah mampu untuk memikul tanggungjawab
atau amanah yang besar ini dalam menyelesaikan pelbagai konflik yang akan timbul serta
mestilah mampu untuk berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran yang akan dihadapi supaya
berkebolehan untuk membawa atau memberi kejayaan iaitu kepada parti yang dipimpinnya dan
juga negara Malaysia. Oleh itu, kemampuan dalam menyelesaikan cabaran yang dihadapi akan
menunjukkan kemahiran dan juga kualiti kepimpinan yang dimiliki oleh wakil rakyat tersebut.
(Malike Brahim, Fo’ad Sakdan & Musliza Mohamad, 2013)
Sudah terang lagi bersuluh, walaupun bersaing dalam arena politik bagi memperoleh
kuasa dan memerintah negara, parti-parti politik tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan pelbagai isu dan cabaran iaitu sama ada di peringkat dalaman mahupun juga luaran.
Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh parti politik ini akan menjadi satu tugas yang perlu dipikul
kepada barisan pemimpinnya untuk mendapatkan jalan penyelesaian demi kemakmuran
negara. Sebagai seseorang yang telah diberikan amanah dan berwibawa, wakil rakyat perlulah
menangani setiap jenis cabaran yang timbul dengan bersikap rasional, matang dalam
melakukan sesuatu perkara dan juga profesional. Oleh itu, jika wakil rakyat tersebut gagal
untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi iaitu bagi menyelesaikan
segala masalah dan cabaran yang dihadapi, ia akan memberikan gambaran kegagalan wakil
rakyat itu dan kepimpinan yang dimilikinya dalam parti politik. (Marshelayanti & Wan Asna,
2020)
5.2 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Dalam Politik
Cabaran-cabaran yang wujud dalam politik adalah boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti
faktor dalaman mahupun luaran. Jika cabaran yang dihadapi ini tidak dapat ditangani dengan
baik, maka ia boleh mewujudkan pelbagai implikasi iaitu kepada parti, pemimpin yang terlibat
dan juga bagi rakyat Malaysia. Di dalam negara Malaysia telah banyak timbulnya konflik dan
juga pergolakan yang dicetuskan oleh para pemimpin bersama ahli-ahlinya di mana sentiasa
26
cenderung untuk berpuak-puak berikutan oleh sikap perebutan kuasa dan juga jawatan yang
dipegang dalam parti. Keadaan atau sikap perebutan kuasa dalam parti ini boleh dikatakan
sebagai sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkara ini juga berlaku disebabkan oleh
matlamat yag terdapat di dalam diri masing-masing iaitu hanya untuk memegang kuasa dalam
parti. Ini juga akan lebih mendorong untuk wujudnya amalan politik wang iaitu kerana demi
cita-cita untuk memegang jawatan dalam parti supaya boleh dijadikan tiket untuk dicalonkan
di dalam pilihan raya serta berkebolehan untuk dilantik sebagai ahli kabinet. (Malike Brahim,
Fo’ad Sakdan & Musliza Mohamad, 2013)
Dengan ini, ia akan mewujudkan ancaman kepada parti. Apabila telah wujudnya
persaingan dan juga isu perebutan jawatan dalam parti, ia dapat mencetuskan perpuakan dalam
parti. Dengan ini juga, ia sudah pasti akan mendorong untuk berlakunya sesuatu perkara yang
dipanggil amalan politik wang di mana ianya akan menjadi perkara biasa apabila diadakan
pemilihan pucuk pimpinan parti untuk kepentingan diri dan isu gila kuasa. Oleh itu, ia akan
menjadi suatu masalah atau beban kepada pemimpin yang sedia ada iaitu termasuk wakil rakyat
dan ahli-ahli parti di mana mereka juga akan terpaksa memikul kesannya. Seterusnya, sudah
pasti akan wujudnya isu ahli-ahli parti memutuskan keputusan untuk keluar bagi meninggalkan
parti iaitu dengan menyertai parti lain atau mengambil keputusan untuk tidak menjadi ahli bagi
mana-mana parti. Hal ini berlaku disebabkan oleh mereka sudah mulai merasa bosan dan
