MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA
DAN GURU (PIBG) KALI 1/ 2021
Tarikh : 12 April 2021
Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Seri Utama
Kehadiran :
1. Encik Jumasri bin Jumin YDP PIBG
2. Puan Nurul Hatikah binti Mohd Nuri Setiausaha
3. Mohd Shafiq bin Jahaya Pen.Setiausaha / pencatat
4. Puan Shamsinar binti Abd Malik Bendahari
5. Puan Kamsiah binti Tumin
6. Puan Azlina binti Ngat Denin
7. Puan Rosilawati binti Adon
8. Puan Nor Faizah binti Khamis
9. Puan Suhariyana binti Harun
10. En. Mohd Azmal bin Matshom Ngalimi
11. Encik Mohd Nizam bin Mohd Termizi
12. Encik Muhaimin bin Muji
Tidak Hadir
1. Encik Anuar bin Idris
2. Encik Muzaimi bin Abu Seman
3. Pn. Rozina binti Hashim
4. Puan Rossatimah binti Abd Kadir
5. Pn Samaiyah binti Sabran
Turut Hadir
1. Encik Saharudin bin Mohd Hashim (Guru Besar, SK Seri Utama)
2. Encik Md Yusuf bin Hashim (PK Pentadbiran, SK Seri Utama)
3. Encik Jamal bin Mohamed (PK Kokurikulum , SK Seri Utama)
4. Encik Shamsul Affandi bin Baduzzaman (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
1
1.0 Ucapan Pengerusi
( Encik Jumasri bin Jumin, YDP PIBG SK Seri Utama)
1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah. Mengucapkan salam
dan terima kasih semua AJK PIBG yang dapat hadir ke mesyuarat.
1.2 Meneruskan kepada perbincangan mengenai agenda pada hari ini.
1.3 Hampir setahun tidak bertemu dalam tempoh PKPB.
1.4 PIBG masih ada 2 tunggakan Mesyuarat Agung PIBG yang perlu
diselesaikan.
1.5 Mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah di atas kerjasama dan
kejayaan semasa pembukaan sekolah dapat berjalan dengan lancar.
1.6 Trafik juga berjalan dengan lancar. Ada laluan masuk dan keluar
kenderaan.
1.7 Hari pertama waktu balik ada sedikit kekalutan. Namun hari berikutnya
keadaan terkawal.
2.0 Ucapan Penasihat
(Encik Saharudin bin Mohd Hashim, Guru Besar, SK Seri Utama)
2.1 Mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
PIBG yang sama-sama hadir ke mesyuarat pada hari ini. Semoga Allah
memudahkan urusan pada hari ini.
2.2 Mesyuarat Agung PIBG yang tertangguh perlu dilaksanakan.
Perlaksanaan Mesyuarat Agung perlu mengikut SOP dan garis panduan
yang diberi.
2.3 Ada beberapa sekolah yang masih belum melaksanakan Mesyuarat
Agung bagi tahun 2020. Oleh itu sekolah perlu :
2.3.1 Menyelesaikan mesyuarat Agung 2 dalam 1, iaitu bagi tahun
2020 dan 2021.
2.3.2 Dibenarkan untuk melaksanakan mesyuarat di luar premis
sekolah kerana orang luar tidak dibenarkan masuk ke Kawasan
sekolah.
2.4 Cadangan untuk mengadakan mesyuarat samada di Dewan Seri Bernam
atau Dewan PPK. Pihak PIBG perlu membuat tempahan tempat bagi
mengadakan mesyuarat.
2.5 Tarikh mesyuarat akan dibincangkan semula dan perlu diadakan sebelum
30 Jun 2021.
2.6 Ucapan terima kasih kepada En Nizam selaku wakil pihak PPD, kerana
pihak sekolah telah menerima RM100,000 untuk penukaran bumbung,
longkang dan yang terkini sekolah Kebangsaan Seri Utama merupakan
atara 10 buah sekolah yang menerima sumbangan gelanggang
berbumbung.
2.7 Aktiviti penerimaan dan penyuraian murid berjalan lancar. Pihak sekolah
telah memohon daripada MPKK bantuan penggunaan khemah menunggu
untuk murid. Namun begitu, pihak MPPK telah mengambil semula
2
khemah. Oleh itu, pihak sekolah terpaksa menggunakan kaedah lain untuk
mendapatkan khemah menunggu.
