The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashlindadaud.73, 2021-03-20 11:44:49

Mesyuarat Guru 1/2021

Mesyuarat Guru 1/2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL
KM 6 ,JALAN KUALA KETIL,
08000 SUNGAI PETANI,KEDAH.

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/2021

Tarikh /Hari : 17 Januari 2021 (Ahad)
Masa : 9.00-12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Serambi Perdana/ Kediaman Masing-masing
Pengerusi : Cikgu Balkis binti Nordin

Kehadiran secara bersemuka

1. Cikgu Balkis binti Nordin
2. Cikgu Hanison binti Salleh
3. Ustazah Nurehan binti Isa
4. Cikgu Norizan binti Abu Hassan
5. Cikgu Rohana binti Moa’ad
6. Cikgu Noor Zaini binti Che Mat
7. Ustazah Norma binti Abd Rasid
8. Cikgu Hafsah binti Jamaludin
9. Cikgu Maslinda binti Daud
10. Cikgu Nur Maswani binti Che Ani
11. Cikgu Salmah binti Ismail
12. Ustazah Noor Mazira binti Ab Malek
13. Cikgu Nor Ashikin binti Abu Bakar
14. Cikgu Mohd Azmi bin Abu @ Abu Hassan
15. Cikgu Noor Amizah binti Md Thahir
16. Cikgu Shuhaida Hani binti Mohd Salleh
17. Cikgu Mohd Fauzi bin Ahmad
18. Cikgu Mariana binti Dol
19. Cikgu Basirah binti Wahab
20. Ustaz Abdullah bin Abdul Rahman

Tidak hadir bersemuka

1. Cikgu Ramli bin Zakaria (bersebab)
2. Cikgu Chitra a/p Subramaniam (bersebab)

Kehadiran dalam talian secara ‘Google Meet’

1. Cikgu Afidah binti Mohd Ali
2. Cikgu Normadiah binti Aziz
3. Cikgu Ramziah bt Ab Jalil
4. Cikgu Norehan binti Rahim
5. Cikgu Nirmla Devi a/p Murugiah
6. Cikgu Premananthini a/p Dhemudu
7. Cikgu Norlida binti Hamzah
8. Cikgu Nurul Ashiqin binti Kosim

1

9. Cikgu Sarina Ayu binti Mohd Razi
10. Cikgu Muhammad Noor bin Nordin
11. Cikgu Shahidayani binti Salleh
12. Cikgu Ismail bin Abdul Rashid
13. Cikgu Norliza binti Bashfar
14. Cikgu Kumutha a/p Narayan
15. Cikgu Masitoh binti Shafie
16. Cikgu Nazihah binti Abd Rashid
17. Cikgu Asnida binti Ahmad
18. Cikgu Nik Nurhafizah binti Nik Razali
19. Cikgu Tamiz Sellvi a/p Palaniandy
20. Cikgu Noor Azizah binti Mohd Yusof
21. Cikgu Zulkifli bin Abdullah
22. Cikgu Sokri bin Saad
23. Cikgu Mohd Hafiz bin Marzuki
24. Cikgu Adawiyah binti Mohamad
25. Cikgu Salma binti Dali
26. Cikgu P. Sarjit Singh
27. Cikgu Ravichandran a/l Mariappan
28. Cikgu Norhayati binti Jelani
29. Cikgu Nur Aimi binti Mohd Idrus

1 ALUAN PENGERUSI

1. Cikgu Balkis binti Nordin selaku pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran semua guru
untuk kembali bertugas pada tahun 2021. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih pada
semua guru SMSPK atas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2020. Pengerusi berharap
SMSPK akan lebih cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

2. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ke SMSPK iaitu Cikgu Sarjit, Cikgu
Ravichandran, Cikgu Salma dan Cikgu Nur Aimi.

3. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Idah atas segala bakti yang
dicurahkan di SMSPK. Ustazah Idah akan bertukar ke SMK Tunku Sulong.

