MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-40
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR
Tarikh : 2 Mac 2019
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Lestari, SK Seri Utama
MAJLIS PERASMIAN:
1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Mengucapkan selamat datang kepada Yang Berbahagia Encik Hafiz bin Ahmad,
wakil kepada Yang Berbahagia Cikgu Muslimin bin Yahaya, Ahli Parlimen Sungai
Besar dan semua hadirin yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40.
2.0 BACAAN DOA
2.1 Bacaan doa oleh Ustaz Hj Nazri bin Shahrom.
3.0 UCAPAN ENCIK JUMASRI BIN JUMIN (YDP PIBG, SK SERI UTAMA)
3.1 Mengucapkan salam kepada semua yang hadir dan seterusnya mengalu-alukan
kedatangan Yang Berbahagia Encik Hafiz bin Ahmad wakil kepada Yang
Berbahagia Cikgu Muslimin bin Yahaya, Ahli Parlimen Sungai Besar dan, Encik
Zulkipli bin Sarbini selaku Guru Besar SK Seri Utama, Pegawai Pejabat Pelajaran
Daerah Sabak Bernam, Penolong-penolong Kanan SK Seri Utama seterusnya
semua ibu bapa / penjaga murid-murid SK Seri Utama.
3.2 Memperkenalkan fungsi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam membantu
kecemerlangan sekolah. PIBG mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan
guru dalam membantu pelbagai aktiviti di sekolah dari segi kewangan, material
mahupun tenaga demi kebaikan murid-murid.
3.3 Mengharapkan semua penjaga yang hadir dapat mengikuti mesyuarat sehingga
tamat. Kehadiran ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Seri Utama amat penting
sebagai sarana ibu bapa.
3.4 Memaklumkan bahawa pemilihan atau lantikan AJK baharu dilakukan 1 tahun
sekali.
1
3.5 Berpesan kepada ibu bapa penjaga agar sentiasa memantau kehadiran anak-anak
ke sekolah. Kehadiran murid-murid SK Seri Utama tidak mencapai KPI 95%. Sebab-
sebab murid tidak hadir ke sekolah perlu dikenalpasti bagi mengelakkan keciciran
murid serta dapat meningkatkan prestasi sekolah. Perbincangan bersama sidang
dan ketua kampung dijalankan bagi mencari penyelesaian isu murid ponteng.
3.6 Mengharapkan ibu bapa agar dapat menjelaskan yuran PIBG yang tertunggak.
Yuran tersebut akan dimanfaatkan kepada semua murid SK Seri Utama.
3.7 Mohon pihak Parlimen untuk mendapatkan pakar-pakar mengecat bagi mengecat
bangunan sekolah 4 tingkat yang sudah uzur atau berkarah catnya.
3.8 Mohon juga untuk segera baik pulih jalan di Lorong Cempaka.
3.9 Mengucapkan terima kasih kepada semua wakil yang hadir memeriahkan
mesyuarat PIBG kali ke-40 serta komitmen ibu bapa dan penjaga yang setia
menunggu hingga ke akhir majlis.
4.0 UCAPAN ENCIK ZULKIPLI BIN SARBINI (GURU BESAR, SK SERI UTAMA)
4.1 Mengucapkan salam kepada semua yang hadir. Mengalu-alukan kedatangan Yang
Berbahagia En. Hafiz bin Ahmad, wakil kepada Yang Berhormat Cikgu Muslimin,
selaku Ahli Parlimen Sungai Besar, Yang Dipertua PIBG Encik Jumasri bin Jumin,
Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam, Penolong-penolong Kanan SK
Seri Utama, Guru-guru SK Seri Utama seterusnya semua ibu bapa dan penjaga
murid-murid SK Seri Utama.
4.2 Mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran ibu bapa dan
penjaga yang agak memuaskan pada kali ini. Ucapan tahniah kepada ibu bapa dan
penjaga dapat hadir dan memberikan komitmen kepada sekolah demi kejayaan dan
kecemerlangan sekolah.