2.8 Terima kasih juga diucapkan kepada pihak PIBG yang telah membeli box
modul untuk pdpr.
2.9 Tarikh sambutan Hari Guru termasuk dalam bulan Ramadhan. Ada
pertandingan video pendek sempena Hari Guru.
2.10 Walaupun dalam keadaan covid, pihak sekolah tetap dapat menjalankan
beberapa program antaranya:
2.10.1 Program Denggi
2.10.2 Majlis Penutup Transisi Tahun 1
2.10.3 Minggu Bahasa Peringkat Sekolah
2.10.4 Pelancaran PSS-PERTAMA Harun Ar Rasyid
2.10.5 Majlis Persaraan anjuran KESUMA
2.10.6 Miftahussudur dan Program Dakwah
2.10.7 Sambutan Isra’ Mikraj
2.10.8 Kem Bestari Solat
2.10.9 Kursus Kepimpinan- Watikah Perlantikan Pengawas
2.10.10 Sambutan Maal Hijrah
2.11 Menerima aduan daripada ibu bapa tentang waktu balik yang lewat.
Kelewatan adalah tertakluk kepada waktu rehat yang mengambil masa
yang panjang kerana murid mesti membeli makanan secara bungkus.
2.12 Pihak pentadbir sekolah juga diberi kuasa untuk memilih minggu
persekolahan. Minggu persekolahan adalah sebanyak 42 minggu
termasuk cuti dan sukan sekolah. Manakala 37 minggu merupakan
minggu kurikulum yang perlu dilaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
3.0 Membentangkan Minit Mesyuarat AJK yang lalu.
3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang bertarikh 23 Julai 2020.
3.2 Puan Suhariyana mencadangkan minit tersebut diterima dan disokong oleh
Puan Faizah.
3.3 Pengerusi meminta semua AJK menyemak minit mesyuarat AJK yang lalu.
4.0 Membentangkan Penyata Kewangan.
4.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan bagi akhir Mac 2021.
4.2 Puan Kamsiah mencadangkan penyata kewangan tersebut diterima dan
disokong oleh Puan Azlina.
5.0 Pekara-perkara berbangkit
5.1 PIBG akan berbincang semula mengenai kutipan yuran PIBG. Kutipan
boleh menggunakan keputusan mesyuarat yang lama. Jika ada perubahan
jumlah kutipan, perlu dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung akan datang.
3
5.4 Jika ada murid yang tidak sempat membeli baju sekolah, murid dibenarkan
memakai mana-mana pakaian yang penting pakaian tersebut kemas.
Bermula tahun 2021, semua murid diwajibkan memakai kasut hitam.
5.5 Banyak bantuan rasmi kerajaan yang disalurkan ke sekolah seperti
KWAPM, bantuan awal persekolahan, RMT dan sebagainya adalah
berpandukan data APDM. Oleh itu, perlu diingatkan kepada penjaga untuk
mengisi maklumat yang tepat di dalam borang bantuan APDM. Jika
maklumat tidak tepat, ada murid yang tidak layak mendapat bantuan
kerana setiap bantuan mengikut perkapita yang ditetapkan.
5.6 Kelab Penyayang telah bermesyuarat untuk memasukkan kewangan di
dalam lajur khas PIBG. Setiap kali ingin mengeluarkan duit, pihak Kelab
Penyayang perlu menyediakan kertas kerja dan perlu diluluskan untuk
proses pengeluaran duit.
6.0 Perkara-perkara Baharu
6.1 Mesyuarat Agung yang akan datang,perlu di adakan di luar premis sekolah
Pihak sekolah perlu membuat tempahan awal untuk menggunakan tempat
Mesyuarat kerana dibimbangi tempat untuk bermesyuarat tiada
kekosongan tempat. Cadangan tempat mesyuarat adalah di Dewan PPK
atau Dewan Seri Bernam.
Tindakan: Setiausaha
6.2 Pihak PIBG perlu mengedarkan surat notis Mesyuarat Agung PIBG bagi
mengetahui bilangan Ibu Bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG.
Tindakan: Setiausaha
6.3 Cadangan tarikh Mesyuarat Agung PIBG pada bagi tahun 2021 adalah
pada 29/5/2021.