2 UCAPAN DAN AMANAT WAKIL JPN/PPD

4. Dalam era untuk mengekang wabak Covid-19, sekolah masih boleh membuat taklimat atau
mesyuarat bersemuka dengan syarat kapisiti bilik hanya boleh memuatkan 50 % daripada
kapasiti sebenar. Segala SOP perlu dipatuhi iaitu pemakainan pelitup muka, jarak 1 meter
antara satu sama lain. Semua aktiviti seperti bengkel, ceramah tidak boleh dilaksanakan
kecuali latihan perkhidmatan yang sedang berjalan.
Makluman : Semua Guru

5. Pengerusi memperkenalkan pegawai Pengurusan Hal Ehwal Murid di PPD KMY.

Nama Pegawai Jawatan
En. Yusof bin Ismail Timbalan Sektor Pembangunan Murid
En . Mohamad Satir bin Hamid Pengawai PPD( HEM)

2

En Syaiful Yazam bin Abd Jalil Pegawai PPD( HEM)
En Khairil Azani bin Arzmi Pegawai PPD (Pembangunan Bakat Murid)
En Shahrul Amri bin Salleh Pegawai PPD (Pembangunan Bakat Murid)

6. Pengerusi memaklumkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) boleh diakses oleh ibubapa.
Ibubapa boleh kemas kini sendiri maklumat.
Makluman : Semua Guru

7. Pengerusi mengingkatkan APDM perlu dikemaskini oleh guru kelas pada awal tahun bagi
tujuan Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), biasiswa dan bantual awal persekolahan.
Tindakan : Semua Guru Kelas

8. Pengerusi mencadangkan bagi Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) satu kad disediakan bagi
setiap murid. Kad ini akan mencatatkan setiap amalan baik. Guru yang meminta bantuan
murid atau murid yang menolong guru , guru perlulah mengisi kad amalan baik ini.
Tindakan : JK Disiplin, Sahsiah dan Pembangunan Insan

9. Pengerusi mencadangkan agar satu lawatan penanda aras ke SMK Aman Jaya dibuat bertujuan
menimba ilmu dari mereka berkaitan SSDM kerana mereka memenangi pengurusan SSDM
tempat pertama.
Tindakan : JK Disiplin, Sahsiah dan Pembangunan Insan

10. Cikgu Farah Hayana mencadangkan agar ‘qr code’ disediakan bagi merekodkan setiap amalan
baik yang dilakukan oleh pelajar.
Tindakan : Cikgu Farah Hayana & Cikgu Mariana

11. Pengerusi memaklumkan masalah ponteng di kalangan murid. Sebab utama ialah sikap
pealajar, sikap ibu bapa, jarak rumah ke sekolah, masalah keluarga , masalah kewangan, murid
bekerja. Pengerusi meminta kaunselor sekolah memberikan motivasi kepada murid-murid.
Tindakan : Kaunselor Sekolah

12. Pengerusi memaklumkan jadual pengurusan buku teks bagi tahun 2021 akan disusun bagi
pengambilan buku teks 2021
Tindakan : Ahli Jawatankuasa SPBT

13. Pengerusi memaklumkan , peperiksaan SPM 2020 akan diadakan pada tarikh 22 Febuari-25
Mac 2021
Makluman : Semua Guru

14. Pengerusi memaklumkan dapatan daripada Pemantauan PAJSK. Data PAJSK diisi sepenuhnya
oleh SU Kokurikulum, maklumat pencapaian murid tidak dibawa bersama, borang/buku
pelaporan PAJSK dalam simpanan murid, pengisian dan perekodan dalam PAJSK tidak
mengikut aliran yang betul, Pentaksiran markah PAJSK tidak berintegriti, menuggu saat akhir
akhir untuk pengisian PAJSK dan Sijil Pelaporan PAJSK tidak dicetak bagi calon PT3/SPM.
Makluman : Semua Guru

15. Pengerusi mengingatkan agar guru-guru mengambil tahu mengenai Penjajaran Kurikulum 2.0
yang telah dikongsi dalam telegram sekolah. Guru-guru perlu bergerak seiring dengan
teknologi maklumat .
Makluman: Semua Guru

3

16. Semua guru dimaklumkan mengenai pengurusan sukan dan kokurikulum, tiada aktiviti sukan
dan aktiviti kokurikulum yang dibenarkan secara bersemuka. Hanya aktiviti di dalam talian
sahaja yang dibenarkan.
Makluman : Semua Guru

3 AMANAT PENGETUA DAN HALA TUJU SMSPK TAHUN 2021

17. Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya bergerak seiring TS 25 bagi mencapai
kemenjadian murid. Guru-guru mestilah berkualiti dan pentadbir yang berkesan. Pada tahun
2025 semua sekolah akan menjadi sekolah transformasi.
Makluman : Semua guru.

18. Pengerusi juga memaklumkan sekolah merancang untuk menghasilkan guru –guru berkualiti
contohnya dari segi pedagogi, memperkasakan pentaksiran dan penilaian sekolah.
Penjenamaan semula juga dilakukan pada bilik-bilik khas.

