bRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1. Mata pelajaran: Bahasa Melayu 2. Tahun: 3 Mahsuri 3. Bilangan murid: 20 Orang 4. Tarikh: 10 April 2023 5. Hari: Isnin 6. Masa: 9:00 pagi hingga 10:00 pagi 7. Tema: Kesihatan dan Kebersihan 8. Unit: Unit 5 9. Tajuk: Kebersihan Tanggungjawab Bersama 10. Kemahiran fokus: 3.0 Kemahiran menulis 11. Standard Kandungan 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 12. Standard Pembelajaran 3.2.1 Murid boleh membina dan menulis ayat. 13. Objektif pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: (i) Membina ayat. (ii) Menulis ayat. 14. Kriteria Kejayaan (i) Mengenal pasti cara membina ayat dengan mudah. (ii) Membina ayat yang sesuai berdasarkan gambar dalam bahan bantu mengajar digital di aplikasi Quizwhizzer. (iii) Membina dan menulis ayat dengan menggunakan semua maklumat dalam peta alir. (iv) Menilai hasil binaan ayat dari setiap kumpulan. 15. Sistem Bahasa Tatabahasa: Morfologi – Kata kerja Kosa kata: menggosok, memotong, menyikat Sebutan dan intonasi – nyanyian lagu 16. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) Bahasa: Pendidikan muzik, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Nilai Murni: Kerjasama, menghormati dan toleransi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui TMK dan BBM Digital Kreativiti dan Inovasi: Pergerakan kreatif (nanyi dan gaya), Imaginasi dan visualisasi (susunan puzzle).
17. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik) Kemahiran Berfikir: Menghubung kait pengalaman dan keperluan untuk membersihkan diri dan kemahiran membuat keputusan jawapan yang tepat. Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, kinestetik dan muzik. Kemahiran Insaniah: Pemikiran kritis dan kemahiran komunikasi. Didik hibur: Belajar sambil bermain. Belajar Cara Belajar: Membina dan menulis ayat. Pembelajaran Konstektual: Menghubung kait amalan membersihkan diri dalam kehidupan seharian. Pembelajaran Kooperatif: Murid-murid dalam kumpulan bekerjasama membina ayat, menulis ayat berdasarkan gambar dan menilai hasil binaan ayat dari setiap kumpulan bersama bimbingan guru. Bahan Bantu Mengajar Bil. Perkara Jumlah 1 Komputer Riba 1 2 Projektor LCD 1 3 Audio Pembesar Suara 1 4 Pen marker 4 5 Kertas A4 24 6 Tablet 4 7 Kad Manila 4 8 Buku pelekat hiasan 1 9 Pen warna 4 10 Lembaran kerja: Pengayaan Pemulihan 15 5 Pengetahuan Sedia Ada i. Murid pernah menggunakan kata kerja semasa berkomunikasi dalam kehidupan harian. ii. Murid-murid pernah menerima arahan dan pesanan yang disampaikan oleh ibu bapa, guru atau rakan mereka. iii. Murid-murid biasa mengamalkan amalan kebersihan diri sebagai rutin harian.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN LANGKAH/ MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Pengurusan bilik darjah (2 minit) Kebersihan kelas Persediaan murid untuk belajar. Murid memastikan kelas bersih dan mereka bersedia untuk belajar. Peralatan yang sesuai. Set Induksi (5 minit) Tayangan Video Kebersihan Diri Rujuk Lampiran (1) https://youtu.be/_tXdekxLE GQ Kebersihan Diri Gosok gigi. Mandi. Sikat rambut. Potong kuku. Soalan Jawab 1. Sila sebutkan amalan kebersihan diri yang ditunjukkan dalam video? 2. Kenapa menjaga kebersihan itu penting? Jangkaan Jawapan 1. Memberus gigi sebelum mandi. 2. Mandi menggunakan sabun. 3. Menyikat rambut dengan kemas. 4. Memotong kuku sehingga pendek. 1. Guru bertanyakan khabar murid. 2. Guru akan menayangkan video lagu kebersihan diri yang bertajuk ‘Jom Bersihkan Diri’. 3. Seterusnya, murid diminta untuk menyanyikan lagu tersebut bersama-sama berpandukan lirik yang telah tersedia dalam video. 4. Selepas itu, murid perlu melakukan gaya yang sesuai berdasarkan lirik lagu yang dinyanyikan. 5. Bersoal jawab dengan murid mengenai tayangan video yang dimainkan di hadapan kelas. 6. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran yang akan disampaikan pada hari tersebut. Aktiviti Pemula: Strategi PdPc: Kecerdasan Pelbagai (Kinestetik, Muzik, Verbal-Linguistik, Interpersonal). Pembelajaran berasaskan inkuiri (aktiviti soal jawab mengenai kebersihan diri). Pembelajaran konstektual (Murid menghubungkaitkan amalan kebersihan diri dalam kehidupan harian). Berpusatkan guru. Penggabungjalinan (kemahiran). EMK: Bahasa (Pendidikan muzik, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam). Nilai murni (Kebersihan fizikal dan mental). KB: Menghubung kait pengalaman (Amalan menjaga kebersihan diri).
