The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Shafiq, 2021-07-30 20:56:35

MINIT MESYUARAT KALI KE-3

SK SERI UTAMA

URUS SETIA / SETIAUSAHA MESYUARAT

1) Encik Hafizan Bin Munier (Setiausaha Unit Kokurikulum)

AGENDA

1.0) PERUTUSAN PENGERUSI

1.1) Encik Saharudin bin Mohd Hassim selaku Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Utama
mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Sekolah
Kebangsaan Seri Utama yang hadir ke Mesyuarat Guru, Bilangan (3), bagi tahun 2021.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kehadiran penolong-penolong kanan Sk Seri Utama
dan memaklumkan cikgu Jamal Bin Mohamad penolong kanan kokurikulum tidak dapat
hadir kerana beliau hadir temujanji vaksin.

1.2) Tuan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Shafiq Bin Jahaya kerana
memabntu menyediakan pautan “google meet” bagi mesyuarat kali ke-3 ini.

1.3) Beliau menegaskan dalam situasi pandemik ini, kecekapan pihak pentadbir menyampaikan
maklumat kepada pihak atasan banyak bergantung kepada kecekapan dan tindak balas
awal daripada semua warga sekolah kerana sesuatu organisasi yang cemerlang adalah
komunikasi berkesan dan saling kebergantungan yang cekap.

1.4) Memohon semua guru-guru dan AKP membacakan surah Al-Fatihah bagi Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW, para-para ulamak, ibu bapa, diri sendiri dan khusus kepada arwah
ibu cikgu Zawadi Bin Hussain.

1.5) Merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Seri Utama
yang telah berjaya memberikan sepenuh komitmen terhadap tugasan yang telah
diamanahkan sepanjang tahun.

1.6) Tuan Pengerusi meminta semua guru dan AKP di masa akan datang sentiasa
bermuhasabah diri dan menjadikan sekolah tempat yang seronok bekerja.
Makluman

2.0) PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.0) PERKARA BERBANGKIT
Tiada

3

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2021::

4.0) PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

4.1) Pengurusan Sekolah – Encik Saharudin bin Mohd Hassim, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Utama

4.1.1) Ucapan Aluan

4.1.1.1 Pengoperasian sekolah masih tertakluk sop 3.0 iaitu kehadiran guru-
4.1.1.2 guru 20% sahaja, walaubagaimanapun pihak pentadbir membenarkan
4.1.1.3 guru-guru hadir dengan memaklumkan terlebih dahulu bagi
4.1.1.4 menyelesaikan tugasan yang belum selesai.
Mengucapkan selamat datang kepada ahli Kesuma baharu dan warga
4.1.1.5 baharu SK Seri Utama iaitu Pn Jamilah Binti Mat Napiah PPM PPKI
yang berpindah daripada SMK Sg Besar.
Mengingatkan kepada guru-guru yang telah atau akan menerima
vaksin patuhi temujanji dengan hadir temujanji tersebut dan segera
memaklumkan kepada cikgu Md Yusuf Bin Hashim untuk dimasukkan
kedalam data e-operasi sekolah.
Laporan PDPR guru dan PDPR murid, bagi pencapaian laporan
PDPR guru belum mencapai 100% hanya 90% ke atas sahaja,
manakala penglibatan PDPR murid hanya 60% hingga 70% dan
didapati 30 orang murid didapati cicir iaitu tidak pernah mengikuti
PDPR.
Mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Kesuma dan
penyelaras program dana kasih kesuma kerana mewujudkan tabung
bagi Pn Aida Ismail iaitu pekerja swasta pembersihan yang
menggalami musibah.

Makluman

4.1.2) Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPP).

4.1.2.1 Kategori kumpulan

i. Guru - Guru akademik biasa dan pensyarah yang terlibat

dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau

institusi pendidikan.

ii.Pengurus sekolah- PT(A) iaitu kepimpinan sekolah atau institusi

pendidikan yang terlibat dalam pengurusan

serta pengajaran dan pembelajaran.

iii. Memaklumkan bahawa Guru besar menjadi penilai 1 kepada

empat penolong kanan dan menjadi penilai 2 kepada 44 orang guru

akademik.Manakala penolong kanan menjadi penilai 1 kepada 44

orang guru akademik.

Makluman

4.1.2.2 Membentangkan penilaian dan agihan markah
- Markah keberhasilan 10% guru-guru diberi oleh penolong kanan
sebagai penilai 1. Penilaian prestasi ini adalah setiap tahun dan boleh
disemak di HRMIS guru-guru.