Nama lama Nama baru
Bilik Kaunseling Pusat Pembangunan Insan
Bilik Mesyuarat Bilik Serambi Perdana
Bilik PIBK Bilik Serambi Bestari
Bilik Jamuan Bilik Serambi Sutera
Bilik Peperiksaan e- War Room
Bilik PBD Bilik Penilaian dan Pentaksiran
Bilik SPBT Galeri Boss

Makluman : Semua Guru

19. Pengerusi mengingatkan 2 bilik dan 1 laluan akan dibangunkan pada tahun 2021 iaitu bilik e-
War Room, Galeri Boss dan Laluan Stem.
Tindakan : e-War Room : Cikgu Naziha
Bilik Penilaian & Pentaksiran : Cikgu Salmah
STEM Wonderland : Ketua Panitia Sains

20. Pengerusi memaklumkan bilik kaunseling telah mencapai standard 5 bintang . Pengerusi
mengharapkan bilik kaunseling terus mengekalkan standard 5 bintang.
Makluman : Semua Guru

21. Beberapa bilik belum mencapai piawai 5 bintang iaitu Galeri BOSS dan surau. Dewan Aspirasi

juga perlu dinaiktaraf.

Tindakan : Galeri Boss : Cikgu Adawiyah

Surau : Ustaz Abdullah

Dewan Aspirasi: Puan Shuhida Ariza

22. Pengerusi memaklumkan mengenai Piawaian Minimum Sekolah (PMS), iaitu dari segi
akademik, pentadbiran dan pengurusan, kewangan dan akaun, komuniti, pembangunan murid
dan fizikal. Unit Kurikulum , Unit HEM dan Unit Kokurikulum akan membuat dashboard untuk
tahun 2021.
Tindakan : Unit Kurikulum, Unit HEM dan Unit Kokurikulum.

23. Semua guru dimaklumkan, bahawa fizikal sekolah iaitu bangunan telah dicat dan dinaiktaraf.
Makluman : Semua Guru
4

24. Pengerusi juga memaklumkan dari segi akademik, sasaran SPM 2021 akan dibincangkan dalam
mesyuarat kurikulum bergantung kepada peperiksaan sebenar SPM 2020.
Tindakan : Setiausaha SPM

25. Pengerusi memaklumkan mengenai pentadbiran dan pengurusan. Sasaran sekolah
memperolehi markah 90 % dalam SKMg2.
Makluman: Semua Guru

26. Pengerusi juga memaklumkan hubungan sekolah dengan komuniti diteruskan untuk
membantu sekolah, contohnya pada tahun 2020 hubungan sekolah dengan Bank Rakyat, wakil
rakyat , 7-Eleven dan sebagainya.
Makluman : Semua Guru

27. Pengerusi memaklumkan mengenai pembangunan murid. Pengerusi meminta supaya
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memperkasakan 3S (Sapa, Salam , Senyum).
Tindakan : Unit Disiplin, Sahsiah dan Pembangunan Insan

28. Guru-guru diingatkan supaya menunjukkan contoh amalan baik kepada murid-murid. Amalan
baik perlu dimulakan oleh guru contohnya 3S.
Makluman : Semua Guru

29. Pengerusi memaklumkan mengenai kehadiran murid-murid ke sekolah . KPI kehadiran tahun
2021 ialah 90 %.
Makluman : Semua Guru

30. Pengerusi mengharapkan agar status kewangan dan akaun akan berubah dari status
memuaskan ke baik. Audit dalaman diminta untuk membantu ketua kerani bagi tujuan ini.
Makluman: Semua Ketua Panitia

4 PENGESAHAN PELANTIKAN JAWATANKUASA TAHUN 2021

31. Pengerusi dengan rasminya melantik semua guru sebagai jawatankuasa sekolah bagi tahun
2021 seperti yang tertera dalam manual pengurusan sekolah.
Makluman : Semua Guru

5 TAKLIMAT OPERASI BUKA SEKOLAH

32. Pengerusi memaklumkan dengan kes Covid 19 yang meningkat sehingga 4000 kes, arahan dari
Kementerian Pendidikan Malaysia pada 16/1/2020, hanyalah tingkatan 5 2020 yang akan hadir
ke sekolah pada 20 Januari 2021 (Rabu). Seramai 127 murid tingkatan 5 2020 akan hadir ke
sekolah.
Makluman : Semua Guru

33. Murid tingkatan 1 hingga 5 tahun 2021 akan menjalani Pengajaran dan Pembalajaran dari
rumah (PdPr).
Makluman : Semua Guru

34. Murid tingkatan 1 masih belum ada nombor telefon untuk dibuat kumpulan whatsapp bagi
tujuan PdPr. Pengerusi meminta jasa baik kaunselor untuk mendapatkan nombor telefon
waris dari sekolah ‘feeder’
5

