HADIS: PENGHARAMAN RASUAH RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA PENDIDIKAN ISLAM A06401 NAMA PENSYARAH:PUAN ZARIAH BINTI ZAINUDDIN
AHLI KUMPULAN DARWISYAH INSYIRAH BINTI DARMA 060627010072 K531LBAK004 NUR HANIS SOFEA BINTI HISHAM 060524011208 K531LBAK013 NURUL AHADIYAH BINTI MADAN TAMANG 060913011324 K531LBAK018 SYAHMIFIKRI BIN ROSLAN 060514100637 K531LBAK024
Rasuah adalah perbuatan atau tindakan yang menyalahi undang-undang apabila dilakukan dengan niat mendapatkan pertolongan dengan pemesraan dan mendapat faedahnya adalah diri sendiri. Rasuah adalah salah satu penyalahgunaan kuasa dan jalan pintas untuk seseorang mengecapi kehidupan mewah ataupun ingin kaya dalam masa yang singkat. Selepas itu, orang yang mempraktikkan budaya ini dengan kerap ia akan mendapat kesan yang buruk terhadap dirinya dan beliau hanya memikirkan keuntungan terhadap diri sendiri sahaja. Malahan, mereka kurang menghayati nilai-nilai murni dan nilai-nilai akhlak yang baik akan hilang.Rasuah juga dikatakan berpunca daripada pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dalam pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Jadinya, perbincangan mengenai rasuah sangat penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk, duit kopi, makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendah persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan rakyat negara terbabit dalam melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yangt terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah bahawa, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai implikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya. PENGENALAN RASUAH
HHAADDIISS RRAASSUUAAHH Maksudnya : “ Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) mendefinisikan rasuah sebagai perilaku penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Rasuah juga merupakan tindakan tidak jujur atau penipuan oleh mereka yang berkuasa. Rasuah menawarkan, memberi atau menerima apa-apa yang bernilai dengan tujuan untuk mendorong seseorang untuk bertindak atau memberi penghargaan kepada seseorang kerana telah bertindak. APA ITU RASUAH ?
Pemberi: Seorang pemimpin atau calon merasuah rakyatnya dengan duit atau harta untuk tujuan mengundi beliau menjadi pemimpin. Penerima: Seorang anggota polis menerima wang daripada seseorang jenayah yang salah untuk melepaskan diri daripada terkena denda atau penjara. CONTOH RASUAH WANG UNDI Pemberi: Ali memberi wang sebanyak RM20 kepada Haziq supaya beliau tidak melaporkan kepada guru kaunseling bahawa Ali membuli Haziq untuk menyiapkan kerja sekolah. Penerima: Seoraang pelajar menerima rasuah daripada sang kawan untuk mengundi beliau menjadi ketua kelas Penerima: Alif menerima jawatan setiausaha dalam majlis perwakilan pelajar daripada guru yang rapat dan baik dengan Alif sepanjang berada di kolej. Pemberi: Seorang majikan memberi jawatan tinggi kepada Hazim sebagai hadiah kerana telah membantu dalam sesuatu perkara. JAWATAN Penerima: Aisyah menerima bonus daripada kawan sepasukan kerana telah membantu beliau untuk menyimpan rahsia yang besar daripada majikan. Pemberi: Seorang bos dalam syarikat memberi kepada seorang pekerja sahaja untuk bekerja lebih masa. BONUS
Pemberi: Asilah memberi rasuah kepada Atan untuk meluluskan projek besarbesaran yang bernilai jutaan. Penerima: Anis menerima hadiah daripada Haziq , kemudian beliau melakukan perkara itu atas suruhan Haziq. CONTOH RASUAH HADIAH PERKHIDMATAN Pemberi: Haziq memberi hadiah berbentuk jam kepada Anis kawan sekerjanya untuk memujuk hati kekasih hati yang merajuk sehingga ia memaafkan Haziq dengan setulus hati. Penerima: Atan menerima rasuah untuk meluluskan projek dengan menggunakan orang dalaman dalam proses yang singkat. Penerima: Halimah menerima upah daripada kawannya atas sebab belikan air di kedai kerana kawannya malas untuk beli air. Pemberi: Hafiz memberi upah kepada kawannya untuk menyiapkan kerja sekolahnya yang tidak siap . UPAH Penerima: Ali menerima diskaun pada projek besar menggunakan orang dalman untuk dapatkan harga yang murah. Pemberi: Penjual baju memberi diskaun yang sangat besar pada baju yang dibeli oleh kawan sekolah lama beliau walaupun itu bukan haknya. DISKAUN
PUNCA-PUNCA RASUAH Sistem penguatkuasaan undang-undang yang lemah Sistem penguatkuasaan undang-undang yang lemah boleh menyebabkan aktiviti rasuah berleluasa. Ketiadaan hukuman yang berat dapat menyebabkan individu yang terlibat dalam rasuah merasa bebas dari sebarang tindakan undang-undang. Budaya toleransi terhadap rasuah Apabila masyarakat menerima rasuah sebagai norma atau beranggapan bahawa tiada pilihan atau jalan lain, perkara tersebut akan menjadi satu tabiat bagi seseorang induvidu dan perkara tersebut sukar ditinggalkan dariapda diri sendiri Kurang didikan agama Ibu bapa kurang memberi didikan agama sehingga anak mereka mampu melakukan sesuatu jenayah seperti rasuah kerana tidak mengetahui betapa kejinya perbuatan tersebut di sisi agama islam
KEBURUKAN RASUAH Meninggikan kos dan saraan hidup kerana harga barang dan perkhidmatan dinaikkan bagi menampung kos barang penjual Rasuah dapat menghancurkan kepercayaan antara ahli keluarga kerana hilangnya maruah ahli keluarga dan kekecewaan yang mendalam. Rezeki yang tidak halal kerana mendapat keuntungan dengan cara tidak adil Dan merugikan orang lain MASYARAKAT KELUARGA DIRI NEGARA Maruah negara runtuh di mata dunia dan dipandang rendah oleh negara lain.