Makluman

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2020 ::

4.1.2.3 Membentangkan kriteria cemerlang(KC)
- Kriteria cemerlang perlu diisi semasa guru-guru memohon kenaikkan
pangkat.
- Kriteria cemerlang dinilai oleh 3 penilai iaitu penilai 1 penlong kanan
HEM, penilai 2 penolong kanan pentadbiran dan penilai 3 guru besar.
Makluman

4.1.2.4 Memaklumkan bahawa setiap guru-guru mesti menyediakan fail PBPPP
tahun semasa dan konsisten untuk tahun-tahun berikutnya. Fail PBPP
adalah “evidence” guru-guru semasa memohon kenaikan pangkat. Bagi
kenaikan pangkat guru-guru dinilai secara purata 3 tahun kebelakang, iaitu
guru-guru perlu menyerahkan fail PBPPP 3 tahun kebelakang pada tahun
semasa memohon.
Makluman

4.1.2.5 Memaklumkan instrumen penilaian kompetensi

i Memaklumkan pada tahun 2021, aras penilaian bertambah dari skala 4
kepada skala 5.

ii Mengingatkan guru-guru bahawa, skor penglibatan, skor perancangan
PdP, skor pelaksanaan PdP adalah skor wajaran paling tinggi dalam
aras penilaian.
Makluman

4.1.2.6 Memaklumkan bahagian-bahagian yang terdapat dalam Fail PBPPP guru-
guru.

i “Curiculum vitae” - maklumat/sejarah
ii Dimensi 1 profesionalisme
iii Dimensi 2 penglibatan
iv Pengajaran dan pembelajaran

- Pengurusan sekolah sedang merancang mewujudkan RPH
online yang menggunakan akaun DELIMA.

v Keberhasilan
vi Latihan tahun semasa - sumbangan

Makluman

4.1.2.6 Menerangkan pengisian borang keberhasilan secara terperinci. Bagi tahun
2021 menggunakan borang keberhasilan yang berlainan pada tahun
sebelumnya iaitu borang keberhasilan tahun ini hanya satu sahaja bagi
setahun, walaupun didalam borang terdapat dua bahagian iaitu untuk dua
penilaian.
Makluman

4.1.2.7 Mengingatkan pada guru-guru yang akan memohon kenaikan pangkat
untuk tahun 2022 boleh bersedia dan menyediakan fail PBPPP bermula
dari tahun ini.
Makluman

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2020 ::

4.1.2.8 Mengharapakan semua guru-guru Sk Seri Utama peka dengan tarikh
kenaikan pangkat masing-masing bagi menggelakan keciciran.
Makluman

4.1.2.9 Mencadangkan membuat satu borang bagi mengumpulkan maklumat

tarikh-tarikh kenaikan pangkat guru-guru. Memohon pertolongan cikgu
Shafiq Bin Jahaya menyediakan “google form” tersebut

Tindakan : Cikgu Shafiq Bin Jahaya
4.2) Taklimat SPdPR – Encik Md Yusuf bin Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran

4.2.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengerusi memberi peluang
4.2.2 untuk menyampaikan maklumat mengenai SPdPR. Beliau juga mengucapkan
terima kasih kepada semua guru dan AKP yang hadir.
4.2.3
Menerangkan maksud SPdPR – Sistem Pelaporan Pengajaran dan
Pembelajaran di rumah (SPdPR) merupakan aplikasi pelaporan secara dalam
talian. SPdPR boleh diakses menggunakan peranti desktop, komputer riba,
telefon bimbit dan tablet sebarang pelayar sesawang seperti google chrome,
mozila firefox, microsoft edge, dan safari untuk mengisi SPdPR.

Makluman

Memaklumkan URL SPdPR Selangor – setiap guru telah didaftarkan mengikut
negeri-negeri dengan mengambil data daripada e-operasi.

Makluman

4.2.4 Memaklum dan menerangkan secara terperinci daftar masuk SPdPR.
i ID pengguna
ii Kata Laluan
iii Kod keselamatan
iv Menukar kata laluan.

Mengingatkan semua guru mencatat kata laluan yang baharu setelah
membuat pertukaran.

Makluman

4.2.5 Memaklumkan bahawa data akan dianalisis secara harian untuk kegunaan
BPSH, KPM mulai jam 6 petang hari sebelum sehingga jam 6 petang hari
semasa.

