SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI,
KM 1, JALAN YONG PENG, 85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.
BIMBINGAN MENJAWAB
SEJARAH SPM KERTAS 2
TINGKATAN 4
https://bit.ly/modulklusterzamrud
DISAMPAIKAN OLEH:
CIKGU SITI SALBIAH BINTI MISNI
KETUA PANITIA SEJARAH
TEMA PEMBINAAN NEGARA
TAJUK 10 PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR
BAB PERINCIAN BAB
SK: 10.3 – Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Bab 4 - Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
4.1 British Military Administration
Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan / Memulihkan KepercayaanRakyat
Gagasan Malayan Union
4.2 Latar Belakang – Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union – Pentadbiran /Kewarganegaraan
British Mendapatkan Tandatangan Sultan – H.C. Willan Merintis JalanMenghadap Raja-raja Melayu / Misi Sir Harold
MacMichael mendapatkanTandatangan Sultan
Reaksi Penduduk Tempatan Tempatan terhadap Malayan Union
Penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union – Cara Bantahan Raja-raja Melayu – Membawa Kes
Malayan Union ke MahkamahTinggi England / Menghantar Surat bantahan ke London / Menyokong Kongres
4.3 Melayu / Permaisuri Perak Memimpin Gerakan Menentang MalayanUnion / Memulaukan Upacara Pelantikan
Gabenor Malayan Union
Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union – Bantahan Akhbar Melayu/ Bantahan Cendekiawan/Bantahan
Persatuan Melayu/Bantahan di NegeriKelantan, kedah dan Johor/ Mengadakan Kongres Melayu / UMNO
Menganjurkan Bantahan Secara Besar-Besaran / Bantahan Bekas Pegawai British
Tugas British Military Administration (BMA) ialah mengembalikan kestabilan dan keamanan
di Tanah Melayu. BMA telah membubarkan MPAJA dan mengarahkan semua senjata yang
diberikan semasa pendudukan Jepun dahulu dikembalikan. Selain itu, BMA juga berperanan
memulihkan kepercayaan rakyat terutamanya rakyat yang mengalami kesukaran semasa
pemerintahan Jepun. Selain itu, rakyat yang sukar mendapat bekalan makanan dan ubat-
ubatan. Hal ini menyebabkan penularan wabak penyakit seperti beri-beri kerana kekurangan
bekalan makanan. British juga berusaha memulihkan semula infrastruktur yang musnah
akibat perang. Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 6m
BMA dikatakan gagal melaksanakan tanggungjawab pada ketika itu kerana BMA
gagal mengumpul semula senjata tentera MPAJA. Selain itu, BMA juga gagal
membanteras kegiatan jenayah, keganasan dan kongsi gelap. Seterusnya, masalah
ketegangan kaum semakin memuncak apabila BMA sukar membawa masuk
jentera, alat ganti dan sebagainya yang menyebabkan ekonomi sukar dipulihkan.
Di samping itu, BMA juga tidak berupaya memulihkan kekacauan yang berlaku.
Fakta Contoh 6m
Huraian Inferen
Fakta Contoh
Huraian Inferen
Max
8m
Iktibar di sebalik kegagalan pihak BMA dalam memulihkan keadaan di Tanah Melayu ialah
kita haruslah menjaga kedaulatan negara ini. Hal ini demikian kerana agar tidak diceroboh
dan dikuasai oleh orang luar. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersama-sama
menjaga keselamatan dan keamanan negara kita. Hal ini kerana, apabila negara tidak
selamat dan aman akan menyebabkan kesan buruk kepada negara seperti pertumbuhan
ekonomi terencat, kerosakan harta benda, rakyat dalam ketakutan dan pengangguran
meningkat.
Selain itu, iktibar lain ialah pentingnya hidup bersatu padu. Sebagai rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, kita haruslah mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain. Hal ini
bertujuan untuk membentuk negara yang harmoni dan sejahtera. Kesannya, aktiviti politik,
ekonomi dan sosial dapat dilaksanakan dengan baik dan membantu membangunkan negara.
Pengenalan Malayan Union (MU) bertujuan untuk menggantikan British Military
Administration (BMA). MU juga berperanan dalam melicinkan pentadbiran,
meningkatkan pelaburan ekonomi dan mengukuhkan pertahanan. Selain itu, MU
juga mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja untuk meningkatkan
ekonomi. Melalui MU, British akan mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu
dan menubuhkan sebuah pentadbiran berpusat (kesatuan) di bawah jajahan
British.
Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 6m
Rujuk Jawapan di Slide seterusnya….
Perjuangan orang Melayu dalam menentang Malayan Union melalui pelbagai cara.
Antaranya ialah bantahan melalui akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan
Warta Negara. Melalui akhbar ini telah menyuarakan bantahan keras , mengecam dan
mengutuk Malayan Union. Seterusnya, penentangan juga dibuat melalui para
cendekiawan Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar, Za’ba dan Dato Hamzah Abdullah.
Cendekiawan Melayu telah menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union.
