The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kartini Abu Bakar, 2025-03-17 23:08:31

RISALAH RAMADHAN

NUZUL AL-QURAN

Keywords: NUZUL AL-QURAN

Dari segi Bahasa: Nuzul al-Quran dari segi bahasa an-Nuzul bererti penurunan atau perpindahan sesuatu dari atas ke bawah. Dari segi istilah: Dari segi istilah - Penurunan al-Quran daripada Allah SWT ke Luh Mahfuz, seterusnya ke baitul 'Izzah di langit dunia (penurunan kedua-dua peringkat ini adalah secara sekaligus). Seterusnya dari Baitul 'Izzah di langit dunia ke dalam dada Rasulullah SAW (penurunan secara beransur-ansur) melalui perantaraan Malaikat Jibril (AS). PENGERTIAN NUZUL QURAN


CARA NUZUL QURAN


PENURUNAN SECARA SEKALIGUS Antara dalil yang membuktikan bahawa al-Quran diturunkan secara sekaligus ialah ُه َد ٰـ ٍت ِ م َن ٱلْ ِلنَّا ِس َوبَي ِنَ ْر َءا ُن ُه ًدى ل نِز َل فِي ِه ٱلْقُ ُ ٓى أ ِذ ِن َش ْه ۚ ُر َر َم َضا َن ٱلَّ ا ْرقَ ٰى َوٱلْفُ Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Surah al-Baqarah 2 : 185 ِنَّا ُكنَّا ُمنِذِري َن َر َك ٍةۚ إ مبَٰـ ٍة ُّ ْيلَ ٰـهُ فِى لَ ن َزلْنَ َ ِنَّآ أ إ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). Surah ad-Dukhan 44 : 3


PENURUNAN SECARA BERANSUR-ANSUR Al-Quran diturunkan kepada Baginda SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Antara dalil yang membuktikan bahawa Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW ialah ٰـهُ تَنِزيًًل ى ُم ْك ٍث َونَ َّزلْنَ ٰ هُۥ َعلَى ٱلنَّا ِس َعلَ َ ِلتَ ْقَرأ ٰـهُ نَ َرقْ ْر َءانًا فَ َوقُ Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur. Surah al-Israk 17 : 106


PERINGKAT PENURUNAN AL- QURAN (ADA 3 PERINGKAT) Peringkat Pertama : Penurunan al-Quran daripada Allah SWT ke Luh Mahfuz Peringkat Kedua : Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke baitul 'Izzah di langit dunia. Peringkat Ketiga : Penurunan al-Quran daripada Baitul 'Izzah di langit dunia ke dalam dada Rasulullah SAW


PERINGKAT PERTAMA Penurunan al-Quran daripada Allah SWT ke Luh Mahfuz. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT ظ و ٍ حفُ ْ م َّ ٍ وح ْ د فِى لَ ٌ مِجي ن َّ ر َءا ٌ ْ هَو قُ ْل ُ بَ (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaikbaiknya) pada Lauh Mahfuz. Surah al-Buruj 21-22


PERINGKAT KEDUA Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke baitul 'Izzah di langit dunia. Penurunan pada peringkat ini masih secara sekaligus. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah SWT دِر قَ ْ ْ ِة ٱل يلَ ْ ُ فِى لَ ٰـه نَ ْ ن َزل َ َّآ أ ِن إ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Surah al-Qadr 97:1


PERINGKAT KETIGA Penurunan al-Quran daripada Baitul 'Izzah di langit dunia ke dalam dada Rasulullah SAW. Penurunan pada peringkat ini adalah secara beransur-ansur selama 23 tahun. Antara dalil yang menyokong pendapat ini ialah firman Allah SWT م ْك ٍث َونَ ُ ى ٰ َّا ِس َعلَ َعلَى ٱلن ُۥ ه َ َرأ ُ ِلتَقْ ٰـه نَ َرقْ ْر َءانًا فَ ِزيًً َوقُ ُ تَن ٰـه نَ ْ زل َّ Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur. Surah al-Israk 17 : 106


KEPENTINGAN NUZUL AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT DAN BERANSUR-ANSUR • Memudahkan para sahabat menghafaz dan mengamalkan al-Quran. • Menguat dan meneguhkan hati Rasulullah SAW sehingga Rasulullah SAW dapat menyelesaikan permasaalahan yang menimpa masyarakat umat Islam dengan pantas. • Bukti bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah SWT bukan pertuturan Rasulullah SAW semata-mata • Beransur-ansur dalam menetapkan sesuatu hukum seperti pengharaman arak. • Hukum-hukum lebih mudah difahami dan dilaksanakan agar manusia tidak terbeban dalam melaksanakan perintah Allah SWT.


PENURUNAN SECARA BERANSUR-ANSUR Al-Quran diturunkan kepada Baginda SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Antara dalil yang membuktikan bahawa Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW ialah ٰـهُ تَنِزيًًل ى ُم ْك ٍث َونَ َّزلْنَ ٰ هُۥ َعلَى ٱلنَّا ِس َعلَ َ ِلتَ ْقَرأ ٰـهُ نَ َرقْ ْر َءانًا فَ َوقُ Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur. Surah al-Israk 17 : 106


USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MENJADIKAN NUZUL AL-QURAN SEBAGAI PENDOMAN MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QURAN NEGARA


• Memahami dan menghayati peristiwa nuzul alQuran terutamanya apabila memasuki bulan Ramadan • Membaca buku-buku ilmiah dan mentadabbur ayatayat al-Quran yang berkaitan Nuzul al-Quran


MASYARAKAT • Mengadakan program ceramah perdana di masjidmasjid dan surau-surau yang membahaskan topik Nuzul al-Quran • Membuat aktiviti menghayati peristiwa Nuzul alQuran di masjid atau di surau seperti halqah al-Quran dan sebagainya


• Menghebahkan kepada masyarakat program-program sambutan Nuzul al-Quran melalui media seperti televisyen dan internet. • Menghasilkan jurnal peristiwa Nuzul al-Quran dan menyebarkan kepada masyarakat awam.


SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA: • Panitia Agama Islam Dan Bahasa Arab SKAG • Surau At-Taufiqiyyah SKAG • Unit Dakwah SKAG


Click to View FlipBook Version