- selepas jam 6 petang hari biasa masih boleh mengisi tetapi data tak
akan masuk.

- Sistem ini dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu
- Data di jana sebelum jam 10.00 pagi
- Hanya 3 hari kebelakang dibenarkan bagi yang lewat mengisi.

Makluman

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2020 ::

4.2.6 Membentangkan analisa PDPR
4.2.7 (14 Jun – 18 Jun 2021)
4.2.8
Bil Kelas Penyertaan Guru Penyertaan Murid
1 Perdana 92.2 58.9
2 PPKI 69.1 87.0
3 Pemulihan 100 18.8
4 Pra Sekolah 76.0 61.5
84.7 56.5
Mingguan

(5 Julai – 9 Julai 2021)

Bil Kelas Penyertaan Guru Penyertaan Murid
1 Perdana 89.0 57.0
2 PPKI 76.4 86.8
3 Pemulihan 50.0 61.0
4 Pra Sekolah 96.0 78.3
77.85 70.7
Mingguan

Keseluruhan (14 Jun – 9 Julai

Penyertaan Guru Penyertaan Murid
87.56 64.55

Makluman

Membentangkan analisa pentaksiran bilik darjah (PBD) tahun 1 hingga 6 bagi
bulan Jun 2021

i Fokus PBD untuk melihat murid yang belum menguasai tahap
minimum iaitu murid yang TP1 dan TP2.

ii Sekirannya terdapat murid pada TP1 dan TP2 guru mata pelajaran
tersebut perlu membuat laporan kepada penolong kanan pentadbiran.

iii Guru perlu membuat post mortem bagi mengenal pasti punca
masalah dan merancang intervensi untuk membantu murid-murid TP1
dan TP2 untuk mencapai minumum TP3.

iv Contoh borang analisa PBD mengikut matapelajaran.

Bil Nama Murid TP1/TP2 Punca Masalah Intervensi
1
2
3

Tindakan : Guru Matapelajaran

Memaklumkan mengenai E-Operasi

- Mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru
kerana dapat menyemak dan membuat pengesahan verifikasi e-operasi
bulan Julai semakan 31 Julai.
Makluman

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2020 ::

4.2.9 Memaklumkan mengenai e-Gtukar
4.2.10
i. Keputusan e-GTukar telah keluar keputusan, bagi yang berjaya
4.2.11 diucapkan tahniah dan kepada yang belum berjaya boleh menunggu
4.2.12 keputusan Disember.

ii. Kepada pemohon tidak perlu mengisi permohonan semula untuk
Disember 2021 kerana permohonan hanya setahun sekali sahaja. Jika
masih ingin memohon boleh mengisi e-Gtukar untuk permohonan
Januari 2022.
Makluman

Vaksinasi Covid 19 Sk Seri Utama

i. Mengingatkan kepada guru-guru yang sudah mendaftar tetapi belum
mendapat tarikh temujanji supaya menyemak MySejahtera setiap hari
kerana Pusat Vaksinasi telah diperluaskan ke klinik swasta.

ii Memohon kepada guru-guru berkenaan sentiasa bersedia kerana
boleh dipanggil pada bila-bila masa sahaja.

iii Memaklumkan seramai 30 orang guru dan AKP telah menerima dos1
manakala seramai 10 orang guru dan AKP sudah selesai menerima
dos 1 dan dos 2.

iv Mengharapkan kesemua 58 orang guru dan AKP dapat
menyelesaikan kedua-dua dos sehinhga akhir bulan Ogos.

Makluman

Anugerah Apresiasi Panitia (Penilaian Kendiri)

i Memaklumkan dan mengingatkan kepada Ketua panitia, ahli panitia
dapat menyemak dan mengemas kini folder panitia masing-masing
bagi anugerah apresiasi (penilaian kendiri) 2021 dengan merujuk item
SKPMG 2 dan item yang terdapat dalam kandung folder panitia.

ii Mengucapkan ribuan terima kasih kepada panitia-panitia yang telah
menyerahkan laporan aktiviti/program dan kertas kerja, serta
memohon kepada yang belum menghantar dapat menyerahkan
dengan segera.
Makluman

Pencerapan PDPC/PDPR

i Pencerapan untuk setengah tahun bagi bulan Jun dan Julai memohon
guru-guru menghantar RPH lengkap berserta evidence seperti
tangkap layar latihan murid, hasil kerja murid, paparan google meet
dan lain-lain.

ii Guru-guru menghantar kepada kumpulan PBPPP masing-masing.
Iii Bagi penolong-penolong kanan menghantar kepada Guru Besar.

