SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI,
KM 1, JALAN YONG PENG, 85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.
BIMBINGAN MENJAWAB
SEJARAH SPM KERTAS 2
TINGKATAN 4
https://bit.ly/modulklusterzamrud
DISAMPAIKAN OLEH:
CIKGU SITI SALBIAH BINTI MISNI
KETUA PANITIA SEJARAH
TEMA PEMBINAAN NEGARA
TAJUK 9 NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
BAB PERINCIAN BAB
S.K: 9.2 - Nasionalisme
Bab 2 – Kebangkitan Nasionalisme
Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Nasionalisme di Filipina – Gerakan Propaganda (Liga Filipina) / Katipunan
Nasionalisme di Burma (Myanmar) – Persatuan Belia Buddha /Pemberontahan Saya San /
Perlembagaan Burma 1935
2.4 Nasionalisme di Vietnam – Peranan Golongan Bangsawan / GerakanRevolusi
Nasionalisme di Indonesia – Raden Adjeng Kartini / KemunculanPertubuhan / Sumpah
Pemuda
Nasionalisme di Thailand – Raja Mongkut / Raja Chulalongkorn / RajaVajiravudh / Revolusi
Thai 1932
Fakta Contoh Pemodenan dan dasar terbuka yang dilakukan
Huraian oleh pemerintah Thailand sehingga negara
tersebut berjaya mengekalkan
kemerdekaannya ialah Raja Mongkut membina
hubungan yang baik dengan kuasa barat
seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis.
Selain itu, Raja Mongkut melaksanakan
Birokrasi Barat dengan cara membawa masuk
Penasihat Barat untuk melatih pegawai
tempatan. Sebagai contoh dalam pentadbiran
kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan
polis.
Seterusnya, guru dari Britain dibawa masuk
untuk melaksanakan sistem pendidikan Barat.
Hal ini dapat membentuk imej Thailand sebagai
Max negara yang bersahabat dengan Barat.
6m
Pemerintahan Raja Vajiravudh telah menyebabkan
kemunculan semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat di Thailand. Hal ini disebabkan
kelemahan pentadbiran Raja Vajivarudh yang telah
menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap
penguasaan politik kerabat diraja.
Selain itu, penubuhan Parti Rakyat telah
menyebabkan Revolusi Thai 1932 dilancarkan. Hal
ini menyebabkan tamatnya pemerintahan raja
berkuasa mutlak di Thailand.
Seterusnya, pemerintahan Raja
Berperlembagaan diperkenalkan. Melalui sistem
ini Raja diletakkan di kedudukan yang tinggi tetapi
tidak mencampuri urusan pentadbiran. Oleh itu,
urusan pentadbiran dijalankan oleh Perdana
Menteri.
Di samping itu, rakyat tidak berpuas hati
dengan penguasaan ekonomi oleh kapitalis barat
Fakta Contoh dan orang cina. Oleh itu, Perdana Menteri telah
Huraian
Max meluluskan undang-undang untuk menyekat
6m
penguasaan ekonomi oleh orang cina dan
menggalakkan pribumi terlibat dalam ekonomi.
Berikan FAKTA +
HURAIAN + CONTOH
+ INFEREN/KESAN
Fakta
Huraian
Contoh
Inferen
8m
Kewibawaan pemimpin dalam sesebuah negara sememangnya mampu mengelakkan
penjajahan asing. Hal ini dapat dibuktikan dengan pemimpin yang berwibawa sentiasa bijak
dalam memastikan kestabilan politik terjaga dan pentadbiran negara sentiasa dilaksanakan
dengan sistematik. Kesannya, demonstrasi jalanan amat jarang dilakukan di negara ini kerana
rakyat bersuara dengan menggunakan cara yang betul.
Selain itu, pemimpin yang berwibawa juga akan melaksanakan pentadbiran berdasarkan
undang-undang yang ditetapkan agar dapat mengekalkan kemanan negara. Sebagai contohnya,
pentadbiran Malaysia pada hari ini berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang
diterajui oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin. Kesannya, imej negara semakin
meningkat dan semakin dikenali di peringkat antarabangsa.
SAMBUNGAN….
Berikan FAKTA +
HURAIAN + CONTOH
+ INFEREN/KESAN
Fakta
Huraian
Contoh
Inferen
Seterusnya, pemimpin yang berwibawa juga akan mentadbir negara dengan amanah,
berintegriti dan bertanggungjawab. Pemimpin ini tidak akan mengamalkan rasuah yang
membawa kepada kehancuran negara. Hal ini menyebabkan imej negara kita semakin
meningkat dan pelabur asing akan percaya untuk melabur dalam negara kita. Kesannya,
peluang pekerjaan dapat ditingkatkan sekaligus dapat mengurangkan masalah pengangguran
di negara kita. Seterusnya memberi kesan kepada peningkatan ekonomi negara kita.
Max
8m
TERIMA KASIH
SEMOGA BERJUMPA LAGI dalam siri
bimbingan menjawab sejarah
kertas 2 seterusnya…………