4.3 Memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid agar menitikberatkan
kehadiran murid-murid ke sekolah. Peratus kehadiran pada bulan Januari ialah
94.36% dan bulan Februari ialah 92.62%, masih belum mencapai KPI Pengarah.
Pelbagai inisiatif telah dibuat seperti berkunjung ke rumah murid yang ponteng.
Surat amaran akan dikeluarkan sebayak 3 kali kepada murid yang kerap tidak hadir.
Jika surat amaran yang ke-4 dikeluarkan, murid tersebut tidak dibenarkan
bersekolah lagi di SK Seri Utama.
4.4 Pada tahun 2018, sekolah telah mencapai banyak kejayaan. Antaranya ialah
perlawanan bola sepak (johan), merentas desa (naib johan), bola tampar (ketiga),
khat (johan peringkat daerah), kompang selawat (naib johan) dan lain-lain.
Manakala pada tahun 2019 antara pencapaian yang membanggakan ialah bola
2
jaring (johan), bola tampar (ketiga), bola baling (ketiga), hafazan Pandu Puteri
Tunas (ketiga) dan lain-lain.
4.5 Kelab Doktor Muda telah mengedarkan pamflet kepada ibu bapa dan penjaga.
Laporan perlu dihantar ke PPD, ada markah untuk ahli-ahli Kelab Doktor Muda.
4.6 Panitia Bahasa Inggeris mengutip dana untuk bilik Bahasa Inggeris dengan
mengadakan jualan baju terpakai.
4.7 Program NILAM telah menjemput penulis buku iaitu Cik Shasha Ali bagi pelancaran
program NILAM.
4.8 Program JOM KE SEKOLAH merupakan salah satu inisiatif bagi Anugerah
Kehadiran Awal dalam kalangan murid. Anugerah ini akan diterima oleh murid
sekiranya dapat mengumpul kutipan cap paling banyak. Murid yang hadir awal akan
menerima satu cap dan perlu dikumpulkan bagi mendapatkan ganjaran. Pelbagai
program lain juga dijalankan bagi menggalakkan murid-murid untuk hadir awal ke
sekolah.
4.9 Keputusan UPSR pada tahun 2016 ialah 58.97%. Pada tahun 2017 meningkat
kepada 66.19%. Manakala pada tahun 2018, keputusan agak menurun kepada
64%.
4.10 Dalam tempoh percubaan, murid-murid dibenarkan memakai kasut hitam atau
putih. Berkuatkuasa pada tahun 2021, semua murid diwajibkan memakai kasut
hitam.
4.11 Ujian dan peperiksaan bagi tahap 1 telah dimansuhkan dan ditukar kepada
Pentaksiran Bilik Darjah. Aktiviti-aktiviti Pentaksiran Bilik Darjah antaranya ialah
bercerita, berlakon, memberi pendapat dan banyak lagi aktiviti yang boleh dinilai
sebagai menggantikan peperiksaan.
4.12 Pusat Zakat memberi bantuan kewangan sebanyak RM5 sehari kepada setiap
murid yang layak.
4.13 Kelas tambahan RM1 masih diteruskan pada setiap hari Sabtu minggu ke-2 dan
ke-4.
4.14 Temasya sukan pada tahun ini akan mengadakan acara murid bersama ibu bapa.
Bagi tahun 2019, warna baju sukan adalah mengikut warna rumah sukan masing-
masing.
4.15 Cadangan untuk mencantikkan sekolah dengan menukar cat bangunan yang
sudah rosak. Mohon bantuan Ahli Parlimen untuk mendapatkan pakar-pakar cat
untuk mengecat bangunan tinggi.
4.16 Kontraktor daripada Syarikat Mangkubumi membuat laluan baharu dan membaik
pulih jalan di hadapan sekolah.
