Aspek-aspek yang memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum dan cara menghindarinya NAMA PENSYARAH : PUAN RAHIMAH BINTI HALIM & ENCIK MOHAMMAD RUSDAN BIN HASSAN
1) Ainaa Elisya Binti Mohamad (17DDT22f2015 ) 2) Izatul Iman Jasmin (17DDT22f2026 ) 3) Nur Syafiqah Binti Mohammad Shah (17DDT22f2009 ) 4) Ainul Amni Binti Ismail (17DDT22f2007 ) SIDANG EDITOR DISEDIAKAN OLEH:
No. Tajuk MUka Surat 1. Pendahuluan 4 2 CABARAN YANG MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM: 5 -9 3. Langkah-Langkah Mengelakkan Masalah Hubungan Masyarakat Berbilang Kaum 10 - 11 4. SENSITIVITI AGAMA DALAM HUBUNGAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA 12 5. SENSITIVITI AGAMA YANG DIBANGKITKAN DALAM MASYARAKAT 13 6. sebab perpecahan kaum 14 -18 7. Cara menghindari masyarakat berbilang kaum berpecah belah 19 -22 8. KESIMPULAN 23 'Isi Kandungan'
Negara Malaysia adalah negara yang terdiri dengan budaya dan adat resam serta kaum dan bangsa yang pelbagai. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.Secara praktis amat sukar menyatupadukan kaum berbeza agama, budaya dan cara hidup. Oleh itu, kami akan mengetengahkan tentang aspek-aspek yang memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum dan cara menghindarinya . Pendahuluan
ASPEK-ASPEK YANG MEMECAHBELAHKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM Tidak Memahami Budaya dan Adat Resam Kaum Lain Proses Sosialisasi yang Terhad Rintangan Mentaliti Prasangka CABARAN YANG MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM: 1. 2. 3. 4.
Apayangkita semuaketahui dinegarakita mempunyaipelbagai budaya danadat resam utama sesuatukaum, misalnya HariRaya Aidilfitri dan Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali dansebagainya. Tetapi tanpakita sedarkitahanya sekadar "mengetahui" dan"memahami". "Tahu " tidak semestinya "faham" , dan"faham" tidakakan wujud tanpa "tahu " terlebih dahulu. Kita sebagai rakyat Malaysiayang berbilangkaum perlu memahami budaya danadat resam kaum ini. Jikaperkara ini berjaya diwujudkan,kita akan menjadi lebih bertolakansur sesamakaum danlebih bertoleransi danhasilnya ialah, akan mewujudkanperpaduankaum yangjitu. Tidak Memahami Budaya dan Adat Resam Kaum Lain
Mengapakah proses sosialisasi ini menjadi cabaran dan punca berlakunya perpecahbelahkan masyakarat kaum di negara kita? Hal ini berlaku di sebabkan kaum kaum di Malaysia sering dibesarkan dalam persekitaran kaum masing-masing sahaja. Proses sosialisasi primer ini amat mudah untuk difahami dan diterima. Contohnya, Ibu bapa Melayu pastilah akan membesarkan anak-anak mereka supaya menjadi Melayu bila dewasa kelak. Begitu juga dengan ibu bapa Cina, India dan lain-lain kaum. Proses Sosialisasi Yang Terhad
Rintangan Mentaliti Rintanganini lebih bersifatpsikologi, iaitu perkara-perkarayang mempunyaikaitan dengan persepsi dantingkahlakuyang mempunyaihubung kait denganjiwa dan minda. Dalam konteks ini, persepsi satukaum yangtidaktepat atausalah terhadapsuatukaum yanglain boleh menjejaskan hubungan danperpaduanantarakaum. Pembentukanpersepsiyangtidaktepat atausalah iniperlu dijauhi, Jikaperselisihanfaham antara kaum ingin dielakkan.