Tindakan : Semua Guru

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2020 ::

4.3) Pengurusan Hal Ehwal Murid – Encik Azlizam bin Muhamad, PK Hal Ehwal Murid

4.3.1) Merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru Sekolah
Kebangsaan Seri Utama khusus kepada setiausaha, penolong
setiausaha, ketua setiap unit yang telah memberikan sepenuh komitmen
dalam menjayakan program-program di bawah Pengurusan Hal Ehwal
Murid.

Makluman

4.3.2) Penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP)

I Memaklumkan seramai 166 orang murid SK Seri telah lulus daripada
KPM untuk bantuan KWAMP.

ii Mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelaras KWAMP iaitu
Ustazah Kamariah Binti Achil kerana membantu HEM mendapatkan
data murid-murid miskin.

iii Juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Shafiq kerana
membantu menyediakan pautan dan google form serta jutaan terima
kasih kepada guru kelas bagi menghebahkan pautan goole form
kepada penjaga-penjaga.

iv Memaklumkan seramai 30 orang murid belum menyediakan akaun
bank rakyat, bagi penyerahan murid-murid ini akan membuat
penyerahan secara tunai dengan kaedah pandu lalu di pintu pagar
sekolah.

v Memaklumkan supaya semua guru kelas menyampaikan maklumat
mengenai kemasukkan duit bantuan selepas 3 hari duit bantuan
KWAMP dimasukkan ke akaun murid-murid.
Makluman

4.3.3) Penyerahan Program susu sekolah.

i Mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelaras program susu
sekolah iaitu cikgu Nur Aina Jihah kerana membantu menguruskan
penyerahan program susu sekolah.

ii Agihan penyerahan program susu sekolah dibungkus dengan jumlah
sama banyak kepada murid-murid yang menerima RMT kerana
menggelakkan tempoh PKP yang panjang.

iii Penyerahan bungkusan susu di lakukan dengan meletakkan
bungkusan susu di pondok pengawal keselamatan. Memohon
kepada gugu-guru kelas menghebahkan perkara tersebut kepada
penjaga murid RMT. Penjaga boleh mengambil bungkusan yang
telah disediakan pada bila-bila masa sahaja tiada ketetapan waktu
ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.

Makluman

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2020 ::

4.3.4) Majlis Apresiasi PPDSB.

i Memohon kepada unit-unit yang terlibat memberi kerjasama penuh
untuk mengumpulkan bahan-bahan seperti surat menyurat,
kewangan, dan lain-lain. Jika perlu menghadirkan diri ke sekolah
perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan Guru besar.

ii Memaklumkan Pengurusan HEM menyertai Apresiasi PPDSB, iaitu
Bantuan, Unit Displin dan unit UBK

iii Mengharapkan semua penyelaras yang terlibat boleh merancang
perjalanan bagi memenuhi instrumen yang telah disediakan.

Iv Mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua guru-
guru yang telah banyak membantu melancarkan pengurusan HEM
walaupun dalam tempoh PKPD ini.

Makluman

4.4 Pengurusan Kokurikulum

4.4.1 Taklimat pelaksanaan PDPR Kokurikulum 2021.- Encik Hafizan Bin
Munier (Setiausaha Kokurikulum)

i Memaklumkan tarikh-tarikh pelaksanaan kokurikulum bagi
tahun 2021.

ii Cara/kaedah pelaksanaan PDPR kokurikulum 2021.

- Guru penasihat setiap unit mesti mewujudkan kumpulan
whatsapp masing-masing mengikut unit-unit.

