The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SCRUTINIZE CLIENT’S POST-HAIR SERVICE NEEDS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by absyarafina, 2021-03-10 19:36:02

COCU 06: HAIR SALON PRODUCT RETAILING

SCRUTINIZE CLIENT’S POST-HAIR SERVICE NEEDS

SMPK VOKASIONAL INDAHPURA
SISIRAN INDAHPURA 36/6
INDAHPURA
81000 KULAI
JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA HT-090-2:2012 HAIRDRESSING
PROGRAM / 2
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL

NO. DAN TAJUK UNIT HT-090-2:2012(C06) HAIR SALON PRODUCT RETAILING
KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. SCRUTINIZE CLIENT’S POST-HAIR SERVICE NEEDS
AKTIVITI KERJA / WORK 2. ACCESS CLIENT’S REQUIRED PRODUCTS
ACTIVITIES NO. AND 3. INTRODUCE PRODUCT FEATURES TO CLIENT
STATEMENT
4. CLOSE PRODUCT SALES

5. CARRY OUT SALON PRODUCT RETAILING

DOCUMENTATION

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(3/13) Muka : 1 Drp : 5

TAJUK/TITLE : PERKHIDMATAN DI SALUN

TUJUAN/PURPOSE : Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan
berkenaan jenis-jenis perkhidmatan di salun dan produk penjagaan rambut selepas
mendapatkan perkhidmatan di salun.

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(3/13) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 5

PENERANGAN/INFORMATION :

1. PENDAHULUAN
Salun adalah satu cabang bisnes yang menawarkan perkhidmatan dan produk
berasaskan kecantikan dan kesihatan. Pendandan rambut yang bertugas di salun
kebiasaannya mahir dalam tugasan menggayakan rambut, menggunting rambut,
mengendalikan bahan kimia, merawat rambut pelanggan, mencadangkan produk
hinggalah kepada pengurusan stok.

2. PERKHIDMATAN DI SALUN RAMBUT
2.1 Sejak 3000 tahun sebelum Masihi, aktiviti mendandan rambut telah
dilakukan oleh wanita Mesir dengan mewarna, mengeriting dan menggaya rambut.
Di Rom, banyak tempat-tempat awam dibuka untuk mencukur rambut dan
jambang. Pada kurun ke-18, rambut palsu mula popular selain munculnya besen
syampu dan penggunaan hidrogen peroksida untuk mewarna rambut. Sejak itu,
aktiviti mendandan rambut terus berkembang seiiring perubahan zaman dan
kemajuan teknologi.

2.2 Pada masa kini salun rambut menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk
pelanggan seperti :

i) Meniup kering
ii) Mengeriting rambut
iii) Mensyampu
iv) Merawat rambut
v) Mewarna rambut
vi) Melurus rambut
vii) Sanggul dan jalinan
viii) Jualan produk salun

2.3 Pendandan rambut dapat mengubah penampilan dan gaya seseorang
dengan kemahiran mereka. Kehendak pelanggan akan cuba dipenuhi dengan
perbincangan atau merujuk gambar di majalah kecantikan. Pelanggan sangat
berharap hasil dandanan di salun dapat bertahan lebih lama. Untuk itu, tentulah
penjagaan selepas perkhidmatan sangat perlu diberi perhatian.

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(3/13) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 5

Rajah 1 : Contoh Perkhidmatan di Salun Rambut

3. PENJAGAAN RAMBUT SELEPAS PERKHIDMATAN DI SALUN

3.1 Keinginan pelanggan untuk mengekalkan penampilan seperti di salun
memerlukan pendandan rambut memperkenalkan produk atau teknologi terkini
yang ada di pasaran. Usaha mempromosi pelanggan dengan produk penjagaan
rambut untuk tujuan kecantikan di rumah disebut retailing.

3.2 Khidmat nasihat penjagaan rambut selepas perkhidmatan sangat penting
untuk :
i) mengurangkan risiko jika perkhidmatan yang diberikan membawa
kesan buruk kepada kesihatan dan penampilan pelanggan.
ii) menunjukkan tahap profesional dan pengetahuan dalam bidang
dandanan rambut lalu meningkatkan keyakinan pelanggan.
iii) strategi pemasaran dan membina jaringan perhubungan dengan
pelanggan.

3.3 Pendandan rambut perlu mengetahui terlebih dahulu jenis perkhidmatan
yang dilakukan oleh pelanggan sebelum menasihatkan mereka cara dan produk
untuk menjaga rambut selepas meninggalkan salun.

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(3/13) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 5

Perkhidmatan Nasihat Penjagaan Selepas Perkhidmatan
i) Meniup kering a) Elakkan terlalu kerap membelai rambut supaya

ii) Rawatan rambut minyak dari jari jemari tidak berpindah kepada
iii) Mewarna rambut rambut.
b) Minyak membuat rambut cepat kotor, berat dan
iv) Mengeriting rambut tidak mempunyai volume.
c) Berus rambut dengan paddlebrush untuk
v) Melurus rambut menghilangkan kusut.
(rebonding) a) Syampu rambut dengan jenis syampu yang
betul.
b) Lakukan deep conditioning setiap minggu.
c) Potong hujung rambut yang bercabang.
a) Jangan basuh rambut dalam tempoh 48 jam
untuk membolehkan warna menyerap dengan
sempurna.
b) Semburkan dry shampoo pada akar rambut jika
kulit kepala terasa kering. Bedak bayi juga
boleh digunakan.
c) Gunakan syampu dan perapi khas untuk
rambut berwarna.
a) Buat rawatan rambut berasaskan protein untuk
menggantikan protein rambut yang telah rosak.
b) Lakukan deep conditioning sekali seminggu.
c) Gunakan syampu, perapi dan bahan penstail
khas untuk rambut yang telah dikeriting (bebas
sulfat)
d) Kurangkan mensyampu rambut tetapi kerapkan
penggunaan perapi.
e) Berus rambut dengan paddlebrush untuk
menghilangkan kusut.
a) Elakkan mencuci rambut dalam tempoh 72 jam.
b) Jangan mengikat rambut atau menggunakan
klip.
c) Cuci rambut dengan syampu khas untuk
rambut yang diluruskan.

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(3/13) Muka Surat / Page : 5
Perkhidmatan Drpd / of : 5

Nasihat Penjagaan Selepas Perkhidmatan

d) Elakkan penggunaan haba semasa mengering

rambut atau semasa mandi

e) Gunakan perapi secara kerap untuk

membekalkan kelembapan pada rambut.

SOALAN/QUESTION :

1. Sebutkan tiga perkhidmatan yang ditawarkan di salun?
i. ______________________________________
ii. ______________________________________
iii. ______________________________________

2. Berikan tiga nasihat penjagaan rambut kepada pelanggan yang baru sahaja
membuat rebonding di salun anda?
i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii. _______________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Mahsuri Ayu (2010). Buat Duit Dengan Salun, PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, ISBN NO.978-967-369-045-9.Mukasurat:3 hingga 5.
2. Md. Ali Berahim (2010). Pelanggan Setia, PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur, ISBN NO.978-967-369-021Mukasurat:96
3. https://www.stylecraze.com, What Is Hair Rebonding? How To Take Care Of
Rebonded Hair?, 1 Disember 2018, 20.30


Click to View FlipBook Version
Previous Book
CATÁLOGO BP EQUIMAX
Next Book
古韵文理解