Kebanyakkan masyarakat di Malaysia didapati mempunyai sifatprasangka antara satusama lain. Disebalikperkataan prasangka ia bermaksud tanggapanyang dilemparkan olehsesuatukaum terhadap kaum laintanpausulperiksa dan buktiyang kukuh. Prasangka adalahsalahsatusikap negatif dan menjadipuncakeharmanian negara ituhilang. PRASANGKA
Langkah-Langkah Mengelakkan Masalah Hubungan Masyarakat Berbilang Kaum 1) MEMPERBAIKI DASAR PENDIDIKAN NEGARA UNTUK MEMBANGUNKAN EKONOMI KAUM • Dasar Pendidikan negara perlulah dirancang dan dilaksanakn dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan datang terutamanya dalam bidang ekonomi. • Dari sudut ekonomi ini,jurang ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara ini yang menyulitkan kerajaan untuk mencapai agenda perpaduan. • Dari sudut pendidikan, pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat dihilangkan dengan menilai sama ada berjaya atau tidak dengan matlamat atau insiatif kerajaan,ianya boleh dilihat dari sudut kejayaan dengan mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum dan kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi. 2) MENJADIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI PANDUAN • Pematuhan terhadap peraturan,undangundang dan rukun negara, menunjukkan kita bersedia bersikap adil terhadap kaum lain dan menghormati amalan dan kepercayaan mereka serta hak mereka untuk hidup di negara ini. Kita perlulah menunjukkan bahawa kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Hal ini akan mendorong kita untuk lebih bersikap bertolak ansur dan cuba memahami hak kaum lain. Kita tidak akan memperjuangkan hak untuk kaum kita semata-mata dengan menindas atau membelakangkan hak yang sepatutnya turut diterima kaum lain. Kita juga akan sentiasa bersedia untuk berkongsi dalam sesuatu perkara yang dibenarkan oleh budaya kita tanpa mengorbankan prinsip undang-undang dan keadilan selaras dengan prinsip rukun negara.
3) MEDIA MASSA MEMBERI PENDEDAHAN KEBUDAYAAN DALAM PELBAGAI ETNIK Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Media massa ini pula perlu peka dalam menyampaikan sesuatu dasar, lebihlebih lagi jika isu tersebut menyentuh isuisu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar. 5) BERSIKAP KEKITAAN Dalam kehidupan seharian, kita hendaklah menunjukkan keikhlasan kita dalam menjalin hubungan dengan jiran dan anggota masyarakat yang berbeza warna kulit, kebudayaan dan agama. Dengan mengamalkan sikap kekitaan sesama kita, kita sebenarnya mewujudkan satu suasana hidup yang baik dan boleh menguntungkan kita semua di samping dapat memelihara soal keselamatan hidup setempat. Kesediaan kita dalam mengamalkan sikap kekitaan ini akan menjadi contoh yang baik kepada generasi muda hari ini dan mereka juga akan terdorong untuk mengamalkannya. Hal ini tentunya akan dapat menjalin semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. Lama kelamaan benteng prasangka dan prejudis yang bersarang di dada kita tentunya dapat dirobohkan 4) BERSIFAT SETIA DAN CINTA AKAN NEGARA Setiap daripada kita hendaklah berbangga menjadi rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, bahasa dan kepercayaan. Semua rakyat perlu mempertahankan nama baik negara dan berusaha untuk mengharumkan nama negara. Dengan memiliki sikap berbangga sebagai rakyat Malaysia, kita akan sentiasa berusaha mengekalkan hubungan kita dengan rakyat Malaysia yang lain, walaupun berlainan kaum, kebudayaan dan kepercayaan. Pendek kata, sikap ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ perlu diamalkan dan dijiwai sepenuhnya.
SENSITIVITI AGAMA DALAM HUBUNGAN MASYARAKAT PEKBAGAI KAUM DI MALAYSIA Kepelbagaian agama, perbezaan bahasa, pengkhususan ekonomi, seni bina kediaman, hala tuju politik dan sebagainya merupakan lambang pengenalan kepelbagaian kumpulan etnik yang terdapat di Malaysia. Mengikut pandangan Furnivall (1948). Konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari segi ras dan etnik itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah berlaku. Beliau menjelaskan bahawa mereka bergaul tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan berpegnag kepda agama, budaya, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. AGAMA DAN KONFLIK PERPADUAN KAUM Kewujudan kepelbagaian agama merupakan satu fitrah yang perlu diterima oleh semua makhluk ciptaanya serta ini adalah sebahagian daripada lambang Malaysia sebagai negara yang mengamalkan masyarakat majmuk. Menurut Golam W. Choudhury (1993) mengatakan elemen agama sendiri bukan penyelesaian masalah kepada kepelbagaian agama dan bangsa dalam sesebuah negara sebagaimana sesebuah masyarakat daripada jahil kepada lebih bertamadun. Ini dibuktikan dalam sejarah kegemilangan tamadun islam itu sendiri, malah peranan agama dimanfaatkan seperti negara China dalam memajukan dinasti mereka. Bagi Khoo (2007), beliau menegaskan bahawa agama tetap merupakan faktor yang sedikit sebanyak merenggangkan hubungan antara etnik. Justeru itu, agama tetap merupakan suatu aspek kehidupan penduduk malaysia yang sangat sensitif. Isu negara islam, hukum hudud, laungan azan, penggunaan nama Allah dalam Bible versi bahasa melayu, tanda halal pada makanan dan premis perniagaan, perebutan mayat saudara baru dan sebagainya memberi impak yang berpanjangan terhadap perspektif dalam kalangan masyarakat cina di malaysia. Sejarah Malaysia menunjukkan aspek politik dan isu ekonomi yang menjadi asas kepada konflik antara melayu dan bukan melayu dalam masyarakat di malaysia. Kajian yang dijalankan ini melihat sensitiviti agama merupakan satu faktor yang mempengaruhi berlakunya konflik dalam masyarakat yang berbilang kaum khususnya di negara kita malaysia.