4.17 Mohon bantuan sidang supaya meminta izin daripada tuan tanah untuk menaik
taraf jalan di Lorong Cempaka.
3
4.18 Sentiasa merujuk kepada Tuan Guru Besar untuk berbincang jika terdapat
sebarang masalah agar dapat diselesaikan dengan baik dan segera.
4.19 Mengingatkan ibu bapa supaya menjelaskan yuran dan sentiasa berhubung
dengan pihak sekolah sekiranya terdapat masalah.
5.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA EN. HAFIZ BIN AHMAD
WAKIL KEPADA YANG BERBAHAGIA CIKGU MUSLIMIN BIN YAHYA (AHLI
PARLIMEN KAWASAN SUNGAI BESAR).
5.1 Mengucapkan salam kepada Encik Zulkipli bin Sarbini, Guru Besar SK Seri Utama,
Encik Jumasri bin Jumin, YDP PIBG SK Seri Utama, Penolong-penolong Kanan
SK Seri Utama, guru- guru serta semua hadirin pada hari ini.
5.2 Menyampaikan salam daripada Yang Berbahagia Cikgu Muslimin bin Yahya.
5.3 Menyatakan Mesyuarat Agung PIBG adalah suatu kewajipan dan tahniah
kehadiran ibu bapa dan penjaga yang menunjukkan sokongan ibu bapa kepada
organisasi ini.
5.4 Kejayaan anak-anak boleh dicapai dengan doa ibu bapa serta menasihati anak-
anak untuk mengulangkaji pelajaran di rumah. Ibu bapa sebagai pendorong
kepada anak-anak dan guru-guru yang akan menggilap bakat mereka.
5.5 Akhirnya, beliau mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia
Dua Ribu sahaja dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri
Utama kali ke-40.
4
MESYUARAT AGUNG:
1.0 Lantikan Pengerusi Sementara
1.1 En. Jumasri bin Jumin mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40
2.0 Ucapan Pengerusi
2.1 Ucapan alu-aluan kepada barisan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.
2.2 Harapan agar ibu bapa dapat menyumbangkan idea demi kebaikan anak-anak
mereka. Semoga apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik.
2.3 Tiada pemilihan atau lantikan AJK baharu. Pemilihan dibuat dalam tempoh 2 tahun
sekali.
3.0 Membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39
3.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung kali ke-39 muka surat 14-19.
3.2 Pn Noryatimah mencadangkan minit tersebut diterima dan disokong oleh Encik Mohd
Ali.
4.0 Membentangkan Laporan Aktiviti PIBG 2018
4.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2018.
4.2 Pn. Maizatul mencadangkan laporan tersebut diterima dan disokong oleh Pn.
Shafiahrizan.
5.0 Membentangkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2018
5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember
2018. Jumlah baki adalah sebanyak RM30,640.44.
5.2 Encik Shahril mencadangkan penyata kewangan tersebut diterima dan disokong
oleh Encik Hadi.
5.3 En. Shahril bertanyakan mengenai sumbangan PIBG murid tahun 2019 (muka surat
20). Beliau membuat teguran pada muka surat 23, perlu buat pindaan kerana
terdapat sedikit kesilapan pada cetakan.
6.0 Membahaskan Usul
6.1 Usul daripada Pn. Noraznita Suzana.
6.1.1 Penarikan semula larangan penjaga keluar masuk kawasan sekolah.
5
6.1.2 Guru Besar menjelaskan bahawa pihak sekolah membuat larangan tersebut
kerana telah menerima aduan yang mengatakan bahawa terdapat
kenderaan penjaga yang dipandu laju di dalam kawasan sekolah. Ini akan
membahayakan keselamatan murid-murid.
6.1.3 Ibu bapa atau penjaga yang dibenarkan membawa kenderaan masuk ke
dalam kawasan sekolah jika cuaca hujan hanyalah dalam kalangan OKU,
guru dan kakitangan SK Seri Utama sahaja.