Tindakan: Setiausaha
6.4 Cikgu Mohd Shafiq mencadangakan supaya akaun bank PIBG yang sedia
ada ditukar kepada bank yang lain kerana pihak AGRO bank tidak
mengeluarkan cek. Cadangan untuk menukar akaun bank daripada AGRO
Bank kepada Bank Islam.
Tindakan: Bendahari
6.5 Setiausaha memohon semasa Mesyuarat Agung PIBG dikeluarkan usul
tentang memperbaharui perlembagaan PIBG.
Tindakan: AJK PIBG
7.0 Hal-hal lain
7.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa terdapat aduan daripada pihak ibu bapa
yang tidak berpuas hati mengenai makanan di kantin, Mohon supaya ada
pemantauan makanan di kantin.
7.2 Guru PPKI telah mewakafkan Coway di PPKI secara sewa beli. Penamaan
permohonan adalah atas nama sekolah.
4
7.3 Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Md Yusuf bin Hashim mengucapkan
terima kasih kepada Ibu bapa yang telah memantau dan membantu pdpr
anak-anak di rumah. Lebih 75% penglibatan anak-anak dalam PDPR.
Jadual waktu PDPR ditetapkan untuk sehari adalah 1-3 mata pelajaran.
PDPR bermula 20 Jan dan tamat pada 5 Mac.
7.4 Penolong Kanan Kokurikulum En Jamal bin Mohamed membentangkan
perkara berkaitan aktiviti kokurikulum tahun 2021. Awal Jan 2021, ada
beberapa aktiviti kokurikulum yang diikuti secara online. Aktiviti PJ boleh
dilaksanakan tetapi mesti mengikut SOP yang ketat dan murid boleh
memakai pakaian PJ mengikut jadual waktu.
7.5 En, Mohd Nizam menyatakan bahawa bajet daripada KPM masih belum
turun, peruntukan yang akan turun nanti akan digunakan untuk baik pulih
pintu-pintu kelas.
8.0 Penutup
8.1 Tuan Guru Besar menyatakan bahawa mesyuarat AJK kantin telah
diadakan. Ketetapan telah dibuat untuk menangani aduan. Aduan yang
dibuat adalah tidak rasmi, setiap aduan perlu dibuat secara bertulis.
Setiap guru perlu mewar-warkan pada murid jika ada aduan, murid perlu
terus membuat aduan pada masa itu juga.
8.2 Jawatankuasa pengawas sekolah menetapkan supaya ibu bapa dapat
membiayai vest untuk pengawas dan 70% ibu bapa bersetuju untuk
melaksanakannya.
8.3 Slogan sekolah adalah “Utama Gemilang Always No 1”. Pihak sekolah
akan perkenalkan slogan ini kepada ibu bapa.
8.4 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang
telah memberi pendapat dan cadangan agar SK Seri Utama sentiasa
cemerlang baik dari segi akademik, kokurikulum serta sahsiah. Semoga
kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan beliau akan
membantu sedaya upaya demi kebaikan semua pihak serta berharap jika
terdapat sebarang masalah dapatlah dibincangkan dengan cara yang
baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.
Disediakan oleh:
…………………………………….
NURUL HATIKAH BINTI MOHD NURI
Setiausaha PIBG
SK Seri Utama
5
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 1 TAHUN 2021
RUJUKAN PERKARA UNTUK TINDAKAN MAKLUM BALAS
1 5.1 PIBG akan berbincang semula Bendahari / AJK Kutipan sumbangan PIBG
mengenai kutipan yuran PIBG. PIBG bagi tahun 2021 belum
Kutipan boleh menggunakan dilaksanakan.
keputusan mesyuarat yang lama.
Jika ada perubahan jumlah kutipan,
perlu dibincangkan di dalam
Mesyuarat Agung akan datang.
2 5.2 Cadangan tarikh Mesyuarat Agung Setiausaha / Mesyuarat ditangguhkan
PIBG pada bagi tahun 2021 adalah AJK PIBG kerana PKP
pada 29/5/2021.
3 5.3 Cikgu Shafiq mencadangakan Setiausaha dan Belum dilaksanakan.
supaya akaun bank PIBG yang Bendahari PIBG
sedia ada ditukar kepada bank yang
lain kerana pihak AGRO bank tidak
mengeluarkan cek. Cadangan untuk
menukar akaun bank daripada
AGRO Bank kepada Bank Islam.
6