PENDAHULUAN Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang diarahkan oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan oleh setiap pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki pentaksiran tingkatan 3(PT3).Tajuk kajian bagi kerja lapangan saya adalah mengkaji tentang kawasan di Malaysia dan saya Muhammad Faris Danish Bin Mustafa pelajar tingkatan 3 usaha dan sekolah SMKPP112 telah melakukan kajian ini di kawasan p11. Antara sebab utama saya memilih kawasan presint 11 sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini merupakan tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah, ini akan memudahkan saya mendapatkan data data yang berguna untuk direkodkan dalam kerja kursus saya Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah gunakan dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan. Sepanjang saya melakukan kajian ini ,saya telah menemu bual beberapa orang responden bertujuan untuk medapatkan data data yang tepat . Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden kerana telah memberi kerjasama yang baik dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan saya Berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang diberikan
PENGHARGAAN Terima kasih kepada semua individu yang telah membantu saya melaksanakan kerja saya ini secara langsung atau pun tidak langsung . Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengetua sekolah Puan Salleha Binti Salleh dan guru mata pelajaran ini Puan Af Idatulnisah binti mhd Sayuti atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang banyak memberikan galakan dan bantuan sepanjang kajian lapangan ini dilaksanakan . Kepada 20 orang responden yang sudi mengisi borang soal selidik berkaitan kajian lapangan terima kasih saya ucapkan . Terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan atas sokongan dan dorongan mereka sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini .Saya ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan ini .Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari kelemahan saya sendiri
OBJEKTIF KAJIAN Untuk melaksanakan kajian tentang kegiatan ekonomi dan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Presint 11 ,Putrajaya , terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini: 1) menjelaskan maksud atau konsep kegiiatan ekonomi 2) mengenal pasti jenis jenis kagitan ekonomi di kawasan kajian 3) menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiataan ekonomi di present 11,Putrajaya 4) mencadangkan kegiatan ekonomi yang berpontensi dimajukan di present 11,Putrajaya
KAWASAN KAJIAN Saya telah melakukan kajian di kawasan presint 11 , Putrajaya. Presint 11, merupakan kawasan perumahan yang terletak di putrajaya dalam negeri wilayah Persekutuan Putrajaya, iaitu sebuah negeri di Malaysia poskad digunakan ialah 62300 Keududukan prensint 11 sangat strategic kerana mengambil masa 11 minit untuk ke Alamanda Putrajaya, 25 minit ke mydin dan 3minit ke lubuhraya skve pada waktubukan puncak. Kawasan ini juga terletak berhampiran dengan sekolah rendah dan sekolah menegah serta pusat kejiranan, kedai dan restoran Untuk menjalankan kajian lapangan ini ,saya telah melaksanakan beberapa kaedah kajian di presint 11, putrajaya. Antara kaedah kajian yang saya lakukan ialah:-
1) KAEDAH PEMERHATIAN Saya melakukan pemerhatian di kawasan kajian iaitu di presint 11,Putrajaya bagi mendapatkan maklumat berkaitan jenis ii kegiatan ekonomi yang terdapat di sekitar akwasan kajian . saya mengambil beberapa keeping gambar dan mencatat maklumat yg diperoleh 2) KAEDAH BORANG SOAL SELIDIK Saya telah mengedarkan google form kepada penduduk sekitar Presint 11,Putrajaya , saya telah melakukan soal selidik kepada 20 orang yang tinggal di kawasan kajian bagi mendapatkan maklumat berkaitan kajian lapangan JENIS II PEKERJAAN DI PRESINT 11,PUTRAJAYA MENGIKUT RESPONDEN BIL. JENIS JENIS PEKERJAAN BILANGAN RESPONDEN 1. KERAJAAN 8 2. SWASTA 7 3, BERKEJA SENDIRI 4 4. PELAJAR 1 JUMLAH 20