6.1.4 Pihak sekolah telah bekerjasama dengan Syarikat Mangkubumi untuk
mewujudkan jalan alternatif bagi memudahkan perjalanan ibu bapa
menghantar anak-anak. Isu jalan sempit di Lorong Cempaka juga akan
segera diselesaikan.
6.1.5 Mengekalkan keputusan untuk tidak membenarkan ibu bapa masuk ke
dalam kawasan sekolah serta mencadangkan supaya anak-anak
menggunakan beg beroda untuk memudahkan mereka.
6.1.6 En. Jumasri menyokong dan bersetuju dengan keputusan Tuan Guru Besar
kerana terdapat isu murid dilanggar di dalam kawasan sekolah.
6.2 Usul daripada Encik Abdul Rahman.
6.2.1 Mengadakan kelas tambahan pada setiap hari Sabtu.
6.2.2 Guru Besar, En. Zulkipli bin Sarbini mengulas tentang kelas tambahan. Beliau
menyatakan bahawa kelas tambahan bagi tahun 4, 5 dan 6 telah bermula
sejak tahun lepas. Kelas tambahan hanya dibenarkan 2 kali sebulan iaitu
pada minggu kedua dan keempat sahaja.
6.2.3 Mohon ibu bapa menyertakan surat tunjuk sebab sekiranya anak tidak dapat
hadir ke kelas tambahan.
6.2.4 Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah tiada kuasa untuk minta guru
hadir ke sekolah pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga.
6.3 Usul daripada Pn. Nor Azah.
6.3.1 Kutipan RM10.00 untuk ibu bapa yang tidak hadir ke Mesyuarat Agung PIBG.
6.3.2 En. Johar mencadangkan supaya mesyuarat diadakan pada hari Sabtu atau
Ahad sahaja. Keputusan mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan
cadangan tersebut.
6.3.3 Pn. Noraznita Suhana mencadangkan di dalam surat jemputan mesyuarat
PIBG, dinyatakan pilihan sama ada hadir atau tidak hadir. Jika tidak hadir,
akan dikenakan bayaran RM10.00. Pengecualian diberi kepada ibu bapa
6
yang bekerja pada hari tersebut dengan menyatakan sebab berserta cap
pengesahan majikan.
6.4 Encik Ayob dan Pn. Azrina memohon kebenaran laluan kenderaan bermotor untuk
masuk ke dalam kawasan sekolah, bagi memudahkan anak-anak yang berjalan
jauh membawa beg berat.
6.4.1 En. Jumasri mengulas dengan menyatakan bahawa ibu bapa perlu
memastikan anak-anak membawa buku mengikut jadual harian murid dan
mencadangkan supaya ada buku yang dibawa dengan beg galas.
6.4.2 Keputusan mesyuarat adalah tetap dan tidak membenarkan ibu bapa
masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali pada waktu hujan. Hanya
kenderaan penjaga murid-murid Pendidikan Khas sahaja yang dibenarkan
masuk.
6.5 Pn. Faizah mencadangkan supaya perlembagaan dan pendaftaran PIBG SK Seri
Utama diperbaharui. Ahli mesyuarat telah menyokong cadangan tersebut.
7.0 Membubarkan AJK PIBG 2017/2018
7.1 YDP PIBG, Encik Jumasri bin Jumin membubarkan AJK PIBG 2017/2018.
7.2 Pn. Noryatimah mencadangkan berkaitan dengan usul (muka surat 8) pada
Mesyuarat Agung ke-39.
7.2.1 En. Jumasri mengulas bahawa jika AJK yang telah dilantik tidak dapat
menghadiri mesyuarat perlu beri surat tunjuk sebab.