Tindakan : Kaunselor Sekolah

35. Pengerusi memaklumkan murid yang mengikuti kelas PdPr dikira hadir ke sekolah. Jumlah
minimum hadir ke sekol ialah 190 hari.
Makluman :Semua Guru

36. Pengerusi mengingatkan, murid tingkatan 5 tahun 2020 yang tidak hadir ke sekolah, guru
disiplin dan kaunselor sekolah perlu mencari murid sehingga di rumah.
Tindakan : Guru Disiplin dan Kaunselor

37. Pengerusi memaklumkan kelas intensif tingkatan 5 tahun 2020 akan dijalankan sampai petang
bagi meningkatkan kesediaan pelajar menghadapi SPM pada bulan Februari 2021.
Makluman : Semua Guru Tingkatan 5

6 HOUSE KEEPING

38. Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) memaklumkan bagi kemasukan tingkatan 5 pada 20
Januari 2021, mereka akan di tempatkan di aras bawah.
Makluman : Semua Guru

39. Penolong Kanan Pentadbiran juga memaklumkan nama tingkatan 5 2020 akan ditukarkan
kepada A, B, C dan D bagi mengelakkan kekeliruan dengan tingkatan 5 tahun 2021. Guru mata
pelajaran juga dikekalkan bagi bagi kelas SPM tahun 2020.

5 Perdana 5A

5 Persona 5B

5 Wira 5C

5 Waja 5D

5 Inspira 5E

Makluman : Semua Guru Mata pelajaran Tingkatan 5

40. Penolong Kanan Pentadbiran juga memaklumkan murid tahun 2020 akan terus naik ke kelas
yang sama bagi tahun 2021 dan guru tingkatan juga dikekalkan bagi memudahkan PdPr
dijalankan dengan kumpulan whatsapp atau telegram yang sedia ada.
Makluman : Semua Guru

41. Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan tingkatan 1 ada 8 kelas iaitu 1 Perdana, 1
Persona, 1 Wira, 1 Waja, I Ispira, 1 Axia ,1 Bezza dan 1 Exora. Kumpulan whatsapp/telegram
akan dibina oleh guru kelas.
Tindakan : Penyelia Tingkatan 1 dan Guru-guru Tingkatan 1

42. Pakej matapelajaran bagi tingkatan 4, Geografi pilihan dan Tasawur Islam(4 Persona) ,Geografi
dengan Pendidikan Seni Visual (PSV)(4 Wira), PSV dengan Tasawur Islam (4 Inspira)
Makluman : Guru Tingkatan 4 dan Guru Mata Pelajaran Tingkatan 4

43. Cikgu Ravichandran ditempatkan di bilik matematik kerana beliau mengalami masalah
kesihatan.
Makluman : Semua Guru

6

44. Penolong Kanan Pentadbiran membacakan arahan tetap Pengetua berkenaan

44.1 Perkara 1.5, guru yang tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan sakit atau tidak sihat perlu
memberitahu pihak sekolah seawal yang mungkin. Ini memudahkan pentadbir membuat jadual
guru ganti. Guru yang datang lewat atau tidak datang langsung boleh dianggap mengabaikan
tanggungjawab. Jika ada hal kecemasan, guru perlu memaklumkan kepada pihak pentadbir.
Makluman : Semua Guru

44.2 Perkara 1.7, guru hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan profession perguruan.
Pakaian ketat dan menjolok mata perlu dielakkan.
Makluman : Semua Guru

44.3 Perkara 1.9, guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah perlu mendapat keizinan dari
pengetua dan mengisi borang keluar sekolah.Semua guru, staf dan pekerja kebersihan yang
keluar, perlu ‘punch out’ dan ‘punch in’ apabila masuk.
Makluman : Semua guru

44.4 Perkara 1.10, merokok adalah dilarang di kawasan sekolah.
Makluman : Semua Guru

44.5 Perkara 1.1, guru tidak dibenarkan berhubungan dengan orang luar atau wartawan secara
lisan atau bertulis tanpa kebenaran pengetua.
Makluman : Semua Guru

44.6 Guru-guru tidak memuatnaik gambar-gambar aktiviti sekolah di media sosial. Ini dikhuatiri
gambar-gambar yang dimuatnaik tidak mematuhi Prosedur Piawaian Operasi (SOP)
Makluman : Semua Guru

44.7 Perkara 1.12, guru-guru dilarang berurusan dengan penjual, pembekal, kontraktor tanpa
kebenaran dari pengetua.
Makluman : Semua Guru

44.8 Perkara 1.16, semua guru dikehendaki mematuhi Pekeliling Iktisas Bilangan 3 apabila
melengkapkan buku rekod mengajar.
Makluman : Semua Guru

