The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI SALBIAH BINTI MISNI Moe, 2021-08-30 06:05:36

9. BAB 3 T4 (SP3.5 - SP3.9)

9. BAB 3 T4 (SP3.5 - SP3.9)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI,
KM 1, JALAN YONG PENG, 85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.

BIMBINGAN MENJAWAB

SEJARAH SPM KERTAS 2
TINGKATAN 4
https://bit.ly/modulklusterzamrud

DISAMPAIKAN OLEH:
CIKGU SITI SALBIAH BINTI MISNI

KETUA PANITIA SEJARAH

TEMA PEMBINAAN NEGARA
TAJUK 10 PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR

BAB PERINCIAN BAB

SK: 10.2 Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun
Bab 3 – Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.

Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
3.5  Eksploitasi Sumber Bahan Mentah / Kepentingan Strategik Ketenteraan

 Serangan Jepun terhadap Negara Kita – Pendaratan serentak Jepun

Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

 Dasar Pentadbiran – Pentadbiran Tentera Jepun / Dasar terhadap Raja-rajaMelayu / Dasar

3.6 terhadap Kepimpinan Tempatan
 Dasar Ekonomi – Ekonomi Kawalan

 Dasar Sosial – Pendidikan / Sikap Jepun terhadap Agama / Catuan danPenghasilan

Makanan / Layanan Terhadap Penduduk

Semangat Asia
Asia untuk Orang Asia

Fakta Contoh 2m
Huraian Inferen

[4 markah]

Kedatangan Jepun ke negara kita bertujuan untuk
mengeksploitasi sumber bahan mentah. Hal ini
bertujuan untuk memenuhi keperluan industri
akbiat Pembaharuan Meiji. Selain itu, Tanah
Melayu merupakan pengeluar utama bijih timah
dan getah dunia. Seterusnya Tanah Melayu juga
menghasilkan emas, bijih besi, arang batu dan
bauksit. Sasaran Jepun di Sarawak pula bertujuan
untuk mendapatkan minyak di Miri dan Lutong.

Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 4m

[4 markah]

Fakta Contoh Iktibar daripada peristiwa pendudukan Jepun
Huraian Inferen ialah pentingnya ketahanan fizikal dan mental
dalam kehidupan harian kita. Hal ini kerana,
Max kita menghadapi pelbagai cabaran dalam
4m kehidupan seharian seperti masalah dalam
pekerjaan, hilang punca pendapatan dan
sebagainya. Oleh hal yang demikian
ketahanan mental dan fizikal perlu supaya kita
dapat hadapi cabaran-cabaran yang datang
dengan mudah. Inferennya, kita sentiasa
menjadi insan yang positif dan sentiasa
bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

TEMA PEMBINAAN NEGARA
TAJUK 10 PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR

BAB PERINCIAN BAB

SK: 10.2 Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun
Bab 3 – Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.

Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
 Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Tanah Air / Penentangan MPAJA/Kerjasama
3.7 MPAJA dan Force 136 / Kerjasama Parti Kuomintang danMPAJA / Force 136
 Penentangan Individu – Gurchan Singh / Sybil Kathigasu
 Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah – Operasi Semut /Pemberontakan Jesselton

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

Leftenan Adnan Saidi 3m
Gurchan Singh
Albert Kwok

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

[ 3 markah ]

Fakta Contoh
Huraian Inferen

Max
3m

Tindakan Force 136 dan pertubuhan gerila Melayu untuk menentang Jepun ialah
mengumpulkan maklumat, melakukan sabotaj dan menyebarkan propaganda.
Selain itu, membuat persiapan untuk melancarkan Operasi Zipper iaitu serangan
secara besar-besaran menawan Tanah Melayu.

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

[ 4 markah ]

Perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun memberi iktibar kepada kita
untuk mengekalkan kedaulatan negara dari ancaman luar. Hal ini kerana, melalui
peristiwa penjajahan negara kita dahulu telah membuka mata kita pada hari ini
bahawa penjajahan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Hasil bumi, adat
resam dan pentadbiran tradisional telah dirampas oleh penjajah sehingga kita
menjadi hamba di negara kita sendiri. Oleh itu, generasi muda pada hari perlu
mengamalkan nilai bersatu-padu, menghormati dan berpegang teguh kepada
prinsip Rukun Negara supaya kita tidak dijajah sekali lagi. Hubungan rakyat yang
tidak kukuh akan menyebabkan timbul ketidakamanan dalam negara. Kesannya,
kuasa luar mudah campurtangan dalam pentadbiran negara kita.

Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 4m

TEMA PEMBINAAN NEGARA
TAJUK 10 PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR

BAB PERINCIAN BAB

SK: 10.2 Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun
Bab 3 – Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.

Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
3.8  Perkembangan Semangat Antipenjajah / Perjuangan Menuntut Kemerdekaandalam

Kalangan Orang Melayu / Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah

Slogan ‘Asia untuk Asia’ dan konsep ‘Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya’

merupakan simbolik terhadap kebebasan negara-negara Asia. Melalui slogan ini

penduduk asia berhak menentukan kemajuan bagi negara sendiri dan meningkatkan

persaudaraan sejagat. Konsep slogan ini selari dengan perjuangan golongan nasionalis

Tanah Melayu seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang berharap Jepun dapat

memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Hal ini kerana, kejayaan yang dicapai

oleh tentera Jepun mengalahkan British yang dianggap kuasa besar Eropah pada masa

itu. Fakta Contoh

Max

Huraian Inferen 4m

Perjuangan orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan semasa pendudukan Jepun
di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun membebaskan ahli KMM yang
dipenjarakan oleh British. Seterusnya, pentadbiran Jepun memberi ruang kepada
kegiatan politik KMM kerana perlukan sokongan masyarakat tempatan. Namun,
tentera Jepun telah membubarkan KMM pada Jun 1942 selepas pemimpinnya
menuntut kemerdekaan daripada Jepun. Hal ini menyebabkan pemimpin KMM sedar
bahawa Jepun tidak akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Sambungan..

Max
8m

Maka KMM telah menyertai gerakan bawah tanah menentang Jepun. Pada Jun
1945, tentera Jepun semakin tertekan menghadapi serangan pihak Bersekutu.
Oleh itu, untuk memenangi hati orang Melayu, Jepun menyokong penubuhan
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) untuk mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu bersama dengan Indonesia. Namun hasrat ini tidak tercapai kerana
Jepun telah menyerah kalah akibat pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.

Fakta Contoh
Huraian Inferen

Max
8m

Pendudukan Jepun telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah
Melayu. Hal ini kerana, wujud kesedaran untuk membebaskan tanah air daripada
penjajahan. Kegagalan KMM dalam usaha menuntut kemerdekaan daripada tentera
Jepun telah berjaya membuka mata semua pihak bahawa tiada kuasa penjajah yang
akan memerdekakan tanah jajahan dengan mudah. Tindakan ini telah menimbulkan
keraguan dalam keikhlasan tentera Jepun membebaskan Tanah Melayu. Hal ini
menyebabkan pemimpin masyarakat mengatur taktik dan strategi baharu dengan
menimbulkan kesedaran politik melalui penubuhan parti seperti Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM). Kesannya, Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957.

TEMA PEMBINAAN NEGARA
TAJUK 10 PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR

BAB PERINCIAN BAB

SK: 10.2 Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun
Bab 3 – Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita.

Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun
 Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua – Pengeboman Hiroshima
3.9 dan Nagasaki / Kedatangan Semula British ke TanahMelayu
 Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu – Tindak Balas Orang Melayu /Kompromi dan

Usaha Perundingan / Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah

Hiroshima
Nagasaki

Fakta Contoh 2m
Huraian Inferen

[4 markah]

Tindakan yang telah diambil oleh Bintang Tiga
ialah menguasai bandar, balai polis dan pejabat
pentadbiran yang ditinggalkan oleh Jepun. Selain
itu, Bintang Tiga juga bertindak menjalankan
undang-undang sendiri dengan menjatuhkan
hukuman mati terhadap sesiapa yang
bekerjasama dengan tentera Jepun terutamanya
orang Melayu. Seterusnya, menyeksa dan
membunuh anggota polis, askar pegawai daerah
dan sukarelawan Melayu.

Fakta Contoh 4m
Huraian Inferen

Fakta Contoh [4 markah]
Huraian Inferen
Pendudukan Jepun memberikan impak
Max negatif terhadap keharmonian masyarakat
4m negara kita. Hal ini kerana, wujud
perpecahan kaum yang akhirnya telah
menimbulkan ketegangan antara kaum. Hal
ini berlaku kerana tentera Jepun membenci
orang Cina di Tanah Melayu akibat rentetan
Perang China-Jepun manakala orang
Melayu yang menjadi pengikut setia tentera
Jepun akan disayangi. Kesannya, timbul
prasangka buruk antara satu sama lain
antara orang Melayu dengan Cina dan
menyebabkan tercetusnya pergaduhan
antara kaum.

TERIMA KASIH

SEMOGA BERJUMPA LAGI dalam siri
bimbingan menjawab sejarah
kertas 2 seterusnya…………


Click to View FlipBook Version