3) RUJUKAN Saya telah malayari laman web berkaitan sisa domestik untuk mengumpul maklumat tentang kajian lapangan saya juga telah membuat rujukan berkaitan latar belakang kawasan kajian dan peta kawasan kajian 50% 5% 10% 35% JENIS II PEKERJAAN DI P11 PENDIDIKAN PENGANGKUTAN PERNIAGAAN PENTADBIRAN
HASIL KAJIAN 1) MAKSUD KEGIATAN EKONOMI Merujuk kepada buku teks Geografi , Tingkatan 3, kegiatan ekonomi merujuk kepada tiga sektor , iaitu sektor primer ,sekunder, dan tertier,sektor primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi. antara jenis kegiatan ekonomi di bawah sektor ini adalah pertanian ,perikanan , penternakan, perlombongan dan pembalakan Seterusnya , sektor sukunder pula adalah aktiviti ekonomi yang berasaskan kepada bahan mentah atau semula jadi, aktiviti ini melibatkan penukaran bahan mentah tersebut kepada barangan siap atas produk untuk digunakan pakai oleh pengguna sektor ini termasuklah jenis kegiatan ekonomi seperti pembuatan atau perindustrian dan juga pembinaan Akhir sekali, sektor kegiatan ekonomi juga melibatkan sektor tertier boleh didefinisikan sebagai kegeitan ekonomi yang menawarkan pelbagai jenis kegiatan ekonomi sektor ini adalah pelancongan, pengangkutan, pendidika, kewangan, dan perdagangan 2) JENIS II KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN DI PESINT 11 PUTRAJAYA Berdasarkan kajian lapangan yanhg telah dijalankan terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di presint 11, Putrajaya merujuk kepada borang soal selidik yang diedarkan terdapat empat kegiatan ekonomi utama yang terdapat di kawasan presint 11, putrajaya antaranya ialah pendidikan, pelancongan, pengangkutan dan perniagaan
Di kawasan presint 11 antara kegiatan ekonomi paling banyak ialah sektor perniagaan yang terdiri daripada satu seksyen minyak satu buah kedai seberneka 24 jam, 8 buah gerai di kios, 15 buah gerai di pusat kejiranan dan beberapa buah gerai lainya di dalam sekitar presint 11, hal ini kerana kawasan presint 11 terdapat banyak kawasan perumahan penduduk. Sektor yang kedua paling banyak ialah sektor pendidikan, hal ini kerana terdapat 13 buah sektor pendidikkan yang terdiri daripada empat buah sekolah, sekolah rendah dan tiga buah sekolah menegah dan enam buah tadika/prasekolah Sektor yang ketiga ialah sektor pengangkutan, di kawasan presint 11 terdapat (busstop) di beberapa tempat. Terdapat juga perkhidmatan seperti GRAB /aplikasi lainya untuk pengangkutan sekiranya bas lambat atau tiada Kegiatan ekonomi yang terakhir ialah sektor pelancongan. Di kawasan presint 11 tedapat Taman Saujana Hijau. Tempat tersebut dapat menarik perhatian sesiapa dengan suasana taman yang aman dan permandangan yang cantik terutama pada waktu pagi kerana dapat menghidu udara segar juga dapat melihat matahari terbit. Kegiatan ekonomi dan sektor pentadbiran memudahkan penduduk di kawasan bandar yang padat dapat pergi melakukan aktiviti menyihatkan / manyegarkan badan 3) FAKTOR II YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI PRESINT 11 ,PUTRJAYA Secara dasarnya terdapat dua kategori bagi faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia ialah faktor fizikal ataupun faktor manusia , faktor fizikal termasuklah bentuk muka bumi, tanih dan iklim bahan mentah mendapat saliran yang terdapat
