The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak (BMMB3103)
Semantik Bahasa Melayu (BMMB3123)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilah24-375, 2022-06-17 18:34:36

CERPEN REVOLUSI PUTERA MAHKOTA DAN RATU LANGIT

Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak (BMMB3103)
Semantik Bahasa Melayu (BMMB3123)

Keywords: CERPEN

CERPEN

Revolusi

Putera Mahkota &
Ratu Langit

NUR 'AQILAH HUSNA BINTI YAHAYA

Pengenalan

Menurut Othman Puteh (2001), cerpen
ialah kependekan atau akronim daripada
“cerita pendek” dan merupakan satu daripada
ragam kesusasteraan. Cerpen yang dihasilkan
bertajuk “Revolusi Putera Mahkota dan Ratu
Langit”. Cerpen ini bersifat fantasi yang
dihasilkan menggunakan peribahasa “Yang
tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua”.
Peribahasa tersebut membawa makna
pemimpin yang bertanggungjawab untuk
mendapat pujian atau celaan dalam sesuatu
perkara yang dilaksanakan.

Cerpen ini menceritakan tentang seorang
putera mahkota dari kerajaan bernama Indera
Suraloka yang berhasrat menunaikan amanah
arwah bondanya untuk mengubah kehidupan
masyarakat dari era kegelapan kepada
masyarakat yang disanjung oleh seluruh
pelusuk dunia. Putera Mahkota mendapat
inspirasi daripada kerajaan ratu langit dalam
melaksanakan revolusi terhadap kerajaan
Indera Suraloka. Oleh itu, bagaimanakah
putera mahkota dapat menjadikan kerajaan
Indera Suraloka berada di kemuncak
kegemilangan dunia?

Cerpen :

Revolusi Putera Mahkota & Ratu Langit

Suatu ketika dahulu, tersergam indah
sebuah istana yang berukirkan permata delima
di kerajaan bernama Indera Suraloka. Namun,
singgahsana itu diselubungi kesedihan atas
kehilangan Permaisuri Hayla yang merupakan
isteri tercinta Raja Abbas dan bonda kepada
Putera Mahkota Ferhat.

Akibat kecewa akan kehilangan isterinya,
Raja Abbas yang asalnya merupakan raja yang
sangat baik hati berubah menjadi seorang raja
yang bengis dan kejam terhadap rakyatnya.
Beliau menitahkan bahawa sejak hari itu,
rakyatnya tidak dibenarkan berkahwin dan
hidup bahagia.

Kesedihan beliau telah mendorongnya
hilang pertimbangan rasional dalam membuat
segala keputusan. Sejak itu, ekonomi kerajaan
Indera Suraloka mundur, rakyat hilang
pekerjaan dan pendidikan serta mengakibatkan
masyarakat hidup dalam era kegelapan.

Dua tahun kemudian, Putera Mahkota
Ferhat telah mencapai usia 20 tahun. Beliau
telah diizinkan untuk mengembara dan ditemani
oleh pengawal peribadinya di luar singgahsana.
Pertama kali dalam hidupnya dapat melihat
kehidupan di luar mahligai mewah tempat ia
dibesarkan. Beliau amat teruja untuk keluar
bersiar-siar di kota.

Alangkah terkejutnya Putera Mahkota
apabila tiba di kota tempat tinggal rakyatnya.
Beliau melihat rumah-rumah kayu yang
hampir roboh, keadaan tanah yang tandus,
beberapa orang kampung sedang berebut
mengambil air di dalam perigi, kanak-kanak
pula bermain di sekeliling timbunan sampah
serta pertelingkahan orang kampung
disebabkan hasil tanaman yang musnah.

Tiba-tiba seorang anak
kecil yang berpakaian serba
lusuh dan berkaki ayam
menghampirinya lalu
berkata “wahai tuan muda
yang kaya, boleh berikan
saya sekeping roti ? Saya
amat lapar sudah tidak
makan selama 3 hari” kata
budak itu.

Kemudian, beliau terdengar pula
perbualan dua orang petani yang berkata
“sampai bila kita perlu hidup di bawah
perintah raja yang sangat kejam dan tidak
berhati perut ini”. Putera Mahkota amat
terkejut melihat rakyat di negaranya hidup
dalam kemiskinan dan kemunduran
sementara beliau enak menikmati
kemewahan dari kecil di istana.