44.9 Semua guru Gred 41-44 akan menggunakan eRPH manakala guru DG 48-DG 54
menggunakan fail manual. Jika guru DG 48 dan ke atas hendak menggunakan eRPH, ianya
digalakkan. Jurulatih Utama (JU) eRPH sekolah ialah Cikgu Hafsah dan Cikgu Maswani

Tindakan :Semua Guru

44.10 eRPH akan dihantar setiap hujung minggu dalam talian dan akan disemak dalam talian.
Makluman : Semua Guru

44.11 Waktu bertugas di sekolah ialah dari pukul 7.20 pagi hingga 2.30 petang kecuali dengan
arahan pengetua contohnya dibenarkan pulang apabila sakit.
Makluman : Semua Guru

44.12 Guru-guru yang hadir ke program/ mesyuarat di Jabatan Pendidikan Negeri(JPN ) mestilah
disertakan surat rasmi. Surat dalam bentuk ‘softcopy’ boleh diterima.
Makluman : Semua Guru

7

44.13 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan, keberadaan guru di sekolah mestilah 4
jam. Jika guru mempunyai temujanji doktor dan berada di sekolah kurang dari 4 jam, guru
disarankan mengambil cuti sakit atau cuti rehat khas.
Makluman : Semua Guru

44.14 Jenis-jenis cuti berdasarkan Pekeliling Bilangan 8 tahun 2017. Cuti rehat khas sebanyak 10
hari, cuti sakit dari klinik swasta tidak melebihi 15 hari, permohonan untuk bercuti atau
melancong ke luar negara mestilah 4 minggu awal, cuti khas isteri bersalin sebanyak 7 hari, cuti
tanpa rekod sebanyak 5 kali . Cuti pengurusan pengebumian keluarga terdekat seperti ibubapa,
ibubapa mertua, saudara kandung(adik beradik) sebanyak 3 hari. Manakala cuti umrah 7 hari
(sekali bagi sepanjang perkhidmatan). Cuti kuarantin disebabkan wabak penyakit contohnya
campak, maksima 5 hari. Cuti kuarantin Covid-19 tertakluk kepada Kementrian Kesihatan
Malaysia (KKM) iaitu 10 hari.
Makluman : Semua Guru

44.15 Sekolah akan mengambil cuti peristiwa pada 28 Mac 2021 (Mesyuarat Agung PIBG), 8
April 2021 (Kejohanan Olahraga), 1 Julai 2021 (Anugerah cemerlang kali ke 9), 1 Ogos 2021
(Karnival PAK 21). Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan pada hari cuti peristiwa adalah
hari bekerja, maka guru-guru tidak dibenarkan mengambil cuti rehat khas.
Makluman : Semua Guru

44.16 Takwim peperiksan, Ujian 1 akan dijalankan pada tingkatan 1 hingga 5 apabila sekolah
dibuka.
Makluman : Semua Guru

44.17 Modul PBD tingkatan 2 dan 3 akan diambil secara pandu lalu pada 24 Januari 2021.
Tindakan : Setiausaha PBD, Penyelia Tingkatan ,
Guru -guru Tingkatan 2 dan 3

44.18 Modul PBD tingkatan 4 dan tingkatan 1 hendaklah diserahkan ke pejabat pada 24 Januari
2021 untuk dicetak

Tindakan : Setiausaha PBD, Penyelia Tingkatan 4,
Guru-guru Mata Pelajaran Tingkatan 4

44.19 Panitia Pendidikan Islam, pelajar tingkatan 5 akan mengikut ujian tilawah dan hafazan
bermula bulan April hingga Jun. Ini merupakan format baru dan tahun pertama dilaksanakan.
Makluman : Semua Guru Pendidikan Islam.

44.20 Ahli jawatankuasa baru diwujudkan iaitu AJK Data dan Analisis yang terdiri dari Cikgu
Naziha, Cikgu Nik Nur Hafizah dan Cikgu Sarjit yang akan duduk di e-War Room. Semua data, fail
panitia akan berada di e-War Room.Selain itu AJK Dokumentasi juga diwujudkan. Jawatankuasa
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) diwujudkan .Setiausahanya ialah Ustaz
Abdullah.
Makluman : Semua Guru

44.21 Ketua Panitia secara keseluruhannya kekal kecuali yang digugurkan ialah Fizik, Kimia dan
Biologi kerana subjek ini sudah tiada.
Makluman : Semua Guru

