SMPK VOKASIONAL INDAHPURA
SISIRAN INDAHPURA 36/6
INDAHPURA
81000 KULAI
JOHOR DARUL TAKZIM
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA HT-090-2:2012 HAIRDRESSING
PROGRAM / 2
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL
NO. DAN TAJUK UNIT HT-090-2:2012(C05) HAIR SALON MAINTENANCE
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. MAINTAIN SALON SAFETY AND HYGIENE
AKTIVITI KERJA / WORK 2. MAINTAIN SALON HOUSEKEEPING
ACTIVITIES NO. AND 3. MAINTAIN HAIR SERVICE EQUIPMENT
STATEMENT 4. MAINTAIN SALON INVENTORY
NO. KOD / CODE NUM. HT-090-2:2012-C05/P(1/10) Muka : 1 Drp : 9
TAJUK/TITLE : KEPERLUAN PERATURAN DAN KESELAMATAN PERALATAN
MENGIKUT OSHA
TUJUAN/PURPOSE : Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan
tentang peraturan yang digunakan di salun, mengenalpasti jenis bahan berbahaya dan
simbol – simbol keselamatan, peraturan keselamatan menggunakan peralatan di salun
dan cara – cara mengikuti langkah-langkah keselamatan di salun.
NO. KOD / CODE NUM. HT-090-2:2012/C05/P(1/10) Muka / Page : 2
Drpd/of : 9
PENERANGAN / INFORMATION:
1. PENDAHULUAN
Salun adalah satu cabang bisnes yang
menawarkan perkhidmatan dan produk
berasaskan kecantikan dan kesihatan. Pemilik
salun perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan
termasuk membuat jualan produk selain menjalin
hubungan baik dengan pelanggan. Bagi
meningkatkan perniagaan, pengurus salun harus mengetahui pengurusan dengan
baik. Pengurusan salun adalah perkara yang amat penting dan diuruskan dengan
baik memberi perasaan selesa dan selamat kepada pelanggan. Keadaan ini
membolehkan penghasilan kerja yang baik dan bermutu serta dapat menarik
pelanggan mengunjunginyna. Salun yang diuruskan dengan baik memberi perasaan
selesa dan selamat. Keadaan ini membolehkan penghasilan kerja yang baik dan
bermutu serta dapat menarik pelanggan mengunjunginyna.
2. MEMATUHI PERATURAN KESELAMATAN
Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran
serta suasana salon yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun
kecederaan. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:-
(i) Keselamatan am (ii) Keselamatan diri dan rakan
(iii) Keselamatan alatan dan bahan
(i) Keselamatan am
1. Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas
dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.
2. Rambut mestilah pendek dan kemas.
3. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam
apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas.
4. Sebelum memasuki salon perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah
pengawasan guru sepenuhnya.
NO. KOD / CODE NUM. HT-090-2:2012/C05/P(1/10) Muka / Page : 3
Drpd/of : 9
5. Keadaan persekitaran salon perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
6. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di salun.
7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan salun.
8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan salun.
(ii) Keselamatan diri dan rakan
1. Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.
2. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam salun.
3. Pakai apron dan kasut yang bertutup.
4. Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja.
5. Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang
bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas.
6. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di salun.
7. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan.
8. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di salun.
Rajah 1: Etika pemakaian yang sesuai semasa berada di dalam salun
(iii) Keselamatan alatan dan bahan
1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum
murid boleh menggunakannya.
2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara
peralatan daripada cepat rosak.
3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan
sesuatu tugasan.
NO. KOD / CODE NUM. HT-090-2:2012/C05/P(1/10) Muka / Page : 4
Drpd/of : 9
4. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai
penggunaannya.
5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati
piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.
6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di salun.
3. PENJAGAAN SALUN
Persekitaran salun yang bersih dan tersusun rapi amat penting dalam membangunkan
salon. Tanpa salun yang bersih dan susun atur yang tidak menarik boleh menyebabkan
jumlah pelanggan berkurangan.
Rajah 2: Rutin Kerja Membersih Dalam Salun
4. JENIS-JENIS RUANG KERJA DI SALUN
Salun yang kondusif akan menentukan kelancaran gerak kerja perkhidmatan
rambut. Terdapat 5 ruang kerja yang asas disediakan di salun rambut seperti:
a) Kaunter penyambut pelanggan b) Ruang pameran produk rambut
NO. KOD / CODE NUM. HT-090-2:2012/C05/P(1/10) Muka / Page : 5
Drpd/of : 9
c) Unit kerja dandanan rambut d) Dispensary
.
e) Stor alatan dan bahan
5. KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA)
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang
pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan
orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktivitit-aktivitinya.