Putera Mahkota pulang ke istana dalam
keadaan yang amat sedih. Beliau buntu dan
tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Putera
Mahkota melepaskan kesedihan dengan
memeluk bingkai gambar bondanya dengan
sangat erat. Tiba-tiba, sepucuk surat yang
tersimpan rapi disebalik bingkai itu terjatuh ke
atas lantai. Beliau membukanya dan melihat isi
surat itu tertulis dalam tulisan jawi iaitu

(Wahai anakandaku tersayang, bonda
sentiasa merindui dan mendoakan
kesejahteraan anakanda. Bonda berharap
semoga anakanda menjadi seorang raja yang
disegani oleh rakyat dan menjadikan Kerajaan
Indera Suraloka berada di kemuncak
kegemilangan dunia. Jadilah pemimpin yang
baik dan bertanggungjawab kerana “Yang tinggi
tampak jauh, yang dekat julung bersua”).

‫ي دان‬۶‫ بوندا سنتياس مريندو‬، ‫واهاي انقنداکو ترسايڠ‬
‫ بوندا برهارڤ سموݢ‬.‫ن انقندا‬۶‫مندعاءکن کسجهترا‬
‫انقندا اکن منجادي سأورڠ راج يڠ دسݢني اوليه رعيت‬

‫ن ايندرا سورالوک براد دکمونچق‬۶‫دان منجاديکن کراجا‬
‫يق دان‬۶‫ جاديله ڤميمڤين يڠ با‬.‫کݢميلڠن دنيا‬
. . . ‫برتڠݢوڠجواب کران‬



" ‫ يڠ دکت جولوڠ برسوا‬، ‫وه‬۶‫" يڠ تيڠݢي تمڤق جا‬

“Yang tinggi tampak jauh, yang dekat
julung bersua”. Ayat tersebut diulang sebanyak
tiga kali oleh Putera Mahkota Ferhat yang
sedang memikirkan maksud yang hendak
disampaikan oleh bondanya. Tiba-tiba, setelah
cukup tiga kali ayat itu disebut, satu cahaya
putih yang amat terang keluar dari baris ayat
tersebut.

Putera mahkota amat terkejut apabila
muncul di hadapannya seorang wanita yang
amat cantik berpakaian hiasan permata krtistal
dan bercahaya yang sedang duduk di atas
seekor kuda terbang yang gagah.

“Siapakah kamu
dan mengapa kamu
berada disini?” kata
Putera Mahkota
Ferhat dengan
penuh kehairanan
dan ketakutan.

“Jangan takut, saya ialah seorang ratu
langit dan tujuan saya disini adalah untuk
memenuhi janji saya kepada bonda kamu iaitu
Permaisuri Hayla untuk membantu anaknya jika
berada dalam kesusahan”.

Setelah itu, Ratu Langit membawa Putera
Mahkota Ferhat untuk melawat Kerajaan Atas
Langit dengan menaiki kuda terbang yang
gagah itu. Sepanjang perjalanan melawat
Kerajaan Atas Langit, beliau amat kagum akan
kehidupan masyarakat di negara tersebut.

Hal ini kerana beliau
melihat masyarakat di
negara itu hidup dengan
penuh kegembiraan dan
berkasih sayang antara
satu sama lain.

Ketika Ratu Langit memperkenalkan Putera
Mahkota Ferhat kepada rakyat jelatanya,
mereka amat mengalukan kedatangan Putera
Mahkota dan melayani beliau dengan penuh
hormat dan mesra.

Seluruh rakyat Kerajaan Atas Langit juga bijak
menyusun kata-kata dengan penuh berilmu
dan berhikmah ketika berbual. Putera Mahkota
juga amat kagum dengan Ratu Langit kerana
rakyatnya amat menyayangi beliau dan hidup
harmoni dibawah pemerintahannya.

“Wahai Ratu Langit, bagaimanakah kamu
dapat membentuk sebuah kerajaan yang begitu
indah dan bahagia ini?” tanya Putera Mahkota
Ferhat kepada Ratu Langit.

Ratu langit membalas pertanyaan itu dengan
berkata “Seorang raja yang bertanggungjawab
perlu bijak dalam membangunkan sebuah
negara gersang kepada negara puncak kerana
kunci kebahagiaan adalah ilmu dan kasih
sayang”.

Setelah mendengarkan jawapan Ratu Langit
tersebut, Putera Mahkota Ferhat telah
mendapat inspirasi dan berhasrat menunaikan
amanah arwah bondanya untuk mengubah
Kerajaan Indera Suraloka dari era kegelapan
kepada sebuah negara yang berada di
kemuncak dunia. Beliau ingin melihat
masyarakat di negaranya hidup dalam
kebahagiaan dan disanjung oleh seluruh
masyarakat di pelusuk dunia.

Kemudian, bermulanya perubahan Kerajaan
Indera Suraloka yang baharu di bawah
pemerintahan Raja Ferhat. Beliau telah
melakukan tiga revolusi bagi membina kerajaan
yang unggul.