44.22 Bagi Jawatakuasa Hal Ehwal Murid, jawatankuasa yang ditambah semua ialah

8

Jawatankuasa Kantin, Jawatankuasa Disiplin diubah nama kepada Jawatankuasa Disiplin ,
Sahsiah dan Pembangunan Insan
Makluman : Semua Guru

44.23 Bagi bidang kokurikulum, jawatankuasa yang ditambah ialah bola tampar dan
Jawatankuasa Bantuan Pakaian Seragam.
Makluman : Semua Guru

44.24 Guru-guru bertugas mingguan, tugasan guru mengikut yang telah ditetapkan dalam
takwim. Sekiranya berlaku ketidakhadiran guru semasa bertugas, rakan guru lain hendaklah
membantu antara satu sama lain.
Makluman : Semua Guru

45. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan
45.1 berlakunya lambakan murid tingkatan 1 akibat perpindahan dari negeri lain.
Makluman : Semua Guru

45.2 Mengucapakan kepada semua penyelia tingkatan di atas kerjasama penyusunan murid-
murid mengikut kelas. Penyelia tingkatan 2 bagi tahun 2021 ialah Cikgu Maslinda mengantikan
Cikgu Azizah, manakala penyelia tingkatan 4 2021 ialah Cikgu Chitra , menggantikan Cikgu
Muhammad Noor.
Makluman : Semua Guru

45.3 Masih tiada kumpulan whatsapp/telegram PdPr tingkatan 1. Kumpulan
whatsapp/telegram PdPr tingkatan 1 berpandukan kepada APDM bertarikh 18/1/2021

Tindakan: Penyelia Tingkatan 1 dan Guru Tingkatan 1

45.4 Semua penyelia tingkatan untuk mendapatkan nama pelajar yang baru pindah masuk dari
Puan Roslina sama ada yang dicatatkan dalam buku atau surat yang disahkan oleh PPD.

Tindakan : Penyelia Tingkatan

45.5 Beberapa unit HEM masih belum menyelesaikan OPPM tahun 2020. OPPM ini perlu
dihantar pada 24/1/2021 untuk dijilidkan.

Tindakan : Ketua Unit HEM

45.6 Pergerakan murid hari pertama persekolahan. Pemakaian pelitup separuh muka
diwajibkan kepada semua pelajar. Murid-murid akan masuk melalui pintu kecil. Ada dua laluan
lelaki dan perempuan. Guru bertugas beserta kaunselor perlu hadir sebelum 7.10 pagi. Ambil
suhu tidak perlu dicatat. Suhu badan melebihi 37.5 ◦C dinasihatkan untuk balik. Murid akan
masuk melalui pintu belakang dewan. Murid dikehendaki membasuh tangan di sinki.
Makluman : Semua Guru

45.7 Kelas akan dibuka pada pukul 7.00 oleh pekerja kebersihan. Guru kelas tingkatan 5 kohort
2020 akan masuk pada pukul 7.15. Bacaan Yaasin pada pukul 7.20. Kemudian kehadiran
diambil. Hari Rabu(minggu pertama sahaja) dikhaskan bagi guru kelas berinteraksi dengan
pelajar-pelajar bagi tujuan bertanya ‘khabar’, member nasihat dan mengenalpasti keberadaan
pelajar. Guru kelas juga dibekalkan SOP untuk dibacakan pada pelajar.
Makluman : Semua Guru Tingkatan 5 Kohort 2020

45.8 Terima kasih kepada Cikgu Ramli (Penolong Kanan Kokurikulum) atas sumbangan
makanan ke atas pelajar tingkatan 5 kohort 2020. Pada waktu rehat, 2 orang wakil pelajar setiap

9

tingkatan akan mengambil makanan di kantin. Pelajar akan makan di dalam kelas. Guru mata
pelajaran akan tunggu pelajar makan di dalam kelas
Makluman : Semua Guru

45.9 Pelajar-pelajar akan pulang pada pukul 2.10 petang. Guru-guru mata pelajaran dikehendaki
melepaskan pelajar apabila pengumuman dibuat oleh Cikgu Mariana. Pelajar perempuan akan
keluar dahulu, diikuti oleh pelajar lelaki.
Makluman : Semua Guru.

45.10 Bilangan pelajar dalam tandas pada satu-satu masa hanya 5 orang sahaja. Bilangan yang
dibenarkan pergi ke tandas ialah 1 orang sahaja. Pas keluar akan diberikan pada guru tingkatan.
Makluman : Semua Guru.

