SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI,
KM 1, JALAN YONG PENG, 85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.
BIMBINGAN MENJAWAB
SEJARAH SPM KERTAS 2
TINGKATAN 4
https://bit.ly/modulklusterzamrud
DISAMPAIKAN OLEH:
CIKGU SITI SALBIAH BINTI MISNI
KETUA PANITIA SEJARAH
TEMA PEMBINAAN NEGARA
TAJUK 9 NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
BAB PERINCIAN BAB
SK: 9.3 – Nasionalisme di Negara Kita
Bab 2 – Kebangkitan Nasionalisme
Perkembangan Nasionalisme
Perjuangan & Peranan Golongan Intelektual – Berpendidikan Agama /Berpendidikan Inggeris /
Berpendidikan Melayu
2.7 Perjuangan Melalui Penulisan – Akhbar & Majalah / Akhbar MasyarakatCina & India / Karya
Kreatif
Perjuangan Melalui Persatuan – Kesatuan Melayu Singapura / Persaudaraan Sahabat Pena /
Kesatuan Melayu Muda / PersatuanMasyarakat Cina & India
Kesan Perkembangan Nasionalisme
Politik – Meningkatkan peluang pekerjaan / Dasar desentralisasi British / Pendidikan masyarakat
China / Masyarakat India ‘the Strait born people’ /Sekatan British
2.8 Ekonomi – Gesaan Kaum Muda – semangat berniaga / Peranan Za’ba / Danamelanjutkan
pelajaran
Sosial – Peluang pendidikan / SITC / Peranan Ibu Zain / Pendidikan masyarakat India /
Penglibatan dalam kerajaan oleh masyarakat China
Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 8m
Golongan intelektual berpendidikan Inggeris berperanan dalam kebangkitan nasionalisme di
negara kita. Hal ini berlaku apabila Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Eunos
Abdullah dan lain-lain bertugas sebagai pegawai kerajaan. Mereka telah mendapat
pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Lepasan MCKK menggunakan
kedudukan mereka untuk menyuarakan hak mendapat pendidikan bagi orang Melayu. Selain
itu juga, menuntut British memperbaiki taraf hidup orang Melayu dan membuka lebih
banyak peluang pekerjaan kepada orang Melayu dalam jabatan kerajaan. Mereka juga
menyalurkan idea dan tuntutan melalui akhbar seperti Utusan Melayu.
Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 6m
Perjuangan nasionalis oleh tokoh-tokoh nasionalis di Tanah Melayu melalui penulisan akhbar dan
majalah. Hal ini kerana akhbar dan majalah digunakan untuk mengetengahkan isu dan hak masa
depan bangsa. Selain itu, akhbar dan majalah juga dijadikan medium mengetengahkan polemik
yang berlaku antara Kaum Muda dan Kaum Tua serta membincangkan isu pentadbiran ekonomi
dan sosial. Sebagai contohnya Syarikat Jelutong Press telah menyuburkan kegiatan penerbitan
akhbar. Kesannya Intelektual Melayu dan Inggeris terlibat dalam perkembangan surat khabar
Melayu seperti Muhammad Eunos Abdullah menerajui Utusan Melayu dan Lembaga Malaya.
Golongan intelektual sememangnya memainkan peranan penting dalam membangunkan sesuatu
bangsa. Hal ini demikian kerana golongan intelektual merupakan golongan yang terdedah dengan
pelbagai idea dan ilmu pengetahuan yang diterima melalui pendidikan. Maka golongan
intelektual ini berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memberi kesedaran
kepada masyarakat untuk memajukan diri dan bangsa dalam pelbagai aspek. Dengan cara ini,
masyarakat akan melihat betapa pentingnya penguasaan sesuatu ilmu dan bidang yang akhirnya
dapat membantu memajukan diri mereka dan negara Malaysia. Selain itu, golongan intelektual
juga terbabit dalam penulisan di akhbar, majalah dan perkongsian pengalaman. Melalui
perkongsian yang sebegini secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang terdedah
dengan maklumat dan berpengetahuan. Kesannya masyarakat tidak mudah ditipu dan ditindas.
Fakta Contoh Max
8m
2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme
1
2
Kesan dasar desentralisasi terhadap orang Melayu ialah dasar ini berjaya mendorong
orang Melayu lebih peka tentang masa depan mereka. Selain itu, orang Melayu juga
mula menyuarakan kepentingan berpersatuan bagi membincangkan soal politik
sehingga tertubuhnya persatuan di peringkat negeri.
Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 2m
2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme
1
Fakta Contoh
2 Huraian Inferen
3
Max
4m
4
Peranan guru dalam menyemai semangat nasionalis di Tanah Melayu ialah guru membantu
meningkatkan taraf pendidikan masyarakat. Selain itu, guru wanita Johor Bahru telah
menerbitkan majalah Bulan Melayu untuk memuatkan berita kemajuan dan pendidikan
wanita. Seterusnya, Ibu Zain penggerak utama Bulan melayu juga mengingatkan wanita
berkaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita.
2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme
Berikan FAKTA + HURAIAN + CONTOH + KESAN/INFEREN
Perjuangan golongan intelektual memberi kesan kepada masyarakat di negara kita. Hal ini
kerana golongan intelektual telah berjaya membuka mata dan minda masyarakat akan
pentingnya ilmu pengetahuan. Masyarakat yang berilmu pengetahuan akan membentuk
kemahiran dalam diri. Hal ini menyebabkan jumlah tenaga mahir, pakar dan profesional
dapat ditingkatkan dan negara tidak perlu lagi bergantung kepada negara luar untuk
menyalurkan khidmat kepakaran mereka. Kesannya, rakyat Malaysia mampu mengeluarkan
barangan buatan Malaysia yang berteknologi setanding dengan negara luar. Malaysia
mampu membina LRT, KLIA, Jambatan Pulau Pinang pertam dan kedua, KLCC dan sebagainya
dengan tenaga pakar kita sendiri. Kesannya, imej negara Malaysia dapat ditingkatkan di
persada antarabangsa dan rakyat Malaysia akan berasa bangga dengan pencapaian yang
dicipta.
Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 4m
TERIMA KASIH
SEMOGA BERJUMPA LAGI dalam siri
bimbingan menjawab sejarah
kertas 2 seterusnya…………