The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46011950, 2021-07-26 23:24:45

SURAT KIRIMAN RASMI

SURAT KIRIMAN RASMI

CONTOH SOALAN SURAT KIRIMAN RASMI
Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah kutipan sampah yang dihadapi oleh
penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa
tempatan untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat
tinggal anda mengenai masalah sampah sarap yang sering tidak dikutip di kawasan anda
dan cadangkan tindakan yang perlu diambil.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 patah perkataan hingga 200 patah perkataan.

MASALAH KUTIPAN SAMPAH

1-800-88-8888

PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI

Siti Sarah binti Shaharudin,
No.8, Jalan Hi-Tech,
Kulim High Tech Park,
09000 Kulim,
Kedah.

Pengarah Jabatan Kesihatan, 22 April 2021
Majlis Daerah Kedah,
09000 Kulim,
Kedah.

Tuan,

ADUAN MENGENAI MASALAH SAMPAH SARAP YANG SERING TIDAK DIKUTIP DI KAWASAN
KULIM HIGH TECH PARK

Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk di Kawasan Kulim High Tech Park ingin membuat
aduan mengenai masalah sampah sarap yang sering tidak dikutip.

2. Beberapa punca berlakunya masalah ini sudah dikenal pasti. Masalah ini berpunca daripada sikap
masyarakat itu sendiri. Masyarakat sering membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya. Keadaan
ini berlaku disebabkan bilangan tong sampah yang terhad. Masyarakat di sini mengambil jalan mudah
dengan membuang sampah di tepi-tepi jalan. Pekerja yang mengutip sampah pula tidak komited dengan
tugasan mereka dan membuat kerja sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga. Di samping itu,
pihak yang menjalankan kutipan sampah tidak mematuhi jadual yang ditetapkan. Keadaan ini
menyebabkan berlaku pencemaran bau dan telah mengundang kehadiran anjing-anjing liar yang boleh
membahayakan keselamatan penduduk.

3. Sehubungan dengan itu, tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa. Antara cadangan
kami ialah pihak tuan memperbaik jadual kutipan sampah. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat
pekerja asing yang tidak mengutip sampah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain itu, terdapat
juga pekerja yang bersikap endah tak endah dan hanya mengutip sampah yang kecil dan selebihnya
ditinggalkan begitu sahaja. Disebabkan itu, pihak berkuasa perlu membetulkan disiplin pekerja-pekerja
tersebut. Selain itu, kami juga berharap agar bilangan tong sampah dapat ditambah bagi mengelakkan
pembuangan sampah di merata-rata tempat.

Saya berharap agar segala aduan dan cadangan yang diberikan dapat diambil perhatian oleh pihak tuan.
Kerjasama pihak tuan, diucapkan terima .

Yang benar,

(SITI SARAH BINTI SHAHARUDIN)


Click to View FlipBook Version