45.11 Kelas Iriz tahun 2020 seramai 9 orang akan ditaburkan pada ke tingkatan 1 2021.
Tindakan : Penyelia Tingkatan 1.

45.12 Pelajar tingkatan 3 yang akan naik ke tingkatan 4 hanya akan belajar subjek teras sahaja
buat sementara waktu .
Makluman : Semua Guru Mata Pelajaran Tingkatan 4

7 HAL-HAL LAIN

46. Permohonan pertukaran nama sekolah iaitu SMK Sungai Pasir Kechil ke SMK Sutera Perdana
perlu diusulkan dalam mesyuarat agong PIBG tahun 2021.
Makluman : Semua Guru .

47. Pengerusi mengingatkan semua guru membuat membuat OPPR bagi setiap aktiviti yang
dijalankan sebagai eviden untuk kenaikan gred. Pengerusi menyatakan pihak pengurusan
sekolah menyediakan satu amalan baik bagi semua guru iaitu satu sijil bagi setiap guru bagi
membantu kenaikan gred.
Makluman : Semua Guru

48. Pengerusi memaklumkan dan mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah dilantik
sebagai ahli jawatankuasa Kelab Guru Tahun 2021/2022. Berikut ialah senarai guri-guru yang
telah dilantik

Jawatan Nama Guru

Pengerusi Cikgu Mohd Hafiz bin Marzuki

Naib Pengerusi Cikgu Farah Hayana binti Hj. Idris

Setiausaha Cikgu Maslinda binti Daud

Bendahari Cikgu Syahidayani binti Salleh

Naib Bendahari Cikgu Noor Amizah binti Md Thahir

Ahli Jawatankuasa 1.Cikgu Adawiyah binti Mohamad

2.Cikgu Mohd Azmi bin Abu@Abu Hassan

3.Cikgu Normadiah binti Aziz

4.Cikgu Nirmla Devi a/p Murugaiah

5.Puan Rozelawati binti Samsudin (staf)

Makluman : Semua Guru

10

49. Pengerusi memaklumkan mulai tahun 2021, pelajar-pelajar akan solat zohor secara
berjemaah. Pengerusi mengingatkan guru bertugas agar turun ke surau bersama-sama
dengan pelajar.
Makluman : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.50 tengah hari
Disediakan oleh,
Urusetia Mesyuarat Guru Bil 1/2021

11

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Nama Mesyuarat : Mesyuarat Guru Bil 1/2021
Tarikh /Hari : 17 Januari 2021 (Ahad)
Masa : 9.00-12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Serambi Perdana/ Kediaman Masing-masing

Muka Para Perkara Tindakan Maklum
Surat
Balas
3
7 Pengerusi mengingatkan APDM perlu Semua Guru Tingkatan Telah
3
dikemaskini oleh guru kelas pada awal dilaksanakan
3
tahun bagi tujuan Kumpulan Amanah

Pelajar Miskin (KWAMP), biasiswa dan

bantual awal persekolahan

8 Pengerusi mencadangkan bagi Sistem Unit Disiplin , Sahsiah dan

Sahsiah Diri Murid (SSDM), satu kad Pembangunan Insan

disediakan bagi setiap murid. Kad ini

akan mencatatkan setiap amalan baik.

Guru yang meminta bantuan murid atau

murid yang menolong guru, guru

perlulah mengisi kad amalan baik ini.

9 Pengerusi mencadangkan agar satu Tindakan : JK Disiplin,

lawatan penanda aras ke SMK Aman Sahsiah dan Pembangunan

Jaya dibuat bertujuan menimba ilmu Insan

dari mereka berkaitan SSDM kerana

mereka memenangi pengurusan SSDM

tempat pertama.

3 10 Cikgu Farah Hayana mencadangkan agar Tindakan : Cikgu Farah

‘qr code’ disediakan bagi merekodkan Hayana dan Cikgu Mariana

setiap amalan baik yang dilakukan oleh

pelajar.

3 11 Pengerusi memaklumkan masalah Tindakan : Kaunselor

ponteng di kalangan murid. Sebab Sekolah

utama ialah sikap pealajar, sikap ibu

bapa, jarak rumah ke sekolah, masalah

keluarga , masalah kewangan, murid

bekerja. Pengerusi meminta kaunselor

sekolah memberikan motivasi kepada

murid-murid.