Pertama, Revolusi pembudayaan ilmu
pengetahuan iaitu Raja Ferhat ingin membina
masyarakat berilmu. Beliau telah menitahkan
semua rakyatnya untuk mendalami pelbagai
ilmu. Beliau membawa masuk segala bahan dan
buku-buku dari negara luar lalu diterjemahkan
kepada bahasa ibunda.

Berlakunya proses pemindahan ilmu dengan
negara luar sehingga lahirnya ramai
cendiakawan dan saintis di Kerajaan Indera
Suraloka. Beliau juga telah membina sebuah
pusat ilmu yang amat besar dan hebat sehingga
menjadi sumber rujukan dan tumpuan di mata
dunia.

Kedua, revolusi perdagangan antarabangsa
dimulakan. Raja Ferhat membangunkan
kawasan pertanian yang besar kepada petani
tempatan untuk bekerja dan mengeksport hasil
tersebut ke negara luar. Beliau menyediakan
kelengkapan yang canggih di kilang-kilang
untuk mewujudkan sistem ekonomi negara yang
maju.

Ketiga, Raja Ferhat telah mengadakan
revolusi perkembangan masyarakat dengan
menggalakan rakyat untuk berkahwin.

Setiap pasangan
yang baru
berkahwin
diberikan hadiah
sebuah rumah
serta setiap bayi
yang lahir akan
diberikan elaun
khas untuk
pendidikan.

Kebijaksanaan revolusi yang dilakukan
oleh Raja Ferhat telah menjadikan Kerajaan
Indera Suraloka berada di kemuncak dunia.
Raja Ferhat sering keluar melihat rakyatnya dan
bergaul mesra dengan mereka. Rakyat Indera
Suraloka amat menyayangi beliau sehingga
rakyatnya mengukir sebuah tugu peringatan
atas nama Raja Ferhat.

Kini, tiada lagi rakyat di kerajaan itu hidup
dalam kemiskinan dan kemunduran. Semua
rakyat hidup bahagia dan berkasih sayang
antara satu sama lain. Nama Kerajaan Indera
Suraloka terus berkembang dan sentiasa
menjadi sebutan dunia.

“Bonda, alangkah bahagianya jika bonda
masih ada sekarang. Impian bonda untuk
melihat Kerajaan Indera Suraloka berada di
kemuncak dunia telah menjadi kenyataan.
Anakanda amat rindu akan bonda.”

Raja Ferhat bercakap
sendiri sambil duduk di
bawah sepohon pokok di atas
bukit dan melihat rakyatnya
menjalankan rutin seharian
mereka.

Raja Ferhat tidak sedar akan kehadiran
Ratu Langit di sebalik pohon itu yang sentiasa
memerhatikannya. “Sungguh, bondamu pasti
bangga melihat kejayaan anaknya” kata Ratu
Langit kepada Raja Ferhat. Raja Ferhat berpaling
ke belakang setelah mendengar respon Ratu
Langit terhadap monolognya sendiri.

Raja Ferhat dan Ratu Langit saling berbalas
senyuman bahagia. Akhirnya, Raja Ferhat telah
memahami maksud ungkapan bondanya iaitu
“Yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung
bersua” yang menjadi tanda tanya sekian lama
dalam dirinya. Beliau berazam untuk sentiasa
menjadi raja yang baik dan bertanggungjawab
dalam melakukan setiap tindakan.

TAMAT

Rumusan

Kesimpulannya, peribahasa “Yang tinggi
tampak jauh, yang dekat julung bersua” ini
amat bertepatan dengan kisah cerpen
bertajuk Revolusi Putera Mahkota dan Ratu
Langit. Cerpen tersebut menggambarkan
bahawa jika seorang raja yang kejam
terhadap rakyatnya seperti Raja Abbas, maka
akan dicela tetapi jika seorang raja yang bijak
dan baik hati seperti Raja Ferhat, maka akan
mendapat pujian.

Oleh itu, jelaslah bahawa seorang
pemimpin yang akan bertanggungjawab
untuk mendapat celaan atau pujian atas
tindakan yang dilaksanakannya. Cerpen ini
juga memberikan pengajaran kepada
pembaca bahawa kita perlu sentiasa
bertanggungjawab atas setiap perkara yang
dilakukan. Selain itu, pembaca juga dapat
mengambil iktibar bahawa ilmu sangat
penting dalam kehidupan seorang manusia.
Hal ini kerana seseorang yang berilmu dapat
mengubah kehidupannya menjadi lebih baik
serta dihormati oleh orang lain.


Click to View FlipBook Version