kecewa dengan setiap perkara yang telah berlaku dalam politik ini. (Malike Brahim, Fo’ad
Sakdan & Musliza Mohamad, 2013)
Cabaran yang seterusnya pula adalah memastikan berlakunya kestabilan ekonomi iaitu
dengan memulihkan kembali ekonomi negara Malaysia supaya berada pada tahap atau
kedudukan yang baik. Ini juga mempunyai kaitan dengan kestabilan politik kerana dengan
ketidakstabilan politik sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan
seterusnya boleh menyukarkan kehidupan rakyat di Malaysia. Menurut Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob sepanjang setahun kepimpinannya sebagai Perdana Menteri ke-9 mengatakan bahawa
proses untuk memulihkan kembali ekonomi negara Malaysia iaitu disebabkan impak dari
pandemik COVID-19 adalah merupakan cabaran yang getir untuk dihadapi. Pemulihan
ekonomi ini bukanlah suatu perkara yang mudah apabila sektor ekonomi ini kembali dibuka
semula setelah arahan kerajaan untuk menutup semua sektor ekonomi iaitu selama dua tahun
ekoran dari sekatan pergerakan. Namun, beliau juga mengatakan bahawa berdasarkan kepada
pengumuman Bank Negara iaitu dari sudut Keluaran Dalam Negara Kasar menyatakan bahawa
Malaysia adalah merupakan antara negara terbaik di Asia Tenggara berbanding dengan kuasa
27
besar yang lain seperti negara Jepun, Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah.
Tambahan pula, kadar pengangguran di dalam negara telah berhasil diturunkan iaitu kepada
3.8 peratus dan kesan dari pemulihan ekonomi ini juga telah berjaya membuka lebih 400, 000
peluang pekerjaan iaitu kepada rakyat Malaysia. (Mohd Ridzauddin, 2022)
Selain itu, pengurusan isu atau masalah kesihatan mental adalah merupakan cabaran
besar yang perlu dihadapi iaitu dalam usaha untuk melandaikan keluk akibat wabak COVID-
19 di negara Malaysia ini. Menurut Datuk Seri Dr. Adham iaitu menteri kesihatan pada ketika
itu telah menyatakan permasalahan mengenai isu kesihatan mental adalah amat penting untuk
ditangani terutamanya dalam kalangan petugas barisan hadapan yang semestinya telah banyak
menyumbangkan khidmat kepada negara dan juga dalam kalangan rakyat Malaysia ini. Isu
kesihatan mental ini juga terjadi adalah disebabkan daripada pandemik yang melanda dan
seterusnya akan memberi kesan kepada psikologi manusia. Oleh itu, beliau telah menyatakan
bahawa strategi yang bersesuaian perlu diwujudkan untuk mengurus masalah mental kerana ia
adalah amat penting supaya dapat memecahkan kitaran ganas oleh wabak itu agar tidak
semakin berleluasa. Penyebaran maklumat palsu atau tidak benar serta segala khabar angin
yang telah disebarkan oleh masyarakat perlulah dihentikan kerana ia turut memberi kesan
kepada kesihatan mental masyarakat yang lain. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menyatakan
bahawa bidang kesihatan awam perlulah sentiasa konsisten dalam membuat penyebaran
hebahan yang tepat dan betul serta menyaring segera segala maklumat yang mengelirukan
sebelum sesuatu situasi menjadi lebih teruk. (Amree Ahmad, 2021)
28
6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN (Athirah Nur Husna Binti Roslan)
Secara keseluruhan, pembentukan kerajaan yang baik di dalam sesebuah negara terutamanya
negara Malaysia sendiri adalah amat penting dan sudah pasti serta tidak dapat dinafikan bahawa
ia semestinya menjadi tunjang harapan bagi setiap rakyat Malaysia untuk melihat kerajaan
yang dibentuk ini sentiasa amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara.
Seperti yang telah diketahui iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kerajaan Pakatan
Harapan telah berjaya membentuk kerajaan lalu memegang kuasa sebagai kerajaan pusat.