Jadual 1: Contoh akta dan peraturan mengikut OSHA
NO. KOD / CODE NUM. HT-090-2:2012/C05/P(1/10) Muka / Page : 6
Drpd/of : 9
Secara umumnya bahan berbahaya dibahagikan kepada 9 kelas utama iaitu:
i) Kelas 1 : Bahan Peledak
ii) Kelas 2: Gas
iii) Kelas 3: Cecair Mudah Terbakar
iv) Kelas 4: Pepejal Mudah Terbakar
v) Kelas 5: Bahan Pengoksida dan Peroksida Organik
vi) Kelas 6: Bahan Toksik dan Bahan Berjangkit
vii) Kelas 7: Bahan Radioaktif
viii) Kelas 8: Bahan Mengkakis
ix) Kelas 9: Bahan dan Artikel Berbahaya Lain.
Simbol – simbol keselamatan
NO. KOD / CODE NUM. HT-090-2:2012/C05/P(1/10) Muka / Page : 7
Drpd/of : 9
5.1 Peraturan Keselamatan Menggunakan Peralatan Di Salun
1. Apabila menggunakan alat – alat elektrik hendaklah mengikut arahan pengeluar.
2. Penggunaan alat mestilah bermutu dan berkualiti.
3. Alat – alat elektrik yang dipasang dengan betul telah diuji dan diluluskan.
4. Periksa plug dan soket sebelum menggunakan alat elektrik pada satu soket.
5. Elakkan memegang alat elektrik semasa tangan basah dan bekerja di atas lantai
yang basah atau berdekatan dengan paip air.
6. Jangan biarkan wayar elektrik berselirat di atas lantai atau menyentuh alat elektrik
yang lain.
7. Jangan biarkan wayar elektrik berselirat di atas lantai atau menyentuh alat elektrik
yang lain.
8. Pengewap dan pencepat mestilah diperiksa kepanasandan kebersihannya sebelun
digunakan.
9. Jangan biarkan pelanggan bersendirian di bawah alat – alat elektrik seperti
pengering rambut.
10.Semua alat mestilah diperiksa dari masa ke semasa.
11.Alat – alat yang tajam mestilah disimpan di dalam tempat yang dikhaskan.
12.Elekkan menggunakan alat – alat yang telah patah atau rosak.
13.Semua alat yang digunakan mestilah bersih dan jangan simpan alat – alat didalam
kocek.
14.Elakkan menggunakan bekas makanan seperi botol minuman, mangkuk dan lain –
lain untuk menyimpan bahan – bahan kimia.
15.Salun hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api seperti kain selimut api
dan pemadam jenis karbon dioksida.
Rajah 3: Peraturan di dalam bengkel
NO. KOD / CODE NUM. HT-090-2:2012/C05/P(1/10) Muka / Page : 8
Drpd/of : 9
5.2 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN RISIKO
1.Pelan bertindak kecemasan: Tatacara atau langkah dalam menghadapi
suasana kecemasan. Pelan bertindak ini juga dikenali sebagai Standard
Operating Procedur (SOP). Contohnya plan bertindak untuk kebakaran, luka
kecil, terseliuh dan lain-lain.
2.Mematuhi SOP pengendalian mesin: Terutamanya bagi mesin yang besar.
3.Mematuhi peraturan bengkel: Peraturan bengkel mesti dipaparkan dalam
salun supaya mudah dilihat.
4.Menggunakan pakaian keselamatan: Memakai pakaian keselamatan yang
sesuai jika perlu terutamanya kerja-kerja merbahaya.
5.Berhati-hati: Sentiasa mengambil sikap berhati-hati ketika bertugas.
NO. KOD / CODE NUM. HT-090-2:2012/C05/P(1/10) Muka / Page : 9
SOALAN/QUESTION : Drpd/of : 9
1. Menyatakan 3 aspek keselamatan bengkel
a) ______________________________________
b) ______________________________________
c) ______________________________________
2. Senaraikan ruang kerja di salun dandanan rambut
a) ______________________________________
b) ______________________________________
c) ______________________________________
d) ______________________________________
3. Menyenaraikan 9 bahan berbahaya 9 kelas utama
a) ______________________________________
b) ______________________________________
c) ______________________________________
d) ______________________________________
e) ______________________________________
f) ______________________________________
g) ______________________________________
h) ______________________________________
i) ______________________________________