- Kaedah pelaksanaan melalui atas talian iaitu google meet :
- Guru penasihat merancang PDPR kokurikulum dengan

menyediakan rancangan pengajaran terlebih dahulu.
- Rancangan pengajaran dibentang semasa google meet.
- Pelaksanaan google meet sekitar 10 hingga 20 minit sahaja.
- Seterusnya murid-murid menyelesaikan tugasan yang telah

dibincangkan semasa google meet.
- Guru-guru penasihat diminta untuk merekod/mengambil gambar

semasa google meet untuk pelaporan.
- Guru penasihat membuat link google meet dan masukkan dalam

group masing-masing
- Pelaksanaan PDPR kokurikulum dijalankan jam 3 petang
- Penyelaras setiap unit mesti memastikan kehadiran murid-murid

direkodkan.
- Taklimat penyelarasan pelaksanaan PDPR kokurikulum

Hari Isnin, Jam 9.15 Malam, Tempat Masing-masing
Sasaran : Ketua-ketua guru penasihat setiap unit

Tindakan : Semua Guru

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2020 ::

5. HAL-HAL LAIN

5.1) Taklimat Anugerah Apresiasi PPDSB Tahun 2021

5.1.1) Memaklumkan pada tahun 2020 SK Seri Utama telah mendapat 7

anugerah yang telah diberi iaitu :-
1. Pengurusan PIBG – 5 bintang
2. Pengurusan Kokurikulum – 5 bintang
3. Pengurusan Akademik – 4 bintang
4. Pengurusan Pemulihan Khas – 4 bintang
5. Pengurusan Hal Ehwal Murid – 4 bintang
6. Pemgurusan Disiplin Murid – 4 bintang
7. Pengurusan Pendidikan Khas – 3 bintang

5.1.2) Cadangan Penyertaan pada tahun 2021
1. Pengurusan Pra Sekolah
2. Pengurusan PIBG
3. Pengurusan dan pentadbiran
4. Pengurusan Akademik
5. Pengurusan Pemulihan Khas
6. Pengurusan Pendidikan Khas
7. Pengurusan Sumber Teknologi Pendidikan

5.1.3) Ketetapan dan tindakan yang dilakukan.
1. penyertaan dalam kategori yang dipilih
2. Instrumen akan diberi kepada penolong kanan dan guru berkenaan
3. Menyediakan dokumen dalam senarai instrumen yang diberi
4. Tarikh semakan akhir : 26 Ogos 2021
5. Tarikh penghantaran ke PPDSB : 30 Ogos 2021

Makluman

5.2) Encik Syamsul Afandi Bin Badulzaman

5.2.1) Unit bimbimgan dan kaunseling mendapat arahan saringan minda sehat .
Pelaksanaan bagi sekolah rendah dijalankan pada murid tahun 5 dan 6
5.2.2) dan akan dilaksanaka secara dalam talian iaitu google meet yang akan
5.2.3) diurus oleh penyelaras UBK
Murid-murid akan diberi pautan untuk menjalankan saringan minda sehat
tersebut.
Data psikometrik telah dijalankan dengan kerjasama guru-guru kelas.
Semua murid tahun 6 telah menjalani ujian psikometrik berkaitan
kecerdasan pelbagai. Ringkasnya tahap kepelbagaian tahun bagi muzik
adalah sangat rendah.

5.3) Tn Hj Mohd Nor Azmi Bin Sikit
5.3.1) Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi dan barisan
pentadbir sekolah. Juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-
guru dan PPM
5.3.2) Memohon kepada guru membuat laporan PDPR setiap hari kerana guru-
guru telah menyediakan modul yang telah diberi kepada murid.
5.3.3) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru telah menyiapkan
laporan PBD

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2020 ::

5.3.4) Mengharapakan guru-guru dan ppm dapat memberi kerjasama dan
5.3.5) sokongan bagi penyertaan apresiasi PPDSB pada tahun 2021 dan
mengharapkan dapat penganugerahan 4 bintang atau lebih.
Mengucapkan selamat datang kepada Pn. Jamilah ppm yang baru
berpindah dari SMK Sg Besar.

Makluman

6. PENUTUP

6.1. Pengerusi memberi peringatan kepada warga Sekolah Kebangsaan Seri Utama
untuk sentiasa mematuhi prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh
KPM dan MKN dalam langkah mencegah penyebaran COVID-19.

6.2. Mesyuarat Guru Bilangan (3), Tahun 2021 telah ditamatkan pada jam 12:30
tengah hari dan akan ditangguhkan pada satu tarikh yang bakal dimaklumkan
kelak.

Disediakan oleh,

...........................................
(HAFIZAN BIN MUNIER)
Setiausaha Unit
Kokurikukum,
Sekolah Kebangsaan
Seri Utama,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

TARIKH : 9 Julai 2021 (Jumaat)

::MINIT MESYUARAT GURUBILANGAN (3), TAHUN 2020 ::


Click to View FlipBook Version