Siri Rimba Kanak-Kanak GAJAH DAN TIKUS PELANGI MEWAH SDN BHD
HAK CIPTA TERPELIHARA PELANGI MEWAH SDN.BHD Menyebarkan e-book ini secara percuma telah merompak hak penulis. Jika ia dijual tanpa izin penerbit. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya berlaku. PELANGI MEWAH SDN BHD i
Di sebuah hutan, tinggal seekor gajah dan seekor tikus. 1
Namun begitu, gajah sangat sombong dan angkuh kerana mempunyai tubuh badan yang besar dan kuat. 2
Pada suatu hari, Sang Gajah sedang tidur di bawah pokok. 3
Tiba- tiba Si Tikus pula bermain di atas kepala dan belalai Sang Gajah. 4
5 Sang Gajah terjaga daripada tidur dan berasa sangat marah terhadap Si Tikus itu.
Lalu, Sang Gajah menerkam Si Tikus. Si Tikus merayu untuk dilepaskan dan berjanji tidak akan mengacau Sang Gajah lagi. Sang Gajah berasa kasihan dan melepaskan Si Tikus tersebut . 6
Pada suatu hari, Sang Gajah terperangkap di dalam jaring pemburu dan tidak dapat melepaskan diri. Sang Gajah menangis dan menjerit meminta pertolongan. 7
Si Tikus mendengar jeritan Sang Gajah lalu berlari ke arah suara Sang Gajah tersebut. Si Tikus lalu membantu Sang Gajah dengan menggigit jaring itu. 8
Sang Gajah mengucapkan terima kasih kepada Si Tikus kerana Sang Gajah telah sedar bahawa Si Tikus yang kecil mampu untuk membantunya. Sejak itu mereka mula berkawan baik dan Sang Gajah turut mengajak Si Tikus bermain bersama rakannya. 9
PELANGI MEWAH SDN BHD K0LEKSI BUKU CERITA KANAK-KANAK Buku cerita ini merupakan himpunan kaya-karya kreatif yang sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Semoga penerbitan buku ini mampu melahirkan generasi yang baik dan berakhlak mulia menerusi penerapan nilai murni dan pengajaran yang terkandung dalam setiap cerita. DITERBITKAN OLEH: Pelangi Mewah SDN.BHD. E-mel: [email protected] Tel:+06-567432 Faks:+603-6140 2667 LAMAN WEB www.pelangimewah.com.my RM10 EM/RM 15 WM ISBN 000-035-545-620