5. Kerana kebersihan separuh daripada iman. Teknik: Penyoalan Murid memberi respons secara lisan. BCB: Mengumpul dan memproses maklumat melalui slaid pembelajaran. BBM: Komputer riba. Projector LCD. Pembesar suara. Pelantar youtube lagu “Jom Bersihkan Diri”. Slaid powerpoint. KBAT: Mengaplikasi. Langkah 1 (15 minit) Mari Membina Ayat Penerangan tentang cara membina ayat dengan mudah melalui 4 kata kunci. https://www.canva.com/desig n/DAFu47Q4kMA/ieyIRoOckf yd0-V7- eUnbg/edit?utm_content=DA Fu47Q4kMA&utm_campaign =designshare&utm_medium=l ink2&utm_source=sharebutto n 1. Murid diberi penerangan mengenai kaedah pembinaan ayat melalui slaid pembelajaran. 2. Murid-murid mengenal pasti cara membina ayat dengan mudah. 3. Murid bersama guru membina ayat berdasarkan soalan di dalam slaid. 4. Murid menampal kertas jawapan di slaid. 5. Murid diperbetulkan oleh guru mengenai kesalahan binaan ayat dan diberi pujian atas keberanian mereka. KB: Menghubung kait pengalaman (Amalan menjaga kebersihan diri). Menjana idea. Strategi PdPc: Kecerdasan Pelbagai (Kinestetik, Muzik, VerbalLinguistik, Interpersonal). BCB: Mengumpul dan memproses maklumat melalui slaid pembelajaran.
Soalan: Jangkaan jawapan: S: Amira dan Amina K: menggosok O: gigi P: di bilik air 6. Murid diminta menyalin nota dan soalan beserta jawapan di slaid ke dalam buku. Langkah 2 (10 minit) Dam Dam Dam dan Bina https://app.quizwhizzer.com /game/650aca3e2189870016 d394fb Murid membina ayat melalui permainan di dalam slaid. Guru akan memberikan kod nombor permainan. 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan diberikan sebuah tablet. 3. Kemudian, guru meminta setiap kumpulan untuk menjawab soalan yang terdapat dalam aplikasi QuizWhizzer. 4. Guru membimbing murid untuk membina ayat. 5. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan permainan tersebut akan diberi penghargaan dan bintang pada buku. 6. Markah dipaparkan melalui aplikasi tersebut. Strategi PdPc: Pendekatan didik hibur (Murid belajar sambil bermain dan mewujudkan unsur keseronokan dan santai dalam bilik darjah). Pembelajaran koperatif (Murid bekerjasama menjawab soalan dan membina ayat bersama bimbingan guru). Berpusatkan murid dan bahan (Murid dan BBM digital). Kecerdasan Pelbagai (Verbal-linguistik, Interpersonal, Intrapersonal). Pembelajaran konstektual (Murid menghubungkaitkan
Setiap kumpulan dapat memilih watak yang mereka minati sebagai watak mereka dalam permainan. Sekiranya setiap kumpulan dapat menjawab soalan, mereka akan berganjak ke soalan yang seterusnya. Setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan soalan akan mendapat tempat di papan skor. amalan kebersihan diri dalam kehidupan harian). EMK: Bahasa (Pendidikan muzik, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam). Nilai murni (Kerjasama, Toleransi dan Kebersihan fizikal dan mental). TMK (Bahan bantu mengajar digital). Teknik: Teknik Perbincangan. BBM: Tablet. Aplikasi Quizwhizzer. KB: Menghubung kait pengalaman sedia ada dan menjana idea. KBAT: Menganalisis.
Guru dapat menilai dan menyemak semula hasil tugasan mereka melalui kuiz permainan ini. Langkah 3 (20 minit) Papan rukun kebersihan Cara-cara menjaga kebersihan diri Rujuk lampiran (6) Jangkaan Jawapan 1. Saya bangun awal pada pukul 6:00 pagi. 2. Saya menggosok gigi dengan bersih menggunakan berus gigi. 3. Saya mandi menggunakan sabun. 1. Murid-murid akan dipaparkan grafik peta alir yang berkaitan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri. 2. Setiap murid akan diberi papan rukun kebersihan. 3. Setiap murid diminta untuk membina satu ayat bagi setiap maklumat yang terdapat dalam peta alir di atas kertas A4. 4. Kertas tersebut ditampal pada kad manila sebagai Papan Rukun Kebersihan. 5. Papan tersebut akan dihiasi mengikut kreativiti masingmasing. 6. Guru membimbing dan menyemak ayat yang dibina murid. Strategi PdPc: Pembelajaran Kecerdasan pelbagai (visual ruang dan intrapersonal). Pembelajaran konstektual (Murid menghubungkaitkan amalan kebersihan diri dalam kehidupan harian). Pembelajaran belajar cara belajar. Pendekatan didik hibur (Murid belajar sambil bermain dan mewujudkan unsur keseronokan dan santai dalam bilik darjah). Kecerdasan pelbagai (Kinestetik seperti pergerakan, visual ruang, interpersonal, verbal-linguistik).