c Sensitiviti agama yang dibangkitkan dalam masyarakat pada masa kini amat dibimbangi oleh semua kaum kerana konflik atau isu-isu yang menyentuh kesucian agama terutama agama islam boleh mendatangkan perbalahan antara mereka.Perlembagaan Malaysia menggariskan bahawa agama rasmi negara Malysia adalah islam. namun, penganut agama yang lain dibenarkan untuk mengamalkan ajaran agama masing- masing dalam kesejahteraan dan keharmonian. Selain itu, juga menyatakan bahawa setiap warganegara adalah bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Dengan itu, konflik antara penganut yang berlainan agama tidak akan berlaku. Namun, walaupun telah digariskan dalam perlembagaan, konflik antara agam turt berlaku dalam masyarakat tidak kira isu yang dibawa oleh penganut bukan islam mahupun penganut islam tersebut.
gejala rasuah SEBAB PERPECAHAN KAUM Gejala rasuah sudah menjadi punca utama dalam perpecahan kaum di Malaysia sejak dahulu lagi. Justeru, media perlu memainkan peranan dalam menghapuskan gejala rasuah dan mengembalikan menyatukan perpaduan masyarakat. "Saya membesar dengan persekitaran yang berbilang bangsa. Apabila saya ke Kuala Lumpur, hubungan antara bangsa dan agama makin jauh. Dulu kita tiada masalah perkauman tetapi sepanjang 40 hingga 50 tahun lepas, masyarakat sudah tidak percaya antara satu sama lain kerana orang politik sudah menghancurkan negara. Mereka melakukan sentimen ini menyebabkan kita sudah rasa jauh antara satu sama lain. Hasilnya, negara makin teruk, ekonomi juga makin merundum. Malahan orang atasan makin rakus." Pengerusi Kumpulan karangkraf - datuk dr hussamuddin Gerakan Rasuah Busters yang diperkenalkan adalah untuk menyedarkan rakyat bahawa rasuah telah mendatangkan kesan yang buruk kepada negara. NURUL SYAFIQAH perpecahan kaum
Bagi menangani masalah itu, semua media perlu memainkan peranan dengan menajdi gelombang yang sangat besar untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Melalui kempen besar - besaran dapat menyedarkan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa mahupun agama dan mengembalikan nilai moral bangsa. NURUL SYAFIQAH perpecahan kaum Penglibatan masyarakat juga memainkan peranan penting dan tidak berharap kepada jawatankuasa pusat semata - mata.
ISU SENSITIF ANCAM KESELAMATAN medi a sos i a l P E R K A U M A N Wujud senimen yang tersebar di media sosial yang boleh mengancam keselamtan negara. Perkara yang sering dilakukan oleh pengguna WhatsApp dan media sosial adalah menularkan perkara yang boleh mencentus kebencian atau rusuhan. Apatah lagi jika ia menyentuh pertelingkahan dan perbezaan pandangan antara kaum dan agama. Media sosial dijadikan gelanggang menyemai kebencian dan mewujudkan prasangka dan amarah. Pihak yang menyebaarkan kandungan sensitif 3R iaitu perkauman (Race), agama (Religion) dan institusi diraja (Royalty) semakin menjadi - jadi. Isu ini merupakan perkara yang sensitif dan boleh menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum dan agama. Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat elbagai kaum, memahami Perlembagaan tidak dipersoalkan. Namun, ramai yang tidak memahami sejarah Perlembagaan dan isi kandungan terutamanya perkara senstif menyebabkan masyarakat tinggal dengan prasangka. Lebih merbahaya jika melibatkan prejudis antara kaum yang boleh mencetuskan pelbagai perkara negatif.