3 12 Pengerusi memaklumkan jadual Tindakan : Ahli Telah

pengurusan buku teks bagi tahun 2021 Jawatankuasa SPBT dilaksanakan

akan disusun bagi pengambilan buku

teks 2021

4 19 Pengerusi mengingatkan 2 bilik dan 1 Tindakan :

laluan akan dibangunkan pada tahun e-War Room : Cikgu

2021 iaitu bilik e-War Room, Galeri Boss Naziha

dan Laluan Stem. Bilik Penilaian &

Pentaksiran : Cikgu

12

Salmah

STEM Wonderland : Ketua

Panitia Sains

4 21 Beberapa bilik belum mencapai piawai 5 Tindakan :

bintang iaitu Galeri BOSS dan surau. Galeri Boss : Cikgu

Dewan Aspirasi juga perlu dinaiktaraf. Adawiyah

Surau : Ustaz Abdullah

Dewan Aspirasi : Pn

Shuhida Ariza

4 22 Pengerusi memaklumkan mengenai Tindakan : Unit Kurikulum,

Piawaian Minimum Sekolah (PMS), iaitu Unit HEM dan Unit

dari segi akademik, pentadbiran dan Kokurikulum

pengurusan, kewangan dan akaun,

komuniti, pembangunan murid dan

fizikal. Unit Kurikulum , Unit HEM dan

Unit Kokurikulum akan membuat

dashboard untuk tahun 2021.

5 24 Pengerusi juga memaklumkan dari segi Tindakan : Setiauasaha

akademik, sasaran SPM 2021 akan SPM

dibincangkan dalam mesyuarat

kurikulum bergantung kepada

peperiksaan sebenar SPM 2020.

5 27 Pengerusi memaklumkan mengenai Tindakan : Unit Disiplin,

pembangunan murid. Pengerusi Sahsiah dan Pembangunan

meminta supaya Penolong Kanan Hal Insan

Ehwal Murid memperkasakan 3S (Sapa,

Salam , Senyum).

5 34 Murid tingkatan 1 masih belum ada Tindakan : Kaunselor

nombor telefon untuk dibuat kumpulan Sekolah

whatsapp bagi tujuan PdPr. Pengerusi

meminta jasa baik kaunselor untuk

mendapatkan nombor telefon waris dari

sekolah ‘feeder’

6 36 Pengerusi mengingatkan, murid Tindakan : Guru Disiplin

tingkatan 5 tahun 2020 yang tidak hadir dan Kaunselor

ke sekolah, guru disiplin dan kaunselor

sekolah perlu mencari murid sehingga

di rumah.

6 41 Penolong Kanan Pentadbiran Tindakan :Penyelia Telah

memaklumkan tingkatan 1 ada 8 kelas Tingkatan 1, Guru-guru dilaksanakan

iaitu 1 Perdana, 1 Persona, 1 Wira, 1 Tingkatan 1

Waja, I Ispira, 1 Axia ,1 Bezza dan 1

Exora. Kumpulan whatsapp/telegram

akan dibina oleh guru kelas.

7 44.9 Semua guru Gred 41-44 akan Tindakan :Semua Guru

menggunakan eRPH manakala guru DG

48-DG 54 kan menggunakan fail manual.

Jika guru DG 48 dan ke atas yang hendak

menggunakan eRPH, ianya digalakkan.

Jurulatih Utama (JU) eRPH sekolah ialah

13

Cikgu Hafsah dan Cikgu Maswani Tindakan : Setiausaha Telah
8 44.17 Modul PBD tingkatan 2 dan 3 akan PBD,Penyelia Tingkatan, dilaksanakan
Guru tingkatan 2 dan 3
diambil secara pandu lalu pada 24
Januari 2021

8 44.18 Modul PBD tingkatan 4 dan tingkatan 1 Tindakan : Setiausaha PBD, Telah

hendaklah diserahkan ke pejabat pada Penyelia Tingkatan 4, Guru dilaksanakan

24 Januari 2021untuk dicetak Mata Pelajaran Tingkatan

4

9 45.3 Masih tiada kumpulan wasap PdPr Tindakan: Penyelia Telah
dilaksanakan
tingkatan 1. Group whatsapp/telegram Tingkatan 1 dan Guru

PdPr tingkatan 1 berpandukan kepada Tingkatan 1

APDM bertarikh 18/1/2021

9 45.4 Semua penyelia tingkatan untuk Tindakan : Penyelia Dilaksanakan

mendapatkan nama pelajar yang baru Tingkatan dari masa ke

pindah masuk dari Puan Roslina sama semasa

ada yang dicatatkan dalam buku atau

surat yang disahkan oleh PPD

9 45.5 Beberapa unit HEM masih belum Tindakan : Ketua Unit HEM

menyelesaikan OPPM tahun 2020.

OPPM ini perlu dihantar pada 24/1/2021

untuk dijilidkan.

10 45.11 Kelas Iriz tahun 2020 seramai 9 orang Tindakan : Penyelia

akan ditaburkan pada ke tingkatan 1 Tingkatan 1.

2021

Disediakan oleh,
Urusetia Mesyuarat Guru Bil 1/2021

14


Click to View FlipBook Version