The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI SALBIAH BINTI MISNI Moe, 2021-08-23 05:40:51

8. BAB 3 T4 (SP3.1 & SP3.5)

8. BAB 3 T4 (SP3.1 & SP3.5)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI,
KM 1, JALAN YONG PENG, 85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.

BIMBINGAN MENJAWAB

SEJARAH SPM KERTAS 2
TINGKATAN 4
https://bit.ly/modulklusterzamrud

DISAMPAIKAN OLEH:
CIKGU SITI SALBIAH BINTI MISNI

KETUA PANITIA SEJARAH

TEMA PEMBINAAN NEGARA

TAJUK 10 PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR

BAB PERINCIAN BAB

SK: 10.1 Konflik Dunia
Bab 3 – Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.

Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
3.1  Kesedaran Awal Nasionalisme – Kebangkitan Islam - Pengaruh GerakanIslam Timur

Tengah / Pan-Islamisme / Empayar Uthmaniyah / Pengaruh Akhbar & Majalah

Latar Belakang Perang Dunia

 Perang Dunia Pertama – Persaingan Kuasa Imperialis / PakatanKetenteraan / Krisis

3.2 Rantau Balkan
 Berakhir Perang Dunia Pertama – Persidangan Damai Paris / PerjanjianVersailles

 Kesan Perang Dunia Pertama – Keruntuhan Pemerintahan Beraja / Kemunculan Negara

Baharu / Kesan Terhadap Negara Kita

3.1 Nasionalisme di Negara kita Sebelum Perang Dunia

Usaha British bagi membendung gerakan Islam dari Timur Tengah ialah
memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1940. Selain itu British juga
memperkenalkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Politik.

Fakta Contoh 3m
Huraian Inferen

3.1 Nasionalisme di Negara kita Sebelum Perang Dunia

Sebab kesedaran kebangsaan tidak meluas

dalam akhbar Melayu sebelum Perang

Dunia Kedua kerana adanya undang-

undang British yang menghalang orang

Melayu menyatakan sikap politik mereka

melalui bahan bertulis. Selain itu, Britih

menggubal undang-undang yang

mengawal kebebasan bersuara,

penerbitan, berpersatuan dan kawalan

ketat British terhadap kegiatan yang

mengancam kedudukan British.

Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 3m

3.1 Nasionalisme di Negara kita Sebelum Perang Dunia

Perjuangan mendapatkan kemerdekaan tanah air sememangnya memerlukan
semangat cinta akan negara. Hal ini demikian kerana, tanpa rasa cinta akan negara,
perjuangan yang kita perjuangkan tiada matlamat yang jelas ingin dicapai.
Semangat cinta akan negara mendorong kita untuk berusaha dengan lebih kuat
untuk mencapai kemerdekaan. Sebagai contohnya, Tunku Abdul Rahman dan
penduduk tempatan memohon kemerdekaan daripada pihak British disebabkan
dorongan semangat cinta akan negara. Kesannya, kita berjaya membebaskan
negara kita daripada penjajah dan pada hari ini Malaysia telah berjaya
membangunkan negara dengan acuan sendiri dan terkenal di seluruh dunia.

Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 4m

[2 markah]

Fakta Contoh 2m
Huraian Inferen

Peristiwa yang berlaku di Eropah yang dianggap sebagai pencetus berlakunya
Perang Dunia Pertama di Eropah ialah peristiwa pembunuhan Arcduke Ferdinand,
Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda
Serbia.

Kuasa Tengah
Pakatan Bertiga

Fakta Contoh 2m
Huraian Inferen

[2 markah]

Syarat yang dikenakan kepada Jerman

dalam Perjanjian Versailles ialah Jerman

perlu membayar pampasan kepada

Pakatan Bertiga. Selain itu, Jerman perlu

mengehadkan saiz angkatan tenteranya.

Disamping itu, Jerman juga harus

bertanggungjawab terhadap

kemusnahan akibat perang. Akhir sekali,

Jerman perlu menyerahkan semula

Fakta Contoh Max wilayah dan tanah jajahan kepada
Huraian Inferen 2m
Pakatan Bertiga.

[4 markah]

Iktibar yang diperoleh daripada peristiwa

Perang Dunia Pertama ialah peperangan

membawa kepada kemusnahan harta

benda. Selain itu, peperangan telah

menyebabkan banyak nyawa yang

terkorban yang menyebabkan rakyat

berasa sedih kerana kehilangan ahli

keluarga. Di samping itu, peperangan juga

telah menjejaskan kestabilan politik,

ekonomi dan sosial yang akhirnya

menyebabkan negara sukar dibangunkan

Fakta Contoh Max dan rakyat hidup dalam kemiskinan.
Huraian Inferen 4m Sebagai inferensnya, peperangan tidak

mendatangkan sebarang kebaikan kepada

kehidupan sejagat.

TEMA PEMBINAAN NEGARA

TAJUK 10 PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR

BAB PERINCIAN BAB

SK: 10.1 Konflik Dunia

Bab 3 – Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.