Selain itu, Malayan Union juga ditentang oleh kaum wanita yang diterajui oleh Cikgu
Zaharah Abdullah, Saleha Mohd Ali dan lain-lain. Di samping itu, persatuan Melayu
juga turut menentang Malayan Union melalui Persatuan Melayu Kedah dan Perikatan
Melayu Perak. Persatuan Melayu ini telah menghimpunkan orang Melayu dari seluruh
negara membantah Malayan Union. Akhir sekali, penentangan terhadap Malaysia
Union juga dibuat melalui Kongres Melayu di peringkat Kebangsaan.
Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 8m
Fakta Contoh
Huraian Inferen
Max
8m
Melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat membela tanah air menjadi cabaran
utama masa kini. Hal ini kerana, generasi masa kini tidak pernah merasai kepayahan
memperjuangkan kemerdekaan. Generasi muda dilahirkan selepas kemerdekaan dan tidak
melalui pengalaman kekejaman negara kita diperintah pada zaman Jepun dan Komunis.
Mereka tidak pernah melihat nenek moyang dipenjarakan dan dibunuh dengan kejam oleh
penjajah. Generasi muda juga tidak pernah menghadapi peperangan fizikal di medan perang
seperti Kanang Anak Langkau, Leftenan Adnan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan
generasi muda berasa selesa kerana mereka hidup di dalam negara yang merdeka dan
berdaulat pada hari ini. Generasi muda pada hari ini juga tidak mengambil kisah akan
kepentingan memelihara kedaulatan negara. Generasi muda lebih tertarik melakukan
aktiviti negatif dan membuang masa. Generasi muda juga tidak mempunyai jati diri yang
kukuh. Hal ini menyebabkan mereka terdedah dengan amalan rasuah, penagihan dadah dan
aktiviti jenayah yang lain.
Utusan Melayu
Majlis
Fakta Contoh
Huraian Inferen
2m
[4 markah]
Hal tersebut dapat dibuktikan apabila perjuangan
menentang Malayan Union berkembang di
peringkat kebangsaan yang diuruskan oleh Za’ba,
Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang
dan Tunku Abdul Rahman. Selain itu, persatuan
Melayu juga menganjurkan Kongres Melayu di
Kuala Lumpur dan diteruskan dengan Kongres
Melayu Kedua di Johor Bahru. Kongres tersebut
bermatlamat memajukan orang Melayu dan
memupuk perpaduan orang Melayu.
Fakta Contoh Max
Huraian Inferen 4m
` Contoh [4 markah]
Inferen
Fakta Seandainya saya penduduk Tanah Melayu
Huraian semasa Malayan Union diperkenalkan, saya
akan menghapuskan sistem jus soli. Manakala
sistem ini akan digantikan dengan
memperkenalkan kaedah pemberian
kerakyatan yang lebih adil. Selain itu, saya
juga akan memelihara status quo dan
kedudukan istimewa orang Melayu. Dalam
masa yang sama, saya juga akan mengiktiraf
kedudukan orang bukan Melayu. Di samping
itu, kedudukan institusi Raja-Raja Melayu dan
kedudukan agama Islam tetap dipelihara.
Max
4m
Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu kerana
bertujuan untuk melicinkan pentadbiran, meningkatkan
pelaburan ekonomi dan mengukuhkan pertahanan.
Fakta Contoh
Huraian Inferen
Max
2m
Sistem pentadbiran Perlembagaan Malayan Union dilaksanakan dengan Sultan
hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama
Islam dan adat istiadat. Selain itu, pentadbiran negeri-negeri Melayu disatukan
kecuali singapura dan Malayan Union diketuai oleh Gabenor British.
Fakta Contoh
Huraian Inferen
Max
2m
Fakta Contoh [3 markah]
Huraian Inferen
Raja-Raja Melayu telah membawa kes
Max Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England
3m dan menghantar surat bantahan ke London.
Selain itu, Raja-Raja Melayu juga menyokong
Kongres Melayu sebagai tanda menentang
Malayan Union. Di samping itu, Permaisuri
Perak telah memimpin gerakan menentang
Malayan Union. Akhir sekali, Raja-Raja
Melayu juga telah bertindak memulaukan
upacara pelantikan Gabenor Malayan Union
yang pertama.
Fakta Contoh [3 markah]
Huraian Inferen
Sebagai generasi muda, peranan saya dalam
Max usaha memelihara kedaulatan negara kita
3m ialah saya perlu menanam semangat patriotik
yang tinggi dalam diri. Hal ini dapat dilakukan
dengan cara menghormati lambang-lambang
negara seperti lagu Negaraku dan Bendera
Malaysia. Selain itu, saya juga perlu
bertanggungjawab menjaga keselamatan dan
keamanan negara dengan cara mengelakkan
daripada menyentuh sensitiviti kaum dan tidak
terlibat dalam aktiviti demonstrasi haram.
TERIMA KASIH
SEMOGA BERJUMPA LAGI dalam siri
bimbingan menjawab sejarah
kertas 2 seterusnya…………