7.2.2 Guru Besar menjelaskan bahawa NYDP telah berpindah ke Kajang.
Setiausaha PIBG juga telah berpindah ke sekolah lain. Jika dipersetujui,
sebaiknya diganti dengan syarat beri mandat kepada YDP untuk melantik
AJK baharu bagi menggantikan Pn. Mazni dan Pn. Zunaidah.
8.0 Melantik AJK PIBG sesi 2019/2020
8.1 Lantikan NYDP yang baharu
8.1.1 Pn. Hjh Norazlina mencadangkan Pn. Noraznita Suzana sebagai NYDP
baharu. Cadangan disokong oleh Pn. Mulizatul.
8.1.2 Pn. Rossatimah mencadangkan En. Shahril untuk dilantik sebagai NYDP. En.
Shahril menolak cadangan tersebut atas sebab tertentu dan memohon maaf
8.1.3 Pn. Noryatimah mencadangkan cadangan ditutup. Pn. Noraznita Suzana
telah dilantik sebagai NYDP yang baharu.
7
8.2 Lantikan AJK baharu
8.2.1 Pn. Noryatimah mencadangkan Pn. Faizah. Cadangan ditutup dan
Pn Faizah dilantik sebagai AJK yang baharu.
8.3 Berikut dinyatakan keputusan perlantikan AJK PIBG 2019/2020
YDP PIBG : Encik Jumasri bin Jumin
Naib YDP PIBG : Puan Nor Aznita Suzana binti Sulaiman
AJK Ibu bapa : Encik Anuar bin Idris
Pemeriksa kira-kira Encik Muhaimin bin Muji
Encik Mohd Nizam bin Mohd Termizi
Lantikan Sekolah Puan Suhariyana binti Harun
Setiausaha Puan Rossa Timah binti Kadir
Bendahari
AJK Guru : Puan Nor Faizah binti Khamis
: Ustaz Mohd Azmal bin Matshom Ngalimi
: Ustazah Nurul Hatikah binti Mohd Nuri
: Cikgu Shamsinar binti Abd Malik
: Cikgu Kamsiah binti Tumin
: Cikgu Rosilawati binti Adon
: Cikgu Mohd Shafiq bin Jahaya
: Cikgu Azlina binti Ngat Denin
9.0 Hal-hal lain
9.1 Encik Jumasri bin Jumin
9.1.1 Memohon persetujuan daripada ahli untuk sumbangan PIBG 2019. Ada
ibu bapa yang bertanyakan tentang bayaran PIBG untuk Tahun 1 yang
9.1.2 berjumlah RM103.00.
9.1.3 Bayaran lembaran kerja untuk Tahun 1-6 adalah RM37.00 bukannya
RM15.00. Ada kesilapan pada cetakan.
Encik Shahril menyokong pindaan (pembetulan) tersebut.
8
10.0 Ucapan Penangguhan
10.1Encik Jumasri bin Jumin, YDP PIBG SK Seri Utama
10.1.1 Menyatakan bahawa selaku YDP PIBG, beliau akan memikul
tanggungjawab dengan sedaya upaya.
10.1.2 Setiap tugasan dan usul akan dibincangkan dari semasa ke semasa.
10.2Encik Zulkipli bin Sarbini, Guru Besar SK Seri Utama
10.2.1 Mencadangkan Bantuan Awal Persekolahan dibuat serentak dengan
Mesyuarat Agung PIBG. Bantuan Awal Persekolahan perlu diserahkan
selepas 14 hari duit masuk ke dalam akaun sekolah.
10.2.2 Memperkenalkan barisan AJK PIBG yang baru dilantik bagi sesi
2019/2020.
10.2.3 Berharap semua program yang dirancang dapat dijalankan dengan
jayanya.
10.2.4 Memohon maaf atas segala kesalahan sepanjang mesyuarat dijalankan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………………. ………………………………
(NURUL HATIKAH BINTI MOHD NURI) (JUMASRI BIN JUMIN)
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Seri Utama Sekolah Kebangsaan Seri Utama
9