perang media Isu - isu sensitif membabitkan agama, kaum, hak keistimewaan dan institusi diraja di negara ini mampu menyumbang kepada perpecahan. Malah, isu ini juga lah yang menjadi bahan dan sasaran pihak tertentu merekrut anggota pengganas negara ini. Pendekatan yang digunakan tampil dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Walaupun tidak berbentuk kekerasan atau mengangkat senjata seperti pisau, senapang dan sebagainya, tetapi muncul dalam bentuk perang media. Pendekatan propaganda dan strategi memenagi hati kumpulan sasaran media sosial boleh mempengaruhi sesiapa sahaja yang terdedah dengan maklumat berkaitan. Isu sensitif terutamanya membabitkan perkauman. Oleh itu, perlu ditegaskan, jangan wujud sebarang pihak di negara ini, yang cuba mengeksploitasi isu agama, perkauman, hak - hak istimewa dan institusi diraja. Perkara ini akan memberi ruang dan peluang pihak atas untuk mencetuskan pergaduhan dan menyemarakkan aktiviti mengganas dan mencetuskan serangan . Ini kerana, hasil risikan dan maklunat suspek kumpulan militan Negara Islam (IS) yang ditangkap oleh pihak keselamatan sebelum ini, mendapati wujud cubaan untuk melancarkan serangan susulan isu - isu perkauman dan agama yang dipermainkan. NURUL SYAFIQAH perkauman
NURUL SYAFIQAH LAYANAN YANG BERBEZA - BEZA Perkara ini berlaku disebabkan penjajah dan pemerintahan British terhadap Tanah Melayu. Dasar yang diperkenalkan oleh Bristish pada masa itu, adalah dasar "pecah dan perintah" telah sedikit sebanyak menjadi penyumbang berlakunya konflik antara etnik di Malaysia pada masa sekarang. Hal ini telah mewujudkan jurang antara kaum. British telah meletakkan kaum cina di bandar - bandar dan menguasai ekonomi dengan menjalankan perniagaan dan sebahagian dari mereka di lombong - lombong. Pelbagai Kaum Perkauman Kaum India diletakkan di kawasan - kawasan ladang - ladang untuk pembangunan tanaman seperti getah. Manakal orang Melayu diletakkan dikawasan kampung - kampung dengan niat untuk memundurkan orang Melayu. Ditambah pula dengan penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan lahirnya prasangka buruk terhadap kaum mencetuskan peristiwa seperti "Peristiwa 13 Mei 1969"
Cara menghindari masyarakat berbilangkaum berpecah belah Masyarakat perlulah mengamalkan sifat toleransi budaya dan agama 1. Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah dengan betul. Dan untuk hendak mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari dan mengkaji dalil-dalil dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah dengan betul, nescaya akan sesat dan kafirlah kita. Setiap lapisan masyarakat wajarlah memberi peluang kepada setiap kaum untuk mengamalkan budaya dan agama yang dianuti masing-masing . Dengan cara ini, perbalahan permasalahan seperti isu perkauman dapat dielakkan . Bukan itu sahaja malah, setiap lapisan masyarakat perlulah mengamalkan silkap toleransi antara satu sama lain tidak mengira agama atau kaum . Oleh hal yang demikian , negara sejahtera dan aman tanpa pergaduhan antara kaum akan dapat dilaksanakan .
2. Didikan dari ibu bapa kepada anakanak Ibu bapa haruslah mendidik anakanak bagi memupuk persefahaman antara kaum . Selaris dengan kata peribahasa, "melentur buluh biarlah dari rebungnya" . Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak- anak supaya menghormati orang lain . Contohnya, berkomunikasi dan mengungjungi jiran walaupun berlainan agama dan bangsa .
3. Pihak kerajaan memainkan peranan penting bagi mengukuhkan perpaduan di antara kaum Pihak kerajaan yang bertugas boleh menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti program gotong-royong dan program rukun tetangga bagi membantu menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan kemakmuran negara .
4. Sistem pendidikan yang berkesan Melalui pendidikan, sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara masyarakat berbilang kaum . Sistem pendidikan dapat menerapkan nilai-nilai perpaduan sekiranya dapat mengajar pelajar dengan baik tanpa mengira agama dan negara .
Masyarakat perlu bersikap bijak dan adil dalam menilai sesuatu isu terutamanya yang menyentuh sensitiviti kaum yang tersebar dalam media sosial bagi mengelak berlakunya perpecahan perpaduan kaum. Penggunaan media sosial boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Rakyat boleh mengkritik sesuatu perkara yang memberi kebaikan kepada semua tetapi perlu mengelakkkan sesuatu kritikan yang boleh merosakkan perpadua Pematuhan terhadap undang-undang dan rukun negara,menunjukkan kita bersikap adil terhadap kaum yang lain dan menghormati amalan dan kepercayaan mereka serta hak mereka untuk hidup di negara ini. Dengan cara ini kita dapat mendorong mereka untuk lebih bersikap tolak ansur sesama masyarakat dan cuba memahami hak kaum yang lain. KESIMPULAN
Terima kasih kerana membaca !