di kawasan tersebut. Faktor manusia pula adalah seperti dasar kerajaan, ifrastruktur, teknologi, pasaran, modal dan juga buruh atau tenaga kerja. Bagi kawasan presint 11, antara faktor utama yang mempegaruhi kegiatan ekonomi di kawasan tanah pamah oleh sebab itu ,ianya amat sesuai sekali menjalankan kegiatan ekonomi dan sektor tertier kerana banyaknya sumber tenaga kerja . kawasan tanah pamah yang pada penduduk boleh menyebabkan kegiatan ekonomi dan sektor tertier sangat diperlukan Dalam pada itu , faktor manusia juga mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan presint 11 . Antaranya ialah infrastuktur yang terdapat di sekitar kawasan tersebut termasuklah kewujudan pengangkutan yang baik seperti jalan raya yang menghubungkan antara presint dan juga negeri, selain itu terdapat juga sistem pengangkutan lain seperti bas awam atau grab yang memudahkan lagi penduduk untuk pergi dari suatu tempat ke tempat yang lain. Infrastuktur telekomunikasi negara yang maju turut membantu menyumbang kepda kegiatan ekonomi Dasar pendidikan atau mengutamakan pendidikan pada setiap aspek dan menengah di sekitar kawasan presint1, infrastruktur pengangkutan yang lengkap juga memudahkan lagi para pelajar untuk hadir ke sekolah di kawasan ini Kesimpulanya, kita dapat lihat pelbagai faktor yang mempengaruhi berlakunya kegiatan ekonomi di sekitar kawasan presint11, aspek fizikalnya mahupun aspek manusia semoga faktorfaktor ini dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi di wilayah persekutuan putrajaya.
4) MENCADANGKAN KEGIATAN EKONOMI YANG BERPONTENSI DIMAJUKAN DI PRESINT 11 PUTRAJYA Berdasarkan analisis terhadap data-data yang diperoleh daripada hasil kajian, kajian telah mengenal pasti beberapa cadangan terhadap kegiatan ekonomi yang berpotensi daripada para informasi dan responden mahupun pemerhartian sendiri terhadap kawasan ini Pertama sekali , antara kegiatan ekonomi yang dilihat berpontensi untuk dimajukan di kawasan presint 11 ialah pengangkutan, ini kerana jadual kedatangan bas awam tidak dapat dijangka, kadangkala bas awam dapat mengurangkan lagi pencemaran udara serta kesesakan lalu lintas terutama pada waktu pagi dan petang. Untuk mengelakkan lagi kesesakan lalulintas ini saya cadangkan dikawasan Putrajaya ini didirikan perkhidmatan monorail supaya memudahkan kakitangan awam serta pelajar berurusan dan mengurangkan penggunaan kenderaan memandangkan sekarang ini banyak berlakukunya kesesakan pada waktu-waktu puncak hal ini bukan sahaja dapat memberi sumbangan kepada ekonomi malah meningkatkan kemudahan penduduk sekitar. Kesimpulanya , terdapat banyak kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dijalankan atau dimajukan di kawasan presint 11 kerjaan dan penduduk sekitar perlulah melihat perkara ini dan membuat tindakan selanjutnya bagi memastikan kelebihan dan keuntungan berjaya .
RUMUSAN Hasil daripada data-data serta maklumat yang telah berjaya diperolehi melalui kaedah-kaedah kajian yang telah dijalankan setiap objektif kajian yang digariskan pada awal kajian telah pun dicapai selain itu , analisis terhadap maklumat yang diperolehi juga telah dilakukan bagi mendapatkan kesimpulan daripada kajian ini Antara yang pertamanya ialah kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan presint 11, hasil kajian didapati terdapat empat jenis kegiatan ekonomi yang lain dijalankan oleh penduduk sekitar, empat kegiatan ini adalah yang paling ketara. Kesimpulanya, melalui kajian yang dijalankan ini, dapatlah dilihat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh pendudukan di Malaysia khususnya di kawasan saya sendiri iaitu presint 11, didapati kerajaan juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan ekonomi sesebuah tempat itu berkembang dan membangun, saya berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat memberikan sumbangan kepada penduduk setempat mahupun kepada negara .