The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Nazura, 2024-02-01 13:15:41

BUKU KANAK-KANAK SI MERAK YANG SOMBONG

BUKU KANAK-KANAK SI MERAK YANG SOMBONG

SIRI KANAK-KANAK NURUL NAZURA (CERITA) SHAMIRA AZURAINI (ILUSTRASI) NURUL NAZURA (CERITA) SHAMIRA AZURAINI (ILUSTRASI)


Cetakan pertama, Januari 2024 Hak cipta terpelihara, tiada mana-mana bahagian buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeuaran atau ditukar kepada apaapa bentuk dengan sebarang cara tanpa izin bertulis daripada penerbit. ISBN: 976-968-18765-8-6 Diterbit oleh: PTS Media Group Sdn Bhd 12, Jalan DBP, Dolomie Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. Dicetak oleh: PTS Bookcafe Sdn Bhd 3A-01, Selayang 18, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. Penulis: Nurul Nazura Mohamad Shahid Reka letak dan ilustrasi: Siti Nur Shamira Azuraini Editor: Muhammad Zarith Afdhal Mohd Tarmizi


1 Pada suatu pagi, Si Merak baru bangun dari tidur. Tiba-tiba, perut Si Merak berbunyi kelaparan. “Nyenyak sekali aku tidur. Aduh, lapar sungguh perutku!”


2 Si Merak pun berjalan keluar dari tempat tidurnya untuk mencari makanan.


3 Si Merak berjalan lalu mengembangkan bulu pelepah. Bulu pelepahnya amat cantik dan berkilau. “Akulah burung yang paling cantik,” kata Si Merak dengan angkuh.


4 Kaki Si Merak mula menguis tanah. Dia berhasil mendapatkan beberapa ekor cacing untuk menjadi santapannya. Si Merak makan dengan berselera. “Aku sudah kenyang. Jadi, aku mahu bersiar-siar di hutan ini.”


5 Sedang dia berjalan, Si Merak ditegur oleh haiwan-haiwan yang lain. “Wah, menawan sekali engkau Si Merak!” tegur Si Kera yang sedang makan pisang di atas pokok.


6 “Sudah tentu Si Kera. Tidak seperti kau yang gelap dan pengotor.” Si Merak pun menjawab dengan sombongnya.


7 “Sombong sungguh engkau Si Merak. Engkau menghina aku.” balas Si Kera. Si Merak hanya mengendahkannya dan terus berjalan. “Tiada haiwan yang boleh mengalahkan kecantikan aku,” bisik Si Merak di dalam hati.


8 Tiba-tiba, Si Merak melihat burung yang tidak pernah dia jumpa. Bulu pelepahnya putih dan bersih. Si Merak terpesona lalu menegur. “Siapakah kau?”.


9 Burung tersebut pun menjawab. “Aku Merpati, engkau pula siapa?”. “Aku Merak, burung yang paling cantik dan menawan di dunia ini, ” balas Si Merak dengan penuh angkuh.


10 “Selamat berkenalan, Si Merak, ” kata Si Merpati. “Aku tidak mahu berkenalan dengan engkau Merpati. Engkau tidak sesuai berkawan denganku, ” kata Si Merak.


11 “Sombong dan bongkak percakapanmu Si Merak. Engkau akan menerima balasan kerana sikapmu, ” jawab Si Merpati lalu terbang beredar dari kawasan itu. Si Merak berasa marah kerana sikap Si Merpati. Dia pun berjalan pulang.


12 Si Merak terdengar bunyi tembakan dari arah belakangnya. “Bang! Bang!”. “Alamak, pemburu hutan.” Si Merak berlari dengan laju untuk menyelamatkan diri. Dia berlari sambil menoleh ke arah belakang.


13 Tanpa dia sedar, dia telah termasuk dalam perangkap. Perangkap tersebut terus tertutup tanpa diduga. “Tolong! Tolong!” jerit Si Merak.


14 Si Kera mendengar jeritan Si Merak dan bergegas ke sana. Setibanya di tempat itu, Si Kera melihat Si Merak dalam perangkap tersebut.


15 “Wahai Si Merak, itulah balasanmu kerana bersikap sombong. Engkau terlalu bangga dengan kelebihanmu sehingga menghina haiwan yang lain. Aku tidak akan menolongmu.”


16 “Tolong aku, Si Kera! Aku berjanji tidak akan sombong kepada engkau dan haiwan lain, aku insaf.” Si Merak merayu kepada Si Kera.


17 “Baiklah, aku akan menolongmu.” Si Kera turun dari pokok dan segera membuka jaring perangkap tersebut. Akhirnya, Si Merak bebas dari perangkap itu.


18 “Terima kasih Si Kera. Aku minta maaf atas sikapku yang sombong, ” kata Si Merak. “Sama-sama Si Merak. Aku sudah memaafkan engkau, ” balas Si Kera.


19 “Engkau sudi berkawan denganku, Si Kera?” “Sudah tentu aku sudi.”


20 Sejak peristiwa itu, Si Merak berubah dan berkawan dengan haiwan yang lain di dalam hutan. Mereka hidup dalam hutan dengan aman dan saling membantu antara satu sama lain.


Semenanjung: RM19.90 Sabah/ Sarawak: RM23.90 SI MERAK YANG SOMBONG Seekor burung bernama Si Merak yang bersikap sombong dan angkuh dengan penghuni hutan. Dia terlalu bangga dengan kecantikan yang dimiliki sehingga menghina haiwan yang lain. Sebuah peristiwa telah berlaku dan menimpa ke atas dirinya. Si Merak terperangkap dalam jerat di hutan. Oleh itu, peristiwa tersebut telah membuatkan Si Merak sedar dan insaf terhadap perbuatannya.


Click to View FlipBook Version