4. Saya menyikat rambut supaya kelihatan kemas. 5. Saya memotong kuku yang panjang sebelum pergi ke sekolah. EMK: Bahasa (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam). Nilai murni (Berdikari, dan Kebersihan fizikal dan mental). Kreativiti dan inovasi. BBM: Slaid powerpoint. Kertas A4. Papan (Kad Manila) Pen marker KBAT: Mengaplikasi. KB: Menghubung kait pengalaman sedia ada dan menjana idea. Pendekatan kemahiran menulis: Pendekatan berpandu. Teknik: Sumbang saran.
Pemulihan Guru memberi lembaran kerja sekolah untuk dilakukan di rumah. Murid menyusun ayat lalu menulis ayat tersebut berpandukan gambar. Rujuk lampiran (8) 1. Guru memberi tugasan kepada murid di rumah dan menyemak semula pada masa PdP yang berikutnya. 2. Murid akan menyusun perkataan yang diberikan dengan ayat perbuatan mengikut kesesuaian gambar yang dipaparkan. 3. Guru membimbing murid membina ayat berpandukan gambar dengan perkataan yang sesuai. Strategi PdPc: Pembelajaran Kecerdasan pelbagai (visual ruang dan intrapersonal). Pembelajaran konstektual (Murid menghubungkaitkan amalan kebersihan diri dalam kehidupan harian). Pembelajaran belajar cara belajar. KB: Menghubung kait pengalaman, merumus dan menjana idea. EMK: Bahasa (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam). Nilai murni (Berdikari, dan Kebersihan fizikal dan mental). Kreativiti dan inovasi. Pendekatan Kemahiran Menulis: Pendekatan Berpandu.
Pengayaan Guru memberi lembaran kerja sekolah untuk dilakukan di rumah. Murid membina ayat dan menulis ayat tersebut menggunakan perkataan sendiri berpandukan gambar. Rujuk lampiran (9) 1. Guru memberi tugasan kepada murid di rumah dan menyemak semula pada masa PdP yang berikutnya. 2. Murid perlu menjawab kuiz yang diedarkan oleh guru. 3. Murid membina dan menulis ayat bagi setiap soalan berdasarkan gambar. 4. Jawapan murid akan disemak oleh guru. Strategi PdPc: Pembelajaran Kecerdasan pelbagai (visual ruang dan intrapersonal). Pembelajaran konstektual (Murid menghubungkaitkan amalan kebersihan diri dalam kehidupan harian). Pembelajaran belajar cara belajar. KB: Menghubung kait pengalaman, merumus dan menjana idea. EMK: Bahasa (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam). Nilai murni (Berdikari, dan Kebersihan fizikal dan mental). Kreativiti dan inovasi. Pendekatan Kemahiran Menulis: Pendekatan Bebas.
Penutup (5 minit) Penutup Kognitif Pengulangan aktiviti membaca perkataan yang dipelajari. Soalan Apakah amalan kebersihan yang perlu kita lakukan bagi menjaga kesihatan? Jangkaan Jawapan 1. Menggosok gigi. 2. Mandi guna sabun. 3. Menyikat rabun. 4. Memotong kuku. 5. Memakai baju yang bersih dan kemas. Penutup Sosial Penerapan nilai murni Bekerjasama, toleransi dan kerajinan. Murid mendapat pujian atas usaha dan kejayaan. Nanyian lagu “Jom Bersihkan Diri”. 1. Guru merumuskan isi pelajaran dengan bertanyakan soalan kepada murid. 2. Murid diminta menyebut perkataan-perkatan dan ayat-ayat yang telah dipelajari. 3. Murid akan menyenaraikan amalan menjaga kebersihan diri. 1. Guru menerangkan nilai murni yang terdapat bersama galakan murid memupuk nilai murni tersebut dalam diri mereka. 2. Murid akan menerima pujian daripada guru atas sikap mereka. 3. Guru dan murid menyanyikan lagu “Jom Bersihkan Diri” sekali lagi sebagai penutup. BBM: Projektor LCD. Komputer riba. Audio pembesar suara. KB: Merumus. Nilai: Kerjasama. Toleransi. Kebersihan fizikal dan mental.
RUJUKAN Daud. H., Sulaiman. M., & Mohamad Yusub. A. A. (2018). Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 3. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 3. (2017). Putrajaya:Bahagian Pembangunan Kurikulum.
LAMPIRAN Set Induksi Langkah 1
https://www.canva.com/design/DAFu47Q4kMA/ieyIRoOckfyd0-V7- eUnbg/edit?utm_content=DAFu47Q4kMA&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&ut m_source=sharebutton Langkah 2
https://app.quizwhizzer.com/game/650aca3e2189870016d394fb Langkah 3
Lembaran Kerja Pemulihan dan Pengayaan