Tambahan pula, melalui kesan ini juga telah tercetusnya masalah ketidakstabilan politik iaitu
apabila berlaku pertukaran kerajaan pada masa yang singkat dan juga isu perebutan kuasa yang
dapat dilihat di kalangan pemimpin-pemimpin politik. (Zawiyah Mohd Zain, 2021)
Dari sini, telah hilangnya etika berpolitik dalam peradaban di mana sepatutnya etika
berpolitik ini adalah amat penting dan perlu dititikberatkan apabila seseorang yang perlu
memikul amanah untuk lebih mengutamakan akan kesejahteraan rakyat. Tidak dapat dinafikan
juga bahawa kestabilan politik yang baik adalah merupakan tunjang utama atau segala-galanya
dalam membangunkan negara Malaysia ini. Perkara ini perlulah diambil atau dijadikan iktibar
dan pengajaran demi kebaikan rakyat dan ekonomi negara ini sendiri. Ilmu yang mempunyai
kaitan dengan etika dan peradaban adalah penting untuk diketahui kerana ia mampu untuk
dijadikan sebagai panduan asas bagi setiap kejayaan peradaban setiap individu. Dengan ini,
pengajaran yang dapat dipelajari atau diperoleh dari sejarah perlulah dijadikan iktibar supaya
dapat membentuk negara yang lebih harmoni. (Wan Ahmad, 2020)
Seterusnya, peranan golongan belia adalah amat penting kepada kelangsungan politik
di Malaysia. Golongan belia ini juga semestinya tidak boleh disisihkan kerana tanpa mereka
ini, siapakah lagi yang akan meneruskan legasi pentadbiran negara demi menuju negara
Malaysia yang harmoni pada masa akan datang. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana
terdapat kesedaran berpolitik yang masih berada pada tahap yang rendah iaitu dalam kalangan
belia yang majoritinya tidak mengambil tahu tentang keadaan negara pada masa kini. Hal ini
perlulah diatasi dengan sebaiknya kerana kumpulan ini adalah amat penting kepada negara
disebabkan oleh kemampuan mereka sendiri dalam penentuan keputusan pilihan raya. Oleh itu,
terdapat beberapa cadangan atau usaha dalam mendekati kumpulan belia ini agar tidak berlaku
akan isu keterpinggiran belia. Ia juga perlulah dilakukan secara konsisten dan semestinya ia
bukan hanya sebagai rutin apabila musim pilihan raya telah tiba. (Mahaizura Abd Malik, 2022)
29
Antara cadangan yang dapat dilakukan adalah pertama iaitu pihak bertanggungjawab
seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan pihak universiti ini sendiri perlulah
mengambil peranan untuk mewujudkan taklimat mengenai kepentingan pilihan raya kepada
mahasiswa di setiap universiti bagi meningkatkan lagi akan kesedaran berpolitik dalam
kalangan mereka. Mahasiswa atau golongan belia ini perlulah menggunakan hak ini untuk
mengundi kerana tidak dapat dinafikan lagi, undi mereka ini boleh menentukan parti yang
layak untuk membentuk kerajaan yang harmoni. (Angie Tan, 2022)
Cadangan yang seterusnya pula adalah pihak bertanggungjawab boleh menggunakan
media sosial sebagai tempat untuk menyampaikan pengiklanan mengenai pilihan raya ini
kerana golongan belia pada masa kini akan membawa telefon pintar yang dimiliki oleh mereka
ke mana-mana sahaja. Dengan menyediakan bahan pengiklanan yang berbentuk infografik di
mana ianya mudah untuk difahami adalah amat sesuai dengan jiwa golongan muda pada masa
kini. Justeru itu, maklumat mengenai kepentingan pilihan raya dapat diperoleh dan difahami
dengan baik oleh golongan belia pada masa kini agar kerajaan yang amanah dan
bertanggungjawab dapat dibentuk di dalam negara Malaysia. (Angie Tan, 2022)
Oleh itu, pembentukan kerajaan yang baik melalui pilihan raya di dalam negara adalah
amat penting supaya negara Malaysia sentiasa harmoni dan kesejahteraan rakyat juga sentiasa
diutamakan. Akhir sekali, penulis amat berharap agar kertas kerja yang telah dilaksanakan ini
dapat memberi pelbagai informasi yang berguna kepada setiap individu mengenai tajuk
Kesedaran Politik Rakyat Malaysia Pasca PRU-14 Dan Hubungannya Dengan Etika Berpolitik
Dalam Pelbagai Peradaban. Semoga segala nilai-nilai murni dan perkara yang baik ini dapat
diambil dan diterapkan di dalam diri setiap individu manusia.
30
7.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
Zain, Z. (2021). Budaya politik masyarakat Melayu: Satu analisis. Malaysian Journal of
Society and Space, 17(1), 297-311.