Perang Dunia Kedua

 Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah – KemunculanIdeologi Baharu /

Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles /Kegagalan Liga bangsa-Bangsa

3.3  Perang Dunia Kedua di Eropah – Penaklukan Jerman terhadap EropahBarat /Pengeboman
Britain / Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah / Serangan Jerman ke atas Rusia

 Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah – Kerjasama Kuasa Besar/Keberkesanan Strategi

Serangan / Kegagalan Operasi Menawan Rusia /KejayaanOperasi Pendaratan Tentera

Bersekutu

3.3 Perang Dunia Kedua

Ideologi baharu di Eropah menjadi faktor berlakunya Perang Dunia Kedua. Gerakan Fasisme
yang dipimpin oleh Benitto Mussolini telah berjaya mengawal kerajaan Itali melalui Parti
Fasis pada tahun 1922. Gerakan Fasisme percaya kepada nasionalisme melampau termasuk
berperang bagi meningkatan imej negara. Selain itu, Gerakan Nazisme pula dipimpin oleh
Adolf Hitler. Melalui Parti Nazi, Kerajaan Jerman berjaya dibentuk pada tahun 1933. Gerakan
Nazisme amat mengagungkan bangsa Jerman. Hitler berusaha memulihkan nasionalisme
Jerman dengan mengetepikan Perjanjian Versailles dan membina angkatan tentera semula.

Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 6m

3.3 Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua bermula apabila Jerman memulakan serangan Blitzkrieg bagi menakluki

negara di Eropah Barat. Melalui serangan ini, Jerman berjaya menawan Poland, Denmark,

Norway, Belanda, Belgium, Luxembourgh dan Perancis. Menjelang pada tahun 1941, Jerman

berjaya menguasai hampir keseluruhan negara di Eropah. Seterusnya, Jerman menyerang

dan memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britain.

Serangan tersebut telah menjejaskan ekonomi Britain. Jerman juga melancarkan Operasi

Barbarosa iaitu serangan besar-besaran menawan Rusia. Contoh 6m
Fakta

Huraian Inferen

3.3 Perang Dunia Kedua

Fakta Contoh
Huraian Inferen

Max
8m

Larangan penggunaan senjata nuklear dilakukan kerana penggunaan senjata nuklear boleh
mengancam kesihatan penduduk. Sebagai contohnya kebocoran loji jana kuasa nuklear
Chernobyl, Ukraine menyebabkan udara di kawasan persekitaran tidak sihat dan akan
menyumbang kepada masalah kesihatan penduduk di sekitar. Selain itu, penggunaan senjata
nuklear juga akan mengancam keselamatan dunia. Hal ini dapat dilihat apabila negara-
negara maju berlumba-lumba mencipta peralatan perang menggunakan tenaga nukler.
Sekiranya senjata nuklear disalahgunakan maka perang besar kemungkinan akan berlaku.
Kesannya, membawa kemusnahan kepada sesebuah negara. Banyak nyawa akan terkorban
akibat peperangan.

TEMA PEMBINAAN NEGARA

TAJUK 10 PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR

BAB PERINCIAN BAB

SK: 10.1 Konflik Dunia

Bab 3 – Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

3.4  Peluasan Kuasa Jepun – Dasar Peluasan Kuasa Jepun / Sekatan Ekpnomiterhadap Jepun
/ Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan

 Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik – Serangan Jepun

SK: 10.1 Konflik Dunia
Bab 3 – Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.

Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
3.5  Eksploitasi Sumber Bahan Mentah / Kepentingan Strategik Ketenteraan

 Serangan Jepun terhadap Negara Kita – Pendaratan serentak Jepun

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

[3 markah]

Wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda yang diserang oleh tentera
Jepun ialah Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake.

Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 3m

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

[3 markah]

Max
3m

Jepun menyerang Tanah melayu, Sabah dan Sarawak pada tahun 1941 kerana

untuk memenuhi keperluan ekonomi. Selain itu, untuk kepentingan strategik

ketenteraan kerana kedudukan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah yang amat

strategik untuk membina pangkalan tentera. Seterusnya, serangan tersebut

dilakukan kerana sekatan ekonomi yang dikenakan oleh pihak Bersekutu

menyebabkan sumber ekonomi Jepun terjejas dan Tanah Melayu, Sarawak serta

Sabah kaya dengan sumber ekonomi pada waktu itu. Fakta Contoh

Huraian Inferen

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

[4 markah]

Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 4m

Strategi tentera Jepun untuk menguasai negara kita ialah Jepun menggunakan
propaganda seperti “Semangat Asia” dan “Asia untuk orang Asia”. Jepun juga telah
menanamkan semangat anti penjajah Barat di samping menonjolkan imej Jepun
sebagai pembela negara Asia. Jepun juga menggunakan tulisan Jawi dalam
pembinaan poster propaganda mereka. Tindakan Jepun ini secara tidak langsung
menyebabkan masyarakat Tanah Melayu mempercayai Jepun boleh memberi
perlindungan dan membantu memberikan kemerdekaan terhadap negara kita.

TERIMA KASIH

SEMOGA BERJUMPA LAGI dalam siri
bimbingan menjawab sejarah
kertas 2 seterusnya…………


Click to View FlipBook Version