HUKUMAN PESALAH RASUAH DI MALAYSIA MEMINTA/MENERIMA RASUAH [ Seksyen 16&17 (a) ASPRM 2009 ] MEMBERI SUAPAN [ Seksyen 17 (b) ASPRM 2009 ] [ Seksyen 18 ASPRM 2009 ] SALAH GUNA KUASA [ Seksyen 23 ASPRM 2009 ] MENGEMUKAKAN TUNTUTAN PALSU Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara. Mana-mana orang secara rasuah menawar/memberi satu suapan kepada pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal pegawai awam tersebut. Mana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (resit, invoice) yang mempunyai butiran palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipal (pejabatnya). Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
HUKUMAN PESALAH RASUAH DI MALAYSIA Hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. HUKUMAN BAGI 4 JENIS KESALAHAN RASUAH:
CARA-CARA MENJAUHI RASUAH Pelaksanaan undang-undang dan hukuman yang tegas Badan Kehakiman Negara perlu memastikan perbicaraan yang melibatkan rasuah dilaksanakan dengan pantas dan adil supaya pelaku rasuah tidak bebas untuk memutarbelitkan kenyataan dan mengubah salah laku mereka Peningkatan kesedaran dalam pendidikan. Kesedaran dalam pendidikan mengenai rasuah perlu ditingkatkan melalui program pendidikan, kempen kesedaran awam, dan penyampaian maklumat yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Ini penting untuk membentuk sikap dan nilai-nilai yang menolak rasuah.
CARA-CARA MENJAUHI RASUAH Penguatkuasaan undang-undang yang tegas Penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan adil terhadap rasuah adalah penting. Institusi penguatkuasaan perlu dilengkapi dengan kekuatan dan kebebasan untuk menyiasat dan mendakwa individu yang terlibat dalam rasuah. Menawarkan gaji yang bertepatan dan bermaruah untuk semua ahli masyarakat. Jika kita mempunyai sumber kewangan yang cukuk untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga yang berkeinginan untuk menerima rasuah pasti dapat dielakkan.
1 PENGAJARAN HADIS 2 3 Umat islam mestilah mengetahui azab yang diberi oleh Allah SWT kepada penerima dan pemberi rasuah di akhirat kelak sekiranya tidak bertaubat dan insaf. Kita mestilah menyedari bahawa rasuah boleh mendatangkan kesan buruk kepada diri, masyarakat dan negara. Kita mestilah memperkuatkan integriti masyarakat dalam aspek penharaman rasuah dengan menegaskan nilai-nilai kejujuran, keadilan, dan etika dalam interaksi sosial.
KERATAN AKHBAR Harian Metro, 20 Januari 2021 Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) disyaki menerima sogokan sekurang-kurangnya RM 200,000 bagi melepaskan kontena muatan daging kerbau sejuk beku daripada pembekal tidak diiktiraf sejak 2017. Setiap pegawai Maqis menerima diantara RM 1,000 hingga RM 5,000 bagi setiap kontena yang dilepaskan. Sogokan yang diterima berdasarkan pangkat yang dijawat pegawai terbabit.
KERATAN AKHBAR Utusan Malaysia, 3 November 2020 Pada Oktober - November 2018 tuduhan pertama dikenakan ialah meminta suapan 25 peratus daripada nilai tuntutan Million Progain Sdn Bhd dan Trylah Sdn Bhd kepada Apigate Sdn Bhd dengan memberikan credential+ penggunaan perkhidmatan mobile payment melalui kaedah DCB flow. Pada Disember 2017 - Jun 2020 tuduhan kedua hingga ke21 menerima rasuah keseluruhan RM 2.8 juta daripada individu sama melalui perkhidmatan mobile payment melalui kaedah DCB flow kepada Million Progain Sdn Bhd bagi mencadangkan Skytrees Sdn Bhd melaksanakan kerja-kerja pembekalan perkhidmatan Axiata Customer Support Managed Services dan Axiata MIFE Billing Managed Services.
KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 16 FEBRUARI 2023 Tiga induvidu terdiri dariapda pengarah syarikat di syaki terlibat dengan penerimaan rasuah sejumlah RM15,000,000 bagi mendapatkan projek pembinaan pangakalan di pahang. Mengikut sumber, ketiga-tiga suspek tersebut berumur di antara 40 hingga 50 tahun Dan telah ditahan pada 8:30 kemarin selepas hadir untuk memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM. Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 16 iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
TERIMA KASIH