Brahim, M., Sakdan, F., Mohamad, M. (2013). Peranan wakil rakyat dalam parti politik: isu
dan cabaran. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy, 40(1), 91-115
Ridzauddin, M. (2022, Ogos 21). Cabaran Stabilkan Politik, Ekonomi. Kosmo. Diambil Ogos
21, 2022, dari https://www.kosmo.com.my/2022/08/21/cabaran-stabilkan-politik-
ekonomi/
Ahmad, A. (2021, Ogos 13). Isu Kesihatan Mental Jadi Keutamaan Cabaran Covid-19. Utusan
Malaysia. Diambil Ogos 13, 2021, dari
https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2021/08/isu-kesihatan-mental-jadi-
keutamaan-cabaran-covid-19/
Mohd Roslan, Khadher Ahmad & Mohd Yakub. (2018). Penyelidikan Serantau Islam Dan
Alam Melayu: Pendidikan, Kewangan, Kehartaan, Kenegaraan Dan Isu Kontemporari,
18(1), 5-10.
Shafiqolbu. (2013, April 18). Menjaga Adab-Adab Muslim Semasa Kempen Pilihanraya.
https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/04/28/menjaga-adab-muslim-semasa-kempen-
pilihanraya/ diakses pada 28 November.
Yadim. (2018, April 9). Kempen Ikut Cara Islam. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
https://www.yadim.com.my/v2/kempen-ikut-cara-islam/ diakses pada 25 November.
Norrasyidah Arshad. (2019, Febuari 7) Bongkak Punca UMNO Kalah – Mohamad Hassan
Harian Metro. https://wwwhmetro.com.my/mutakhir/2019/02/420639/bongkak-punca-
umno-kalah-mohamad-hassan diakses pada 17 November.
Awang Besar, Junaidi. (2019, Nov 25)“Perubahan Politik Dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
Ke-14, 2018 Di Malaysia.” Malaysian Journal od Society and Space, vol. 15, no. 4.
Abdullah, Amirah Ruzanah, et al. (2022, Sept 17), “UMNO Dan Politik Identiti Pasca PRU-
14, 2018-2022.” Jurnal Wacana Sarjana, vol. 6, no. 4.
31
Hizbut Tahrir Malaysia. (2018, February). Definisi Politik Menurut Islam. Hizbut Tahrir
Malaysia. https://mykhilafah.com/definisi-politik-menurut-islam/ diakses pada 18 Nov.
AZMI YUSOF. (2021, August 14). Kewajipan berpolitik dalam Islam. HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/14/kewajipan-berpolitik-dalam-islam/
diakses pada 17 Nov.
Zaid Adhar. (2020, January 31). Islam dan politik. HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/31/islam-dan-politik/ diakses pada 17 Nov.
FBS MARKETS INC. (2018, August 21). Peristiwa politik dan matawang. FBS. https://ms-
brokerfbs.com/analytics/tips/currency-market-and-politics-any-correlations-11270
Hizbut Tahrir Malaysia. (2019, May 26). Punca Kejatuhan Nilai Ringggit. Hizbut Tahrir
Malaysia. https://mykhilafah.com/punca-kejatuhan-nilai-ringggit/ diakses 29 Nov.
KEPENTINGAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI. (n.d.).
https://www.ikma.edu.my/images/dokumen/penerbitan/demensi/demensi-koop-45/45-
5.pdf diakses pada 25 Nov.
Ciri-Ciri Utama Yang Perlu Ada Pada Seorang Pemimpin - ZUNAIDAH HADI. (2019,
October 20). ZUNAIDAH HADI. https://zunaidahhadi.com/ciri-ciri-utama-yang-perlu-
ada-pada-seorang-pemimpin/ diakses pada 19 Nov.
Ellyanis, N., Basori, M., & Awang Besar, J. (2020). POLITIK BELIA DAN PILIHAN RAYA
UMUM KE-14 DI MALAYSIA (Youth Politics and 14th General Election in
Malaysia). 17(7), 1823–1884. http://journalarticle.ukm.my/16987/1/41589-133054-1-
SM.pdf diakses pada 1 Dis.
Awang Besar, J. (2019). Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di
Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 15(4).
https://doi.org/10.17576/geo-2019-1504-16 diakses pada 30 Nov.
32